Assalamualikum
Tiba-tiba saya memilih untuk pergi menunaikan umrah ke tanah suci mekah. Semuanya sangat last minute. Mulanya kawan kawan mengajak ngajak dan kami merancang untuk pergi. Tetapi bila tiba waktu ...bila saya minta confirmation ada yang itu dan ada yang ini termasuk suami saya.
Akhirnya antara kami berempat saya seorang yang mendaftar. Maka dengan keputusan yang sangat last minute tak sampai sebulan, saya terus usahakan untuk mencari cari kursus umrah dan menghadirinya walau jauh di Selayang. Travel agen tempat saya mendaftar cuma sediakan sekali kursus. Bagi orang yang seperti saya yang belum pernah ke sana apatah lagi memang ilmu terlalu cetek dan hampir tiada memerlukan lebih dari itu. Kalau sepuluh kali menghadiri kursus pun saya memang suka mendengar celoteh ustaz zainal yang banyak pengalaman dan ilmu di dada. Rasa terpanggil panggil untuk segera ke sana.
Belum sampai ke sana tetapi hati sudah dibalut rasa tenang dan bahagia. Berbagai peristiwa yang mengusik dan menyentuh kotak hati yang sedang mencari cari hidayah dalam diri. Semakin waktu mendekati semakin terasa banyaknya dosa dosa lepas flashback semula dalam ingatan lalu hati menimbang nimbang terlalu banyaknya dosa yang saya kutip sepanjang usia ini.. Waima diri terasa semakin hampir denganNya walau kadangkala jadi jauh semula akibat strategi iblis dan syaitan yang ingin menghalang.
Sesekali dihambat kesibukan yang kalut, namun diizinkan tuhan untuk saya menyelinap sebentar ke ke dalam masjid negeri shah lama untuk solat zohor. Selepas solat saya tersesat sesat mencari pintu keluar walhal sudah beberapa kali ke situ. Ketika tertinjau tinjau, saya menemui pejabat pungutan zakat dan terus masuk mmberi salam. Setelah memberi penjelasan tentang pendapatan dan simpanan saya, saya hanya membayar zakat untuk wang simpanan kerana pendapatan saya yang tidak tetap harus dikira dengan lebih teliti barulah saya datang semula. Hati rasa bahagia sangat setelah membuat akad janji membayar zakat dan apabila mendengar doa yang diucap oleh uztaz itu mengatakan..'maka bersihlah harta ini'. Di samping itu uztaz ada memberi sedikit nasihat dan ceramah yang membuat hati terus memikirkannya...
Setelah bertanyakan pada receptionist mana arah pintu masuk saya tadi, sayapun buat satu pusingan untuk sampai ke tempat saya letak kereta yang betul betul di pinggir pintu saya masuk tadi. Ketika ingin membuka pintu tiba tiba datang seorang pemuda yang berpakaian segak yang saya kira tentulah salesman yang ingin menjual barang ke pada saya. "Assalamualaikum kak!. "Walaikumussalam ! jawab saya, "Kak, saya nak minta tolong kak, saya tak da duit nak bayar tambang balik. Duit saya tinggal seringgit jer..nak makan pun tak da duit"
"Oh iye ke..ujar saya kemudian hulurkan wang rm20 kepadanya. Dia menyambut dengan penuh gembira dan dengan ucapan terima kasih dan mendoakan saya agar dimurahkan rezeki olehNya.
Setelah berlalu ketika memandu saya fikiran saya melayang kepada peristiwa tadi. Dari mana pemuda itu. Mengapa tiba tiba terpacul depan saya sedangkan kawasan itu luas dan lapang maka saya sepatutnya nampak dia berjalan dari mana arah. Setelah memikir mikir tanpa jawapan akhirnya saya akur yang hati saya sungguh tenang setenang tenangnya kerana dapat menggembirakan hati orang yang amat memerlukan bantuan.
Sebelum ke mesjid tadinya, saya mengeluarkan sejumlah wang dari Bank. Kemudian saya bawa wang itu untuk saya masukkan ke dalam tabung haji. Ketika dikaunter tabung haji...saya ditegur oleh juruwang kaunter tabung haji mengatakan beraninya saya menanggung risiko membawa wang sendirian begitu. Katanya lagi dia baru sahaja membaca harian metro tentang wanita kena rompak setelah mengeluarkan wang dari bank.
