Monday, April 23, 2012

KAMAL ADLI ? Ada Aku Kesah?

Rumahtangga bahagia. Percintaan pun bahagia. Tak da pun tanda-tanda nak berakhirnya semua tu. Saling menyintai. Saling merindui.

Tetapi  mengapa masih suka benar dengar lagu-lagu jiwang karat yang mendayu-dayu. Menghayati pulak tu. Terasa diri tu yang sedang ditinggal. Terasa hati pedih giler babon. Kenapa eh...

Ok...yang tak pernah bercinta pun...boleh pulak menangis...hebatkan bila emosi tu terbawa-bawa.

Budak Hidayah sepupu Alisya yang umur agak sebaya Alisya tapi badan mak ai...alkisahnya  seperti yang diceritakan oleh emak Hidayah , iaitu kakak saya penuh bangga bercerita tentang betapa beruntungnya mempunyi anak berbadan besar seperti Hidayah, kerana  selama ini Hidayah terpaksa ditinggal duduk di rumah sendirian kadang kadang hampir berbulan, tanpa risau sebab orang pun tak sangka yang hidayah tu cuma budak berumur belumpun 13 tahun...sambil emaknya bercerita ....hari tu pergi klinik dengan abang dia Sofi yang baru habis ambek degree..tetiba..nurse tu dengan tanpa bersalah ''encik isteri encik ni....wink wink....pastu satu insiden pulak dia berjalan dengan abang dia  Amirul yang belajar kat MRSM ..lagi parah boleh orang tu tegur..adik itu mak adik eh...hahaha  kami adik beradik tergelak besar dengar cerita kakak saya

ok walau dia sebaya Alisya tapi bila tengok teater GERIMIS MENGUNDANG tu sungguh menghayati sebab lepas habis cerita tu saya tengok berjejer airmata....huhu.

Begitu juga saya...bila dengar lagu zamani Gerimis Mengundang...terasa terbuai-buai perasaan...tersentuh sungguh hati...pernah ke kena tinggal dengan kekasih...?

Pernah.

Itu pun cinta monyet masa tingkatan 4. Bercinta syok sendiri. Budak senior tingkatan 5, masih kekal di sanubari  budak yang sungguh hensem bagi saya waktu itu...logikla kan Ketua Pengawas...selalunya memang hensem..nama pun tak pernah akan saya lupa Kamaruzzaman.

Memang tergedik...maklumlah muka masa tu sebijik muka budak penan, maka dalam sekolah tak kan ada sapa yang minat kiter...tapi kiter minat giler dengan orang maka terpaksalah gedikkan diri tulis surat berkenalan.

Hahaha si budak penan nak berkenalan dengan Ketua Pengawas. Ketua Pengawas balas surat sebab kesian. 

Haha kesian kan..

Tak banyak dia tulis cuma dia tulis satu lirik lagu alleycats bertajuk 'Seribu Bintang'.

Sejak tu asek dok angau dengar lagu alleycats. Siap beli kaset dia. Siap hafal  semua lagu dalam satu kaset tu...haih.

Tapi sebenarnya baru sedar diri yang Ketua Pengawas tu  cintakan rakan sekelasnya  yang lebih putih..lebih seksi...Masa tu si muka budak penan ni dahlah hitam, badan pun sekeping...alahai...berangan jerla..

Fenomena masa kat sekolah dulu, kalau muka putih sket, badan seksi sket..itulah yang paling femes dan digilai semua student.

Kalau badan keding, muka hitam...sapa pun tak ingat pernah jadi classmate dia....

Sampaikan baru-baru ni bila saya jumpa  murid  ex-Sek Men Benut '83...tak seorang pun ingat saya yang mana satu...


Itulah kisah saya yang pernah kena tinggal. Bercinta mana boleh satu arah (one way). Dalam percintaan harus ada perkataan saling. Kalau tidak anda memang syok sendiri. 


Sebenarnya saya agak syok sendiri bila tengok lakonan KAMAL ADLI sehingga saya membayangkan yang saya dalam percintaan itu huh...apa nak jadi dengan saya ni kan...tak habis-habis jiwang...

TAPI.

KAMAL ADLI memang best. Dulu saya tak suka dia. Pernah gambar dia jadi cover majalah REMAJA. Bila Hanis tunjuk kan kat saya...sambil lewa saya cuma komen...eee ta hensemlah...mulut besar...gigi jarang..


Hamek ko..bila jumpa dia in person...mak ai...hensemnya...terus berangan kalau lah boleh jadikan menantu...

Hanis sila masukkan dalam Carta.











Upload sekali gambar budak-budak berangan nih....




Pentas di GERMIS MENGUNDANG



Tak ada KAMAL ADLI kan....sebab bila dia ada...terus khusyuk sampai lupa naktangkap gambar...








Sekali sekala belanja Kak Mima dan anak dia Hidayah.....

Adik dan kakak







Para pelakon.




Liana, Cat Farish, Hidayah dan Mima




Kenal tak...ada dalam filem Hantu Kak Limah.....


Sebenarnya klau tak da ZERO ni memang tak berapa best. ZERO nyanyi lagu Aku Anak Kampung..


Dia orang bertiga ni memang sangat humble dan berbudi bahasa.





Ingatkan Hanis kurus, rupanya mikha lagi keding betul..agak sombong pelakon indon ni....

Ehem ehem...




























