Sunday, May 27, 2012

Tips Membeli Atau 'Belah' Di Vietnam




Assalamualaikum


Sebelum saya sentuh tentang tips berhati hati berurusan dengan teksi di Vietnam dan kurangnya budi bahasa dikalangan peniaga di sini, saya beri sedikit sebanyak tips membeli atau 'belah' sahaja di Vietnam.

Bershopping di Vietnam sama macam anda bershopping di Beijing, Shanghai atau yang paling dekat depan mata  sama saling tak tumpah adalah bershopping di Petaling Street.Kalau anda adalah peminat tegar Petaling Sreet maka anda boleh bayangkan bershopping di Pasar Malam Depan Ben Thanh Market sama macam anda berada di Petaling Street atau mana mana market china. Keturunan Vietnam adalah sebahagiannya adalah keturunan china maka budaya berniaga mereka lebih kurang sama.

1) Mereka akan suka suki letak harga tinggi melambung gila saja saja mencabar minda dan sejauh mana kebijaksaan anda menunjukkan skil tawar menawar.

Bagi anda yang lembut hati ketaq lutut pasti keliru buntu sekiranya dia letak harga satu set cadar tilam  king size berkualiti dengan harga 1 juta setengah sama nilai dengan rm275.  Setelah otak memikirkan dengan kain yang berkualiti begitu kalau kat Malaysia mana nak dapat. Kat IKANO paling koman rm300. Kat Debenham paling koman rm400. Maka sekiranya anda berhati lembut pasti tak sampai hati nak menawar harga yang paling rendah dan berbaloi.

Tetapi kalau anda pembeli yang bijak maka anda harus sebijak mereka. Hati harus berkata begini 

" Hek eleh, set cadar macam ni rm275...lebih aku beli kat Harvey Norman ke Debenham...kalau rm400 sekalipun dah tentu tentu harga dia sesuai dengan tempat dia yang glemer. Apa kelas  aku nak beli harga lebih kurang jer dah tu kat pasar yang cenggini dan jauh jauh naik kapal tebang tambang lebih rm800.

 600 ribu dong  boleh?...Insyallah jika anda sanggup bertahan anda akan berjaya membeli dengan harga yang berpatutan. Contohnya  Ela yang sungguh tahu selok belok  cara cina/vietnam berniaga, berjaya membeli mafla harga 80 ribu dong walhal  harga yang diletak lebih satu kali ganda iaitu 180 ribu dong.

2) Jangan ke Vietnam time cuti sekolah atau weekend atau dekat perayaan atau pendek kata waktu Vietnam dikunjungi begitu ramai orang malaysia maka dengan selamba mereka akan menaikkan harga gila-gila dan mereka tidak akan begitu melayan anda dengan menjawab pertanyaan anda secara endah tak endah.. Jangan harap anda boleh dengar mereka memanggil manggil anda seperti kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga. Selain dari susahnya mereka mengucap tq atau Kam Ong (bunyinye kam eng) iaitu ucapan terima kasih setelah anda membayar harga barangan.

3) Kalau bertanya harga barang suruh terus deal. Misalnya tanyakan how much dan pastikan dia terus menyebut harga barangan tersebut. Sebab dalam kes kami terkena ini saya sempat menyelamatkan diri tetapi tidak Zana. 

Sewaktu kami bertanya harga tshirt adidas pasar malam, peniaga itu tidak mahu memberitahu harga. Berkali kali saya bertanya dia tetap tidak mahu memberitahu harga malahan hanya menuyuruh kami duduk dan meminta kami memberi tahu tshirt size apa dan warna apa yang kami mahu. Setelah saya meminta tshirt mana yang saya mahu, saya terus menerus bertanya..peniaga itu hanya berkata dia akan beri good price untuk kami. Setelah selesai hal saya dan Zana barulah dia menunjukkan calculator tshirt sebanyak 8 helai saya berharga 2.9 juta dong iaitu hampir rm300. Lalu saya merasa amat tertipu  kerana takkan beli 8 helai tshirt pasar malam sampai mahal begitu..Apalagi saya pun bergegas bangun mneinggalkan gerai itu.

