Thursday, October 25, 2012

Saya Dan Faizal Ismail (FBI)




Assalamualaikum,


Kalau ikutkan diri saya, saya harus 24 jam berada di rumah agar sentiasa boleh online dan membalas semua emel.

Tiba tiba tengahari tu, Hanis beriya iya mempelawa saya untuk menemaninya ke satu event Petronas. Saya katakan padanya sorry mama banyak kerja. Terlalu banyak. Mama tak leh pergi  mana mana.

"Ma, nanti mama menyesal tak ikut. Pastu saya bertanya event apa, kemudian Hanis memberitahu event tu ada Scha ada Awal. Ok tak pa..mama tak nak pergi. Ada Faizal Ismail ma, Hanis beriya-iya mengajak tanpa putus asa. 

Saya masih enggan. Tak pa mama tak boleh.. mama banyak emel nak kena balas ni...

Mama, mama kena pergi temankan Hanis, jugak.

Setelah dirayu rayu di paksa paksa akhirnya saya terpaksa mengalah dan mengupah Imran membalas emel saya dengan bayaran balas satu emel 20 sen.

Kami pergi ke event Petronas di Delicious Jalan Tun Razak.

Bila balik dari event tu..saya rasa lega kerana emel saya lebih separuh dapat dibalas oleh Imran. Kemudin saya bertanya Im dah kira berapa mama kena bayar gaji Im. Imran jawab rm75. 

Walah memang sebenarnya saya tak boleh pergi mana-mana kerana kerja saya adalah membalas emel dan menulis blog dengan beberapa assignment blog yang meruntun jiwa jika tak dapat disiapkan mengikut deadline yang disediakan.

Makan makan yang disediakan memang best giler. Tu yang saya terpaksa buncitkan perut. Walah makan makan free ni insyallah tak akan saya bazirkan. Orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Buncit pun buncitlah.


Sebenarnya, petang tu ada cerita antara saya dan Faizal Ismail...tetapi macam tak boleh nak ber cerita kat sini...justeru tak semua cerita boleh kita kongsikan diblog...nanti jadi KONTROBESI..pulak.







 Hanis bersama para penyokongnya yang menang untuk bersamanya dalam amazing race menuju ke utara minggu depan...anjuran Petronas







Hanis bersama para penyokongnya yang mengundinya....


 Saya bersama syura....dari talent agency....


Terseksa saya menahan gelak dek usikan faizal ismail yang buat saya tak kering gusi dengan celotehnya....



Wednesday, October 24, 2012

Tesco Mutiara Damansara


Assalamualaikum

Perempuan yang hampir sebahagiaan hidupnya memasak dan memasak. Memasak dan memasak . Memasak dan memasak. Uikss berapa banyak masak da. Tetapi itulah hakikatnya, kalau tak masak maka kena jugak makan. Kalau tak masak maka tak dapatlah makan. Kalau tak dapat makan maka kenalah cari makan. Kalau tak makan kat rumah kenalah cari makan kat luar….tapi….

 Sampai bila?  Akhirnya masak jugak kan.?

Hehehe sayalah perempuan iteww kan. Bagi saya bila nak masak, selalu yang terbayang dalam fikiran, mana nak pergi bershopping barang barang dapur yang segar, murah dan tempat yang sentiasa memanggil manggil walau saya rasa sungguh malas untuk melangkah keluar rumah.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah  pasaraya yang jadi kegemaran saya sekian lama. Sejak  TESCO  wujud, ianya dah jadi  macam sebahagiaan dari hidup saya. Hidup suami saya.Hidup anak-anak saya. Nak masak ayam, terbayang ayam TESCO yang segar bugar. Nak cari udang terbayang tak da tempat lain di dunia saya ni yang udangnya lebih murah, segar dan demok demok selain dari TESCO. Nak cari telur buat PAVLOVA tak da tempat lain saya berani beli, sebab dah pernah beli telur ayam dari tempat lain untuk buat kek PAVLOVA jadinya  PAVLOVA jadi hancus tak secantik dan sejadi PAVLOVA yang dibuat dari telur ayam TESCO. Untuk segala kek kek saya mana nak dapat buah strawberry yang sentiasa segar dan harga berpatutan kalau bukan di TESCO. Walah

Saya selalu mahu trip ke pasaraya adalah satu trip yang menyeronokkan bagi saya sekeluarga. Semuanya mudah dan semua ada di situ. Bawa anak-anak. Anak-anak pun excited sangat bila suasana shopping yang cosy, luas, teratur dan semua ada di situ.

Kunjungan ke TESCO memang best. Lebih lebih lagi TESCO pilihan saya dah tentu TESCO MUTIARA DAMANSARA.

