Cuma naluri keperempuanan saya tidak cukup kuat. Dari kecil saya lasak. saya bersifat lebih macam lelaki,suka main parit, main tembak-tembak, main kapal korek, main panjat pokok. Ketika usia saya darjah satu saya masih memakai seluar sukan yang pendek tanpa baju ke hulu kehilir. Dan hingga kini pun tenaga saya seperti tenaga lelaki. Saya boleh buat semua kerja dalam masa satu hari. Saya paling suka berkebun, pandai memandu dan hampir hafal semua jalan di lembah klang.
Disebabkan saya merasakan naluri wanita saya ada bercampur dengan naluri lelaki, maka saya mudah jatuh cinta. Maka kalau saya jadi lelaki, kemungkinan untuk saya berkahwin lebih sangatlah besar. Kerana hati saya mudah berasa kasihan dan suka menyayangi. Dari dulu orang yang saya sayangi itu tidak semuanya kacak, lawa dan tinggi. Tetapi kerana saya mudah berasa kasihan, kalau orang yang meminati saya macam muka pecah rumah pun tetap saya beri senyuman kerana saya berasa kasihan dan wajar memberi layanan sama rata dengan semua orang.
Kalau anda dapat tengok muka adik beradik saya, pasti anda akan bertanya, dia tu perempuan ke pondan. Dan dalam adik beradik mujurlah wajah saya yang paling kuat nampak kewanitaannya.Kalau tidak bertambah kuat mental dan fizikal saya.Lagi bertambah mudahlah saya jatuh cinta.
Mujurlah cinta saya bukan kepada manusia sahaja bahkan lebih kepada tuhan. Kira-kira kalau saya lelaki, agaknya boleh jadi uztaz kerana jadi lelaki tak banyak dugaan seperti jadi perempuan.Lelaki kalau nak solat tak yah cari telekung. Kalau nak jadi uztazah sangat besar dugaan sebab saya suka make up dan baju cantik-cantik. Masih pandang keduniaan tu walaupun jiwa tu mahu pandang akhirat. Jadi perempuan mudah tergugat iman.
Dari kiri adik saya, dan anak-anak saya.