Wednesday, November 25, 2009

HATI-HATI DENGAN HATI

Perlukah dengki hati...
Perlukah busuk hati....

Perlukah rasa tak senang hati
Bila melihat orang lain rasa gembira
Bila menyaksikan orang lain rasa bahagia

Buangkanlah busuk itu dalam tong sampah lalu di angkat dan dibawa oleh alam flora.
Lepaskanlah dengki hati itu sampai talak tiga lalu jumpa cina buta dan dan terus meraba-raba.

Bila semua busuk
Bila semua dengki
lenyap jauh

hati jadi bersih
hati jadi lapang
Hilang segala tekanan

Sudah bahagiakah hati kita
Gembira riakah jiwa kita

Kita di mana?
Sudah cukup sempurnakah hidup kita
Sudah melimpahkan rezeki kita
Sudah lengkapkah ibadat kita
Sudah kuatkah iman kita

Hati-hati
Dengan hati.......

Tuesday, November 24, 2009

Resepi Biskut Cornflakes Dulu Dulu

Musim hujan ni....ehmmm, saat yang saya paling suka sekali.



Bila bangun pagi, sambil buat kerja-kerja di dapur, tak pernah lupa menjengah ke luar tingkap dan paling suka tengok pokok-pokok yang saya tanam semua basah dan tampak subur di timpa rintik-rintik hujan. Kejap lagi bila matahari malu-malu menyelinap di celah-celah dahan pokok, tambah meriah tumbuhan di sekeliling mencari-cari makanannya.

Suasana sejuk dan nyaman dari dapur kesayangan saya ini membuat saya terkenang-kenang suasana sarapan pagi di UK.

Musim hujan begini, tumis-tumis bawang dan cili padi pun boleh menyebabkan seluruh kejiranan ini tersedak-sedak menghidu semerbak bau enak masakan.

Ni tengah perah-perah idea, punggah-punggah rak buku masakan. Apa lagi nak masak untuk budak-budak tengah cuti ni. Dia orang ni bila hujan-hujan begini tak ubah macam pirahna. Hidang lah apa je kejap dah licin.

Ok so hari ni saya buat biskut cornflakes yang sedap rangup.Saya bentuk agak besar ala-ala scone kegemaran orang putih untuk minum petang. Dah nak habis pun.....

Hehe..sebenarnya ulang tayang cerita bergambar...sila sila ikut dan buat....tambah tambah kuih raya nanirostam tak cukup buat pelanggan tahun ini...mudah-mudahan tak mematahkan semangat saya dan anda semua untuk tahun depan. Begitulah caturan hidup...kita merancang Allah yang menentukan...kalau bukan rezeki, yang berada dalam genggaman pun boleh terlepas.


Resepi Biskut Cornflakes.
375gm butter
250gm gula icing
1 biji telur
2tsp esen vanila
475gm tepung gandum
50gm tepung kastard

50gm tepung jagung.

Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung.
Gaul dan bentuk bulat dan leper. Balik-balikkan ke atas cornflakes yang telah di ramas-ramas halus.

Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

Angkat dan sejukkan di atas redai.

TIPS UNTUK HARI INI.


Tepung - Ada pelbagai jenis tepung digunakan untuk membuat kek. Saya sarankan tepung hendaklah di ayak sebanyak tiga kali sebelum digunakan. Selain daripada dapat membuang sebarang benda asing yang terdapat di dalamnya, mengayak tepung beberapa kali dapat memerangkap udara serta menjadikannya ringan.


Kalau mahu kek anda lebih gebu dan cantik, gunakan tepung superfine bagi menggantikan tepung gandum.

Saturday, November 21, 2009

BENARKAH KITA BERADA DINEGARA ISLAM?

Pasti anda ada banyak cerita untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang anda rasa bertuah dan gembira atau rasa tidak seronok dengan apa yang dah pemimpin kita buat untuk kita.

Namun bagi saya ada satu perkara yang saya rasa tidak diaplikasikan sejajar dengan keperluan rakyat majoriti negara ini. Bukankah negara ini pernah diiktiraf sebagai negara Islam. Memang sepatutnya begitu kerana majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.

Namun apa yang buat saya rasa amat tidak seronok mengenai satu perkara penting tentang ketidakpekaan kerajaan negeri terhadap kewajibannya memberi pendidikan Islam atau ilmu akhirat secara percuma kepada rakyatnya.

Memang amat mengecewakan bila negeri dimana tempat saya bermastautin ini mengiktiraf sekolah agama sebagai sekolah agama rakyat.Di mana rakyat terpaksa membiayai yuran pengajian bulanan. Dan guru-guru yang mengajar mendapat gaji bulanan mereka hasil kutipan yuran bulanan.Walhal sepatutnya sekolah agama dibawah tanggungan kerajaan seperti sekolah-sekolah kebangsaan dan yang seumpamanya.

Mengapa kalau betul ini negara Islam yang penduduk majoriti Islam, para pemimpin Islam negeri ini tidak boleh memikirkan tentang amanah yang dipikul tentang wajibnya mereka lebih mengutamakan pendidikan islam atau ilmu akhirat untuk rakyat mereka. Kalau kerajaan boleh ada peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan, mengapakah tidak langsung mengambil kira tentang sekolah-sekolah pendidikan Islam.

Rakyat pula terpaksa mengambil pelbagai alternatif untuk memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat pendidikan Islam seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.

Wajarkah para pemimpin islam negara ini melayan rakyat yang majoritinya Islam begini?