Nak katakan hampir selalu kunjungan saya dan anak-anak ke kawasan Damansara yang sentiasa menggamit-gamit hatiku itewww. Bershopping barang dapur di TESCO Mutiara Damansara haruslah seronok dan teruja dengan wajah baru, suasana yang sungguh cosy, ruang parking yang luas dan banyak serta terdapat semuanya dalam satu tempat.


Punyalah convenience…bangun pagi jer teringat whooaaa strawberry belum beli untuk hias kek. Customer nak dating kul 9. Maka TESCO kau di hatiku, dalam ingatanku, tiada pernah wujud yang lain. Pastu bila dah berjimba-jimba karoks tak hengat…tengok jam pukul 12 berlari ke TESCO Mutiara Damansara….beli tepung nak buat kek…ko mampuuu…..tutup pasaraya pukul 1 pagi.


Tu dia TESCO Mutiara Damasara, terasa I macam kat obersi bila kat sini…


Yang ni memang betul sangat…. kalau uolls berbelanja rm200 tempat lain memang tak dapat apa sangat tapi kat TESCO Mutiara Damansara ni walah penuh troli tau…


Parking free untuk 3 jam pertama kepada pelanggan TESCO Mutiara Damansara. Cuma serahkan kad coin parking uolls kat cashier untuk di sahkan.


Nak parking berbumbung ok…lagi senang tak kena hujan panas…..


Ruang parking yang banyak….


Nak parking kat luar pun ok…tu yang terasa macam I kat obersi uuuu….


Ruang penyimpan beku yang berbentuk begini membuatkan kerja kerja meninjau dan memilih menjadi amat mudah.


Wah seronoknya, lapang luas, bersih, teratur, tersusun dan pilihan produk yang banyak





Hmmm mee segera harus ada dalam stok untuk terkejut tergempar tengah mlm tetiba lapar giler…khenzzz


Saya bancuh kolagen dalam jus minuman maka trip  TESCO Mutiara nih adalah kemestian kami….banyaknya pilihan minuman jus…



Banyaknya pilihan airkrim, kek, dessert di TESCO Mutiara Damansara ni….semua ada di sini…


Pilih ahkak pilih….


Tak payah nak menyinggah yinggah farmasi di luar tu kan…sekarang di TESCO Mutiara Damansara menyediakan semua tu..memang best betul…jimat masa I uuu.


Nak beli contact lense pun ada di sini…senang kan….


Nak beli topup..prepaid pun ada….kita satu bangsa shopping satu bumbung…huhu


Nak tukar handphone baru pun boleh anytime beb…tak yahlah kau nak redah jam di KL teww..







Benda yang paling saya suka nak beli…selimut yang lembut dan berwarna warni ni..rm16.90 jer u…mana nak jumpa kalau tak kat sini……best kan….


Nak tukar bantal, nak tambah bantal…nak beli bantal..mehlah…




Bantal kusyen, tuala memang tempat saya suka punggah….


Memang berbaloi kan....berkualiti dengan harga yang murah….


Part ni yang paling best. Part makan makan.



Menu dia setiap hari bertukar…nak orang datang setiap hari ler tewww


Ok sebelum makan letak troli kat sini ya…..


Yang ini sangat penting untuk memastikan  kita berselera menjamu selera ya….


Wahhhhh saya apa lagi pekena the tarik kopitiam yang mabeles, nasi lemak rm1, karipap dan fishball…sebelum meneruskan acara beli belah….


Teh ni memang sedap.Ikhlas dari hati.


Yang ni kalau tak ikhlas tak tahulah…memang licin guwe sapu…sedap!!!


Sebelah café tadi ialah seksyen ROTI maka gambar agak terlebih sebab saya memang suka makan roti.


Besh besh….


Tak yah gi hotel motel nak makan sicomel lote cenggini…..


Rm1 jer


Kat tepi cashier ni ada cookies yang dap hmmm dap hmmm.


Dap hmmm dap hmmmm


Butter cake TESO harus beli ….memang sedap…



Roti serundinggggg….


Murah!!!!


Roti potato….dap hmmm


Hari tu ada seorang pembaca blog, sarankan beli beras ni untuk buat nasi baryani…kat TESCO Mutiara Damansara ada jual beras ni…nak buat nasi baryani untuk raya….


Beli  lemang dan ketupat daun palas segera untuk raya…murahkan….


Inilah pasar saya membeli ayam. Murah dan segar belaka.


Ikan segar memang bestlah….



Udang segar dan besar ttapi sungguh murah….tak da tempat lain yang lebih berbaloi dari TESCO Mutiara Damansara.


Benda benda untuk standby dalam peti sejuk di rumah…


Set up yang sungguh mudah untuk mencari barang.


Kaunter Juruwang yang banyak di buka memang lebih effisyen


Sebelum balik…makan lagi….medan selera yang menyelerakan.