Wednesday, September 17, 2008

Peminta Sedekah dan Sekeping Pizza


Menjadi seorang isteri, ibu, tukang masak, tukang kemas, tukang kebun, tukang solek biarpun melelahkan tapi saya bahagia. Maksud saya, dah banyak kali saya cuba lari dari tugas-tugas yang tak pernah putus, misalnya pergi ke rumah adik saya dan bermalam di situ supaya dapat menikmati rehat tanpa gangguan. Pernah pulang sendirian ke kampung untuk melapangkan fikiran dan minda serta mengimbau zaman ketika membesar. Pergi membeli belah ke Bandung bersama hanya dua orang anak dara saya. Pergi ke bercuti sambil membeli belah ke Vietnam bersama suami.



Namun tak sampai dua hari, saya dah merindui untuk menjenguk masakan di dapur, saya rindu hiruk-pikuk jeritan anak-anak, saya rindu geselan kucing-kucing di kaki meminta makanan, saya rindu menyambut pulang suami dari kerja, saya rindu bercerita dengan suami hal anak-anak sepulangnya suami dari kerja, saya rindu untuk menyiram daun-daun yang bertunas dan pokok yang menghijau di laman belakang rumah saya, saya rindu nak mencangkul tanah menanam pokok-pokok baru, saya rindu duduk-duduk di laman depan rumah sambil menghidu harum bunga cempaka, saya rindu mendengar anak-anak mengadu itu ini dan celoteh mereka, saya rindu bersolek di bilik saya, saya rindu nak mengubah kerusi meja di ruang tamu saya, saya rindu bersolat di tepi katil saya, saya rindu nak menghantar anak ke sekolah. saya rindu melayan anak-anak saya makan, saya rindu pergi ke Tesco Extra untuk mendapat stok harian barang dapur sambil menjenguk di rak-rak 'reduced price', saya rindu untuk mengemas rumah, mencuci tandas dan dalam ertikata sebenar saya merindui aktiviti rutin seharian hidup saya. Kerana itulah kehidupan saya, itulah jiwa saya itulah cinta saya.



Setelah hampir suku abad, saya berkahwin dan mempunyai anak yang ramai, pasti terlalu banyak onak duri dan gelombang kehidupan saya rasai. Dan bukankah pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Namun saya memandang dan menerima segala keadaan dengan fikiran positif.



Kalau dulu, saya suka menyimpan segala perkara negatif di dalam hati yang mungkin akan menjadi dendam kalau terus menyimpannya, namun sekarang semua itu dapat saya lepaskan. Kalau dulu, ada kenalan yang sombong dan tidak mahu bertegur sapa maka sayapun tidak ingin untuk menegurnya, namun sekarang saya akan cuba berbuat baik dan beramah mesra tanpa rasa dendam.



Kalau dulu saya geram bila jiran bagi balik bersusun tiga empat pinggan tanpa berisi walau satu biji buah limau pun walhal bercerita masak kari ayam satu periuk. Kerana bagi saya setiap pemberian perlu dibalas.Kerana persahabatan itu perlukan hubungan dua hala.Kalau sehala takkan menjadi. Namun itu dulu, sekarang bila saya menghantar makanan atau memberi sesuatu kepada kenalan, saya tidak mengharap apa-apa balasan. Saya ikhlas kerana keikhlasan itu dapat membersihkan jiwa. Kalau mereka membalasnya, saya bersyukur, kerana mereka menghargai dan menyayangi saya.



Saya tidak lagi teragak-agak untuk menghulur sedekah kepada sesiapa yang datang meminta terutama orang yang pertama datang untuk hari itu. Saya tidak suka merasa syak wasangka buruk terhadap pengemis seperti sesetengah orang yang tidak puas hati kerana pengemis itu berpendapatan tinggi sehingga mencapai ratusan ringgit untuk satu hari. Bagi saya, kalau mereka mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pendapatan pengemis, mengapa tidak mereka sahaja duduk di kaki lima itu dan mengemis di situ, insyallah mereka juga pasti memperolehi pendapatan yang sama seperti pengemis itu.



