Pun begitu, saya patut bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang pandai berdikari, termasuk yang paling kecil sekali. Sejak berumur 6 tahun Alisya sudah menunjukkan sikap rajin dan berdikari. Mungkin kerana saya memang tidak pernah mempunyai pembantu rumah, jadi dia tahu serba sedikit membuat kerja-kerja rumah. Untuk bersiap diri ke sekolahpun dia jarang meminta bantuan saya. Cuma bila waktu nak mandi, dia mahu saya yang memandikannya atau mandi bersamanya. Dia juga selalu memastikan kamar tidur sentiasa kemas dan teratur tetapi kadang kala datang juga 'angin sepoi-sepoi bahasa'nya tu. Masa tulah dia datang kepada saya dan dengan lemah lembut berkata, "mama...aa.. hari ni boleh tak tolong kemaskan bilik Alisya?'. Ok..boleh.. jawab saya dengan pantas. Seronok juga sekali-sekala mengemas kamar tidurnya yang comel ni.
Almari baju yang kecil begini mudah diubah-ubah dan tidak menyempitkan ruang.
Selain menambah karektor pada ruang kamar tidur, sudut bacaan amat penting untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-anak.
Ketika saya bercadang mahu menghias dan menentukan 'design' bilik tidur anak-anak, yang lain semua menolak. Hanya Alisya seorang menurut apa sahaja 'design' pilihan saya, untuk kamar tidurnya. Anak-anak yang lain, masing-masing ada idea dan angan-angan sendiri ke atas apa yang mereka inginkan untuk bilik mereka.Yalah anak-anak sekarang, ramai yang lebih bijak dan kreatif dari ibu bapa mereka sendiri.
Warna polos begini mudah disuai padan dengan kebanyakan perabut dan perhiasan lain.
Kalau ikutkan hati, memanglah semua hiasan bilik tidur untuk anak-anak biar saya yang tentukan. Namun saya ingin lebih bersikap terbuka dan memberi peluang kepada anak-anak terutama anak-anak yang meningkat dewasa, agar mereka gembira kerana dapat mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi mereka untuk bilik tidur mereka.
Saya bingkaikan lukisan abstrak bermotif bunga hasil kerjatangan Alisya yang membuat ruang kamar tidur lebih santai dan ceria.
Bukaan tingkap yang luas sangat penting untuk membenarkan pengaliran udara dan menyejukkan ruang.
Apa yang lebih penting, Alisya sangat suka dan gembira dengan hiasan kamar tidurnya. Bagi saya kita tidak perlu berbelanja besar untuk membeli barangan perhiasan rumah yang cantik dan sesuai.
Apa yang kita perlukan ialah kreativiti dan bijak membeli. Saya tidak beli sesuatu barangan itu sekaligus atau yang datangnya dengan 'set'. Biasanya saya akan meninjau-ninjau harga barangan ketika jualan murah dan tidak terburu-buru dalam membeli sesuatu.Saya hanya beli sesuatu barangan itu bila saya rasakan ianya berbaloi.
Meja biasa dan kerusi rotan yang saya cat putih, saya jadikan meja belajar sekaligus meja berdandan.
Salah satu koleksi dari barang terbuang yang saya kutip menyuntik warna merah dan menyerlahkan suasana kamar tidur, Alisya.
Selain dari itu, saya juga gemar mengutip dan mengumpul barangan lama dan antik yang terbuang. Bagi saya untuk mereka seni hiasan dalaman agar ruang di rumah tampak elegan dan mewah kita tidak perlu berbelanja besar. Dengan hanya sedikit kerajinan, kreativiti dan kebijaksanaan dalam memilih perhiasaan, anda boleh menghias rumah setanding dengan pakar senireka hiasan dalaman.
Bekas buah-buahan yang dihasilkan dari kayu jati saya temui terbiar dan saya cat semula.
Pasu berukiran Bali juga saya temui di sebuah gudang kosong dan cat semula agar coraknya tampak menyerlah.
Masih boleh bergaya dengan koleksi barangan kristal yang saya beli di kedai barangan terpakai dengan harga yang sangat murah.
RESEPI HARI INI