Friday, September 28, 2012

Dutch Lady Minuman Coklat


 Assalamualaikum

Untuk menjadi seorang ibu yang penyayang dan prihatin, sudah tentu saya sentiasa mengambil berat tentang apa yang harus saya sediakan untuk makan dan minum anak anak saya.

Di rumah saya, minuman yang paling di gemari oleh anak anak saya adalah minuman coklat.  Saya pula mahu memastikan minuman yang saya sediakan untuk mereka bukan sahaja minuman coklat yang enak malah mesti  yang berkhasiat.

Sekiranya anda di luar sana masih tercari cari satu minuman yang berkhasiat untuk anak-anak , di sini  saya ada sesuatu yang hebat harus saya kongsikan yang iaitu minuman coklat Dutch Lady Chocolate Drink EzyMix yang pasti digemari oleh anak-anak dan yang paling penting ianya datang dengan package iaitu enak, lazat berperisa coklat dan penuh khasiat.

Kalau selama ini minuman pagi atau seharian yang kita ambil itu samada yang kita pasti atau tidak pasti mengandungi khasiat atau tidak maka segeralah bertukar kebiasaan itu kepada sesuatu yang lebih bagus dan bermakna…



Dutch Lady Chocolate Drink, Ezymix, mengandungi khasiat dan vitamin seperti protein, cocoa, minyak sayuran , kalsium dan magnesium, Omega 3 dan 6 dan lebih daripada lapan jenis Vitamin B (Vitamin B Compleks)



Dutch Lady Chocolate Drink EzyMix, dengan nama pun dah tahu betapa easynya untuk membancuh dan menyediakan  minuman ini untuk kita yang senantiasa mahu segala-galanya memudahkan hidup kita.  Hanya tuangkan air panas untuk minuman panas enak dan mendamaikan.Walla…


Dan tambahkan ais untuk minuman sejuk yang enak dan menyamankan….hmmm


Hmmm..Dutch Lady Chocolate Drink , EzyMix  sejuk berkhasiat dan menyamankan tekak dengan sedikit hirupan…yummy yummy…
  
BIAR BETUL….CUBA RASA….


Kalau anda hendak menerima hadiah baucar bernilai RM50 anda bermain permainan Ezy Mix Party Di Facebook Dutch Lady.


Terdapat Trak BiruBerjenama Biar Betul telah  pun membuat rondaan  di kawasan trafik yang paling sibuk di Lembah Klang selama 2 minggu sebelum pelancaran rasmi Minuman Coklat Dutch Lady pada 19 September 2012 yang lalu. Setelah merasai minuman coklat yang lazat  mereka kemudian ingin tahu apakah minuman yang mereka minum itu…….

Ok buat sesiapa yang belum tahu atau ingin tahu mengenai EzyMix Dutch Lady Chocolate Drink   ini boleh layari (https://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk/app_141419296001917) Terdapat permainan EZYMIX Party yang menyediakan peluang untuk anda memenangi baucer sebanyak rm50 setiap minggu atau discount vouchers membeli  Minuman Coklat Dutch Lady apabila anda dapat mencapai skor tertinggi.

Resepi Chicken Pie Daku Yang Meletopzzzz






Assalamualaikum,


Anak bongsu saya si budak Alisya ni ada satu perangai pelik sket. Budak sekecil itu pun tidak suka makan di luar atau di restoran. Alasannya dia lebih suka kalau pergi satu keluarga konvoi untuk makan di satu satu restoran.

Sedangkan alasan saya pula makan luar sebab tak naklah masak beriya iya sebab yang makannya saya dan dia sahaja. Sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah apabila sesekali  saya malas masak, saya akan mengajaknya pergi makan diluar. Jawapan yang saya terima tetap sama, mama masaklah sup sayur bayam, ayam goreng tepung dengan sambal tutuk.

