Monday, June 4, 2012

Erti Persahabatan

Biarpun dia bernama Bintang Jauh namun dia adalah bintang yang dekat di hati saya. Gerak hati saya mengatakan begitu.Walau baru berkenalan terus saya letak di sebagai BFF di link blog saya. Setiap kali dia menelefon saya, kedengaran suara suara nasihat yang mendamaikan perasaan saya. Saya dapat rasa ketulusan hatinya. Dialah tempat saya meluahkan segala rasa,rasa duka dan rasa bahagia..mencetuskan segala idea, mendengarkan segala permasalahan yang menyesakkan perasaan saya.

Kendati disepanjang perjalanan hidup yang berliku sukarnya saya mencari  sahabat yang setia, kini  alhamdulillah Bintang Jauh adalah  sahabat yang selalu ada di sisi saya walau jauh nun di hujung dunia. Memberi sokongan tidak berbelah bagi sekiranya merasakan yang saya begitu down. Melihat semua komen-komennya di blog saya betapa dia menyokong saya walau saya dihentam habis habisan tanpa memikirkan yang orang akan turut mencemuhnya.

Bukan seperti sesetengah orang yang mengaku dia sahabat saya, namun yang sebenarnya sekadar mahu nama. Sahabat yang mengaku saya sahabatnya tetapi blog saya pun tidak ada dalam senarai linknya. Malah lebih komennya diblog anak saya. Blog anak sayapun ada dilinknya...tetapi tidak blog saya...wajarkah dia menjadi sahabat saya?Sahabat yang tidak menghormati dan sensitif apa yang saya rasa. Sahabat yang mulut depan orang punya manis mengaku sahabat ...lain dicerita lain yang nyata....hilang hormat dan membuli  saya setelah lama mengenali saya. Itulah apabila  sifat iri yang sukar ditutup terserlah akhirnya..

Maka di atas tulisan ini saya memanjat rasa bersyukur atas nikmat Allah memberikan saya sahabat yang baik, yang prihatin, yang sanggup menyokong dan membela ketika saya perlukan sokongan . Sahabat yang sentiasa ada waktu jatuh dan bangun saya. Sahabat yang gembira dan mengucap tahniah dan kata-kata indah apabila saya berceloteh tentang kejayaan saya atau anak-anak.  Sahabat yang tahu nilai persahabatan. Sahabat yang berusaha menjaga hati saya dan tidak mahu sedikitpun saya terluka. Itulah gunanya sahabat yang datang memujuk hati yang gundah gulana bukan menambah luka didada.


Baru baru ini kami bertemu. Ini kali ketiga. Pertama kali kami bertemu di Shangri-La. Dia belanja saya makan buffet.  Tidaklah macam setengah sahabat bercerita nak belanja saya sekadar menjaja nama, nyatanya bila pergi makan saya bayar sendiri maka janji tinggal janji ...sekadar nak tunjuk betapa baiknya hati dia......tapi mulut cakap lain..kenyataannya lain...itulah manusia mulut manis.....bukanlah saya nak sangat dia belanja, cuma saya terkilan tengok hati budinya....apakah itu sahabat namanya...nama kawan pun masih belum layak.....


Nasihat saya, kalau mahu bersahabat, biar ikhlas menyayangi bukan atas sebab nak menunjuk atau sebagainya. Mahu bersahabat hanya semata-mata nak menunjuk-nunjuk pada orang yang sahabat  kau tu gaji lima angka, pangkat besar,  berbangga-bangga sangat  dengan sahabat yang jadi  isteri jutawan dan sebagainya... berbangga bangga sangat  bersahabat dengan orang duduk rumah besar. Inilah sahabat palsu, ada untuk bergembira dan  ketika kita senang  akan serta merta menarik diri ketika kita kepayahan.

Kalau kita ikhlas bersahabat maka hidup pasti berkat. Kegembiraan itu bukan dibuat-buat. Satu dunia kau cerita betapa gembiranya dengan kawan-kawan tetapi jauh disudut hatimu hati tetap sepi. Percayalah.


