Monday, February 11, 2013

Aku Penuhi PanggilanMu Ya Allah








Assalamualikum


Tiba-tiba saya memilih untuk pergi menunaikan umrah ke tanah suci mekah. Semuanya sangat last minute. Mulanya kawan kawan mengajak ngajak dan kami merancang untuk pergi. Tetapi bila tiba waktu ...bila saya minta confirmation ada yang itu dan ada yang ini termasuk suami saya.

Akhirnya antara kami berempat saya seorang yang mendaftar. Maka dengan keputusan yang sangat last minute tak sampai sebulan, saya terus usahakan untuk mencari cari kursus umrah dan menghadirinya walau jauh di Selayang. Travel agen tempat saya mendaftar cuma sediakan sekali kursus. Bagi orang yang seperti saya yang belum pernah ke sana apatah lagi memang ilmu terlalu cetek dan hampir tiada memerlukan lebih dari itu. Kalau sepuluh kali  menghadiri kursus pun saya memang suka mendengar celoteh ustaz zainal yang banyak pengalaman dan ilmu di dada. Rasa terpanggil panggil untuk segera ke sana.


Belum sampai ke sana tetapi hati sudah dibalut rasa tenang dan bahagia.  Berbagai peristiwa yang mengusik dan menyentuh kotak hati yang sedang mencari cari hidayah dalam diri. Semakin waktu mendekati semakin terasa banyaknya dosa dosa lepas flashback semula dalam ingatan lalu hati menimbang nimbang terlalu banyaknya dosa yang saya kutip sepanjang usia ini.. Waima diri terasa semakin hampir denganNya walau kadangkala jadi jauh semula akibat strategi iblis dan syaitan yang ingin menghalang.


Sesekali dihambat kesibukan yang kalut, namun diizinkan tuhan untuk saya menyelinap sebentar ke ke dalam masjid negeri shah lama untuk solat zohor. Selepas solat saya tersesat sesat mencari pintu keluar walhal sudah beberapa kali ke situ. Ketika tertinjau tinjau, saya menemui pejabat pungutan zakat dan terus masuk mmberi salam. Setelah memberi penjelasan tentang pendapatan dan simpanan saya, saya hanya membayar zakat untuk wang simpanan kerana pendapatan saya yang tidak tetap harus dikira dengan lebih teliti barulah saya datang semula. Hati rasa bahagia sangat setelah membuat akad janji membayar zakat dan apabila mendengar doa yang diucap oleh uztaz itu mengatakan..'maka bersihlah harta ini'. Di samping itu uztaz ada memberi sedikit nasihat dan ceramah yang membuat hati terus memikirkannya...

Setelah bertanyakan pada receptionist mana arah pintu masuk saya tadi, sayapun buat satu pusingan untuk sampai ke tempat saya letak kereta yang betul betul di pinggir pintu saya masuk tadi. Ketika ingin membuka pintu tiba tiba datang seorang pemuda yang berpakaian segak yang saya kira tentulah salesman yang ingin menjual barang ke pada saya. "Assalamualaikum kak!. "Walaikumussalam ! jawab saya, "Kak, saya nak minta tolong kak, saya tak da duit nak bayar tambang balik. Duit saya tinggal seringgit jer..nak makan pun tak da duit"

"Oh iye ke..ujar saya kemudian hulurkan wang rm20 kepadanya. Dia menyambut dengan penuh gembira dan dengan ucapan terima kasih dan mendoakan saya agar dimurahkan rezeki olehNya.

Setelah berlalu ketika memandu saya fikiran saya melayang kepada peristiwa tadi. Dari mana pemuda itu. Mengapa tiba tiba terpacul depan saya sedangkan kawasan itu luas dan lapang maka saya sepatutnya nampak dia berjalan dari mana arah. Setelah memikir mikir tanpa jawapan akhirnya saya akur yang hati saya sungguh tenang setenang tenangnya kerana dapat menggembirakan hati orang yang amat memerlukan bantuan.

Sebelum ke mesjid tadinya, saya mengeluarkan sejumlah wang dari Bank. Kemudian saya bawa wang itu untuk saya masukkan ke dalam tabung haji. Ketika dikaunter tabung haji...saya ditegur oleh juruwang kaunter tabung haji mengatakan beraninya saya menanggung risiko membawa wang sendirian begitu. Katanya lagi dia baru sahaja membaca harian metro tentang wanita kena rompak setelah mengeluarkan wang dari bank.

