Friday, November 23, 2012

Kita Tidak Keseorangan


Assalamualaikum

Ingat tak entry yang lepas mengenai kajiselidik Mum's Secret Survey survey di MSN Parenting Malaysia tu? Ala..... pasal nak tahu rahsia hati seorang ibu jerla....... bukan nya apa pun.....itu semua hanya pendapat masing-masing jer kan....Cuma kalau nak tahu hasil survey yang dilakukan, anda boleh klik  di  MSN Advertorial 6  

Setelah  melihat akan salah satu daripada persoalan  hasil kaji selidik tersebut rupanya kita tidak keseorangan. Ramai ibu ibu diluar sana mempunyai  rahsa seperti apa yang kita rasakan selama ini :-

APAKAH SELAMA INI ANDA MERAHSIAKAN YANG ANDA TIDAK CUKUP BERUSAHA UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK ANDA KETIKA MEREKA MEMBESAR?
    Ya 70%
    Tidak 30%

Bagi saya hampir kebanyakan ibu –ibu di Malaysia ini  mengalami  situasi  dan cabaran yang serupa dalam  membesarkan anak-anak  mereka. Suara hati mereka sama seperti apa yang saya rasakan selama ini.

Sebenarnya  memainkan peranan  sebagai  ibu  tidaklah  mudah dan agak mencabar apabila kita hidup di kalangan masyarakat setempat  khususnya atau masyarkat asia umumnya  yang amat biasa dengan gaya hidup yang penuh dengan pendapat kedua  iaitu ‘second opinion’ serta campur tangan  atau gangguan iaitu interferences dari ibu mertua, rakan rakan dan para persaing yang biasanya terdiri daripada adik beradik dan ipar duai.

Namun apabila gangguan atau interferences itu yang ternyata silap  atau kecundang maka  jauh di sudut hati  kebanyakan daripada kita akan tersenyum sinis, anggun dan megah  kerana kita waktu itu lebih jerjaya dan  berada di puncak  lalu kita akan sering merasakan yang  diri telah  telah  menang dalam  pertempuran  yang  senyap.

Ibu-ibu semua,  adakah anda selama ini merasa bersalah?   Tunggu, jangan rasa bersalah kerana anda tidak keseorangan dalam hal ini. Jangan terkejut apabila baru-baru ini kajian  atau survey  di  Mum's Secret Survey survey di MSN Parenting Malaysia yang telah dijalankan mendedahkan yang  32% daripada  rahsia   ibu-ibu  adalah   mereka berasa gembira sebenarnya apabila ibu mertua mereka   membuat kesilapan!
Begitu juga  kepada ibu-ibu sering merasakan bahawa orang lain lebih tahu segalanya dari anda, cuba atasi perasaan dan pemikiran tersebut dengan menanganinya berpandukan  tips tips ini .

Pernahkah anda  terfikir  bahawa  anak anak kepada adik beradik anda lebih bijak daripada anak anda ? Memang benar kebanyakan berfikiran begitu apabila kajian atau survey yang dibuat menyatakan bahawa 76% rahsia ibu ibu mahukan anak anak mereka lebih bijak daripada anak-anak kepada adik beradik mereka manakala 74% ibu-ibu memang  mengharapkan anak mereka lebih bijak




Menjadi lumrah alam  walau rapat macam mana tetap wujud perasaan bersaing mahui anak anak kita yang lebih pandai daripada anak-anak adik beradik kita.

Agak membimbangkan apabila   52%  daripada ibu ibu yang berfikir bahawa  anak anak sebenarnya mewarisi  saraf kepintaran otak daripada ibu mereka!

Banyak ibu bapa merasakan kepintaran anak-anak mewarisi kepintaran ibu bapa

  Bagaimanapun  para ibu-ibu semua,  ada berita untuk anda semua   bahawa  yang  terbaik dan bagus itu hanyalah  harapan semata mata  sekiranya anda  menidakkan   kenyataan tentang apakah sebenarnya yang mampu  memintas atau apakah  jalan paling mudah untuk melahirkan anak-anak yang bijak pandai. 

Sebenarnya  disebalik semua yang anda rahsiakan selama ini, banyak di antara kita tidak sedar bahawa apa yang lebih penting adalah :-

Memastikan  pemakanan  yang betul untuk anak anak anda adalah kunci sebenar kepada kejayaan intelek  mereka.



Beri anak anak permulaan yang baik adalah amat penting untuk tumbesaran mereka.

Memahami fungsi sebenar tenaga  kepada otak merupakan bonus kerana ianya membantu  peranan ibu bapa menjadi lebih seronok dan bermanafaat kerana siapalah  di antara kita yang tidak mahu anak-anak mampu terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun apa yang jarang  diberi  perhatian  adalah tentang pentingnya sumber tenaga  menjana  fungsi dan keupayaan otak bekerja.  
Untuk pengetahuan anda  bahawa glukosa  adalah merupakan sumber  tenaga yang utama untuk otak  kerana otak hanya  mampu menyimpan tenaga untuk jangkamasa 10 hingga 15 minit sahaja. Ini bermakna otak memerlukan sumber tenaga yang berterusan.

Gula biasa membekalkan glukosa pada  at peak levels selepas pengambilannya dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras glukosa dan sudden plunge too, menyebabkan keletihan  selepas beberapa ketika.

Manakala Isomaltulosa (sejenis karbohidrat) akan menyediakan pelepasan glukosa yang lebih perlahan.Pelepasan glukosa secara perlahan membekalkan tenaga yang tetap dan berterusan kepada otak kita agar otak mampu berfungsi  dengan baik dalam jangkamasa lebih panjang.

-Nutrisi yang baik juga adalah amat diperlukan dari semua aspek kesihatan terutamanya untuk kanak kanak di mana perkembangan otak yang pesat adalah dipermulaan usia.

-Tubuh badan kita menggunakan nutrisi dalam makanan untuk menyalurkan fungsi tubuh badan agar bekerja seperti yang sepatutnya.

-Sama seperti tubuh badan, otak juga memerlukan nutrisi yang betul. Oleh itu  ibu bapa pasti akan berupaya menyediakan  alat  yang lengkap untuk pembelajaran.