Terima kasih bintang jauh kerana menjadi sahabat yang ikhlas buat diri Nani. Paling ikhlas untuk menggembirakan hati Nani . Sanggup kedepan untuk membela Nani.  Kerana sahabat yang sejati adalah sahabat yang sentiasa mahu menggembirakan hati dan menghormati perasaan kita.Sentiasa ada diwaktu kita memerlukan. 






 Hadiah paling istimewa pernah saya terima dari seorang sahabat yang selama ini sentiasa dibelakang saya memberi semangat dan panduan......





 Paling istimewa kerana dia sahabat saya tetapi tetap ingat hadiah untuk perkahwinan anak saya  Liana.





Syukur. Nikmat mana yang mahuku dustakan.

Terima kasih Ratna Juwita yang ku kasihi.

Salam Kasih Sayang Dari Nani.

Mekap Perkahwinan Untuk Pergi Bertandang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum


Masih lagi Mira. Kali ni sentuhan agak berbeza. Seperti permintaannya...

Lepas tu kali ni Mira ingatkan saya untuk ambil gambar sebelum mekap. Setelah tiga kali mekapkannya, masuk kali ke empat baru berkesempatan ambil gambar sebelum dan selepas.

Saya gemar mekapkan orang senatural yang boleh. Walau sentuhan natural tapi mekap saya membuat wajah anda comel, vouge dan anggun itu yang penting bagi saya.

Apapun kalau anda sudi hire saya sebagai mekap artis anda untuk tunang, nikah dan kahwin

sila telefon saya bila-bila masa.

Insyallah 































Sunday, June 3, 2012

Duka Yang Bertandang Apabila Gerimis Mengundang






Bismillahirrahmanirrahmin

Assalamualaikum


Mungkin jiwa saya ni  emo.Walau begitu saya pun tak menyangka bahawa tulisan-tulisan yang telus mahu saya paparkan membuat orang lain emo juga....Alangkah...

 Senang betul nangisnya. Tengok Ombak rindu gembeng, kememe, cengeng. Tengok Konsert D J Dave, Uji Rashid, sebak, sayu  bila dengar melodi mendayu. Melodi yang benar-benar membawa saya ke zaman saya anak-anak lagi. Waktu itu apalah yang wujud di kawasan ceruk pendalaman selain dari sebuah radio yang mendendangkan lagu-lagu sezaman. Bila saya merasa begitu, saya jadi rindu.. Saya rindu membesar bersama arwah ayah, saya rindu membesar bersama adik beradik. Sedang kini, apabila masing-masing bawa haluan dan sikap yang tak keruan maka kami adik-beradik tidak lagi seperti itu...makan berkongsi satu pinggan, tidur berkongsi bantal. Kini banyak yang dah berubah... Hati pun begitu.. Masing masing dengan haluan masing masing.

Kemudian saya menangis lagi. Memenuhi seluruh hati. Gerimis bukan lagi mengundang namun terus bertandang. Jemputan menonton prebiu wayang Gerimis Mengundang pasti tak saya lepaskan. Terima kasih Khalisa di atas undangan. 

Kendati jalan ceritanya yang ringkas namun sungguh mengesankan perasaan.

Marilah berkongsi rasa dengan saya.






Anak beranak walau tidak semua berada di sini....



Seharusnya menghargai teman-teman rapat juga adalah sebahagian dari hidup ini.....


 Kadang-kadang perasaaan kasih sayang sesama teman itu terpancar di wajah  tanpa perlu dibuat buat...


 Sudah tentu mereka adalah antara yang sangat dekat di hati.........


Press Conference Untuk Yang Menjayakan Filem Gerimis Mengundang yang sedang ditayangkan.






 Sempat saya bergambar bersama gepren Kamal Aldi...


 Maka Kamal Adli sangat malu untuk bergambar mesra dengan pelakon perempuan.


Saya faham.......
 Saya memang faham.....



Olivia yang sungguh cun melecun.....

Friday, June 1, 2012

DJ Dave : Suara Hati (HQ Audio)

Sukarnya Mencari Kawan yang Setia, Yang Sanggup Berkorban Di Saat kau Susah, Kawan Waktu Senang Ada Di Mana-Mana, Tak Perlu Kau Cari....



    • Bismillahirrahmanirrahim,


      Assalamualaikum, 


      Hari ni kami nak ke penang, hantar Khairi daftar UiTM. 