Namun tidak semudah itu. Salah seorang dari mereka terus menarik beg saya dan tidak mahu melepaskannya. Adegan tarik menarik pun berlaku. Namun saya berkeras juga terus berlalu. Nasib baik...selamat saya. Tetapi zana yang lambat bertindak tidak berjaya melepaskan diri  terus diminta membayar harga 900 dong untuk 4 helai t-shirt. Sejurus selepas itu dengan perasaan mengeletar dan terkejut saya singgah digerai berdekatan dan bertanya harga t shirt yang sama. 8 helai t shirt yang sama di gerai tadi saya hanya membayar dengan harga 800  ribu dong.







Penyediaan makanan di pesawat MAS.




Langit di Ho Chi Minh City iaitu ibu negara Vietnam yang dulu dikenali sebagai Saigon





Kepulan awan yang berat elok duduk bawah pesawat kalau atas atau  berada sama paras dengan pesawat mahu rasa nak ter ken.....






Bila peswat berlegar ke paras rendah untuk landing maka saya rasa macam saya burung helang..menyenget nyenget....

Sungai mekong....ingat waktu belajar geograpi dulu...

Ho Chi Min City macam kawasan di  PJ atau  Damansara mungkin

Oh ok sebijik  petaling Jaya




Bila mendukung baby menaiki motor ada cover muka begitu...








Seperti di Indonesia, buah jambu batu merah jambu banyak dijual sepanjang kaki lima kedai.



Bila buah yang sepatutnya besar..di sini kecil kecil belaka...epal yang sebesar limau nipis. Rasanya pula  tidak masam dan tidak manis.



Terpikat betul yanti dengan keharuman dan gubahan bunga di sini.


Sediakan kekuatan untuk berjalan. Harus berjogging sebelum anda akan habiskan  separuh hari berjalan di bandar vietnam. Mujurlah saya mengamalkan kolagen maka alhamdulillah kaki tak pancit. "nikmat mana yang mahuku dustakan".amboi...promote nampak!!



Topi ala ala gitu banyak dijual di sini...cun tak?


Menjual buah-buah tempatan disepanjang kaki lima diseberang Cho Ben Thanh.




Hotel  An Tham (antam sajalah labu) sediakan penimbang untuk yang menginap menimbang baju kurung yang dibeli...sekalipun untuk berniaga anda harus berkira-kira berapa helai nak beli agar tidak melebihi timbangan di airport nanti.Boleh tak 20kg membawa 100 pasang baju kurung.?



Kedai sapa ni... Tujuan utama kami ke sini hanyalah ingin mencari barangan yang murah murah belaka maka kedai kedai seperti di atas ni kami ignore jer.

Dan yang ini pun dah tentu ler kena ignore jugak...ko sanggup.....?




Tapi yang ini tak leh nak ignore....sebab cute dan kretip.

Yang ni pun....




Tangan sapa tuh??




Perkara biasa di sini...anjing dan kucing pun jarang kelihatan...dimanakah mereka???huhu



Ini betul-betul pelancung....siap beg belakang...


Comelnya vespa yang bersepah-sepah ditepi, di atas, dilorong di segala tempat.

Buaya pun jahanam di sini alangkah ..... kalau sungai sarawak terusan nya tak putus bersambung dengan sungai mekong maka bujang senang tak sempat kawen terus membujang kat dinding kedai.....



Fotographer mana ada dalam gambar......




Channel ? hmmmmmmm









Sebenarnya Vietnam ni bukan bandar yang besar...jadi ini adalah kawasan yang ada di sekitar hotel ah tham tempat kami tinggal....kecuali Cho Bin Tay anda harus menggunakan khidmat teksi untuk kesana.(Cho Bin Tay adalah pasar borong yang dimana peniaga dari Cho Ben Thanh mendapat barangan untuk di jual di situ.)





Takkan ko datang sini nak beli LV...cuci mata jer....





No komen....

 Mak ai Gucci!!!!


Tiada gambar seindah lukisan....sungguh bakat seni  melukis dan mewarna mengalir darah  dalam masyarakat mereka....



Lukisan dan warna yang sungguh hidup.....


Mesti best hotel ni.....nampak cosy sangat dari luar.....

 Back packers....






Waktu malam di Tugu Negara Vietnam kot......cantikkan....




Disini sekadar mampu memandang.....


Di sini memang harus membeli....sinilah tujuan kami datang dari jauh.....apa guna datang ke Vietnam kalau tak lalu untuk bergelut di pasar malam...


Malam itu Yanti jadi model of the year...
Khenzzz....