Tapi hari tu saya rasa dah jemu giler hari hari bantai makan di rumah. Maka saya ajak dia ke Subang Parade untuk tinjau mana mana tempat makan di situ yang best best sambil  itu boleh saya meronda-ronda di parkson subang parade. Tiba-tiba Alisya nampak kaunter jam icewatch. Begitu tertarik atau mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan yang memakainya tiba-tiba dia berbisik di telinga, mak, boleh tak Alisya guna duit Alisya untuk beli jam icewatch nak bagi hadiah besday abang Hafiiz and nak beli jugak satu untuk Alisya.

Saya senang jer, terpulang pada Alisya, duit Alisya kannn. Almaklumlah Alisya kan dah dapat income sendiri. Alhamdulillah sejak jadi pengacara, pelakon iklan, guna suara untuk watak animasi maka adalah  hasil penat lelah dia...yang boleh buat dia happy. Tambah lagi dia memang sayang dan rapat sangat dengan  abang abang dan kakak kakak dia. Itu yang bila keluar tanpa satu keluarga bersama dia langsung tak enjoy.

Dari situ, kami terus men cari cari tempat makan, akhirnya ternampak sign board DOME dan terus singgah duduk dan order makan. Saya order Chicken Pie dan Minuman Strawberry syer berdua sebab takut Alisya tak habis makan. Bila datang bil berjumlah dekat rm50 dengan makan yang portion tidak berapa besar saya berfikir, huh dengan bil sebanyak itu kami memang tak kenyang langsung.

Namun apa yang bagusnya setelah menggodek godek  Chicken Pie di DOME, saya dapat idea untuk membuatnya sendiri di rumah, maka selamatlah duit saya yang mungkin berjumlah hampir rm300 sekiranya saya membawa satu keluarga makan di situ.




Saya beli mangkuk putih ini di ssf khusus untuk Chicken Pie kegemaran anak-anak. Saya letak bahan bahan isi dan hanya tutup dengan puff pastry yang saya beli di Bagus kemudian bakar. senang kan...

Tiada apa yang lebih enak dari makanan yang baru keluar dari oven dan sungguh harum mengoda kalbu....

Saya gadingkan dengan sayur-sayuran seperti yang ada dalam hidangan Chicken Pie di DOME. Imran kata, memang jadi sangat sebijik....

Resepi Chicken Pie Yang Enak  :-

Bahan A

300 gm biji gandum       )
200 gm biji jagung manis) tiada sukatan tertentu agak-agak jer pun ok.
1 kotak santan harmuni.

(Masak dan rebus bahan-bahan ini sehingga empuk. Setelah empuk campurkan santan dan sedikit garam. Biarkan sehingga betul betul mendidih dan tutup api).

Bahan B

Bawang Holland 2 biji
Bawang Putih 5 ulas
Isi Ayam 500 gram
Sup Cendawan Campbhell
Cendawan Butang (yang besar dan segar) 3 biji
Susu segar 1 cawan.
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak zaitun/ butter untuk menumis
Serbuk ayam knorr

Puff Pastry (ada dijual di kedai menjual barang barang kek)

Cara-caranya :-

Hiris dadu bawang holland dan bawang putih sampai naik bau, masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil. Masukkan cendawan segar yang dah dipotong dadu. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Masukkan satu tin  sup cendawan dan satu tin air. Tuangkan susu segar dan masukkan serbuk ayam knorr.Kacau dan biar sehingga mendidih.

Masukkan bubur gandum dan jagung yang telah di masak tadi. Kacau rata biar mendidih dan angkat.

Ceduk ke dalam bekas seperti yang di atas itu. Tutup dengan kepingan puff pastry dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160 darjah celsius sehingga warna menjadi garing kekuningan dan angkat.


Untuk sayur-sayuran gandingan


Celurkan lobak, brokoli dan kobis kecil. Tumiskan bawang putih, bawang besar ke dalam minyak zaitun. Masukkan sayur yang dan dicelur, tomato kecil dan sedikit daun rosemary. Goreng sebentar, angkat dan hidang.




Sunday, September 23, 2012

Besday Party Datin Nora Samsuddin


Assalamualaikum,


 Kami berempat, sorang 60-an, sorang 40-an, sorang 30-an dan sorang 20-an. 