      Semalam seharian sibuk dengan Khairi. Kejap BSN, kejap Bank Islam, kejap Maybank yang selalu system tak pernah tak down...maklumlah pemes, belum Tesco, belum Mydin, oopsss..Khairi macam tak sudi gi Mydin sibuk minta gi Midvalley, dia tak tahu dulu Mydin tulah tempat dia bermain. Dia lupa agaknya dalam kegawatan ekonomi daddy dia yang tak da perkerjaan bertahun tahun sampai dengan berat seluruh perasaan  mama dia paksa  daddy dia kerja susun barang di Handimart tetiba rezeki Allah nak bagi, daddy dia dapat jual bangunan Handimart tu pada Mydin.

      Alhamdulillah dengan komisyen tu dapat beli rumah ni..Dia tak tahu sejak tu semakin kukuh cinta saya pada Mydin sebab jual macam-macam rempah masakan India dan ikan masin kapak kegemaran sejak zaman berzaman.  Hehehe.

      Petang semalam saya sampai rumah dalam jam 5. Teringat kata-kata Zawiyah, kawan baik saya,, tentang Konsert D J Dave, tetiba teringin sangat nak pergi. Saya bukanlah peminat tegar DJ Dave tetapi hampir semua lagu-lagu dia saya suka sangat. Setiap kali dengar mesti terasa saya berada di zaman kanak-kanak semula. Maklumlah waktu tu umur saya baru 6 tahun tetapi D J Dave dah menyanyi. Dah tua dah DJ Dave...tapi tiba-tiba rindu nak dengar suara dia balik...

      Sampai rumah terus ngadap FB dan meluah perasaan dan hasrat tentang keinginan saya tu.... alhamdulillah..nikmat mana yang mahuku dustakan, tetiba seorang kenalan internet, Aliya yang pernah ambek kucing saya,  menelefon, tanya kak nani nak tiket berapa? Walah kejap-kejap Aliya, nanti kak nani confirm balik.

      Saya berlari menuruni tangga. Kemudian menjerit pada anak-anak, "Mama nak gi tengok Konsert D J Dave, sapa nak ikut?. Kemudian Imran bertanya, sapa D J Dave tu? Ala, penyanyi lama lah...yang nyanyi dengan Uji Rashid tu..jawab saya menerangkan sungguh-sungguh. Hafiiz pulak bertanya sapa Uji Rashid tu...?

      "La u all ni...D J Dave yang nyanyi lagu, sambil saya melenggokkan lagu " INGINNN BERSUUAA DENGAN DINDA, YANG KU PUJAAAA, BAGAIMANA? DI MANA? DAN BILAAAAA...


      Kemudian Alisya dengan gaya pengacara...ma...ma..cukup ma...cukup...kita orang tak nak pergi pun...

      Ok fine...kalau ikut pun tak guna...tak enjoy.

      Then cepat-cepat saya telefon Zawiyah yang sudah berjaya mendapatkan harga tiket di Travel Agent. "Zawiyah, alhamdulillah dapat tiket orang nak bagi, kalau hari ni u boleh ke, sebab esok i nak gi Penang...Ok boleh jer...ok jumpa you kat sana...

      Terima kasih banyak Aliya, terima kash banyak Ikhsan. Alhamdulillah...nikmat mana yang mahuku dustakan...doa kami termakbul.










      Sapa nak belanja kita tengok konsert D.J.Dave, Uji Rashid ni....mod mengharap *wink wink*
       ·  ·  · 7 hours ago · 


        • Zawiyah Mahmud He...he...kita blum dpt greenlight lg..nk jugak pegi..cmner ye..tiket pun tk cri lg ni...hrp2 ada keajaiban dlm sehari 2 ni...amin
          7 hours ago via mobile · 

        • Nani Rostam amin.....teringin woh.....dah goggle ke cara-caranya.....
          7 hours ago · 

        • Zawiyah Mahmud Malm ni kita google....nnti i info
          7 hours ago via mobile · 

        • Nani Rostam sahabat yang baik harus mendoakan sahabat baiknya berjaya...amin....tgk selingan iklan GERMIS MENGUDANG kat TV3 sebak sebak dada i uu.....huhuhu
          7 hours ago · 