Kerana saya selalu mengingatkan diri saya, setiap sedekah yang saya hulur disambut tangan Allah yang Maha Suci sebelum tangan peminta sedekah. Dan apa yang saya dapat rasakan, setelah bersedekah itu hati saya begitu lapang, gembira dan bahagia. Saya langsung tak terkilan, walaupun di tangan saya tidak ada walau sesen pun lagi. Saya terharu kerana dapat melakukannya. Itulah sebenarnya nikmat bersedekah dengan ikhlas. Saya sentiasa percaya malah akan ada rezeki didatangkan oleh Allah. Saya yakin tidak akan jatuh miskin atau papa kedana hanya kerana kita bersedekah. Dan dalam kehidupan ini kita tidak akan mati kelaparan hanya kita bersedekah. Bukankah sedekah itu menolak bala. Tidakkah anda ingin menolak bala yang anda takuti dalam hidup anda. Dan bukankah kebahagiaan hati yang sebenar, adalah apabila kita membahagiakan dan menggembirakan hati orang-orang disekeliling kita.





Dan dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya miliki, mengapa tidak saya kongsi bersama anda untuk anda jadikan panduan dalam kehidupan seharian.



1. Untuk Panduan Dan Tips Masakan/Di Dapur :-



a) Sekiranya anda mahu puding karamel (puding gula hangus) yang anda buat menjadi lebih licin dan cantik, gunakan susu pekat manis F&N.



b)Jangan buang lebihan sambal belacan atau sambal tumis yang tidak habis. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh digunakan semula dalam tumisan anda dalam banyak jenis masakan seperti kuew teow goreng, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya.



c)Kalau anda mahu stok ikan yang anda beli di pasar sentiasa segar dan tahan lama, terus menyimpanya di dalam ruangan sejukbeku tanpa menyiangnya terlebih dahulu.



d)Untuk mendapat doh roti yang naik dengan sempurna, rehatkan doh tersebut di bawah tuala lembab dan letakannya di atas peti sejuk.



e)Lain tangan lain jadinya, walaupun resepi yang sama. Sebenarnya setiap kali menumis sambal atau kari, pastikan anda menumis sehingga naik minyak dan harum baunya kerana masakan yang berbau enak pasti enak rasanya.



f)Sekiranya anda membuat kek, pastikan dulang pembakar di sapu mentega terlebih dahulu sebelum diletakkan kertas minyak di atasnya.



g) Kalau anda mahu biskut coklat chip yang anda buat lebih enak dari famous amos, tukarkan penggunaan serbuk koko kepada serbuk milo dan gunakan hanya kacang pecan.



h) Puding roti yang enak dan gebu bukan di buat menggunakan roti biasa tetapi roti crossaint.



i) Untuk menghasilkan dadih susu yang asli, hanya gunakan susu segar sahaja dan campurkan satu cawan gula dan satu cawan 'coffee mate' untuk setiap paket dadih segera (termasuk gula yang disertakan di dalam paket itu).



j) Membeli dengan lebih bijak. Mayonis yang enak dengan harga yang jauh lebih rendah adalah jenama Kimball.



k)Anda tidak akan tersilap, bila membeli yogurt jenama Dutch Lady kerana anda tidak ingin mencuba jenama lain kerana yogurt jenama Dutch Lady memang menyelerakan.





Di sebabkan post ini sudah terlalu panjang, untuk tips dan panduan kategori selain masakan akan saya tulis di post akan datang.

Hijrah Rohani :-

Firman Allah Ta'ala :-
"Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan Dia menerima sedekah-sedekah, dan sesungguhnya Allah Penerima Taubat dan Penyayang".
(At-Taubah: 104)

Sabda Rasulullah s.a.w:-
"Tiada mensyukuri Allah, siapa yang tiada berterima kasih kepada manusia".



Pizza bukan sesuatu masakan yang susah untuk disediakan. Di sini saya sertakan resepi pizza yang anda boleh buat sendiri di rumah.