Tetapi motto kami no akak akak. Kami panggil each other nama sahaja...and kau aku, atau, hang aku.


 Ok bila tanpa pangkat tua muda, kami dapati, kami macam rakan sebaya dan tidak terdapat sedikitpun gap. Maka kami jadi rapat...berkongsi cerita apa sahaja...bergurau apa sahaja. Yang lebih penting kami berkawan tiada perasaan hasad dengki. Tiada yang bercita citta  aku mesti lebih dari kau.

Ingat lagi bila Zee sedang berkira kira untuk cari kerja bahagian marketing, dia bagi syarat kat orang yang nak ambek dia kerja. Katanya kalau u tak ambek Nani, i tak nak kerja. 

Antara kami tiada kata kata yang saling menyakitkan hati, meng up diri, hahaha lagipun antara kami tiada siapa yang lebih up dari siapapun 

 Hampir setiap minggu kalau ada kesempatan kami hang out bersama. Minggu lepas macam biasa, kami berjumpa. Kali ini ke rumah Datin Nora Samsuddin untuk meraikan majlis hari jadinya. Seperti biasa Zee atau nama sebenarnya Azizah Majid Penyampai Radio yang dah tentu kenal ramai artis yang pernah berwawancara di udara...maka gamatlah suasana bila dok gebang cerita lama-lama.

Setiap kali kami bertiga atau beempat memang ada jer cerita yang buat kami gelak... dalam kereta gelak...kat rumah..gelak...kat restoran glak..kat karoke gelak...

Berkawan ni biarlah buat jiwa kita tenang, gembira, lapang. Dalam hidup harus ada kawan supaya sekurang kurangnya kalau ada tekanan boleh release sedikit demi sedikit.

Kawan tak sama dengan keluarga atau adik beradik. Sebab tu saya kalau anak-anak nak bersama kawan kawan saya tak kisah. Saya tahu  hidup lbih bermakna dengan kawan-kawan yang sehati sejiwa. Adanya  kawan yang baik hidup lebih ceria.

Di rumah datin nora, kami seperti biasa beramah mesra dengan artis. Kalau artis tu  nampak sombong, ..saya datang kat mereka tegur sapa, akhirnya sorang sorang jadi kawan.

Memang seronok kami malam tu. Anje paling seronok jumpa artis.. Shireen kurang sikit  sebab dia memang penyanyi di hotel hotel, club club maka biasa berjumpa artis. Zee seperti biasa sempat bergossip tentang zaman silam dengan ex x nya...walla....







Senyuman Shireen yang menawan, paling seronok kalau dapat pergi karoke dengan shireen, bagi dia sorang jer nyanyi, pasti kami  terlopong..... lagu dangdut, lagu omputih memang makanan dia....




Anje yang giat berpolitik....namun cuba mencuri masa untuk kami semua....i love u anje...








Asalnya..Shireen berkawan dengan anak Zee, last last rapat pulak dengan maknya...walla...

They are my fewnzzz..semuanya anggun....

Datin Nora Samsuddin, Zee, Anje, Shireen. I love uolls..



Me and  my darling Shireen....


Me and Zee..Aku sayang kau Zee....

My two lovely fwenzzz


Sayang Shireen ketat ketat

Anje, please dong, nape ada muka setengah nih?


Sempat Zee bergossip dengan Pak Hamid tentang kisah cintanya yang lepas...kannnnnn








Nani kau ambek gambar aku closeup. Nah ambek ko...cantik kau Shireen....




Ibnor Rezza, me, Siti Fairuz yang masih bersuara lunak menyanyi lagu raya, Shiela Amin, and Datin Nora












Nash pun nyanyi malam tuh...


Dalima Wati (Hantu Kak Limah) and me...

Dalima Wati and Anje

Shireen and Yasmin Suraya

Yasmin Suraya kakak Hani Yasmin and me

Anje and Yasmin


Dalima Wati and Shireen

Dalima Wati dan cucunya..