Baju raya..'.kita serupa'. Ada aku kesah? Kalau aku kesah tak dalah borong sampai ribu raban purse aku rebeh...



Baju Kurung ni 50 hengget aje. Harus begitu kalau 100 hengget buat apa i nak borong sampai  kapal terbang MAS senget sebelah...hehe


Walaupun mereka tidak pandai berbahasa melayu atau apa...tetapi senyuman bagi mereka sangat mahal sebab mereka pun tak pandai senyum.


Elmet untuk basikal atau motor budak budak....




Yang ini kami jeling pun tidak....



Ha hambek ko...bersimpang siur  motor sesuka hati...Melintas di Vietnam tidaklah harus memandang kiri kanan dan kiri..terpelantinng ko mak.....harus memandang kesemua arah kecuali ataslah kan......ntah tetiba.....dari celah  pintu, lorong mana dia muncul ......kalau nak senang ko ikut jer..orang-orang tempatan di situ melintas...selamat pengantin baru, selamat hari raya, selamat hari jadi,  insyallah selamat sampai ke seberang.....





Eheheheheh...yang ni nak pergi mana yang tu nak pergi mana.....Ko bayangkan....baru dua kali aku klik ...dua gambar di atas menunjukkanarah motor yang tak tentu arah yang dari sana ke sini yang dari sini kesana mengalahkan  kereta kebal nak bertempur dalam perang....tapi yang menakjubkan...mereka memang cekap sehingga tidak terjadinya sebarang tingkah laku dan salah mengerti....heheh


Jarang kelihatan traffic light di Bandar Vietnam...selain  harus tahu skil tawar menawar kau juga harus tahu skil lintas melintas...


Pelancung tegar...di sini kami tidak mengalami melancong secara mak-mak datin ya seperti di Jakarta-Bandung yang memnggunakan supir sepanjang masa.. di sini kami harus berterima kasih pada kaki yang gagah perkasa.








Lautan topi.....tapi sentuh sikit marah peniaga di sini...sungguh kedekut....inilah pembandagan di Cho Bin Tay (iaitu Pasar Borong yang harus menggunakan teksi ke sana sekiranya anda tinggal di hotel kawasan Cho Ben Thanh.


Kopi yang sungguh enak...saya borong sebanyak 5 kotak. 20 sachet satu kotak berharga 40 ribu dong. Untuk peminat kopi yang tegar ianya adalah item mesti beli.....






Beli buah buah yang sepatutnya bersaiz kecil...besor besor ler pulok....




Mereka begitu suka lepaking di kaki lima....





Nenas...my peberet...di kopek situ dan dijual sebiji sebiji begitu...lalu pelanggannya membawa bekal sebiji buah nenas untuk di makan dipejabat mungkin......












Salvatore Ferragamo



Chanel








Asek dok tangkap gambar ni sahaja. Rasanya ini adalah tempat yang paling cantik di Vietnam...


































Di Vietnam mereka suka benar duduk dengan segala apa jua aktiviti  di kakilima menggunakan kerusi kecil begitu....meja pun kecil juga....macm kat Tadika lah pulak!!.





Walau hensem tapi bila saya minta tshirt punya size L, M m XL pun dia tak faham. Minta warna baju pun harus menggunakan khidmat jurubahasa...walah...


Datang ke Vietnam harus...eh mesti singgah ke VIETNAM DELIGHT. Makanan di restoran ni sedap kerana owner mereka adalah rakyat Singapura..maka semua hidangan memang superb. Maklumlah singapura terkenal dengan makanan yang sedap-sedap. Kalau tak mahu berjalan boleh  telefon untuk mereka hantar ke bilik hotel. SILA MENELFON Encik Fazil  kalau dari Malaysia boleh call + 006596881146 untuk bertanya.








Di sinilah RESTORAN VIETNAM DELIGHT yang mesti anda kunjungi bila berada di Vietnam.








Itulah sebahagian photo photo yang ada dalam kamera saya....insyallah kalau ada rezeki untuk saya bercerita lagi maka saya sambung di entry akan datang......pengalaman yang sungguh berharga yang saya kutip di sepanjang perjalanan ke Vietnam.