Thursday, November 12, 2009

RESEPI TRIFFLE DAN JANGAN BERLENGAH LAGI

Dah letak dah resepi triffle kat post yang lepas. Lebih baik pergi check cepat. Tapi tak apalah saya letak lagi di sini. Triffle ni dibuat mengikut kreativiti anda. Di sini triffle yang saya buat mengikut kreativiti saya sendiri. Kalau nak beli dari saya, saya tak dapat jual dengan harga murah sebab modalnya mahal. Satu bekas mangkuk queen anne yang saya tunjuk dalam post lepas tu saya jual dengan harga rm75.

Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.

Lapis ke dua - Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.

Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin). (Cara membuat kuah kastard, didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.

Lapisan ke lima - Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari. Itu pun kalau boleh bersabar setelah bangun pagi dan menjenguknya di dalam peti sejuk. hehe.

Friday, November 6, 2009

KALAU DAH BERKENAN DI HATI




















Kalau itu memang jodoh kita pasti ada jalan cerita untuk mendapatkannya. Kalau atas usaha sedaya upaya kita untuk mendapatkannya maka itulah JALAN CERITAnya.


Malah dengan berdiam diri sekalipun kita masih memperolehinya, pasti itulah jua JALAN CERITAnya.


Kalau dah itu jodoh kita apapun di mukabumi ini tidak akan dapat menghalangnya.


Dan kalau bukan jodoh apapun di mukabumi ini tidak berupaya untuk mempertemukannya.


kerana


JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH S.W.T.


Mudah-mudahan doa kita untuk dipertemukan dengan pasangan yang baik dan menyayangi kita sepenuh hati dimakbulkan Allah s.w.t.


Tahniah untuk anda yang telah bertemu sidia yang berkenan di hati bertahta di jiwa. Kalau anda bakal melangkah ke jinjang pelamin pasti ada barang hantaran yang perlu disediakan.


Selain daripada kuih-muih untuk musim perayaan, saya juga ada menyediakan PELBAGAI BISKUT DAN BAKUL-BAKUL PASTRI yang unik dan menarik untuk HANTARAN PERKAHWINAN.

Anda boleh memilih bentuk, warna dan jenis hiasan untuk pastri dan biskut yang anda tempah mengikut citarasa anda.

Bakul bukan sebarang bakul.Bakul dianyam dari tepung dan dibakar lama di dalam oven supaya tahan hingga bertahun-tahun lama. Bukan sahaja unik dan cantik di pandang. Saya berani jamin kalau di antara semua bekas hantaran, pasti semua mata tertumpu padanya dan pasti mulut mengomel-ngomel memujinya.


Maklumlah kalau bakul rotan dah selalu sangat orang tengok. Bakul daripada pastri biskut jarang kita jumpa. Kalau sesiapa yang sukakan konsep inggeris, bakul-bakul pastri ini biasa boleh dibuat hiasan meja atau kaunter dapur dan diisi dengan bun-bun roti.


Hati mana tak gembira bila menerima bakul pastri berisi biskut-biskut tart berbentuk buah-buahan yang begitu cantik dan enak dimakan. Memang boleh dibuat kenangan kerana sesiapa yang mendapat bakul ini pasti menyayangi dan menjaga bakul itu sebaik biskut di dalamnya habis di makan. Tak tahulah kalau ada yang suka sangat sampai nak makan bakul itu jugak. Hehehe....


Sesiapa yang dah berkenan di hati tu apalagi, jangan berlengah lagi telefon saya di talian 012 3959779. Kalau nak senang datang ke rumah sebab dapat tengok sendiri ada lebih 40 bentuk boleh dipilih. Atau e-mail saya di shinarostam@yahoo.com.
Range price antara rm40 hingga rm88. Sekiranya ingin menambah atau menukar mengikut citarasa anda perlu membayar lebih sekiranya ada kos tambahan.

Lebih banyak gambar-gambar di dalam http://inibelogsaya.blogspot.com/ silalah ke sana.

TRIFFLE! TRIFFLE! TRIFFLE!

Scene 1.


Liana : Hello ma, triffle yang mama buat tu ada lagi tak?

Mama : Ehmm dah tak dalah, kenapa gurl?

Liana : Tak lah kalau ada lagi, khairi nak singgah.

Mama : Semalam mama siap buat nasi beryani tomato dan ayam merah, Liana
tak ajak khairi datang.

Liana : Semalam dia sibuk. Kalau tak da tak palah. ok bye.


Scene 2


Alisya : Mama sapa nak datang?

Mama : Ehmmm sapa nak datang?

Alisya : Yalah tu mama buat triffle, ada orang nak datang ke?

Mama : Taklah. Tak da sapa nak datang. Buat makan sendiri jer.

Alisya : Yeayyyyyy!!!!!!! dapat makan triffle.




Triffle ni memang buat saya teringat-ingat. Last weekend buat tak sempat nak menikmati dengan santai tengok-tengok dah licin. Dalam hati berkira-kira yang saya nak kena pergi tesco ni, beli kek span, spc fruit cocktail, susu cair ideal, konyaku jelly, buah strawberi, kacang macadamia untuk saya buat triffle.

Jiran dekat rumah ni, suka sangat order triffle saya. "Kak Shina, boleh tak Nik nak triffle empat bekas". "Eh janganlah sampai empat bekas Nik, Kak Shina boleh buat dua bekas je". Sebenarnya yang dua bekas tu untuk makan saya sekeluarga. Setiap kali ada order, saya akan buat extra untuk makan sendiri. Ehmmm memang nyaman makan triffle yang disimpan semalaman dalam peti sejuk...




Lapisan pertama kek span dan home made pes buah
strawberi.



Lepas tu, tuang konyaku jelly.




Lapisan ke 3 tuang bancuhan custard dan fruit cocktail
dan hias dengan buah peach.


Lapisan ke 4 sapu whipping cream dan tabur dengan
kacang macadamia.


Yang akhir, tuang sedikit baki konyaku jelly dan
hias dengan buah peach.