Friday, January 25, 2013

10 Keutamaan Bersolat Jemaah Di Masjid








Assalamualaikum,

Mudah-mudahan kita mendapat manafaat dari perkongsian ilmu ini..amin.


1. Balasan Pahala kebaikan sebanyak 27 kali ganda.

Rasulullah (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda: “Solat jema’ah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 27 kali ganda
(Al-Bukhari)


2. Setiap langkah menghapus dosa
3. Hanya dengan datang awal - duduk menunggu solat - kita akan mendapat pahala seakan-akan dalam solat
4. Malaikat berdoa untuk orang yang solat di masjid

Rasulullah, Muhammad (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda: “Solat jema’ah melebihi solatnya seseorang di dalam rumahnya dan solatnya di dalam bilik sendiri sebanyak 25 kali ganda.
Jika seseorang dari kalian berwudhu lalu dia memperbagus wudhunya dan dia datang ke masjid semata-mata hanya untuk solat, maka tidaklah dia melangkahkan kakinya satu langkah pun melainkan Allah telah mengangkat darjatnya dan menghapus dosanya (untuk setiap langkah) sampai dia masuk masjid.
Apabila dia telah masuk masjid, maka dia sudah berada dalam (hitungan) solat selagi solat tersebut menahannya (di masjid);
dan para malaikat akan berdoa untuknya selama dia masih berada di tempat Solat: “Ya Allah, ampunilah dosanya. Ya Allah, keruniailah dia selagi dia tidak berhadas.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


5. Janji daripada Allah - Balasan pahala yang hebat

Rasulullah bersabda, “Jika orang-orang mengetahui pahala yang ada pada (mengumandangkan) adzan dan (solat di) saf pertama, kemudian mereka tidak mendapat peluang (melakukan) tersebut kecuali hanya dengan mengadakan undian, maka mereka pasti mengadakan undian.
Jika mereka mengetahui pahala yang ada pada tahjir (datang pada awal waktu), nescaya mereka pasti akan berlumba untuk itu (solat pada waktu awal).
Jika mereka mengetahui pahala yang terdapat solat Isya’ dan solat Subuh, nescaya mereka pasti mendatanginya meskipun terpaksa merangkak (ke masjid)
(Al-Bukhari)

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa solat Isya’ secara berjemaah, maka (balasan pahalanya) seolah-olah dia telah mengerjakan solat separuh malam.
Dan barangsiapa solat Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah dia telah mengerjakan solat sepanjang malam itu
(Muslim)

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya dua solat ini (Isya’ dan Subuh) adalah solat yang paling berat bagi kaum munafik. Seandainya kalian tahu (pahala dan kelebihan) yang terdapat di dalamnya, nescaya kalian pasti mendatanginya meskipun dengan terpaksa merangkak.
Sesungguhnya saf pertama itu laksana para malaikat. Seandainya kalian tahu keutamaanya, nescaya kalian pasti mendatanginya lebih awal.
Sesungguhnya salatnya seseorang bersama seseorang yang lainnya (secara berjemaah) itu lebih suci daripada solat sendirian, dan solat bersama dua orang lainnya itu lebih suci daripada solat bersama satu orang, dan (jema’ah) yang lebih banyak lagi itu lebih disukai oleh Allah”(Abu Dawud, An-Nasai)


6. Allah GEMBIRA menyambut hambanya datang ke Masjid

Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang Muslim berdiam di masjid untuk solat dan dzikir, melainkan Allah berseri-seri (gembira menyambut)nya, sebagaimana keluarga orang yang ditinggal berseri-seri menyambut kedatangan orang yang meninggalkan mereka (Ibn Majah, sahih)

7. Janji sebuah rumah setiap kali pergi dan pulang ke masjid

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa pergi dan pulang dari masjid, maka Allah menyediakan untuknya tempat di syurga setiap kali pergi dan pulangnya (Al-Bukhari)

8. Amalan yang paling dicintai Allah - solat awal

Dari Abdullah ibn Mas’ud, dia berkata “Aku pernah bertanya kepada Nabi (SAW), ‘Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah?’
Beliau menjawab, “Solat (tepat) pada waktunya”
Dia bertanya lagi “Lalu apa?” Beliau menjawab
“Kemudian, berbuat baik kepada kedua orang tua.”
Dia bertanya lagi: “Lalu apa?” Beliau menjawab lagi, “Jihad fi sabilillah”
(Al-Bukhari, Muslim)