Saya kemudian memberitahunya bahawa saya tahu tentang akibat akibat itu..sebab tu sebelum ke Bank saya membaca ayat kursi selepas solat subuh dan sewaktu melangkah keluar rumah. Namun dipintas oleh juruwang itu bahawa mungkin wanita yang kena rompak itu lupa nak baca ayat kursi. Rasa hati ingin mengatakan silap dialah sebab lupa...namun saya pendamkan sahaja dalam hati.
Kemudian berkali kali juruwang itu mengatakan beraninya saya. Saya jawab, kalau baca ayat kursi..insyallah Allah lindungi kita.
Setelah selesai urusan memasukkan wang ke dalam akaun, juruwang menyerahkan buku akaun kepada saya. Ketika hendak bangun saya terfikir untuk check amount yang dimasukkan...dada sungguh berdebar apabila nombor amount yang tertera di dalam buku hanya separuh dari jumlah wang yang saya masukkan.
Saya kembali duduk dan mengatakan bukankah amount yang saya masukkan tadi sebanyak itu mengapa cuma separuh sahaja yang kamu masukkan. Cepat cepat dia menarik buku saya dan meminta maaf kerana tersilap dan menyuruh saya mengisi dua borang sekali lagi untuk memasukkan sekali lagi jumlah yang betul.
Setelah selesai , saya check semula buku akaun saya memastikan kali ini jumlahnya betul. Alhamdulillah
Ketika berlalu dari situ saya dengan tidak sedikit pun memarahi juruwang itu cuma terasa kesal kerana dia seolah olah terlupa tentang fadhilat dan berkat bacaan ayat kursi yang saya baca itu maka Allah melindungi saya.
Akibat sibuk maka saya terlupa janji saya dengan seorang customer utk mengambil Kolagen di rumah saya. Maka saya menaliponnya untuk menghantar ke rumahnya disebabkan silap saya terlupa walhal di sudah sampai didepan pintu rumah.
Namun dia bersetuju kami berjumpa di retoran Arab seksyen 9 kerana hampir pukul 3 petang saya belum menjamah makanan. Saya belanja dia makan dan kemudiannya apabila dia bercerita tentang kuliah agama yang setiap di hadiri di mesjid dan yayasan restu maka saya menyatakan ingin turut serta menghadiri. Keinginan saya disambut dengan rasa sungguh suka sehingga dia mempelawa saya untuk menunggu saya di satu tempat dan pergi bersama. Hari pertama dia bawakan saya kuih. Kemudian hari kedua dia bawakan saya kuih dan menghadiahi saya mini telekung warna hitam apabila saya menyuarakan keinginan untuk membeli untuk ke mekah nanti.
Apabila saya dengan tidak semena mena ingin membuat kenduri doa selamat walhal sebelum ini macam rasa tak larat dan telah memberi wang kepada uztaz untuk dia buat di mesjid namun setlah berdoa semuga majlis saya nanti berjalan lancar dan penuh keberkatan, akhirnya jadi juga majlis tersebut. Dengan bantuan sahabat baru saya tadi dan sahabat baik saya Zaiwiyah, alhamdulillah tertunai hasrat saya ingin membuat kenduri doa selamat dan bacaan tahlil arwah di rumah saya.
Terima kasih di atas hadiah hadiah dari sahabat sahabat sekelian. Insyallah akan terpanggil anda untuk ke sana berkat keikhlasan hadiah dan sedekah untuk saya ke Tanah Suci Mekah.
Alhamdulillah, insyallah lagi dua hari saya akan berlepas ke Madinah dan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Doakan saya dapat menjalani segalanya dengan sempurna dan mendapat umrah yang mabrur. Sebelum itu jika ada dosa dan segala kesalahan saya terhadap anda semua saya memohon kemaafan dan keampunan dari anda. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya.
"Aku penuhi panggilan Mu ya Allah, aku penuhi panggilan Mu, tiada sekutu BagiMu, aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu".