Oklah gambar yang ada ni semua saya upload sekali sebab malas nak pilih-pilih. Semua kaki berangan!!!


TAK SABARLA PULAK NAK TENGOK GERMIS MENGUNDANG DALAM FILEM BULAN MEI NANTI......

Friday, April 20, 2012

Resepi Barbeque Lamb/Ayam/Steak/Seafood








Assalamualaikum,


Bagi saya salah satu perkara yang paling obiyes kok menyatukan keluarga ni adalah acara makan makan. Bila buat kenduri kendarat...adik beradik berhimpun untuk masak masak makan-makan. Bila nak sambut raya..samalah kaedahnya...masak masak makan makan. Bila nak berbuka puasa begitulah jugok.

Untung bagi saya, kerana saya anak ramai (eceh eceh saja nak galakkan ibu ibu muda beranak banyak untuk meramaikan umat)..Masih muda elok ler beranak banyak. Satgi  umur macam saya ni dah nak cecah angka 50...janganlah  pulak seiring anak ngan mak gi check up ante natal..kann...

Maklumlah rasanya dah cukup-cukup letih kot dari umur awal 20-an sampai ke lewat 30-an dok menolak troli kat pasaraya.. mengintai ngintai  susu formula mana bagus..diapers mana murah...walah.

Bagi diri saya umur 33 dah rasa letih sangat untuk beranak lagi...rasa-rasanya kalau tak letih..kalau tak sebab alahan mengandung yang teruk maka berderet-deret lagi agaknya.

Bila anak ramai, maka dalam setahun adalah hampir setiap bulan meraikan hari kejadian. Itu yang buat saya expert sungguh marinate lamb chop bagai. Dessert bagai..kek bagai...hehehe jadi contohi saya ya....mari ber anak susun paku..soal mampu atau tak mampu..cukup atau tak cukup.jangan risau .asalkan kita redha insyallah pasti ada rezeki  Allah limpahi bagi setiap anak.

Oklah selalu bermukadimah bagai ...walhal cumalah nak bagi resepi untuk barbeque jerrrr.

Weekend ni mesti buat tau.....masukkan dalam aktiviti makan makan sekeluarga sekali sekala.ok.





Lamb Chop


2 kg Lamb Chop

Bahan kisar

1 biji bawang holland besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limat purut
1 sudu makan lada hitam

(Setelah kisar semua di atas, gaulkan atas lamb chop tadi)

CAMPURKAN JUGA

1/2 cawan madu
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos barbeque.


Perap atau marinate selama 2 jam sebelum dipanggang/bakar



Barbeque Ikan/Sotong/Udang


Bahan kisar


5 ulas bawang putih
3 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
5 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kunyit serbuk
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan
2 sudu besar udang kering
3 biji buah keras

Setelah kisar perap keatas ikan/sotong/udang dan bubuh gula garam dan asam jawa.




Thursday, April 19, 2012

Saya Tak Jual Bread Puding Sebab Mahal


Seorang ibu yang paling disayangi oleh anak-anak adalah seorang ibu yang selalu masak sedap-sedap untuk keluarga mereka. Percaya atau tidak...itulah hanya permerhatian saya sebagai seorang ibu yang selalu akan rasa sungguh bersalah apabila sering tiada masa untuk masak di rumah dan hanya beli makanan di luar...huhu


Tapi tak per...sesekali tu rajin rajinkan lah diri untuk organise satu acara masak masak dan makan makan seisi keluarga.


Bila Liana cadang buat baqbeque, saya seperti biasa akan paling suka menyediakan dessert sebagai penambah manisan dan seri acara makan-makan.

Hanis pula bersungguh-sungguh menyediakan caesar salad sehingga saya terlepas pandang untuk guide dia supaya tidak semuakan bahan bahan yang dibeliknya...Walah. maka jadinya tiga pinggan salad untuk seisi keluarga.

Almaklum bila keluarga mentua Liana yang dijemput tidak muncul, maka tiga pinggan salad harus bersambung dari dinner, breakfast dan lunch...walah..walau keluarga kami ramai, kalau jemput orang tak datang masih menu yang sama berlanjutann hingga dua hari dua malam.








My peberet ever...minta maaf kalau ada orang order memang saya tak buat...sebesar size di atas saya caj rm150...alahai memang mahal tetapi itulah kosnya....



Memerap lamb chop

Seafood dan Ayam

Rewang

Harus dengan Sos Vanila untuk Bread Pudding

Sebelum acara makan tengahari yang simple



Sekecik tumpang menengok


Setkan meja makan dulu...nanti just letak makanan untuk memudahkan penghidangan...


Rindu jam tart...

Bahan bahan caesar salad oleh Hanis Zalikha

Sos untuk buat baked macaroni chesee

Penyediaan oleh Lia


Tiga pinggan salad







Macaroni Cheese yang sedia untuk dibakar 





Kalau dah pensyarah tu....bako ayam pun pegang kertas....

Part part marinate dan bakar bagi kat Hafiiz memang kepakaran dia.....





Tauhu goreng tepung cicah sambal kicap










Qis yang noti....



Qis dan My yougest sister Nana

Air minuman harus sparkling juice




Macaroni cheese yang dah siap...nak resepi harus minta diblog ini












Mee Siam disediakan oleh penulis...hehehe



















Tidak Ketinggalan My PAVLOVA...yang ini kalau nak order boleh.harga rm120. thank u...hehe




















Biasalah fotographer...mana ada dalam gambar.....