Friday, November 23, 2012

Kita Tidak Keseorangan


Assalamualaikum

Ingat tak entry yang lepas mengenai kajiselidik Mum's Secret Survey survey di MSN Parenting Malaysia tu? Ala..... pasal nak tahu rahsia hati seorang ibu jerla....... bukan nya apa pun.....itu semua hanya pendapat masing-masing jer kan....Cuma kalau nak tahu hasil survey yang dilakukan, anda boleh klik  di  MSN Advertorial 6  

Setelah  melihat akan salah satu daripada persoalan  hasil kaji selidik tersebut rupanya kita tidak keseorangan. Ramai ibu ibu diluar sana mempunyai  rahsa seperti apa yang kita rasakan selama ini :-

APAKAH SELAMA INI ANDA MERAHSIAKAN YANG ANDA TIDAK CUKUP BERUSAHA UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK ANDA KETIKA MEREKA MEMBESAR?
    Ya 70%
    Tidak 30%

Bagi saya hampir kebanyakan ibu –ibu di Malaysia ini  mengalami  situasi  dan cabaran yang serupa dalam  membesarkan anak-anak  mereka. Suara hati mereka sama seperti apa yang saya rasakan selama ini.

Sebenarnya  memainkan peranan  sebagai  ibu  tidaklah  mudah dan agak mencabar apabila kita hidup di kalangan masyarakat setempat  khususnya atau masyarkat asia umumnya  yang amat biasa dengan gaya hidup yang penuh dengan pendapat kedua  iaitu ‘second opinion’ serta campur tangan  atau gangguan iaitu interferences dari ibu mertua, rakan rakan dan para persaing yang biasanya terdiri daripada adik beradik dan ipar duai.

Namun apabila gangguan atau interferences itu yang ternyata silap  atau kecundang maka  jauh di sudut hati  kebanyakan daripada kita akan tersenyum sinis, anggun dan megah  kerana kita waktu itu lebih jerjaya dan  berada di puncak  lalu kita akan sering merasakan yang  diri telah  telah  menang dalam  pertempuran  yang  senyap.

Ibu-ibu semua,  adakah anda selama ini merasa bersalah?   Tunggu, jangan rasa bersalah kerana anda tidak keseorangan dalam hal ini. Jangan terkejut apabila baru-baru ini kajian  atau survey  di  Mum's Secret Survey survey di MSN Parenting Malaysia yang telah dijalankan mendedahkan yang  32% daripada  rahsia   ibu-ibu  adalah   mereka berasa gembira sebenarnya apabila ibu mertua mereka   membuat kesilapan!
Begitu juga  kepada ibu-ibu sering merasakan bahawa orang lain lebih tahu segalanya dari anda, cuba atasi perasaan dan pemikiran tersebut dengan menanganinya berpandukan  tips tips ini .

Pernahkah anda  terfikir  bahawa  anak anak kepada adik beradik anda lebih bijak daripada anak anda ? Memang benar kebanyakan berfikiran begitu apabila kajian atau survey yang dibuat menyatakan bahawa 76% rahsia ibu ibu mahukan anak anak mereka lebih bijak daripada anak-anak kepada adik beradik mereka manakala 74% ibu-ibu memang  mengharapkan anak mereka lebih bijak




Menjadi lumrah alam  walau rapat macam mana tetap wujud perasaan bersaing mahui anak anak kita yang lebih pandai daripada anak-anak adik beradik kita.

Agak membimbangkan apabila   52%  daripada ibu ibu yang berfikir bahawa  anak anak sebenarnya mewarisi  saraf kepintaran otak daripada ibu mereka!

Banyak ibu bapa merasakan kepintaran anak-anak mewarisi kepintaran ibu bapa

  Bagaimanapun  para ibu-ibu semua,  ada berita untuk anda semua   bahawa  yang  terbaik dan bagus itu hanyalah  harapan semata mata  sekiranya anda  menidakkan   kenyataan tentang apakah sebenarnya yang mampu  memintas atau apakah  jalan paling mudah untuk melahirkan anak-anak yang bijak pandai. 

Sebenarnya  disebalik semua yang anda rahsiakan selama ini, banyak di antara kita tidak sedar bahawa apa yang lebih penting adalah :-

Memastikan  pemakanan  yang betul untuk anak anak anda adalah kunci sebenar kepada kejayaan intelek  mereka.



Beri anak anak permulaan yang baik adalah amat penting untuk tumbesaran mereka.