Semua gambar yang saya upload ini ada dikamera ketika beberapa hari sebelum saya bertolak. Kucing kucing, kenduri doa selamat dan mengandam yang sempat saya fotokan. Alhamdulillah.
60 comments:
Selamat pergi dan selamat tibe aunty :) Mudah-mudahan segala ibadah yaang dijalankan di sana di rahmati Allah :)
Semoga perjalanan dipermudahkan Allah...moga mdapat umrah yg mabrur...
Jg kesihatan baik2 di sana...
Salam kak nani...semoga ibadah yg bakal kak nani kerjakan dipermudahkan olehNYA....semoga selamat pergi dan selamat kembali...seronok bila baca bila kak nani dah terpanggil untuk mengunjungi rumah Allah...
ayat kursi mmg byk manfaatnya...kalau kita baca sblm keluar rumah insyaAllah dilindungi olehNYA dan dipermudahkan segala urusan kita...kalau baca sebelum masuk rumah insyaAllah x akan ditimpa kepapaan...semoga ayat2 kursi ni jadi zikir harian kita...(^__^)
Salam kak nani,
Saya doakan semoga akak selamat pergi dan selamat pulang..;p
Assalamualaikum,
Auntie anda sangat bertuah kerana mendapat jemputanNya. Alhamdullilah. Saya baru pulang daripada umrah minggu lalu. Masih terkenang-kenang lagi momen indah di sana , rindu sangat hati ini sampai kadangkala terbit air mata mahu menjadi tetamuNya lagi.
Take care, cuaca di Madinah sejuk sedikit berbanding di Makkah sekarang. Di Makkah nanti,sangat banyak debu-debu daripada kerja construction sekitarnya. Auntie pakai topeng muka tau kalau nak berjalan ke masjidil haram. Saya hari tu main redah je sebab tak tahu.Hujung-hujung nak balik, terbatuk-batuk aje even umur masih muda (muda la sgt kan) :). Tak pernah-pernah batuk semasa di Malaysia, alih-alih jadi batuk di sana pula. Apa2 pun boleh berlaku kan.
Apa-apa pun, jaga diri. Hargai sungguh-sungguh masa auntie di sana. Banyakkan 'bersabar'. Memang 'kesabaran' kita akan diuji di sana. Tips nak beli kurma, yang lebih murah tentunya yang ada di 'pasar kurma' berbanding di 'ladang kurma' semasa ada di Madinah. Sangat berbeza harganya. kalau auntie mahu beli abaya yang cantik dan harga berpatutan, pilihan lebih banyak di Madinah. Kalau yang mahal-mahal banyak di zam zam tower (menara jam besar). Tapi kami tak beli pun di Makkah. Banyak membeli di Madinah (lebih kepada mak ayah yang banyak beli buah tangan untuk sahabat handai dan keluarga, saya ikut je.hehe)
Take care auntie, jaga kesihatan, saya doakan auntie mendapat umrah yang makbul In Sha Allah. You are so lucky.
Assalamualikum Kak Nani, semoga sihat sejahtera dalam mengerjakan ibadah nanti, semoga dimudahkan segala urusan selama ber umrah. Saya juga mohon ampun dam maaf sekiranya selama mebaca blog akak ni ada rasa yang pelbagai, semoga Allah mengampuni kita
alhamdulillah, selamat pergi dan balik ye kak nani.
agak careless peg tabung haji tu, nasib baik double check :)
Salamkak nani
Semoga dipermudahkan urusan disana nanti dan mendapat umrah yg mabrur
semoga auntie selamat pergi dan balik .. doakan saya sekelauarga mampu menjadik tetamu Allah macam auntie ...:)
selamt menunaikan umrah autny..doakan sy jugak..hehe=).
Selamat pergi dan selamat balik kak nani, semoga semuanya dipermudahkan Tuhan jua.
Alhamdulillah..seronoknye dgr aunty nak ke sana..mmg seronok sgt dekat sana aunty..aunty jaga diri baik2..doakan sekali untuk kami semua agar dpt menjadi tetamu Allah suatu hari nanti... :)
Alhamdulillah seronoknye sudah terpanggil ke sana.. semoga kak nani selamat pergi dan selamat pulang
semoga mendapat umrah yang barokah sblm mengerjekan haji nnti..
Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun..
Allahamdulillah..
salam aunty..aunty bleh x follow blog sye..done follow you aunty.. :) ni blog sye www.brokenemerald.blogspot.com
Selamat pergi dan selamat kembali kak nani. Semoga dipermudahkan urusan dan memperoleh umrah yg makrur.
Tahniah, semoga selamat pergi dan balik
http://memetlenggeng.blogspot.com/2013/02/psy-dan-litar-sepang.html
Assalammualaikum kak nani,
Sy doakan semoga akak sihat sejahtera disana, dikurniakan kesihatan yg tip top utk menjalani ibadahNya.
Selamat Pergi dan selamat pulang kakak :) bawak balik sikit cekelat mekah. hihi
doa mak teh sentiasa bersama nani..selamat pergi dan pulang ya
Tak sangka plak cake2 yang di order tu utk majlis kesyukuran akk ke Mekah.. harap semua tetamu Kak Nani berpuas hati ye..hehe
Saya minta kebenaran mengambil beberapa keping gambar cake tersebut utk di share di fanpage FB saya.. tq Kak Nani.. semoga semakin bertambah & murah rezeki Kak Nani lagi lepas nih.. Dan tak lupa juga, selamat pergi dan pulang dari menunaikan umrah..
Semoga allah pmudahkan segalanya.
Sebab dia memperlekehkan jawapan kak nani tu yg tibe-tibe buat mistake..Allah nak mengingatkan dia sebenarnya. Mudah-mudahan dia sedarlah bahawa Allah melindungi hamba yang sentiasa memohon perlindunganNya.X percaya sudahlah. Jangan perkecilkan orang lain.
Untuk Kak Nani semoga selamat pergi dan selamat pulang^^ (rezeki saya bila pula ye ^_^ )
lambat baca... semoga semuanya selamat.. :)
semoga selamat pergi dan pulang auntie
salam kak nani, untungnya..sy berdoa agar di dipermudahkan segala urusannya..takecare.Doakan su jg agar dijemput ke sana secepat mungkin..amin
Assalamualaikum.. Tahniah kak.. semoga kak nani selamat pegi dan pulang dan mendapat umrah yang mabrur.. In sya Allah saya pernah ke sana tahun sudah.. perasaan gembira .. sebak.. terharu tidak dpt digambarkan.. Alhamdulillah
alhamdullilah..suke bila baca bila kak nani dah terpanggil untuk mengunjungi rumah Allah...
semoga kak nani selamat pergi dan selamat kembali...
Semoga Kak Nani selamat pergi & selamat kembali serta dipermudahkan urusan di sana.
Cayalah Kak Nani, dalam kesibukan nak ke sana, hidangan kenduri tetap vogue. Aww I like that !!
Assalamualaikum..
semoga dipermudahkan segala urusan kak nani di sana nanti... mudah2an selamat pergi & selamat kembali semula ke tanah air..
Tak sangka Akak pun ke sana. Harap2 kita boleh bertemu di Tanah Suci kerana ketika itu saya telah pun berada di sana.
semoga selamat pergi dan pulang...:)insyallah...:)
semoga mendapat umrah yg mabrur
selamat pergi selamat kembali ye kak nani ;)
semoga selamat pergi dan kembali :-)
Semoga Kak Nani selamat pergi dan kembali. Tak lupa selamat menunaikan umrah...
selamat jln kak nani..
semoga semua di permudahkan...
Selamat pegi n kembali ..doakan kami juga dpt menjadi tetamu Allah swt..pembaca setia blog
Assalamualaikum Kak Nanie cantik.
Saya ni silence reader selalunya di blog ni. Setiap kali memang akan buka blog kak Nanie.
Nak ucapkan selamat menunaikan umrah untuk Kak Nanie. Semoga segalanya diberkati Allah SWT. Jaga diri baik-baik di sana. :)
~ Feir.
Selamat pergi dan pulang. Semoga dipermudahkan Allah. Doakan saya sampai ke sana jugak nanti.
Salam kak nani.sy nk order collagen akak. Semoga akak slamat pg dan balik.
