Thursday, May 19, 2011

Putus Cinta Bukan Kehilangan Tetapi Pengenalan

Suka sangat baca entri terbaru Hanis mengenai surviving breakup. Siapa yang mahu putus cinta? Tak siapa kan?

Rasionalnya, cinta itu putus bila salah seorang daripada pasangan tidak mencintai pasangannya lagi. Macam-macam penyebab...dan apa pun penyebabnya...jawapannya hanya satu SUDAH TIDAK LAGI MENCINTAI...maka putus cinta. Kerana kalau betul masih ada cinta pasti kita sanggup mengharungi apa jua HALANGAN selagi cinta ada dihati.

Kadang-kadang macam-macam tips tentang putus cinta kita baca, kita pelajari, kita cuba amalkan tetapi kesudahannya hati kita, diri kita, kita sendiri yang lalui keperitan itu.

Macam mana sakit pun hidup harus diteruskan...harus pergi kerja, harus makan minum....dan macam mana sakitpun kita pasti tiada daya menyambung kembali cinta atau memaksa dia kembali kepada kita.Walau macam manapun lemahnya kita kita tiada pilihan untuk merasai kesakitan itu.

Hanya satu sahabat akrab yang dapat membantu kita menangani segala kepedihan dan kekecewaan kita adalah MASA. Hanya masa dapat menyembuhkan luka. Beri diri kita masa, beri diri kita ruang...insyallah maka dengan masa dan ruang pasti kita boleh bernafas seperti biasa.

Bercinta, putus, bercinta putus itu adalah satu proses kematangan. Pasti dalam setiap percintaan dan kekecewaan kita lalui macam-macam cerita. Jadi selalu pandang positif atas setiap yang terjadi.

Asakkan dalam diri bahawa putus cinta itu bukan satu kegagalan tetapi kemenangan yang didahului dengan kepahitan. Itu sahaja. Maka jangan menyesali diri bila putus cinta.Tak mengapa..tak jadi kudis...laluinya dengan bersahaja maka di situ kekuatan hati kita yang sebenar.

Tanamkan dalam hati bahawa putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka.

Dan kalau kita sedar betapa putus cinta itu adalah satu pelajaran yang tidak dapat kita perolehi dari mana-mana institusipun tetapi hikmahnya lebih manis daripada cinta itu sendiri!!!!

Percayalah.....hidup ini tak mudah...tetapi tidak pula sukar untuk kita lalui....

44 comments:

  1. best entry ni..
    sngt bergune..
    mintak izin share nyer aunty.:)

    ReplyDelete
  2. Alamak kaknani.. sgt terkesima.. sgt benar.. nasiblah dah tak remaja... hahaha..dah takde peluang nak putus-putus cinta nie.. kalau tak konfem rujuk ayat knani utk bagi kekuatan >__<"

    ReplyDelete
  3. saya suka dua2 sekali. hanis and aunty punya entry. :)

    ReplyDelete
  4. :) semua perkara ada pengajarannya.... terpulang pada penganalisisnya.. mau yang baik.. atau yang buruk yer :)

    ReplyDelete
  5. terima kaseh sebab wat entry nie...ia bukan satu kehilangan tp satu pengenalan...lepas putus cinta baru sy tahu mama sy sgt understanding...

    ReplyDelete
  6. setuju 100% dgn kata2 auntie..yg akan mematangkan kita hanyalah masa..

    ReplyDelete
  7. aunty,
    sedihnya bila baca entri kali ni.
    tengah mood putus cinta ni aunty. dah nak dekat 2bulan setengah nak putus..tapi masih tak boleh melupakan :(

    ReplyDelete
  8. "putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka."

    well said... :)

    ReplyDelete
  9. Sangat berguna..like this entry la aunty!kuat semangat sket bila baca..baru putus cinta, mmg perit..sobsob

    ReplyDelete
  10. bestnye entry ni...rs dpt 1 smgt blk..."cinta itu putus bila salah seorang daripada pasangan tidak mencintai pasangannya lagi".. tsangat betolnye kak...

    ReplyDelete
  11. memang hidup tak mudah. terlalu banyak dugaan. hanya Dia yg mengetahui kebaikannya...

    ReplyDelete
  12. saya juga setuju ngan hanis serta kak nani...