Saturday, May 26, 2012

Nikmat Mana Yang MahuKu Dustakan


Assalamualaikum




Rezeki ada di mana-mana. Manusia pula diberi akal fikiran dan tulang kerat untuk mengusahakannya. Alhamdulillah apa sahaja yang boleh saya kerjakan..akan saya kerjakan demi mencari nafkah dan kebutuhan kewangan keluarga. Alhamdulillah rezeki Allah melimpah. Sama ada kita meyedari atau sekedar bermimpi.Nikmat mana yang mahuku dustakan. Tempahan kek pavola dan strawberi moist, tempahan kolagen. Tempahan mengandam...nikmat mana yang mahuku dustakan...hanya perlu kerajinan dan kecekalan. 

Pelanggan saya yang sorang ni dari bertunang, bernikah, bersanding dan bertandang...borong saya seorang.Masa bertunang dia dan kakaknya serentak mengambil saya. Tiba kakaknya kahwin dulu dan mengambil mak andam lain mungkin mahu kelainan. Nampaknya pelanggan kesayangan saya seorang yang sungguh manja dan sentiasa datang gabra ni....heheh  takut dengan kelainan yang dilakukan oleh kakaknya maka alhamdulillah memang dah rezeki saya...nikmat mana yang mahuku dustakan..


"Aunty Nani, mekap nikah dengan sanding boleh tak buat berbeza."..maka saya mekapkan dia dengan sentuhan yang berbeza antara nikah dan sanding. Alhamdulillah...pengantin menjadi sungguh cun dan anggun dengan sedikit kelainan pada waktu nikah dan waktu sanding.



(25/05/2012 dan 26/05/2012)
Selamat Pengantin Baru Mira budak manja semuga bahagia sampai akhir hayat.




















 Kesemua gambar di atas adalah majlis pernikahan.

























Sedikit kelainan untuk majlis persandingan. Mekap dan Aseseries oleh nanirostam.



Kalau berhajat telefon kak nani 0123959779 untuk menempah mekap artis. Kak nani hanya mengambil tempahan bertunang, nikah, sanding dan bertandang. 

Sekian Terima Kasih.


Wasalam

Bila Pelanggan Pasar Malam Vietnam Kesemuanya Orang Melayu Dari Malaysia Maka Baju Kurung Kau Baju Kurung Aku Juga



Assalamualaikum


Belum hilang jet lag. 

Masih mengigau ngigau dengan keindahan warna warni bunga-bunga di Buckingham Palace. Masih terpandang pandang  cantiknya orang orang London menggayakan beg LV, Prada,Michael Kors Channel dan Dior. Masih terngiang ngiang deruan  keretapi bawah tanah dari satu line ke satu line Masih terasa-rasa angin dingin yang harum dan menyamankan. Namun akhirnya saya akur dan terjebak untuk mengikuti rombongan Cik Kiah ke Vietnam.

Tahniah  Ela dan Zana kerana berjaya memujuk saya. Almaklumlah baru balik bercuti negara sejuk yang suhu 9 darjah celsius  Pagi itu  suami dan anak-anak  terpinga-pinga dengan keputusan saya ketika saya memintanya  menghantar saya ke KLIA untuk mengikuti rombongan cik Kiah  bercuti pulak kenegara yang suhunya 42 darjah celsius. Memang kejutan budaya dibuatnya...dari baju enam lapis atas enam lapis bawah tetiba rasa tak nak berbaju pulak bila pijak bumi Vietnam.

Haruslah begitu kerana kalau nak berjimat masa travel, maka ikutlah  rombongan Cik Kiah, maka penginapan boleh syer-syer. Kos tambang teksi boleh syer-syer. Makan pun boleh syer-syer. Lagi ramai ahli rombongan kita lagi jimat.

Lagi-lagi di Vietnam, teksi muatan  4 orang same jer tambang guna meter dengan teksi muatan 6-7 orang. Begitu juga penginapan hotel 2 bintang dengan harga standard satu bilik empat orang sekiranya tambah orang yang ke 5 caj hanya dikenakan sebanyak 10 dolar iaitu rm30. Maka kalau larat nak tidur satu bilik syer berenam maka semakin jimat lah kalau dicampur semua bahagi 6. Begitulah kira kira matematik.

Datang Vietnam, bawalah duit banyak banyak dan shopping banyak-banyak. Kalau tidak, memang tak berbaloi dengan tambangnya yang tidak murah berbanding tambang flight ke Jakarta hanya dalam anggaran rm300-500 manakala tambang ke Vietnam menaiki pesawat MAS adalah dalam anggaran rm850 kalau booking awal. Saya bernasib baik, alhamdulillah itu semua rezeki Allah, nikmat mana yang mahu aku dustakan...walau last minit lagi 2 hari baru book tiket tapi dapat tambang murah hanya rm696. Terima kasih  Speed Travel kerana menguruskan pembelian tiket kapal terbang saya ke London dan Vietnam.