Pizza Stuff Crust


Dough Base :

1/2 tsp dry yis (mauripan)
60ml UHT milk
45 ml lukewarm water
1tsp sugar
1tsp plain flour

180g plain flour
1/2tsp sugar
1/2tsp salt
1/2 tbsp margarine

Filling :

2 - 3 tbsp tomato paste

Slice thinly :

1/2 red capsicum
1/2 green capsicum
1 Bombay onion, sliced thinly into rings
2 chicken sausages, sliced
1 can of button mushroom sliced
3-4 slices beef pepperoni
200g grated mozzarella cheese
Dash of ground black pepper
Dash of Italian Herbs

To Make dough base, sprinkle yeast granules over lukewarm water. Add a sprinkling of sugar an a little flour and set aside for about 10 - 12 minutes.

Sift flour into mixing bowl. Add sugar nd salt to mix. make a well in the centre, pour in the frothy yeast mixture and add in the milk. Mix together and knead until a smooth dough is formed. Leave aside and cover with a damp tea towel.

When the dough doubles in size, punch down the dough and leave aside again for 10 to 15 minutes. Remove dough onto lightly floured surface. Roll out dough into a round piece about 3mm thick. Put the piece of round flat dough onto a lightly greased baking tray. Prick the base of the dough with a fork.

Brush the base of the dough with the tomato paste. Spread the sliced vege around the dough. Add sliced sausage and ham and sprinkle liberally with grated mozarella cheese. Sprinkle with ground black pepper and Italian herbs.

Bake pizza in a preheated oven at 180'C for about 15 to 20 minutes or until golden brown in colour. Remove pizza from oven, cut with a pizza cutter and serve immediately.




Tuesday, September 2, 2008

Resepi Mee Siam untuk Juadah Berbuka



Pineapple Tart, 50 Pieces, RM30.



Pergi Giant sesak, keluar balik. Ke Tesco penuh, sampai troli habis, hampa. Berkira-kira untuk pergi ke Mydin, sampai di sana aduh! dalam hati berkata-kata, ramainya orang, macamlah semua dalam Mydin ni free. Kaunter juruwang janganlah cerita, bersesak-sesak dengan troli penuh menggunung.


Sebenarnya cuma nak cari ayam untuk goreng makan sahur tapi kaunter ayam tu, orang ramai beratur panjang, jadi saya beli ketam, udang dan sotong dan terus naik atas cari kain telekung baru untuk solat terawih.


Lauk untuk waktu sahur yang paling menyelerakan suami dan anak-anak hanya berkisar goreng kunyit atau goreng cili. Malam pertama saya masak ketam goreng cili, malam kedua saya masak sotong goreng kunyit, malam ketiga paru goreng sambal, malam keempat udang goreng kunyit dan untuk malam seterusnya akan bertukar-tukar dengan resepi yang sama. Lauk goreng berkunyit atau bercili itu selalunya saya gandingkan dengan sup sayur campur bebola ikan atau bebola tauhu.


Untuk anak-anak yang masih kecil saya pastikan stok susu segar, cornflakes, cereal dan oats segera sentiasa ada untuk mereka bersahur. Bagi menambahkan selera makan mereka diwaktu awal-awal pagi begitu, saya sentiasa menyediakan minuman milo ais untuk mereka.


Begitulah rutin saya dan keluarga saya bersahur setiap kali menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, semua anak-anak saya sejak dari tadika sudah mula berpuasa penuh sebulan.


Bagi saya berpuasa itu sebenarnya bertujuan mendidik jiwa dan mengurangkan nafsu dan syahwat. Sebab berlapar dan mengosongkan perut itu meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati nurani serta menimbulkan semangat pada anggota badan untuk beribadat. Manakala kenyang perut itu punca segala kekerasan dan kelalaian hati dan menimbulkan perasaaan malas untuk beribadat.


Dan berpuasa itu seharusnya melatih kita meninggalkan kemewahan dalam serba-serbi, seperti makanan dan minuman yang membuka selera dan yang lazat-lazat yang sekurang-kurangnya tidak melebihi kebiasaannya pada bulan Ramadhan malah sama saja pada bulan-bulan yang lain juga.