Razis Ismail and me...suara masih lunak, muka masih tampan. Terima kaih Razis atas pemberian CD baru bertajuk Permaisuri Hatiku  siap dengan autograph.."buat Nani".Tq so much.

Anje and Razis




Meneka Dalam Kesamaran...tekalah Ibnor.....


Mimpi Tak Sudah...mimpi apa kau Ibnor kena kepit dengan dua aweekzz....




Datin Nora yang masih anggun, ayu and me




Hail Amir, Datin Nora, Normala Omar and Zulkifli


Nozie Nani pun ada...





Saturday, September 22, 2012

Party Of The Year...

 Assalamualaikum

Party! Party!Party!


Ok the best party of the year.

Sebab

Kalau makan dia sedap memang selalu yang bertahta di hati.

H & M mengada event party lauching sempena pembukaan nya di Kuala Lumpur baru baru ni...

Almaklumlah...company mat salleh ni kalau buat party...makan memang dia jaga. Yang itu memang sesuatu yang saya juga amalkan. Kalau nak jamu orang makan biarlah bersungguh. Ala pergi mana pun, buat grand macam manapun kalau makan dia fail maka seluruh acara tu macam tak da makna kan....

Ada orang tu kadang buat party asal nama buat...janji buat jangan tak buat...jauh jauh kita datang...berbondon-bondon kita datang..last last nasi impit dengan kuah kacang jer...apa kah ituhhh....sedangkan nasi impit dan kuah kacang ku berkurun dalam peti sejuk pun tak bersentuh kalau tiada gandingan...

Buat sesuatu kalau ikhlas memang segalanya jadi elok..hati kalau bermurah maka segalanya jadi menyenangkan...kan...

Hati orang senang hati kita berganda ganda senang...

Malam tu memang happening. Sambil beratur try baju, waiter datang unjukkan makanan, bersilih ganti makanan, pusing sini waiter, pusing sana waiter.

Bila haus, cepat cepat capai minuman...hmmm mana tak seronok. Shopping sambil di sua makanan...

Pastu saya pula kalau jumpa artis rasa cukup seronok. Tambah yang baik dan mesra. Macam Scha Al Yahya...walah dahlah muka cantik, baik budi bahasa..rasa nak hug lama-lama nak sayang lama-lama.

Sempat approach Shiela Majid. Saya bayangkan Shiela ni jenis hanya baik dengan orang yang rapat dengan dia sahaja. Kalau setakat peminat ni, dia jenis yang tak mudah mesra. 

Yuna pula jenis yang itulah karektor dia. Bila kat TV atau show nampak mesra tetapi in person orangnya agak pendiam dan tak mudah senyum tak tentu pasal dengan peminat. Begitu juga Dina...

Tapi yang paling best dari dulu sampai sekarang tetap Scha. Bila saya approach dia, 

Hai Scha apa khabar, ingat i tak..pastu berkerut-kerut muka dia sambil cover cepat-cepat...i mama hanis zalikhalah...

oh ya ingat-ingat..ala scha nak ambil gambar dengan u. eh eh boleh boleh...tapi tak da sapa pulak nak ambilkan ni..kemudian dia cepat cepat capai kamera saya dan suruh kami posing rapatkan muka dengan muka...pastu dia panjangkan tangan dan tangkap gambar sendiri...ala tak cantiklah...bila scha tengok gambar yang tak berapa nak cantik..

pastu saya nampak sales boy dan panggil untuk tangkap gambar kami...wallah..

By the way malam tu saya ke H & M kerana Elfira Loy bagi tahu Hanis, yang tiket dia valid untuk seorang lagi. Dia tanya Hanis nak tak...Hanis cepat cepat jawab nak sebab tiket Hanis, Hanis dah minta Malisa temankan. Maka tiket Alfiera, valid untuk saya.

Alfiera dengan Hanis kawan baik. Hanis banyak dapat rujukan dari dia. Orangnya sugguh petite dan sangatlah jelita. kalau dia ada height pasti saling tak tumpah bagai ratu cantik. Bagi saya wajah dia seiras Dato' Siti dan kebelakangan ini saya dia semakin grooming dan semakin lawa.