Wednesday, February 8, 2012

Hidup Untuk Makan Atau Makan Untuk Hidup...Sila Huraikan...Soalan Ini Tiada Moneydrop



Assalamualaikum,

Orang kata makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Saya pula ambil kedua-duanya sekali dan olah menjadi sesuatu yang membuat hidup ini lebih bermakna.

Begitu sinonimnya perkataan makan dan hidup. Berkisar soal makan, banyak orang menegur mengapa anak-anak masih kurus melidi walhal aktiviti harian saya adalah tentang makan. Mungkin kerana saya ada satu sifat yang tidak suka memaksa.  Sejak anak-anak kecil saya tidak pernah risau atau memaksa bila anak-anak tidak mahu atau tidak kuat makan.

Saya dah masak, saya dah hidang...nak makan...makan, tak nak makan sudah!!

Bila saya amalkan sikap 'take it easy' begitu,  sudahnya anak saya Liana membesar dengan kurus keding (tetapi sekarang tidak lagi!!).

 Sediakanlah segala macam makanan, biskut, tit bit, desert asikrim atau apa sahaja, memang lapuk tak bersentuh.Tambahan lagi dia anak pertama. Mungkin belum muncul adik-adik yang lain maka, keinginan untuk makan memang kurang. 

Namun nampaknya tidak begitu...walau anak saya berderet, penyediaan makanan tidaklah membebankan seperti sesetengah ibu bapa. Ada tu anak cuma 4 orang tetapi masak 1 ekor ayam tak cukup untuk lauk sampai ke petang. Anak-anak dia orang memang kuat makan.Sorang-sorang makan habis dua tiga pinggan sekali hadap.Lepas tu belum kering basuh pinggan dah mengadu lapar dan cari nasi lagi... Kus semangat!!. 

Rupanya sikap saya yang tidak gemar memaksa anak-anak makan itu membuat anak-anak saya jadi tak kuat makan. Namun apabila anak-anak meningkat remaja  saya sering  masak  pelbagai hidangan lauk untuk makan tengahari semata-mata nak tarik selera anak-anak makan. 

Selain tak mahu anak-anak rasa jemu dengan masakan di rumah, saya juga sering bawa anak-anak 'explore' makan di luar.

Saya gemar menyediakan hidangan makanan yang enak-enak dan memperuntukan belanja makan hidangan diluar untuk keluarga kerana waktu makan adalah saat yang sering kami sekeluarga dapat bersama-sama.





Kami makan  di Pastis, The Garden.

Club Sandwich....kegemaran anak-anak yang suka makan makanan seperti pizza, burger dan makanan berasaskan roti.

Di Pastis, membunuh masa dengan menconteng-conteng di atas kertas putih yang dijadikan alas meja dan dikhaskan untuk menconteng sementara menunggu hidangan sampai.

Alisya baru selesai shooting rancangan Berita Adik di TV9 sebagai Pembaca Berita/Pengacara

Suka tangkap gambar Alisya pantang nampak kamera...sentiasa bersedia...


Sentiasa....


Dalam kentang, topping cheese...apa ke nama...brule..?

Daging hitam ni sebijik yang macam makan kat rumah orang kenduri...

Tambah seorang jadi sembilan..kami semua...alhamdulillah...minta-minta tahun depan bertambah lagi ahli keluarga insyallah.

Alisya dan Hafiiz memang rapat....ni Hafiiz cuti balik dari asrama memang berkepit budak dua ni...

Alisya makan seciput macam tu pun tak habis...ada satu habit makan selalu tak habis...agaknya cukup dengan menatap makanan terus rasa kenyang....

Hidangan hari tu...ikan siakap stim limau, ikan siakap masam manis, sayur brokoli campur dan buah nenas dengan cili gula...

Siakap stim limau....resepi insyallah akan menyusul.....

Sarapan pagi...cucur udang, sandwich tuna dan caesar salad.

Hidangan lunch, kari ayam, sambal udang, sawi goreng, ikan sardin goreng kunyit dan cili masin .

Ikan sardin goreng kunyit dan cili masin adalah antara kegemaran saya...

Kualiti time....


Photo of the day

Bila tak sempat masak, singgah makan ketika ambil Alisya balik dari sekolah....

Kari ikan, sambal ikan bilis petai, sayur campur jagung dan kacang peas, sering tidak ketinggalan ikan sardin goreng kunyit, cili masin, dan sempat saya buat kuih sagu gaul kelapa parut dessert kegemaran Alisya.

Resepi akan menyusul kemudian insyallah.

Makan buffet di Red Box sambil berkaroke seisi keluarga....malam tu sungguh hebat dengan suara Hanis sebagai shiela hamzah dan suara Alisya sebagai jacklyn victor...Liana sebagai Ning Baizura agak pancit kerana Liana seperti saya suara hanya sesuai bawa lagu-lagu lelaki iaitu rock 80an seperti hattan, awie, rahmat, dan slam...pheeewwittt!!!!!