Vietnam sangat sesuai untuk peniaga-peniaga baju kurung dan telekung. Jadi shoppinglah baju kurung dan Telekung semahunya. Dan tidak ketinggalan kopinya yang sungguh enak.  

Memanglah bila pilih hotel 2 bintang dengan rombongan seramai 5 orang...satu katil syer 4 orang kurang koolnya dari segi keselesaan tetapi kool dari segi budget. walah.

Makan pula yang paling cool adalah di Vietnam Delights walaupun harga makanannya tidak semurah  harga makan diLondon tempohari..sungguh cool buffet Lunch di London berharga rm35 tetapi macam makan di buffet Hotel 5 bintang). 

Vietnam Delight merupakan restoran halal kerana owner restoran itu ada syer partner dengan seorang rakyat singapura, beragama Islam dan selain restorannya yang bersih dan makanannya pula agak unik dan enak. Jadi kalau nak travel ke vietnam carilah restoran halal yang sesuai. Walau hotel 2 bintang sediakan free breakfast, setakat makan roti dengan pisang bolehlah...tapi nak makan telur mata kerbau pun terpikir pikir kuali yang digunakan...apatah lagi bila tengok statemnet di bawah ni betapa pengotornya mereka.

Food stalls are scattered all over the city, but there's a fair collection in the Ben Thanh market (see Buy). For local fast food, try the ubiquitousPho 24' chain (though it can be more the twice the price of local fare). Additionally, foreign fast food franchises Lotteria and KFC have established presences in the city.
Interestingly, there isn't any single McDonald's in Ho Chi Minh City.
The setback of eating street food or food done on holes-in-the-walls in any town or city in Vietnam is unsure good hygiene. Street hawkers are not only cooks but they are also cashiers. They touch money and often flip over the bills with their fingers moistened with their saliva (added flavor to food). If a bun (baguette) is dropped in the pavement, it is still picked up to be mixed with the rest of the bunch. A hawker (hawkers are about 90% women able to carry loads on poles with their petite body) may cough or sneeze and while preparing food, cover her mouth with her bare hands then resume what she was just doing. Food may have unwanted items like hair particle or even pubic or armpit hair-like strand. Utensils may be be washed from the same portable small 1-litter size ice-cream container washing basin, without detergent. Debris on spoons are just wiped off from the water on that small dish. Drinking glasses may just be dunked two or three times and ready for the next user.
On holes-in-the-wall, if there is shortage of counter space, contained food is placed on the floor. Floors are mostly wet and muddy. Utensils are washed on the floor itself. Waiters tossed used chopsticks and other dishes like bowls and if they don't get in the tub, they go right in the floor to be picked up later. Vegetables and meat parts are also cut in the floor and if they fell off, they are picked up again. Big quantities of vegetables are placed in plastic buckets and cleaned in the toilet faucet. The plastic buckets may have been used as bathing or toilet flushing pail. And when they are not used, they may be stacked together and stored in the toilet.
But street food and holes-in-the-wall food are absolutely flavorful, fascinating, exotic, ingeniously contrived, and cheap with all the elements of the nutrition pyramid and all the tastes - sweet, sour, salty, hot - well represented.


Sebenarnya ini kali kedua saya sampai ke Vietnam. Kali pertama dulu, tahun 2005 ada Cho Ben Thanh, Cho Bin Tay dan Russian Market yang fofiler tu. Pasar malam yang masih wujud ditempat yang sama. dan pelanggan yang sama iaitu rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai negeri di semenanjung dan sabah sarawak.Anda pasti merasakan anda berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman bila disekeliling anda adalah orang melayu belaka.

Kali ni Vietnam semakin membangun kerana sejak 3 tahun kebelakangan ini Vietnam telah ada pasaraya besar yang harga barangnya mahal mahal belaka seperti Parkson,  Diamond plaza, Zen Plaza dan juga Butik Butik Designer seperti Channel, LV, Prada, Ferragamo dan sebagainya. Tapi saya rasa itu tidaklah mengujakan kerana kita tak kan ke Vietnam untuk membeli designer item yang harganya sangat mahal. Lainlah kalau yang fake memang banyak di pasar-pasar.