9. Rasulullah murka kepada mereka yang tidak ingin keluar untuk menunaikan solat jemaah

Rasulullah bersabda, “Tidak ada solat yang paling berat bagi kaum munafik melebihi solat Subuh dan Isya’. Jika mereka tahu (kebaikan) yang ada pada keduanya, maka mereka pasti mendatanginya meski harus dengan merangkak.
Sungguh aku bermaksud menyuruh mu’adzzin untuk iqamat lalu aku menuruh seseorang untuk mengimami jama’ah, kemudian aku akan mengambil obor api, lalu ku bakar rumah orang-orang yang tidak keluar untuk solat setelah itu
(Al-Bukhari, Muslim)


10. Orang yang mencintai masjid dijanjikan naungan Allah pada Hari yang tiada naungan daripada kepanasan matahari selain daripada naungan-Nya

Rasulullah bersabda, “Tujuh (golongan) orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungan-Nya pada Hari (Qiyamat, di mana) tiada naungan melainkan naungan-Nya, iaitu:
1) Ketua/pemimpin yang adil
2) Seorang pemuda yang membesar sejak kecil dalam ibadah kepada Allah
3) seorang yang hatinya tergantung (cinta) kepada masjid-masjid
4) dua orang yang saling cinta-mencintai demi Allah - keduanya berjumpa dan berpisah kerana Allah
5) seseorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan bangsawan yang cantik, menolak godaan perempuan itu dan berkata “sesungguhnya aku Takut kepada Allah”
6) seseorang yang bersedekah dengan sembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya
7) seseorang yang ingat (/ berzikir) kepada Allah dalam keadaan bersendirian sehingga melelehkan airmata dari kedua matanya”
(Al-Bukhari, Muslim)



“Di rumah-rumah Allah (masjid) yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya & berzikir kepada Allah di dalamnya;
Di mana Nama-Nya di-Besarkan pada pagi dan petang

(rumah dipenuhi) Lelaki-lelaki yang kuat imannya - yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah,
Dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan Hari - di mana hati dan penglihatan akan bergoncang

(Mereka mengharapkan) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan,
Dan supaya Allah menambah kepada mereka lagi dari limpah Kurnia-Nya
Dan sememangnya Allah memberi Rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa hitungan batasan”
(Quran Surah An-Nur : 36 - 38)

“Janji daripada Allah - Allah tidak akan sekali-kali gagal dalam janji-janji-Nya,
Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(Surah Ar-Room 30:6)

6 comments:

Zulqurnain Othman said...

Salam.. wah sgt berkesan dan berguna pesanan dan pedoman yang auntie kongsi.. Semalam saya terserempak dengan auntie and uncle and anak di Gulam Mee Kota Damansara. Meja sebelah menyebelah tapi saya segan. Masa tu saya dapat tau kawan saya yang yang muka ganas and garang tapi avid follower your blog. Caught him red handed admiring your beauty.
Tahniah Auntie and Keep it up!~

Zulqurnain Othman said...

Salam.. wah sgt berkesan dan berguna pesanan dan pedoman yang auntie kongsi.. Semalam saya terserempak dengan auntie and uncle and anak di Gulam Mee Kota Damansara. Meja sebelah menyebelah tapi saya segan. Masa tu saya dapat tau kawan saya yang yang muka ganas and garang tapi avid follower your blog. Caught him red handed admiring your beauty.
Tahniah Auntie and Keep it up!~

Zulqurnain Othman said...

Salam.. wah sgt berkesan dan berguna pesanan dan pedoman yang auntie kongsi.. Semalam saya terserempak dengan auntie and uncle and anak di Gulam Mee Kota Damansara. Meja sebelah menyebelah tapi saya segan. Masa tu saya dapat tau kawan saya yang yang muka ganas and garang tapi avid follower your blog. Caught him red handed admiring your beauty.
Tahniah Auntie and Keep it up!~

Unknown said...

Salam Nani..Pekabar? Seronok baca yr blog. Then i teringat masa kita first met... thanks for yr friendly and kindly heart ;)Hope to see u in future.
Check this out :
http://blogdearlady.blogspot.com/2013/01/seronok-jumpa-rakan-bloggers.html

Shidah Rasid said...

Janji Allah swt adalah benar tapi hanya sedikit orang yang dapat mengamalkannya....doa utk istikaqamah dlm setiap amalan

zino said...

terima kasih atas perkongsian...