Monday, May 2, 2011

Saat Yang Dinanti

Assalamualaikum...

Lama saya tak update blog. Jalan merata woh. Haha...jadi saya muntahkanlah entri saya dengan segala puisi yang emosi begitu kerana kita selalu lupa yang emosi perlu dalam setiap orang justeru bila dia ada emosi maka sebenarnya mereka masih mempunyai hati dan perasaan kemanusiaan dalam diri.

Orang kata jauh berjalan luas pandangan...luas pandangan tu bermakna...bila pandangan kita luas maka permikiran pun luas. Bila pemikiran luas jadinya banyak tenaga atau aura positif mengalir dalam diri.

Contohnya...sikap akan lebih terbuka, jadi pemurah, tak suka tipu, bersyukur, berhati lembut, bertanggungjawab, tidak ego, prihatin, tidak tergamak, dan segala sikap yang baik-baik akan meresap dalam diri kita insyallah.

Oklah saya akan bercerita panjang mengenai perjalanan saya selama seminggu ini di entri akan datang, insyaallah.

Kali ini pula, saya letak berderet gambar sempena liana tunang.

Saya kagum dengan gambar-gambar majlis tunang liana yang dihasilkan oleh pemuda pemalu Affandi.

Bagi saya seorang jurufoto yang bagus mampu menghasilkan gambar seseorang yang kelihatan seperti model. Mampu merakam sesebuah suasana dan sebuah cerita tak ubah seperti gambar-gambar iklan atau katalog.

Saya juga kagum hasil seni tangan Annurnajwa dan Arlinarosli yang menata rias liana menjadi begitu anggun. Mungkin hasil didikan yang diperolehi dari akademik kepunyaan mereka iaitu Redglow yang setiap bulan menyediakan kursus makeup secara percuma kepada sesiapa yang berminat.








Walaupun saya nampak moden tetapi sebenarnya banyak perkara saya lebih sukakan yang klasik. Contohnya konsep hiasan dan dulang hantaran. Saya masih suka dulang hantaran sytle lama seperti ini. Kalau dapat saya lebih suka dulang hantaran dulu-dulu yang disepuh dari besi kuning atau tembaga.




Asas sireh junjung pula saya gubah menggunakan nenas madu bukan span bunga dan bunga hiasan paling atas disireh junjung itu saya gunakan beberapa bunga kantan yang saya ambil dibelakang rumah hasil tanaman saya sendiri.





Gula-gula mint yang saya gubah menjadi sebiji buah dengan daun perak sebahagian hantaran yang saya gubah sendiri.







Kamar tidur liana yang saya hias sendiri dan bunga-bunga gantung yang saya beli untuk mencantikkan khemah.








Liana seorang model bagi saya.










Liana seorang model yang anggun.







Bisik-bisik.....







Si cantik jelita dihati saya....






Hafiiz dan Imran yang banyak membantu.....








Penyediaan makanan oleh saya......








Rombongan yang ditunggu-tunggu...












Hantaran yang ditunggu-tunggu....hehe







Majlis bermula...






Tetamu yang hadir.....







Menyarung cincin pertunangan dijari manis.....








Ku panjat doa memohon restuMu.......doa dibaca oleh bapa Ahmad.








Dua rumpun menjadi satu........







Liana dan keluarga Khairi.....







Wajah empat beradik..anak pertama..bahaudin, anak ke 13 zainal, anak ke 14 nazrin, anak ke 17 mazlan.







Tas tangan, kain lace, kasut zang toi dan coklat patchi......





parfume, cheque dan kek.......







nani rostam dan kakaknya.....liana dan rakan-rakanya.....






Liana, Hanis, nanirostam, ieza (ibu ahmad), nadia dan shaza.







noughat...sian...kandang dahlah buruk....rasa nak keluarkan dan peluk kuat-kuat...tapi apakan daya mummy sibuk......





Sicantik manis liana dan sicomel Ahmad...banyak orang tanya ini anak mat salleh ke?






Si rajin Hafiiz membantang kan sejadah untuk solat berjemaah.





















Liana bersalam-salaman dengan pihak lelaki....






























Menghantar tetamu pulang hingga ke luar pintu...hanis dan ehem-ehem....serta bapa Ahmad.







Ok semuga berjumpa di bulan Disember nanti...insyallah.












40 comments:

  1. Boipren Hanis ke tue??
    Wahhh..kepochi..yg tu yang nak ditanya dulu hehe

    ReplyDelete
  2. handsome nya ehem ehem Hanis hehe

    ReplyDelete
  3. congrat kak nani!!! lebih manis dari pavlova kenangan ni :)

    ReplyDelete
  4. cantik dan meriah..dayun pun suka gubahan tradisional..
    er,ehem2 hanis ke tu ..hehe

    ReplyDelete
  5. anis dengan sape tu??ehem2..hehe..=) alhamdulillah berakhir sudah majlis..tunggu majlis besar pulak..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...semuanya dah selamat..moga berbahagialah liana hendaknya...amin...

    hanis punya ehem..ehem pong hencem bangat hehehehe

    ReplyDelete
  7. kak nani dgn adik kak nani tu mcm kembar ye?

    ReplyDelete
  8. Salam Ratiku Nani, ya ampun pabila Ratna tatapkan satu .. satu .. photos semua serasanya seperti Ratna ada hadir dihari majlis pertunangan -nya itu. Bagai di-mimpi ..!!