52 comments:

Miss AnisSensuous said...

Adeh..tetiba rasa lapar bila tengok gambar-gambar makanan tu.hehe

Mooniqueen said...

Bestnye kak nani dapat keluar makan ramai2 dengan anak menantu pulak kan..

Hudalatip said...

teruja betul nengok gambar makanan tu semua..kak, jgn lupa resipi siakap tu yea..

Cik Puan Nurul said...

humangaihhhhhh..sungguh mengiurkan yg atas dlm ramekin tu cam shepherd pie je(betui ka eja ni) sbb penah buat dlmnya kentang ngn daging kisar luar ade cheese huhu..
sedap2 belaka makanan huhuhu..makan ramai2 xde la rasa cam mentekedarah byk2 kan.

♥MAMASYAZA♥ said...

semuanya sedap2 belaka

Errah Najwa said...

laparlah pagi2 terus buka blog ni..

Pn. Ila said...

salam aunty...
anak-anak saya pelbagai..ada yg kuat mkn..ada lak yg susah mkn sampai kena paksa nangis2 baru nak mkn. Tengok meja makan akak penuh hidangan, terliur..bertuah anak2 akak.

me suya said...

masa yg sangat berkuality auntie.. Seronok sebab masing2 dekat ng mom.. me yg duduk sndiri ni mmg sgt teruja setiapkali balik kelantan. having a very fine and quality time together with family..

Angah said...

kesimpulannya - keluarga + makan = kehidupan :D

Chekgu Azrine said...

happy tgk kak nani happy dengan family.. semoga berkekalan kebahagiaan itu.. amin..

NenetPenne (NP) said...

stylo laa u kaknanie... hidangan cantik...

yang paling teruja tengok cucur udang tu... kalau cucur udang kat kedai, tepong laa byk, udangnya...jangan harap ada...

tak nak jemput i datang makan kat rumah u?? *tak malu*... :P

susumanis said...

alhamdulillah..keluarga yan bahagia ialah keluarga yang solat besama, makan bersama dan travel bersama..insyaAllah..love yr happiness kak nani..semoga berkekalan hendaknya..amin

Anonymous said...

oh...alisya pgacara tv9 ek??? tak perasan pulak...

Faz.M said...

family saya pun suka try mkn dkt mcm2 tmpt..baru syok macam tu..kalau pergi jalan-jalan mesti cari tempat makan yg best2... :)

my everything said...

suke sangat tengok untie masak!!! tengok pinggan untie slalu nak tiru mcam tu hehehe semoga saye jugak boleh jadi mcam untie!!! cukup segalanya..

Molly said...

Salam Kak Nani sayang :)

Hari Ahad yang baru ni, saya buat puding roti sebijik-bijik saya ikut resepi akak...percubaan pertama saya masak puding roti. Punyalah sedap! gebu, lembut, issshhh memang tip top! Suami pun puji. Suami puji sebab saya ni bukan jenis suka buat kek, puding, biskut, roti. Memang saya tak suka buat dan tak akan buat. Tapi sebab puding roti Kak Nani yang nampak sedap tu, saya nak try. Memang tak rugi ikut resepi akak. Thanks Kak Nani. Love you :)

eda said...

salam.. kak nani pakai camera ape ye utk tgkap gmbr ni sume?

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, ya ampun maha keampunan ... kok gini juadah hidangan yang menjemput selera mahu serasa diri terus pulang ke-tanah air, yummy .. se-yummynyaaaaa!

Gimana pun senang hati dengan segala bagai photos semua dengan hidangan makanannya, makanan yang dipilih dari Chef direstaurant juga ikatan mesra seisi keluarga Nani yang tampak menyerlah lagi bahagia sekali.

ulasan dari Ratna ialah makan untuk hidup jadinya sebagai satu peringatan kepada manusia semua bahawasanya segala apa yang diperlakukan seharus sebolehnya berada ditahap-aras sederhana. Lagi lagi dari pengambilan makanan supaya di-isi dianak perut hanya sekadar kenyang tidak bertambah-tambah atau di-ulang kalikan, begitu ada kerehatan kepada Digestive System dengan aman dan damai!

Thou shouldst eat to live; not live to eat - Socrates Greek Philosopher.

Salam manis manis madu.

Jane Parker said...

terbaik kak! two thumbs up!

Puan Eka said...

sedapnyaa.....

cili masin tu camne ye auntie...

family eka pun macam ni..suka makan2...mak masak... dari dulu kalau nak makan,tak biasa kalau angkat pinggan makan sorang2..mesti makan sama2..tunggu ayah balik keja..makan bersila..indahnyaaaaa

-mamamia- said...

kak, saya suka makan kat kedai india, cili yogurt kering. nampak mcm cili masin tu. boleh bagi resepi tak? dgn cara nak goreng ikan sardin tu sekali ya. kena basuh dulu ke gaul kunyit terus? kenapa bila saya goreng jadi hitam, x cantik. terima kasih kak. suka kakak ni sebab tak kedekut ilmu resepi... banyak pahala. bila kami masak utk keluarga kami, pemberi resepi pun ada share :)

millipedemom said...

