Thursday, September 23, 2010

Johor Aidilfitri Ini, Bumimu Belum Ku Pijak Lagi


Ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu jua.

heh inilah sebuah rumah klasik di utara tanah air yang ku kunjungi setiap kali

syawal menjelang....suka atau tidak....lama-lama suka jugak heheh....








Apakah yang lebih membahagiakan selain berebut makanan
dan berjaya duduk menikmati sambil mengumpat.





'Hotel' kat rumah mertua semua dah penuh...apa taknya...anak 13...menantu 13 cucu 60 dan cicit 10 maka kami terpaksa bagi laluan kat generasi muda. Mujur Hotel Star City Aloq Setaq ada satu bilik studio kosong......





Ada tak anak-anak orang lain yang tak seperti anakku....masuk
je kereta semua mula memekak.





Bermasak-masak untuk menyambut yang mahu datang berkunjung beraya.




Raya adalah untuk kanak-kanak dan orang muda2.





Hanis dan batch dari Subang Jaya.





Lagi tetamu Hanis.





Kawan Hanis batch dari Johor.



Di pagi syawal yang indah.....kek (untuk customer) masih disiap lagi...






Khairi dan seorang kawannya dari SBPI Sabak Bernam



Liana dan Nazmin yang dari Kodiang tu....





Ein dan boyfriendnya yang cun.




Kawan-kawan Hanis yang cun-cun.




Model 2000an....hehe





Liana....aku....bakal besan kot....dan bakal menantu kot....




Kek yang dah siap dihidang.





Menjamu selera di hari raya.









Barisan kuih raya ku....









Persiapan ala kadar di hari raya.










Khairi tarik nafas dalam-dalam....banyak nak kena makan ni...









Anak anak bujangku yang bergaya dengan baju raya di hadapan juadah raya.....









Ketupat yang ku anyam.





Ayam masak merah yang ku masak.





Sayur Lodeh kegemaran anak-anak.





Hehe Alisya......




Diperkarangan masjid ketika hendak

menunaikan solat sunat aidilfitri.






Mereka dan kucing-kucingku.





Toleh sekejap......






Mereka dan kucing-kucingku....





Dia dan kucing ku.





Beraya di Kodiang rumah Nazmin kawan Liana.




Seronok beraya kan? Hari raya, hati siapalah tak gembira. Pastinya dirasai semua golongan. Walau dari sekecil -kecil manusia yang mungkin sudah faham suasana kegembiraan berhari raya bukan?


Memanglah kegembiraan menyambut hari raya pada usia begini yang pasti tidak sehebat ketika usia menginjak remaja. Bagi saya menyambut hari raya ketika di alam remaja adalah saat yang paling mengujakan. Waktu itu hati tak sabar-sabar menunggu syawal menjelang kerana kawan-kawan akan datang berkunjung ke rumah. Kemudian konvoi pula ke rumah kawan-kawan yang lain. Malahan pada usia itu juga adalah saat indah yang paling istimewa di hariraya bila menanti 'sidia' yang bertahta dihati berkunjung ke rumah.


Alangkah indahnya zaman percintaan di hariraya. Waktu itu walau jauh beratus batu sanggup pula diredah. Walau rumah kekasih hati jauh di ulu ceruk kampung yang sepi dan membosankan namun hati rasa sungguh bahagia asalkan dapat bersama merayakan aidilfitri.


Malangnya keindahan dan keterujaan itu hanya ketika berada di alam percintaan. Sedangkan apabila kaki melangkah ke alam perkahwinan kita mula melupai saat-saat ketika mahu berkenalan atau ingin mengenali.


Begitulah sebenarnya kita ini. Sebelum memiliki semuanya sanggup tetapi sesudah memiliki, sukarnya kita untuk menoleh kebelakang dan menghargainya.Bak kata omputih...'we sometimes never love what we have'.



Bila dah jadi suami isteri ada antara kita mudah menggunakan kuasa veto. Mujurlah banyak antara kita mula belajar menerima hakikat yang berhari raya setelah mempunyai pasangan yang sah tidak kan sama seperti berhari raya ketika masih bujang.


Itulah perasaan saya walau gembira berhari raya bersama suami dan anak-anak di rumah sendiri dan juga rumah mertua namun jauh di sudut hati walau diri cuba memujuknya namun tetap rasa sayu bila hari raya kali ini tidak pulang merayakan di kampung halaman sendiri di johor. Sedangkan di tempat kelahiran itulah segala kenangan indah terpateri setiap kali menjelang aidilfitri.




Sebuah hakikat bahawa masa mengubah segalanya. Samada suka atau tidak kita tidak mampu menongkah arus masa. Kita tidak lagi boleh mengharap yang kegembiraan aidilfitri adalah bersama mak ayah dan adik beradik. Sekali ucapan ijab kabul disahkan oleh tok imam maka terimalah hakikat bahawa kita sudah jadi milik orang dan harus belajar menggembirakan hati berhari raya ditempat orang. Alahai tiba-tiba teringat beraya zaman muda-muda pulak......................








Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidilfitri


Tatkala langit ramadhan menutupi tirainya...hanya Allah yang tahu isi hatiku...betapa aku mengharap dapat menempuh ramadhan yang akan datang untuk ku sempurnakan amalan ku...kerana demi masa alangkah aku dalam kerugian apabila dalam bulan yang mulia ini tidak kudirikan solat malam....tidak pula aku bersedekah....tidak pula kudirikan solat fardu yang sempurna.....selalu alpa dari berzikir. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk ku bertemu lagi ramadhan tahun demi tahun agar bertambah keteguhan dan keberkatan iman. Amiin ya rabbal..alamin.




Sebelum syawal di ambang hari..perlu dibayar zakat fitrah agar amalan puasa kita tidak tergantung di antara bumi dan langit..lalu menjelang aidilfitri....dengan amalan yang berkualiti di bulan ramadhan maka kita kembali ke fitrah kita semula.... lahirlah kita bagai seorang bayi yang suci tanpa dosa...insyallah dan hanya dosa sesama manusia perlu kita pinta segala keampunan dan kemaafan.






Selamat hari lebaran....bermula lebaran baru buat kita. Saya memohon segala keampunan dan kemaafan. Di atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa saya terhadap sesiapa yang mengenali saya...pernah berurusan dengan saya. Saya sudah cuba menjadi sahabat, kawan atau kenalan yang terbaik. Sudah cuba menjalankan urusan yang terbaik...namun saya hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sunyi dari kesilapan dan dosa. Maka saya ingin memohon dari semua...maafkanlah dan ampunkanlah segala kesilapan saya lahir dan batin. Halalkanlah segala yang termakan dan terminum.






Saya merindui anda semua...semuga kita ketemu lagi di tahun hadapan....insyallah.

Tuesday, September 7, 2010

Alahai Kuih Raya

Assalamualaikum......


Saya nak buat satu PEMGUMUMAN....perasan tak...seperti biasa setiap kali menjelang hari raya saya mesti kena buat PENGUMUMAN.


Kali ini nak bagi tahu sesiapa yang tak cukup kuih raya atau tak jadi nak buat kuih walau planning bagai nak giler...atau semua kuih raya yang dibuatnya tak jadi seperti yang ada dalam gambar....atau akibat terlelap sket semua kuih raya jadi rentung....atau....atau dan atau...

Ada berita gembira untuk mereka dan keluarga mereka.


Disebabkan banyak repeat order dan orang bawa kawan...saya rasa terpanggil untuk membuat extra kuih untuk sesiapa yang nak kuih lagi atau sesiapa yang nak walk in.

Silalah telefon saya di 012 3959779.

Sekian Terima Kasih.