    ReplyDelete
  13. hm~tp agak sedih lah kalau putus tu di lewat usia.....macam saya..:(
    walaupon xbrapa lewat sgt..hehehehe
    xpela....semua tu mengajar hati tuk jadi kuat...

    ReplyDelete
  14. mnta share..sy da lama putus cnta,tapi asyik teringat aje apa yg dia buat kat sy..mcm aunty ckp,biarlah masa menentukan :)

    ReplyDelete
  15. aunty ,ada button like tak,rasa macam nak likeee banyak333 kali kat sni,sangat awesome :)))))

    ReplyDelete
  16. baru dua tiga ari lepas buat blogs haram sbb baru lepas putus chenta http://shamsulcairol.blogspot.com/2011/05/19-reason-ko-kan-bergelar-janda-berhias.html

    ReplyDelete
  17. come to share some love here :)

    ReplyDelete
  18. saya setuju dgn kak nanie..
    masa yang akan mengubat kita..
    tengok saya, saya mampu lagi berdiri disini setelah apa yang terjadi pada diri saya...

    masa untuk meratap telah berakhir..

    ReplyDelete
  19. i like..eh esok akak n hanis ada dalam berita harian kan?...inspirasi... sweet lak tgk

    ReplyDelete
  20. Siapa yang mahu putus cinta? Tak siapa kan?

    betul!!!semua orang tak nak..tapi kalau dah takdir..tak ada jodoh la tu..

    entri terbaru
    review movie nur kasih

    ReplyDelete
  21. good entri la aunty...so nice..

    banyak bagi kata2 dorongan..

    ReplyDelete
  22. betol, sokong auntie!
    Allah tak kan menarik sesuatu nikmat melainkan Dia ingin menggantikan dengan yang lebih baik. :)

    ReplyDelete
  23. Putus cinta sangat menyakitkan.. tetapi, jika tidak sakit, apakah kita kenal dengan bahagia?

    Send my regard to HZ ya Ms. Nani =)

    yours
    SH

    ReplyDelete
  24. Yg penting..kena tabah dan kuat semangat.Sentiasa ingat padaNya..pasti semuanya dpt dilalui dgn mudah...

    ReplyDelete
  25. best2.

    tadi, saya baru baca surat khabar BH :) saya terus bukak blog aunty dgn anak makcik :))

    ReplyDelete
  26. Memang best ayat yang last tu!!

    ReplyDelete
  27. Comel dua beranak dlm BH tadi...;) Hanis nampak cam muka chubby,ada iras liana.

    ReplyDelete
  28. Betul sangat. Life not easy but not that difficult to get through.
    Nice article

    ReplyDelete
  29. :) aunty ,thanks you.

    saya pun bru je lepas kena berputus cinta. btol la org ckp, yg prtama x smestinya yg bgus kan..

    btol kata aunty gak. masa la yg mnjdi peneman..sy pun 2 mggu gak la perlukan msa nk bfikir dgn waras..

    moga cabaran mematangkan idup jugak..

    hehe~ 1st time sy komen blog aunty! :)

    ReplyDelete
  30. as salam..Pn Nani..,
    cantiknya dan indahnya ciptaan Allah..

    Pn Nani dtg dgn pakej yg hampir perfect..alhamdullilah..♥

    ReplyDelete
  31. selalunya kita akan jumpa yang "salah" dulu sebelum jumpa yang "betul"..

    ReplyDelete
  32. kak nani punyer gambar baru tu cantiklah ...anggun pesona.

    contact lens tu pun sesuai dgn tuan empunya diri...

    ReplyDelete
  33. sungguh suker dengan entry ini

    ReplyDelete
  34. salam aunty,kehilangan dan peprisahan dah pun tjadi dlm hidup sy 2x taapi ia mgajar kita erti khidupan..

    ReplyDelete
  35. setuju... setiap kali putus cinta, setiap kali kita akan ada satu permulaan. Tapi harapnya jangan pernah putus cinta dengan Dia yang SATU :)

    ReplyDelete
  36. saya suka baca entry ni..time kasih!

    ReplyDelete
  37. kak nani, this is an awesome entry!! rasa motivate je bila baca..

    ReplyDelete
  38. salam
    kak nani..iza ni dah lama baca blog akk ni..semua entry akk semua iza dah baca..baru skarang berani nak buat blog..kalau rajin mai la blog iza ye...tq

    ReplyDelete