Tuesday, May 28, 2013

Pertandingan Bahas



Assalamualaikum.


Bila motokar yang kupandu membelok masuk ke perkarangan sekolah yang dulu pagi petang harus kukunjungi sudah pasti nostalgia itu bertandang kembali. 11 tahun yang lepas Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur adalah destinasi ku setiap hari persekolahan.  Manakan tidak, dua tahun Liana bersekolah di sini dan selama 2 tahun setiap pagi ku menghantarnya ke situ dan setiap petang aku menjemputnya dari situ untuk pulang.

Pagi tadi aku, Hanis, Khairi, Imran. Alisya kemari lagi semata-mata mahu memberi sokongan moral kepada Hafiizhullah  mewakili Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Sabak Bernam,  di dalam pertandingan debate antara sekolah sekolah berasrama penuh kerajaan satu Malaysia.

Alhamdulillah pada usia 14 tahun lagi Hafiiz sudah mula berjinak jinak dengan bidang debate dan juga public speaking. "Ada juga sorang adik Hanis yang ikut jejak Hanis dalam bidang ni". Ujar Hanis bangga dengan pencapaian adiknya dalam jangkamasa yang lebih awal. Sebelum ni Hanis pun rancak menjadi  pemidato di Universiti tempat dia belajar.

Walau hanya menang melawan 3 buah sekolah dan tidak sampai ke peringkat akhir, tetapi berjaya memasuki pertandingan debate mewakili sekolah adalah satu platform yang baik untuk mewujudkan keyakinan diri dan mengaktifkan urat saraf otak agar terus berkembang pesat insyallah.

Sebagai ibu apa sahaja bidang yang diceburi dan diminati oleh anak anak akan saya beri sokongan sebagai penyuntik semangat untuk berjaya..insyallah.




Suka tengok gambar gambar candid macam ni....kami tengah dok sibuk mengadjust bag bag di tangan....


Bila dah tua tua ni terasa diri pulak kecik...or anak anak dah tinggi melanjau...


eceh eceh..ada gaya

Hafiiz diapit oleh Nabil dan Nadia


Alisya marahnya sampai ketap bbir


Ok dah senyum...baru manis

Pasukan lawan dari Sekolah Berasrama Penuh Pokok Sena, Kedah

Tajuk Perbahasan







Bebudak zaman sekarang pegang fon dan posing...mama apatah lagi...









Keknis dan kawan kawan Khairi

21 comments:

  1. Salam sis...tahniah utk anak sis...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum untie Nani,
    Tengok lambang TIKL tu teringat masa zaman saya sekolah situ dulu. Tahun 97-98. Rindu sekolah...

    ReplyDelete
  3. lama kak nani x menulis ;)
    rindu nak baca

    ReplyDelete
  4. rindunya sekolah....lama plak rasanya nak tunggu anak2 membesar macam anak kak nani...

    ReplyDelete
  5. gud start for hafiiz,dun wory,psni boley try lg,perjalanan masih jauh,having mom mcm aunt will give him a great support =)

    ReplyDelete
  6. syabas utk anak bujan akak tu, lps nih boleh cube lg, mana tau kali nih boleh menang n wakil negeri atau yg lbh tinggi lg kn

    ReplyDelete
  7. Saya sekolah situ 08/09,~haha rindu sekolah a tahniah hafiz!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, salam kenal dari blogger Indon. Pertandingan bahasa, adalah salah satu kegiatan yang mendidik dan mencerdaskan generasi bangsa

    ReplyDelete
  9. Salam.. camna nak order collagen dust?

    ReplyDelete
  10. Tahniah Hafiz.
    Kak Nani. Tahun ni ada biskut Raya tak?

    ReplyDelete
  11. Hello Nani, wow! Love your header pic.....
    Bahasa saya sebelum Merdeka, but I boleh faham 34% and enjoyed reading your this posting, as well the well taken pics.
    The girls, you, all look breathtakingly beautiful....
    The kinds of beauty that makes florists retire early, ha ha ha.

    I must compliment the person who took your header pic. Outstanding! Great shot!
    Allow me to add, I sure would love give you a red rose, just to make it jealous.
    You have a fun weekend and keep a song in your heat.
    Best regards from Canada.
    Lee.

    ReplyDelete
  12. salam kak, cantik wajahnya.. harap bila anak saya boleh maintain cantik macam akak


    have a visit
    http://novaleeza.blogspot.com
    for tudung raya

    ReplyDelete
  13. tahniah kepada anak..sila lah dtg ke blog sy ye..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Tak dapat nak beza mana anak dan mana mak... macam adik beradik.

    ReplyDelete
  15. Jemput view FB page
    https://www.facebook.com/AlFurqanDigital

    Belajar Al-Quran dengan kaedah terbaru & termudah pada harga istimewa RM 260 instead of RM 290...
    Boleh jga dijadikan hadiah plg bermakna untuk org tersayang. PM for more info

    ReplyDelete
  16. Salam sis nani, ada jual biskut raya tahun ni x? Tq

    ReplyDelete
  17. Salam, sis nani ada buat kuih raya tahun ini? Tqvm.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.

    Datang ziarah dan follow skali.

    hafiiz tue ada blog jugak ker?klu ada..nak follow klu xde..facebook dia pun boleh jugak.kalau ada..emailkan ke akrabpersahabatan@gmail.com

    ReplyDelete