Assalamualaikum
Pagi yang segar…daisy yang
berwarna cantik…. tambah menyeronokkan apabila saya di jemput oleh pihak
promosi Maggi untuk satu acara yang paling menyeronokkan bagi saya.
Selain acara makan makan, acara masak-masak adalah satu acara yang sesiapa
pun suka untuk menyertai kerana dengan adanya beberapa rangkaian Kiub Stok
MAGGI seperti Kiub Stok Ayam MAGGI, Kiub
Ikan Bilis MAGGI, Kiub Stok Serbaguna MAGGI dan Kiub Tomyam MAGGI .
Siapa kata memasak di rumah bagi menyediakan hidangan makan
malam seperti penyedian sup dan stew untuk
keluarga itu susah? Kita boleh jadikan setiap acara memasak itu sebagai
mengeratkan tali kekeluargaan apabila setiap ahli keluarga dapat skil memasak hanya dengan menggunakan
resepi yang mudah dengan rangkain Stok MAGGI .
Hanya didihkan air, sediakan lauk seperti ayam, ikan atau
seafood dan sayur-sayuran dan bahan utama iaitu Stok MAGGI maka macam petik
jari 1, 2, 3 tanpa mengotorkan dapur , menjimatkan masa maka dengan hati riang
dan tanpa sebarang tekanan, makanan yang
enak dan berkhasiat dapat dihidang.
Produk MAGGI dan kehidupan
saya sangat sinonim. Dari kecil sampai dewasa serta telah mempunyai anak-anak
yang meningkat dewasa…produk Maggi masih
sentiasa ada di para para dapur rumah saya kerana Maggi sangat peka akan keperluan dan kehendak
para penggunanya.
Bagi ibu yang selalu di rumah seperti saya dan ibu yang
selalu sibuk dengan kerjayanya seperti
Sazzy Falak, Stok MAGGI amat membantu kami menyediakan hidangan mudah
dan enak setiap kali memasak.
Memasak dengan Stok Maggi seperti memasak yang dibantu oleh
Chef handal……
Acara terakhir adalah
pertanding masakan berkumpulan yang disertai enam orang dalam satu kumpulan.
Setiap masakan harus menggunakan Kiub Pati Ikan
Bilis MAGGI atau Kiub Pati Tomyam MAGGI.
Salah satu acara Demostrasi
Masakan Bersama Celebriti Masak Masak Kitchen. Untuk acara pembukaan, kami
dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang setiap
kumpulan. Kumpulan saya adalah saya dan
Awal Ashaari yang memasak Braised Chicken menggunakan MAGGI Chicken Kiub. MAGGI Chicken Kiub dibuat daripada stok pati ayam sebenar.
Walau masakan mudah dan cepat tetapi rasanya setanding
dengan masakan di restoran mewah…
Mem
Seronok kan kalau acara masak masak begini kita jadikan
acara sekeluarga bila di rumah….
Apabila kami dibahagikan kepada kumpulan, maka kumpulan kami
masak bersama sama dengan suasana yang santai dan ceria. Resepi yang saya pilih
adalah Udang Masak Lemas Cili Padi Nenas. Biar pun kedengaran seperti satu
masakan yang remeh namun dengan Stok MAGGI semua jadi mudah dan menyelerakan.
Alhamdulillah masakan yang kumpulan saya dan Awal Ashaari
dipertandingan menang dan mendapat Hadiah Utama. Inilah resepi mudah dan harus
anda cuba kalau tak percaya!!!
Resepi Udang Masak
Lemak Cili Padi Nenas
Bahan bahannya :
Udang 500 gm
2 Kiub Pati Ikan Bilis MAGGI
2 cawan air
1 kotak santan 250ml
Bawang merah kecil 10 biji
Cili Padi 20 biji
Nenas ¼ biji
Tomato 2 biji
Serai 1 batang
Serbuk kunyit 1 sudu teh
Cara-caranya :
Tumbuk bawang merah dengan
cili padi sampai lumat. Tumis kering tanpa minyak. Masukkan semua bahan bahan
kecuali udang. Setelah mendidih dan merenih masukkan udang dan biar masak lalu
tutup api dan hidang.