Untuk menghayati fadhilat sebenar puasa dibulan Ramadhan, saya tidak jemu-jemu melatih suami dan anak-anak agar selalu bersederhana dan berjimat cermat. Saya memang tak suka suami saya menjenguk-jenguk bazaar Ramadhan. Maklumlah segala macam jenis makanan dijual di situ. Bila perut tu tengah lapar hati mana tak cair, semua yang dijual nampak sedap belaka. Sedar tak sedar, tak cukup tangan kanan, tangan kiri pun sarat menjinjing beg-beg plastik berwarna berisi murtabak, roti boom, sup tulang,sup gearbox, nasi kerabu, nasi dagang,popia basah, otak-otak, laksam, laksa, air tebu, air soya dan sebut apa saja semuanya ada. Malang sekali sampai habis waktu sahur, semua makanan itu masih terhidang. Bukankah itu membazir namanya.


Saya selalu mengingatkan diri saya jangan jadikan bulan Ramadhan itu kebiasaan untuk menjamu selera dan menurut kehendak tuntutan nafsu syahwat yang tidak pernah dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan, sekiranya begitu maka sebenarnya kita telah diperdaya oleh syaitan yang sentiasa memendam perasaan dengki terhadap manusia sehingga lenyaplah segala berkat puasa mereka dan tidak lahir kesan-kesan puasa itu dari cahaya, khusyu' kepada Allah Ta'ala dan merendah diri di hadapanNya, merasa lazat dengan bermunajat kepadaNya dan menjadikan bulan Ramadhan sebagai amalan khusus untuk persediaan hari Akhirat.


Dalam bulan puasa ini eloklah kita banyak bersedekah dan memberi orang makanan untuk berbuka atau menjemput orang berbuka di rumah kita. Selalunya bila saya masak kuih untuk juadah berbuka, seperti kuih seri muka dan sebagainya, dalam satu loyang empat segi saya potong enam bahagian. Dua bahagian cukuplah untuk saya dan keluarga dan yang selebihnya saya berikan kepada jiran tetangga untuk juadah berbuka puasa. Mudah-mudahan selain mendapat pahala yang besar dan hubungan sirahtulrahim sesama jiran bertambah erat.



Hijrah Rohani :-

Allah Ta'ala ber firman :-

"Sesungguhnya kami turunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-qadr. Tahukah anda apa dia malam lailatul-qadr. Lailatul-qadr itu lebih utama dari seribu bulan"

(Al-Qadr: 1-3)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :-

"Siapa yang mengundang orang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala orang berpuasa
tidak dikurangi dari pahala itu barang sedikit pun"




Jika anda kebuntuan mencari resepi untuk juadah berbuka, cuba resepi mee siam ini, pasti anda menyukainya.


Mee Siam


Ingredients:-

250gm rice vermicelli or meehoon - soak 5 minutes and drain

200gm prawns



Pound :-

3 gloves garlic

6 shallots

1tsp preserved soya beans (tau cheong)

50gm dried prawns

12 dried chillies -soak



1/4 oil

5 cups stock or water


For Seasoning :-

3 tbsp sugar or to taste

2 tsp chicken stock granules

1/4 pepper

1tbsp Nampla (fish sauce)


For Garnishing :-

200gm beansprout - tail

2 pieces fried beancurd (tau kwa) - slice

chopped spring onions and coriander

limes (limau kasturi)

hard boil eggs - quarter

red chillies - slice

prawn boiled and shelled

shallot crisps

Boil prawn shells in 500 ml water the simmer for 10-15 minutes. Strain stock and add to main stock.


Method :-

Heat oil in a wok and stir fry ground ingredients until fragrant. Add prawns stock then bring to a boil, add seasoning and simmer for 5 minutes.


To serve put rice vermicelli and beansprouts into a noodle strainer. Scald in a pot of boiling hot water for a minutes then drain off excess water. Place into soup bowls and top up with the main stock and with all the garnishing.