Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Perjalanan menaiki pesawat yang memakan masa berbelas jam tidaklah 'cool'. Saya yang penakut dan gayat dengan tempat tinggi, merasa sangatlah lamanya perjalanan itu. Setiap kali berlakunya air pocket...saya akan mengucap dan baca selawat. Mujurlah ada jugak filem OMBAK RINDU yang saya tengok berulang kali. Setiap kali tengok air mata mengenang-genang...gembeng saya ni...apatah lagi kalau pasal cintan cintun..terasa terbuai buai perasaan. Jadi perasaan bosan menaiki pesawat hilang apabila perasaan sayu tengok OMBAK RINDU mengatasi segalanya..
Dah lah penakut, bertambah cemas apabila pesawat mahu mendarat di Lapangan terbang Heathrow, terasa kapal itu terhoyong hayang seolah olah pilot tu saja-saja jer nak henjut henjut kapal buat jantung saya rasa macam nak tercabut....
Akhirnya alhamdulillah saya dan Alisya selamat sampai. Sewaktu jejak kaki di luar perkarangan airport menuju ke parking tempat di mana Hila menunggu, Alisya menjerit kesukaan. Giler teruja sebab pestime merasai kedinginan yang mencengkam. Sehinggakan bila Hila bertanyakan sesuatu dia tak dengar langsung. Hehe..excited betul Alisya.
Memang betul Alisya adalah orang yang paling bahagia berada di Kota London. Kalau selama ini dia sering mengeluh kenapa kulit dia paling hitam dalam keluarga tidak seperti kakak Hanis. Pernah juga dia bertanya macam mana cara nak putihkan kulit. Saya selalu memujuknya dan mengatakan..Alisya, cantik, oklah kulit macam ni mana ada hitam..manis jer dipandang.
Alhamdulillah banyak hikmah saya bawa dia melancong ke London. Sepanjang di sana, dua tiga kali dia ditegur oleh orang putih disana. Mereka sungguh admire dan teringin memiliki kulit macam Alisya. Alangkah....sejak dari itu dia semakin pandai bersyukur walaupun tidak memiliki kulit yang putih. Baru dia tahu yang hanya orang melayu sering menganggap cantik itu putih..dan putih itu cantik. Tetapi orang putih menganggap yang sawo matang itu menawan dan menarik.
Baru seminggu berada di London, Alisya menelefon daddy dia, mengatakan yang dia nak duduk di London. Dia suruh daddy di cari kerja di London.
Dia tak tahu daddy pernah dapat offer set up dan manage company di London tetapi biasalah tak semua orang berani mencuba sesuatu maka daddy dia menolak tawaran itu. Begitulah peluang tak selalu datang lagi.......bila terlepas..maka bukan rezeki.
Anak-anak hanya Hanis dan Khairi yang dapat menghantar saya ke airport....
Perkarangan belakang rumah yang Hila sewa.
Seronok memasak di sini...setiap hari saya masak ayam merah, sup sayur dan ikan masin kapak yang saya bawa dari KL,kegemaran Alisya
Setiap kali nak makan, harus panaskan nasi dalam microwave ni, maklumlah cuaca sejuk cepat sangat mendinginkan nasi...
Suka tengok tandas awam yang sungguh menawan. Id nya yang harus saya tiru untuk tandas di rumah satu hari nanti.
Hasil tangkapan... prada.....bahagia beb...memang idaman saya sejak dulu.
Sudah mula melaram denga prada....
Walau bukan cendikiawan seperti rakan-rakan baiknya, walau cuma orag tua lama, tapi maria memang antu novel...sebab tu novelis di Malaysia ni semua kawan dia....dalam train khusyuk membaca.
Huhu, Alisya cari train kunun.....
Tandas di Harrod, cnatik sungguh dengan deretan minyak wangi , CD, Chaneel, YsL dan sebagainya percuma untuk semburan badan. Disedia bekas cawan plastik untuk cebok.
Seronok sangat...sampai nak seratus sepuluh kali masuk toilet dengan keramahan penjaga toilet yang sungguh helpful, siap tolong ambilkan air dan iring kita sampai ke pintu tandas sambil berkata:-
" Hi darling, this toilet is empty, you can enter it. Do you want some water, darling? Let me take you some water..."
Pastuh...nanti jumpa Alisya suruh dia imitate..siap denganslang sekali....
Terima kasih banyak-banyak Maria atas gambar-gambar semua tadi. Kalau tak saya akan jadi photographer yang tiada dalam gambar...Tanpa effort seorang sahabat baik macam Maria, maka gambar-gambar kami berdua tidak akan terakam.."Hoi bak lah kamera tu, I tangkap gambar you all berdua"!! Garang betul Maria...tapi hati dia baik.hehe