    Nani begitu prihatin mengaturkan majlis menjadi meriah, mesra dan anggun sekali, panjang kata semuanya tampak kemas juga cantik -lembut dengan deco-hiasan pilihan warna yang lembut berwarna pastel sesuai sekali dengan ke-ayuan manis Lyana yang anggun sama seperti Mamanya Nani.

    Bravo Nani, chapter 1 telah selamat selesai di-sertai dengan kebangaan sebagai seorang Ibu yang pengasih lagi penyayang, bertuah Lyana punyai seorang Ibu seperti Nani.

    Terimakasih menggunung tinggi dengan paparan photos nan indah dihari majlis pertunangan Lyana yang Nani kongsikan bersama-sama, dapat merasainya dengan tatapan sudah cukup memadai - Alhamdulillah keatasNya ya Nani selamat semuanya, tunggu dengan penuh kesabaran di-chapter ke-2 nanti.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  9. Salam semua...alhamdulillah terimakasih di atas doa kalian.

    Ehem-ehem tu hensem kan....

    Kakluna : rasanya taklah macam kembar bila bertemu in person. Nadia tu besar tinggi..5 kaki 9 agaknya...kulit hitam manis. Saya pula jauh lebih rendah cuma 5 kaki 6 sahaja.

    Bintang jauh : rat......nani rindu kamu...kalau ada kelapangan...dring drong ya...i miss u so much.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, a very smooth running engagement party ever! the beautiful of bride n groom, delicious foods made by the awesome pretty mother of the bride, everyone is happy that day. Terima Kasih byk2 k.nani =)

    p/s: vah vah vah kemain Ahmad gambar full page mengalahkan pengantin...

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum,

    Soalan : ahahaha, adik aunty ke yg pki spek tu? Muka sm..cantik..


    Congrats to Liana, Aunty n Uncle skali sbb bakal dpt menantu..Ehem2 Hanis ensem..

    ReplyDelete
  12. Cantiknya kekna..berseri-seri...congrats kekna dah selamat bertunang...congrats to aunty and family..take care..

    ReplyDelete
  13. private tapi meriah...cantik majlis tu..
    hanis bila lagi agaknya aunty?? hehehe..:)

    ReplyDelete
  14. wah! hanis dan ehem ehem..kacak! heee..

    ReplyDelete
  15. wahhh..i like..teringat nostalgia bertunang 2tahun lps....fuhh mcm nk banjir kolam airmata ni..
    semoga berjaya..dengan majlis nnti
    :)

    ReplyDelete
  16. tahniah untuk kekna...besnyerrr tengok majlis tunang2 ni kan..
    dan tahniah untuk auntie sebab bakal menerima menantu....

    oh ya...hanis punya ehem2 ke tu..hiksssssssssssssssssss

    ReplyDelete
  17. tahniah kak nani, sekarang dah leh siap2 prepare utk wedding Liana plak ;).. kejap jer dah bulan 12 kang..

    ReplyDelete
  18. congrats aunty !! :) liana sangat cun.

    ReplyDelete
  19. wahh..mesti aunty n sekeluarga happy! congratz yea aunty semoga dpt menantu bulan disember ni..

    ReplyDelete
  20. aunty nani, yg baju purple tu kakak aunty ke..saya kenal la..hehe.

    ReplyDelete
  21. cantiknya..meriah..

    lawa lah auntie warna purple muda, pink, cream mcm tu.. :)
    tahniah kak liana.. :)

    ReplyDelete
  22. Handsomenya ehem-ehem Hanis tuu :)

    ReplyDelete
  23. Auntie memang kreatif...;). Alhamdullillah dah selesai....moga dipermudahkan untuk urusan nikah kahwin pula. Mesti lagi mcm2 idea kretif auntie masa majlis kahwin nanti.

    ReplyDelete
  24. Akak, ella dtg lgi intai hantaran yg akak gubah tu. Cantek sgt tak puas menengoknya pdhal hari tu dh tgk "live". Over kan ella?? Hihi.

    ReplyDelete
  25. wahhh..kak ranainya adik beradik encik zainal berbelas org ye kak..selama ni igt khairi anak akak gak rupenya itulah gerangan bakal menantu..nnt jadik anak la jugakkannn ..tahniah kak

    ReplyDelete
  26. Meriahnya ^___^
    mcm 'kakak' tunangkan 'adik'...akak nmpk sama muda ngan liana..

    ReplyDelete
  27. liana n hanis mewarisi kecomelan mamanya!majlis yg sgt suweeettt,tak sabar nak menata rias liana disember nanti!

    ReplyDelete
  28. tahniah....pengantin, mak pengantin, adik pengantin...semuanya anggun & jelita..i like

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah semua berjalan lancar :)

    ReplyDelete
  30. Salam. saya silent reader blog ni. suka sangat konsep cik nani. simple tapi masih ada nilai2 tradisi budaya melayu dan Islam. Alhamdulillah. Thumbs up for you. :D

    ReplyDelete
  31. taniah buat kak liana...n taniah jgk buat aunty y bakal menerima famili baru...

    ReplyDelete
  32. encem la ehem2 hanis tu..hihi ramai y x sabar nk tahu cite sbnar ni aunty...cecite cecitela auty..hikhik

    ReplyDelete
  33. tahniah aunty..nice hantaran n liana sgt cantik..

    ReplyDelete
  34. Anak gadis, hantaran dan majlis seimbang cantiknya. Itulah pengorbanan ibu. Tahniah Puan Nani. Saya doakan semua selamat Disember nanti.

    ReplyDelete