Tuesday, August 25, 2009

Make-up Artis Oh Makeup artis

Kadang-kadang kalau tak kena gayanya, seseorang make-up artis boleh mengharu birukan wajah anda yang anda berangan boleh jadi macam model iklan kosmetik Channel, Christian Dior dan sebagainya. Make-up artis, sepatutnya berbakat menjadikan wajah seseorang yang cantik bertambah anggun dan yang kurang cantik kelihatan anggun.


Bukan sekali dua, bahkan dah berpuluh kali Hanis bergelumang dengan debu bedak asas dan pemerah pipi yang membuat pipi dia nampak macam kena beguk, rungutnya. Serta pembayang mata yang membuat mata dia nampak macam anak cina pakai bunga sena yang baru bangun tidur.

Ini yang membuatkan Hanis semakin tidak percaya kepada kebanyakan jurumekap yang digelar professional berbanding dengan mekap saya dan sering mendesak saya menjadi bidan terjun dari mencalit berus ke atas bancuhan kuning telur untuk di sapu pada jem tart kepada mencalit-calit berus untuk membesarkan lagi mata Hanis yang tak berapa nak besar tu. heh.



Perbezaan mekap oleh saya dengan mekap jurusolek profressional.Akibat tangan jurumekap yang digelar professional itu, mata Hanis yang tak berapa nak sepit tu menjadi macam mata anak cina pakai bunga sena. (Gambar dari majalah tersebut tidak saya sertakan di sini)



Hidung Hanis yang agak mancungpun boleh jadi bentuk bulat macam buah jambu.(Sila rujuk dari gambar Hanis yang keluar kat majalah-majalah)



Dan dagu Hanis yang terkenal dengan runcingnya itu pun jadi nampak macam kena beguk, rungut Hanis. (Yang nampak macam kena beguk tu ada dalam majalah keluaran terkini.)


17 comments:

isabelle said...

x kisah la auntie.
she is just as beautiful as her mommy is.

;)

Mimie Azrin said...

Kak Nani ni mmg multi-talented lah.

I ADORE U!..

Still mimpi choc moist cake akak yang sedap tu ~~

huhu~~~

Hanis Zalikha said...

HANIS GELAK SAMPAI KE SUDAH

Irfa said...

untung akak ni.masak pandai,mekap pun pandai..hehe

m@Ri@ said...

betul u auntie..kalau tak kena gaya leh ubah raut kita..apepun dia secantik ibunya..

razzi@ajeet said...

2 la pasai.. kadang citarasa kita kan berbeza-beza..

dimata kita nampak cantik, tapi org lain yang memandang belum tentu kata cantik kan.. hehehe

Amak said...

but hanis lawa dengan rambut berombaknya.

Drama Mama said...

i think hanis is a natural beauty, she looks just nice without makeup pun. ;-)

diyanashukor said...

kadang2 diorg ni hentam je ape yg diorg suke tanpa tgk bentuk mata seseorg... tu yg leh jd mcm tu... tp buat mcm mana pun hanis mmg chanteek...

rapheydhillo said...

kak nani,
nnt klu komplen banyak2 kena boikot lak hanis tu..

NaniRostam said...

Rapheydhillo : Tak pernah komplen pun....tu yang dalam momok the movie, sepatutnya puteri bunian cantik macam puteri , tapi ada sipi-sipi nenek kebayan keluar dari hutan pulak...redha je lah....abis takut kena boikot.....

Biela Jailani said...

dalam cerite momok tu muka hanis lain sangat.tak macam hanis dah.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

haha. kesian ngan hanis. pape pun die tetap lawa n sexi. alamak jangan cakap sexi nanti kurg pahala.

MuMMy 2 Haqq said...

tapi anak dara akak ni lawa aje..

cik CumeY said...

aunty...
ingat ct tak?

saye yang last minute order kek n amik selasa ari tuh?
aishhh...
sedap betol kek aunty...
semua org cakap sedap..
tenkiu aunty..
moga business aunty succes...
amin!
selamat berpose...
insyaallah tader aral ,raye ct dtg umah aunty...

bawah nih link blog ct yang aunty nak..hihi

http://bukudiarikecik.blogspot.com


nih plak entry pasal kek aunty..hik!

http://bukudiarikecik.blogspot.com/2009/08/besday-boyem-dan-kek-mak-hanis-zalikha.html

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

salam...

was bloghopping n came across ur blog...salam prkenalan :D

seriously ur daughter mmg dah natural beauty dah...n ofcourse mewarisi dari mama die la kan :) hehehehe

buzz said...

hanis zalikha....
bidadari yg menyamar jadi manusia..