Saya kemudian memberitahunya bahawa saya tahu tentang akibat akibat itu..sebab tu sebelum ke Bank saya membaca ayat kursi selepas solat subuh dan sewaktu melangkah keluar rumah. Namun dipintas oleh juruwang itu bahawa mungkin wanita yang kena rompak itu lupa nak baca ayat kursi. Rasa hati ingin mengatakan silap dialah sebab lupa...namun saya pendamkan sahaja dalam hati.

Kemudian berkali kali juruwang itu mengatakan beraninya saya. Saya jawab,  kalau baca ayat kursi..insyallah Allah lindungi kita.

Setelah selesai urusan memasukkan wang ke dalam akaun, juruwang menyerahkan buku akaun kepada saya. Ketika hendak bangun saya terfikir untuk check amount yang dimasukkan...dada sungguh berdebar apabila nombor amount yang tertera di dalam buku hanya separuh dari jumlah wang yang saya masukkan.

Saya kembali duduk dan mengatakan bukankah amount yang saya masukkan tadi sebanyak itu mengapa cuma separuh sahaja yang kamu masukkan. Cepat cepat dia menarik buku saya dan meminta maaf kerana tersilap dan menyuruh saya mengisi dua borang sekali lagi untuk memasukkan sekali lagi jumlah yang betul.

Setelah selesai , saya check semula buku akaun saya memastikan kali ini jumlahnya betul. Alhamdulillah

Ketika berlalu dari situ saya dengan tidak sedikit pun memarahi juruwang itu cuma terasa kesal kerana dia seolah olah terlupa tentang fadhilat dan berkat bacaan ayat kursi yang saya baca itu maka Allah melindungi saya.


Akibat sibuk maka saya terlupa janji saya dengan seorang customer utk mengambil Kolagen di rumah saya. Maka saya menaliponnya untuk menghantar ke rumahnya disebabkan silap saya terlupa walhal di sudah sampai didepan pintu rumah.

Namun dia bersetuju kami berjumpa di retoran Arab seksyen 9 kerana hampir pukul 3 petang saya belum menjamah makanan. Saya belanja dia makan dan kemudiannya apabila dia bercerita tentang kuliah agama yang setiap di hadiri di mesjid dan yayasan restu maka saya menyatakan ingin turut serta menghadiri. Keinginan saya disambut dengan rasa sungguh suka sehingga dia mempelawa saya untuk menunggu saya di satu tempat dan pergi bersama. Hari pertama dia bawakan saya kuih. Kemudian hari kedua dia bawakan saya kuih dan menghadiahi saya mini telekung warna hitam apabila saya menyuarakan keinginan untuk membeli untuk ke mekah nanti. 

Apabila saya dengan tidak semena mena ingin membuat kenduri doa selamat walhal sebelum ini macam rasa tak larat dan telah memberi wang kepada uztaz untuk dia buat di mesjid namun setlah berdoa semuga majlis saya nanti berjalan lancar dan penuh keberkatan, akhirnya jadi juga majlis tersebut. Dengan bantuan sahabat baru saya tadi dan sahabat baik saya Zaiwiyah, alhamdulillah tertunai hasrat saya ingin membuat kenduri doa selamat dan bacaan tahlil arwah di rumah saya. 

Terima kasih di atas hadiah hadiah dari sahabat sahabat sekelian. Insyallah akan terpanggil anda untuk ke sana berkat keikhlasan hadiah dan sedekah untuk saya ke Tanah Suci Mekah.

Alhamdulillah, insyallah lagi dua hari saya akan berlepas ke Madinah dan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Doakan saya dapat menjalani segalanya dengan sempurna dan mendapat umrah yang mabrur. Sebelum itu jika ada dosa dan segala kesalahan saya terhadap anda semua saya memohon kemaafan dan keampunan dari anda. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya.

"Aku penuhi panggilan Mu ya Allah, aku penuhi panggilan Mu, tiada sekutu BagiMu, aku penuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu".









Semua gambar yang saya upload ini ada dikamera ketika beberapa hari sebelum saya bertolak. Kucing kucing, kenduri doa selamat dan mengandam yang sempat saya fotokan. Alhamdulillah.