Assalam kak nani... Seleranya nampak masakan kak nani..! Thank you for reminding me. Masa kecik i swore never to force my kids to eat because I hated it. Now, a mother of three, dengan tidak sengaja, saya selalu memaksa anak kedua saya makan sebabnya dia underweight. I should let her be. Thanks for the reminder!

Azian Elias said...

i ambik dua dua sekali..


we all pun jenis suka makan luar. family bonding..

Dinas Aldi said...

Seronok tengok family kak Nani spending quality time together :)

Ztee_Azwanis said...

makan dan hidup mmg tkboleh dipisahkan kak nani :)

kemma said...

terliur tgk lauk2 k.nani...nak ye resepi siakap stim tu..:)ank2 sy sume montel..huhu camne ye k.nani.sy masak lauk biasa2 je..klo sy masak cam k.nani xtau la ekk apa jadi..hihi

Misz-ella said...

cun lah Alisya

anakjaiman said...

patutlah masa sy tengok berita adik mcm kenal je host tu, rupanya alisya.

Anonymous said...

ensem la hairi...hehehe

Anonymous said...

ensem la hairi hehehe

ticer anum said...

kak nani,cili masin mcm mana?

Daging Harimau Menangis HTK Johor said...

Sdpnya sardin grg kunyit puan nani

Unknown said...

bila dah berkumpul reramai camni..makan adalah agenda utama kann..seronok bila semua anak ada disisi kedua ibubapa

abang ensem said...

Comelnya Alisya.. macam mak dia jugak.

aizeepesona said...

Semua nampak ceria...bestnyer..

sy suka makan Siakap stim limau ...memang sedap sangat2..

Nor Suhada said...

resepi siakap stim lima u plzzzzzzzz..........


mengiurkan bila tgk..

anak ayah said...

love to say..
i love my family like the way they are :D

Mak Wardah said...

Semoga family Puan Nani sentiasa sihat dan sejahtera...Suka tgk anak2 puan nani.

Mak Wardah said...

Semoga family Puan Nani sentiasa sihat dan sejahtera...Suka tgk anak2 puan nani.

mama-syira said...

Semoga happy selalu kak nani & family. Saya pun suke keluar ramai2 camtu sefamily..

sarah kalam said...

hi kak nani..
slalu mkn cili masin tu kalau mkn nasik daun pisang...
minat cili tu jgk...
mcne ehhh buat tu kak?

shamsida said...

Salam...

suka layari blog ini...keluarga yang sempurna dan yg paling suka adalah bab makanan...lai satu, saya mat berminat dengan colegan yg direkomenkan tu...almaklumlah tahun ni saya nak masuk 40..hehe..okler sampai jumpa lagi..salam perkenalan

herizal alwi said...

Nyamie........

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

salam aunty..aunty,kalau saya dok rumah aunty seminggu mau naik 10kg agaknye..sedap tgk semua lauk tu..sekali hadap smpai 3 4 5 jenis lauk..fuhhh

Unknown said...

kak nani serius giler saya suke baca blog akak, suke akak bercerita tentang anak2 akak. dan masakan akak mmg hebat tue baru tgk gbr jerk tue kak.

Unknown said...

kak nani serius giler saya suke baca blog akak, suke akak bercerita tentang anak2 akak. dan masakan akak mmg hebat tue baru tgk gbr jerk tue kak.

mamaainaqistina said...

bestnya dpt mkn bersama mcm ni selalu..yerla masa kecil2 dulu sibuk membesarkan anak2...harpa kuarga saya pon akan mcmni...gembira selalu
(jom g jenguk2 di mamaainaqistina.blogspot.com)

Anonymous said...

salam aunty nani dh x buat kek ke?nape xde dlm blog nk order kek skrg.frust je cmni..hehe..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

bestnya kalau saya mempunyai masa yg byk.. nih keluar kerja seawal pg kul 6..balik dr opis selewat mlm... teringin nak masak byk2 mcmnih mandangkan keluarga mmg suka makan2... ahad je ada masa terluang utk buat semua, tu yg tiap kali ahad, saya pulun cukup2, dr sarapan, sampai lah ke supper..sampai asben bising, nih masak byk2 nih sapa nak mkn..??..hehehehe...at last, dia la gak yg kena ngabiskan...

Deenazz said...

hi aunty.. teruja tgk aunty masak mcm2.. saya ade salin byk resipi yang aunty bagi.. nnt nk cuba buat.. admire u sgt2.. hope can be like u...

Miss Anis said...

da lma xmkn kuih sagu......

Unknown said...

hi aunty, may i ask what camera is alisya's using? is that samsung? tq. god bless u.