Panjang lebar coretan jalan-jalan makan angin saya. Post pasal London pun masih saya tangguhkan. Insyallah next entry saya akan bercerita tentang anda harus hati-hati dengan peniaga dan pemandu teksi yang suka menipu dan akan berhadapan dengan orang Vietnam yang miskin budi bahasa dan sombong. 






Thursday, May 24, 2012

Ranjang Asmara




Assalamualaikum





 Amboi TAJUK......tak cukup sensasi lagi majalah Mangga ko..sensasi ke basi ke tak tahulah. Orang dulu-dulu sebut katil RANJANG. Kalau sekarang aku sebut ranjang mahu  terpelanting kau dengar.

Tambah...  ujung ujung tu aku sebut asmara.khenzzz


Okla oklah...sahaja nak bagi tahu dalam banyak-banyak ruang dalam rumah aku..bilik tidur aku adalah medan yang paling aku suka bersantai. Bukan bertempur ya..sebab disinilah aku selalu bergayutan ditelefon melayan para peminat kolagen dan sebagainya.

Tapi walau tempat aku bersantai....tapi sebenarnya tak pernah tenang...sorang sorang anak aku keje ketuk pintu. Sorang sorang masuk. Pendek kata, katil aku ni tempat anak-anak membuang badan bila masuk...terutama Hanis. huh.

Kan baru -baru ni aku berjalan sakan...maka korang nak tahu apa aku suka beli....selain baju kurung di Vietnam yang orang satu Malaysia kesana akan beli baju yang sama dan tak tahulah aku kalau raya ni aku beraya ke rumah orang dan akan sentiasa terserempak baju yang sama....huhuhu 

Masa pergi London aku beli lah 'luxury throw' yang warna hijau pucuk pisang berharga rm25  untuk aku baling atas katil...gebu jer bila kau usap-usap dia... sama gebu dengan bulu JAGUH.

Masa aku pergi Vietnam baru-baru ni  juga aku beli set 'duvet covetr' berserta sarung bantal warna putih dan cokelat. Yang warna coklat simpan dulu..buat salin-salin.Yang aku pakai kan sekarang warna putih mulus seratus peratus kain kapas bermutu tinggi bersulam bunga kecil warna warni berharga satu set King size rm 120.

Baru baru ni semasa bercuti di Tambun Waterpark, mata terpandang sepasang bantal sofa bertekat benang emas dan perak...lalu ku beli untuk ku hias Ranjang Asmaraku dengan harga satu rm40.


Ranjang Asmara yang sentasa menggamit aku dan anak-anak untuk berulit di atas sepanjang masa 24 jam sehari 7 hari seminggu...begitulah selalu...

Aku cinta padamu.

Tuesday, May 22, 2012

Kita Semakin Kecil





Assalamualaikum.

Semakin meningkat umur semakin kecil kita. Sudah tentu saya merasakan begitu bila anak-anak semakin berbadan sasa dan tinggi melanjau apatah lagi bila berdiri sebelah-sebelah, hati berkata-kata, oh apakah tulang belulang ku sudah semakin mengecut?Harus aku tidak meninggalkan diet susu dan ikan bilis jika begini.

Semakin usia menambah semakin ketinggalan diri kita. Sudah pasti saya merasa begitu apabila anak-anak semakin pandai dan berjaya. Kalau dulu kita mengajar itu ini tapi sekarang kita yang termangu-mangu apabila mereka pula yang lebih tahu segala. Wajib aku yang diajar anak-anak tentang segala gadget tetapi masih tetap buntu.

Walau hanya mampu  bermimpi tentang menara gading dan sebuah keazaman yang akhirnya cuma sepi..alhamdulillah sekurang-kurangnya anak-anak seolah-olah memahami dan menggalas satu tanggungjawab mereliasasikan impian yang terpendam.

Alhamdulillah, syukur pada Allah apabila anak-anak sedar pentingnya ilmu dan kejayaan hidup. Alhamdulillah apabila Hanis dinobatkan sebagai mahasiswa yang menyandang Anugerah Naib Canselor di Majlis Konvokesyen UiTM baru-baru ini.

Bukankah itu impian setiap ibu-bapa yang menghantar anak-anak kesekolah sedari usia 7 tahun...bertekun setiap hari ke sekolah ..tahun demi tahun, peperiksaan demi peperiksaan semata-mata impian mereka agar anak berjaya mencapai kejayaan seperti ini..

