Thursday, May 9, 2013

MAGGI





Assalamualaikum

Pagi yang segar…daisy yang berwarna cantik…. tambah menyeronokkan apabila saya di jemput oleh pihak promosi Maggi untuk satu acara yang paling menyeronokkan bagi saya.






Selain acara makan makan, acara masak-masak adalah satu acara yang sesiapa pun suka untuk menyertai kerana dengan adanya beberapa rangkaian Kiub Stok MAGGI seperti Kiub  Stok Ayam MAGGI, Kiub Ikan Bilis MAGGI, Kiub Stok Serbaguna MAGGI dan Kiub Tomyam MAGGI .




Siapa kata memasak di rumah bagi menyediakan hidangan makan malam  seperti penyedian sup dan stew untuk keluarga itu susah? Kita boleh jadikan setiap acara memasak itu sebagai mengeratkan tali kekeluargaan apabila setiap ahli keluarga  dapat skil memasak hanya dengan menggunakan resepi yang mudah dengan rangkain Stok MAGGI .


Hanya didihkan air, sediakan lauk seperti ayam, ikan atau seafood dan sayur-sayuran dan bahan utama iaitu Stok MAGGI maka macam petik jari 1, 2, 3 tanpa mengotorkan dapur , menjimatkan masa maka dengan hati riang dan tanpa sebarang tekanan,  makanan yang enak dan berkhasiat dapat dihidang.










Produk MAGGI dan kehidupan saya sangat sinonim. Dari kecil sampai dewasa serta telah mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa…produk Maggi masih  sentiasa ada di para para dapur rumah saya kerana  Maggi sangat peka akan keperluan dan kehendak para penggunanya.

 


 Bagi ibu yang selalu di rumah seperti saya dan ibu yang selalu sibuk dengan kerjayanya seperti  Sazzy Falak, Stok MAGGI amat membantu kami menyediakan hidangan mudah dan enak setiap kali memasak.

Memasak dengan Stok Maggi seperti memasak yang dibantu oleh Chef  handal……


Acara terakhir adalah pertanding masakan berkumpulan yang disertai enam orang dalam satu kumpulan. Setiap masakan harus menggunakan Kiub Pati Ikan  Bilis MAGGI atau Kiub Pati Tomyam MAGGI.




Salah satu acara Demostrasi Masakan Bersama Celebriti Masak Masak Kitchen. Untuk acara pembukaan, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang setiap kumpulan.  Kumpulan saya adalah saya dan Awal Ashaari yang memasak Braised Chicken menggunakan MAGGI Chicken Kiub. MAGGI Chicken Kiub dibuat daripada stok pati ayam sebenar. 

Walau masakan mudah dan cepat tetapi rasanya setanding dengan masakan di restoran mewah…

Mem


Seronok kan kalau acara masak masak begini kita jadikan acara sekeluarga bila di rumah….




Apabila kami dibahagikan kepada kumpulan, maka kumpulan kami masak bersama sama dengan suasana yang santai dan ceria. Resepi yang saya pilih adalah Udang Masak Lemas Cili Padi Nenas. Biar pun kedengaran seperti satu masakan yang remeh namun dengan Stok MAGGI semua jadi mudah dan menyelerakan.





Alhamdulillah masakan yang kumpulan saya dan Awal Ashaari dipertandingan menang dan mendapat Hadiah Utama. Inilah resepi mudah dan harus anda cuba kalau tak percaya!!!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas

Bahan bahannya :
Udang 500 gm
2 Kiub Pati Ikan Bilis MAGGI
2 cawan air
1 kotak santan 250ml
Bawang merah kecil 10 biji
Cili Padi 20 biji
Nenas ¼ biji
Tomato 2 biji
Serai 1 batang
Serbuk kunyit 1 sudu teh

Cara-caranya :

Tumbuk bawang merah dengan cili padi sampai lumat. Tumis kering tanpa minyak. Masukkan semua bahan bahan kecuali udang. Setelah mendidih dan merenih masukkan udang dan biar masak lalu tutup api dan hidang.


16 comments:

wawa syaida said...

tahniah kak nani! :)

Kuazue Mohamad said...

tahniah kak...best nyer dpt masak2 dgn celebriti tuuu...

MasReena said...

Setuju apabila memasak boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan. Cuma tak berapa setuju dgn pihak penganjur, iaitu pakaian Sazzy Falak tu tak sesuai dengan acara majlis

Selepas Kemenangan BN dalam PRU-13

MAK TEH said...

assalam..wow, cili api masak apa pun memang best

Hafizah Mohamad said...

Sedapnya tgk masak lemak udang akak ni...nampak cumil la akak sejak balik dr Mekah....tahniah kak sbb menang...ganding ngan Awal...Scha x marah kew...he he he

Lyn Yusoff said...

Salam kak nani,

Lyn here...
Lps amik collagen mlm tu, excited betul nak minum..
dan paling tak sabar, nak tunggu kesannya..
TQ kak :)

nini said...

mudah dan cepat !!! =D

Teena Tna said...

Wahh...best nye dpt msk nhn awal asshaari..
Nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa@blogspot.com

AZNI BINTI MAT ISA said...

Assalamualaikum nani yang ku kasih,

Seronok baca blog nani sekarang. Harapan ku agar dapat nani murnikan post dengan crop sedikit gambar insan yang belum di seru menutup aurat, kerana secara tidak kita sedar kita turut berdosa memapar aurat mereka. Ribuan ampun dan maaf dari saudara Islam yang menyayangi mu.

love for life said...

salam kak nani, suka tengok muka kak nani dalam pic ni.nampak fresh.natural make up ek?

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Sazzy ramah kan kak? She is so sweet :)

Dah tentu la Kak Nani memang, Chef tu! Tengok gambar pun dah tahu sedappppp!!!

Sayang Kak Nani :)

Su Hashim said...

pasti sedap!!!

Tengkubutang said...

haaiii.. FOLLOWER NO.7408

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Unknown said...

hehehe..bestnya..

aizeepesona said...

amboi amboi kak nani...glamer sungguh dikelilingi oleh artis2..

pas ni ada program master chef do astro tu...akak masuklah tau..

tahniah yer kak sbb menang memang..!memang layak pon..

Unknown said...

masakannya pasti enak-enak tu gan.... hehehehe... pengen dong!!!!

http://caradaftarmemberacemaxs.com/pantangan-penyakit-diabetes-kering/

http://obatpenyakitginjalbengkak.wordpress.com/