Memahami fungsi sebenar tenaga  kepada otak merupakan bonus kerana ianya membantu  peranan ibu bapa menjadi lebih seronok dan bermanafaat kerana siapalah  di antara kita yang tidak mahu anak-anak mampu terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun apa yang jarang  diberi  perhatian  adalah tentang pentingnya sumber tenaga  menjana  fungsi dan keupayaan otak bekerja.  
Untuk pengetahuan anda  bahawa glukosa  adalah merupakan sumber  tenaga yang utama untuk otak  kerana otak hanya  mampu menyimpan tenaga untuk jangkamasa 10 hingga 15 minit sahaja. Ini bermakna otak memerlukan sumber tenaga yang berterusan.

Gula biasa membekalkan glukosa pada  at peak levels selepas pengambilannya dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras glukosa dan sudden plunge too, menyebabkan keletihan  selepas beberapa ketika.

Manakala Isomaltulosa (sejenis karbohidrat) akan menyediakan pelepasan glukosa yang lebih perlahan.Pelepasan glukosa secara perlahan membekalkan tenaga yang tetap dan berterusan kepada otak kita agar otak mampu berfungsi  dengan baik dalam jangkamasa lebih panjang.

-Nutrisi yang baik juga adalah amat diperlukan dari semua aspek kesihatan terutamanya untuk kanak kanak di mana perkembangan otak yang pesat adalah dipermulaan usia.

-Tubuh badan kita menggunakan nutrisi dalam makanan untuk menyalurkan fungsi tubuh badan agar bekerja seperti yang sepatutnya.

-Sama seperti tubuh badan, otak juga memerlukan nutrisi yang betul. Oleh itu  ibu bapa pasti akan berupaya menyediakan  alat  yang lengkap untuk pembelajaran.







Tuesday, October 30, 2012

Sekolah Berasrama Penuh Untuk Anak-Anak Kita





Assalamualaikum,

Alhamdulillah 2012 hampir ke penghujung. Pejam celik...ke hulu ke hilir...turun naik...tidur bangun..kenyang lapar..kerja cuti..saya panjatkan doa kesyukuran pada Allah bagi lagi peluang dengan memanjangkan usia memurahkan rezeki dan saya masih menulis saat ini.


Anak anak makin membesar. Belanja makan, pakai, persekolahan tak usah cerita. Kadang-kadang bila fikirkan  hantar anak-anak ke Asrama bukan satu cara untuk kita berjimat. Malah beban perbelanjaan mereka di sana berpuluh kali ganda. Belum kira petrol, tol dan tiket bas. Lagi kerap anak-anak balik ke rumah lagi banyk belanja yang diperlukan. Kalau seorang anak duduk asrama, sekurang-kurang harus sediakan rm500 sebulan untuk seorang. Kalau macam saya ni ada 3 orang maka harus sediakan rm1500 secara kasar untuk membiayai perbelanjaan anak-anak sekolah berasrama. Itu belum termasuk duit beli pakaian yang hilang, ganti kasut yang rosak, uniform dan stationery, titik bengek untuk aktiviti di asrama.

Dulu saya fikir hantar anak ke asrama maka ringanlah bebanan kewangan kita menanggungnya. Rupanya tidak begitu, Awal persekolahan harus sediakan sekurang kurang rm1500 untuk seorang dengan pelbagai yuran termasuk PIBG. Bayangkan yuran PIBG pun lebih rm200 belum yuran asrama dan sebagainya.

Tetapi dalam hidup ni kita harus memilih yang terbaik buat anak-anak. Banyak ibu bapa masih dalam dilema, sekolah mana harus anak-anak bersekolah. 

Bagi saya, anak-anak lelaki harus selalu diberi peluang yang lebih baik untuk masa depan mereka, kerana dimasa hadapan merekalah yang akan meminang anak dara orang, memberi nafkah anak isteri, menjaga kebajikan ibu bapa. Jadi asasnya harus mantap, barulah akan datang peluang peluang lain.Memohon sekolah berasrama penuh dan menerima tawarannya adalah satu langkah bijak buat ibu bapa yang mempunyai peluang tersebut untuk anak-anak lelaki.

Saya amat bersyukur, semenjak anak-anak lelaki saya Khairi dan Hafiiz belajar di sekolah berasrama penuh, banyak peluang yang tak mungkin diperolehi apabila bersekolah di sekolah biasa. Misalnya, Khairi adalah salah seorang pelajar terbaik bahasa jepun yang mewakili Malaysia untuk lawatan sambil belajar  selama dua minggu ke Jepun di bawah tajaan Kementerian Pelajaran. Walau  gagal mendapat tawaran menyambung pelajaran ke UK seperti yang diperolehi oleh kawan-kawan rapatnya, Alhamdulillah dia masih mendapat scholarship dari  Sime Darby untuk Pengajian Diploma Dalam Bidang Kejuruteraan di UiTM. Saya berharap dan berdoa semuga dia berusaha lebih untuk keperingkat Ijazah dan seterusnya. amiin.