Selamat beribadah...
alhamdulilah...semoga selamat pegi dan balik ye kak...:)
selamat menunaikan umrah :)
http:little-xiao-han.blogspot.com
Kak....
Nasib baik akak tgk balik buku bank 2...kalau x, mesti dh kne tipu... Antara helah penipuan dikaunter....Allah melindungimu... :)
Semoga semuanya dipermudahkan aunty..Have a safe journey..May Allah bless u..Aamiin..
Salam,
Semoha dipermudahkan segala urusan insyallah... :)
semoga selamat pergi dan pulang cik nani... : D
http://imgivinuasmirk.blogspot.com/
Beautiful page! Invite: https://www.facebook.com/pages/Magdalena-Tasarek-Blog/295543363818645?fref=ts :)
Selamat pergi dan selamat kembali :)
tahniah kak..moga selamat pergi dan balik..hehehhe
assalam,
salam ukhuwah dan salam perkenalan dari bunda.
semoga dipermudahkan segala urusan disana...
semoga diberkati allah setiap langkah. mohon doa utk kawan2 skali ek. salam rindu dari saya utk rasulullah saw
Saya jumpa kak nani dan hafiz di KLIA hari kak nani nak berangkat ke tanah suci. Kebetulan menghantar mak dan ayah untuk umrah juga.
Saya tengok dari jauh je, nak tegur segan hihihi.
salam kak nani, saya yang kiter jumpa di airport JKT, kak nani kata kenal saya. Hehehe. Padahal bila fikirkan saya yg kenal kak nani. Ahaks. Salam kenal. Moga d permudahkan Umrah. InshaaALLAH.
Salam Ratuku Nani,
Alhamdulillah kehadratNya yang Maha Esa, selamat sampai sudah dengan sejahteranya bagi memenuhi panggilan nan murni lagi mulia... meski pun penghalang dari setiap rintangan dari mereka yang "sesat" terhadap tujuan sebenar mereka berada ditanahsuci menjadi sebuah tandatanya pula...
justeru itu tidak lah dapat menghambarkan ibadah Nani karena dengan jayanya sudah dapat Nani atasi dengan kesabaran yang benar datang dari diri yang senantiasa berlapang hati yang begitu nyata kejujuran & keiklasannya meski pun begitu sukar untuk digambarkan dengan apa sahaja yang Nani tempuhi selama berada ditanahsuci... serasa sayu tatkala mendengar pengalaman Nani disana walau pun dihati merasa terkilan dengan apa yang telah berlaku... namun rintangan itu diterima dengan seredha-redhanya demi niat disanubari yang sebenarnya menyahut panggilan suci hanya demi karenaNya... Alhamdulillah.
Pabila diri memelihara martabat keimanannya juga kebenaran diri nyata teserlah diair mukanya jernih dan tenang terpancar bersinaran keikhlasannya (tanpa sebarang pembalasan yang diharapkan) dan itu lah yang ada didalam diri Nani yang Ratna nampak selama mengenali Nani baik dari segi pertuturan bicara mahu pun dari gerak langkah yaitu pembawaan diri yang berbudi pekerti luhur lagi mulia...
Wahai sahabatku, hikmah-hikmah yang telah ditunjukkan tatkala hati berdetik ada lah satu petunjuk keberkatan rahmat yang dilimpahi olehNya sebagai memuliakan insannya yang dikehendaki olehNya sahaja, jadinya seruan itu sudah dijawab dengan mulianya dimana ianya datang dari seorang yang mulia sesungguhnya yaitu Nani...
Sampai nanti...
ternanti2 entry terbaru Kak Nani.
Alhamdulillah... semoga selamat pergi dan pulang.. tersedar diri bila bca entri ni.. Insya Allah ada rezeki pasti kesana :)
http://pasteluna.blogspot.com/
nice photos!
assalamualaikum kak ain
jomlah follow blog
http://zla-en-route.blogspot.com/
boleh kte share2..;)
mind to be blogger friend?
as-salaamualaykum Nani, sihat ya?rindu ngan celoteh Nani.
visit dan join blogku ya http://ordyme.wordpress.com/ terimakasih
Post a Comment