Alhamdulillah saya adalah antara ibu bapa yang pasti gembira dan berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh anak-anak.

Atau saya harus jadi ibu bapa yang hanya tahu mengecil-ngecilkan kemampuan anak-anak sehingga hilang segala keyakinan dan jati diri pada diri mereka. 

Pasti itu bukan saya.










Ketika dimajlis, ada dua tiga orang menegur..u kerja mana? I ni suri rumah.!" mendengar itu mereka seolah-olah tak percaya,, " tapi tak macam suri rumah."  So bila tengok gambar ni saya tiba-tiba perasan yang pakaian saya macam pakaian orang pergi office.




Congrats!!

Liana yang berusaha membeli segala bunga, teddy dan coklat...kiter tumpang  sain, letak nama dan caption jer.



Kami cuma  berenam apabila Hafiiz di asrama manakala suami menghantar Alisya shooting di TV3. Tengok kiter semakin kecil  bila berada dikalangan anak-anak yang semakin membesar.






terserempak pembaca blog  yang juga seorang pensyarah UiTM  yang baru berpindah dari Melaka ke Shah Alam.



Selepas tamat majlis kami ke Restoran Saba pekena nasi Arab












Alhamdulillah syukur pada Allah.


Wednesday, May 16, 2012

Hati Yang Berbunga

























Redup
macam nak hujan
atau langit di sini tidak menentu
tanah belum basah
hujan sudah tidak menitik
panas hampir tak ingin menyapa
sesekali indahnya 
mengintai
berbuai dedaun
menggantung bunga putih
selamat pagi semua
indah di sebut banyak kali
mungkin hati sedang berbunga indah
walau bersulam mendung
bunga tetap tergantung
walau tidak lama
sekejapan
meninggalkan memori dihati.

selamat hari guru
buat cikgu-cikgu
walau tidak lama bersamamu
setiap satu
tetapi diingat sampai mati
siapa yang mungkin lupa 
gurunya.




Pagi tadi  Hanis  duduk menenggek atas katilku. Atau mungkin memang setiap pagi begitu.Paling tidak meniarap sambil menghayun-hayun kakinya sambil ingin mengorek cerita cerita sensasi dariku..Aku ada cerita sensasi? Memang selalu begitu. Kami berbual pasal tips kecantikan, pasal pasangan hidup, pasal kawan kawan,pasal cikgu, pasal uztaz kesayangannya,  pasal apa sahaja..

Kali ini Alisya pulak turut serta dalam kumpulan gossip girls kami. Hanis bertanyakan Alisya siapakah cikgu di sekolah Alisya yang paling banyak dapat hadiah bila  hari guru.Alisya kata, mestilah cikgu yang paling garang, Cikgu Azlida.Satu beg besar macam ni sambil Alisya mendepangkan tangan nak menunjukkan betapa banyaknya Cikgu Azlida dapat hadiah.  Oh really!! Hanis terkezut. 

Sambung Alisya lagi, "yalah bila sorang-sorang murid bagi dia hadiah then tiba kat murid yang tak bagi dia hadiah...so dia akan buat muka garang dan jegilkan mata kat murid tu"...sambil Alisya menggayakannya...hahahah memang kelakar sebab Alisya sangat berbakat imitate gaya orang....

Then kami bercerita kisah yang lama sewaktu Cikgu Azlida pernah jadi cikgu Hafiiz dulu. Ingat lagi seorang murid bernama Idris yang sangat blurr tak dengar langsung apa cikgu cakap dihadapan...dengan tanpa rasa bersalah bertanya"buku apa cikgu"?. Lalu cikgu Azlida menjerit, buku kentutt...!!! tatabahasalah!.

Pagi bertambah gamat dengan deraian tawa kami bila Alisya bercerita lagi yang satu hari ada seorang dua murid yang ada keychain penuh bergantung di zip pensil boxnya...lalu Puan Azlida menegur, "ni apa jampi serapah ni !!!!?.


Anyway Alisya and Cikgu Azlida...you really made my day....terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga pada Cikgu Azlida dan yang seangkatan mengajar anak anak saya kerananya walau anak-anak saya tidak pernah pergi tuisyen tetapi berjaya dalam UPSR, PMR, SPMnya.Alhamdulillah.


Terima kasih cikgu.