Saya berharap Hafiiz juga tidak melepaskan segala peluang peluang yang disediakan untuk pelajar sekolah berasrama penuh. 

Baru-baru ni Hafiiz menyuarakan hasrat hati untuk meminjam wang saya sebanyak rm600. Nak beli alatan memanah katanya. Alhamdulillah semenjak anak-anak sekolah berasrama mereka mula aktif bersukan. Imran pula aktif bermain ragbi walau sebelum ini menghidap Asthma. Alhamdulillah sejak aktif, asthmanya semakin pulih.


Buat anak-anak perempuan saya lebih suka mereka bersekolah di sekolah biasa dan tak perlu bersusah payah berjauhan dari saya. Alhamdulillah walau bersekolah biasa, anak-anak perempuan saya masih dapat tawaran U dan alhamdulillah Hanis menjadi siswi  tajaan JPA. Insyallah Alisya akan mengikut jejak langkah Hanis bersekolah disekolah biasa yang berdekatan dengan rumah.

Sebenarnya saya tidak pernah ada budget untuk anak-anak. Kalau anak minta saya bagi Kalau anak  perlukan, saya sediakan. Sekalipun semuanya di atas pundak  saya, say tidak pernah mengira begitu. Kerana hikmah disebalik tangan yang menghulur tidak terkira banyaknya. Alhamdulillah semua itu rezeki dari Allah untuk saya beri pada keluarga.




Hari tu Besday Alisya, nampak dia terlalu seronok untuk pergi bersama-sama mengambil abang kesayangannya Hafiiz balik dari asrama...  Lama kami tunggu Hafiiz di Stesen Bas Kuala Selangor kerana dia menumpang kereta ayah kawannya dari Sabak Bernam untuk ke stesen bas Kuala Selangor.




Rupanya, ayah kawan dia ajak singgah di sini.pekena cendul deroyan....



Bila Hafiiz beritahu tentang tu, saya pun tekan minyak kereta, menyongsang semula ke arah Tanjung Karang melepasi jambatan Kuala Selangor untuk pekena cendul ni....



Tapai pulut pun ada di jual di sini.....


Ramai betul pelanggan di sini, tetapi tak seramai pelanggan CENDUL BAKAR di persimpangan dari Trafiic Light Kuala Selangor menuju ke highway LATA. Kat CENDUL BAKAR tu sampai disediakan DRIVE TRU sebab terlalu ramai orang. Ingat lagi 2 tahun lepas, saya lalu lalang di situ tanpa rasa ingin singgah langsung. Sekarang bersesak orang menyinggah.


Inilah dia cendul durian..tapi durian paste tu sebenarnya tak berapa kick rasanya.


Cendul biasa lagi ok tanpa durian...


 Mungkin kerana paste tu agar tawar dan tak terasa durian segar sangat....



 Mi kari dia not bad...texture kuah agak berserdak.. tapi berebut jugak kami berkongsi satu mangkuk 3 orang...


Lepas tu memenuhi permintaan Hafiiz untuk memanah di Sunway Pyramid....






Ini besday Alisya ke besday Hafiiz hehehe



Hafiiz tunjuk skil memanahnya pada Imran yang pestime woh!!!




Bakal pemanah mewakili negara...Insyallah mudah mudahan doa saya dimakbulkan...amin.




Imran pula tunjuk skil...



Kasih sayang seorang abang pada adiknya....





Budak dua ni macam isi dengan kuku...rapat sangat... sekarang Alisya dok giler membaca novel..Hafiiz pun terikut...saya tak perlu baca, Alisya dengan senang hati menceritakan balik apa yang dibacanya... menarik juga novel bersiri IMPIANA tulisan  Ain Maisarah.














Selepas berjimba jimba memanah dan makan ais krim baskin robbin, perut masing masing minta di isi.





Setelah puas meronda, asalnya nak ke restoran jepun, tetapi kerana beratur panjang, akhirnya kami settledown di Ole Ole Bali. Air minuman kat sini memang sedap dek kerana kretip mencampurkan semua bahan...










Memang kenyang makan di sini sebab tak lupa baca doa makan hehe. Alhamdulillah...portion hidangan besar. Satu hidangan syer dua orang. Maka kami cuma order dua main dishes.



Inilah sebenarnya rahsia tangan Hafiiz kuat memanah. Kalau kat dapur dia rajin tumbuk rencah untuk masak. Berurat-urat gitewww walau baru 14 tahun....