        • Anie Yat Alamak nani...akak takde lah...kalau tak boleh kita pakat pergi sama2..kita.belanja nani..nani belanja kita..heheh
          6 hours ago via mobile · 

        • Nani Rostam heheh kak anie...no prob....jom ler...hari ahad ni
          6 hours ago · 

        • Anie Yat Tulah pasal...kak anie kat Tambun ni...bawak si 'Ehsan' sampai Ahad...
          6 hours ago via mobile · 

        • Maria Hakem consert tu dekat sangat ler teman x dapat pergi..sori lain kali ler yew
          5 hours ago · 





       Seorang peminat blog...seronok dapat jumpa mereka ka tempat-tempat macam ni....

       DJ Dave... Konsert dia memang superb...dengar lagu lagu dia macam nak menggenang airmata. Emosi betul, kalau saya ada kesempatan rasaya dari 1 hingga 3 june, saya nak menembeng di Istana Budaya tengok konsert dia.

       Siap dia nyanyi lagu raya Menjelang Hari Raya iaitu lagu pertama dia dengan S Atan. Suara sebiji macam kat kaset..tak puas betul..rasa nak dengar sampai pagi...

      Lagu Titisan Embun, kalau ingat "Inilah dia kisah cinta yang suci.... Lagu kawan setia, "sukarnya mencari kawan yang setia, yang sanggup berkorban diwaktu kau susah...Lagu, "Engkau bagai bayang-bayang, menemaniku disisi, kemana ku pergi, kau tetap di sisi...." Dan banyak lagi...

      Pastu pulak tengok Dayang Norfaizah yang bersuara superb..walah

      Marsha pun...fuyoh....

      Kawan-kawan, anda tak akan kecewa walau berapa harga tiket...bukan senang nak tengok konsert kat tempat yang sungguh berprestij, selesa, glemer dan feeling habis. Dulu masa kecik pernah tengok konsert jugak...tapi tengah padang, berasak-asak, gatal satu badan dek miang rumput...itu pun kalau dapat dok depan stage...kalau belakang-belakang jawabnya layan aiskrim malaysia jer ler...nikmat mana yang mahuku dustakan.



      Saya dan kawan baik, yang bukan hanya ada di tempat bersuka ria, tetapi selalu berada di ceruk dapur saya, menolong saya bila kenduri kendara, walau saya tiada di rumah datang untuk membantu saya apa yang patut, low profile, sama-sama cari customer, walaupun bukan bidang saya, saya temankan jer untuk bagi sokongan moral...itulah Zawiyah my best friend ever. Lembut dan pemalu.










Wednesday, May 30, 2012

Harimau Malaya...Aauummmmm







Bulan lepas Alisya kena buat shooting Berita Adik TV9 di Utara.


 Gambar-gambar masa di Penang saya malas nak tangkap sebab Hotel penginapan tempohari iaitu Hotel Naza, sungguh teruk..Bilik dahlah tak da aircond,  order makan dari bilik, nasi lemak harga dahlah rm22. Kalau sedap atau presentable tak per...bayar mahal pun redho..ini nama jer nasi lemak tapi sambal tak da..di bubuh kari ayam dua ketul ayam kecil yang dah hangus..itam...walah...pikirler sket orang bayar rm22 tau bukan  2 hengget..

Bekpesnya pulok macam buat kerja tak nak tak nak..tak semenggah...

...Rasanya sejak Tsunami yang saya menginap tempohari langsung dia tak upgrade...so macam usang di mamah dek masa jer...haih  teringat ingat bila menginap Hotel tak berbintang sangat di Bandung dan Jakarta yang begitu cantik dan selesa maka otak ni asyik dok nak mengompare jer.....



Oklah kita lupakan Hotel Naza terus....Saja jer nak bagi idea kalau buntu minda..kosong idea...sapa-sapa yang ada anak kecik tu bolehlah cuti-cuti sekolah ini bawa anak ke Tambun, Ipoh. Lost World, memang betul-betul lost...sebab saya yang selama ini asyik dok datang Ipoh boleh tak tahu yang Tambun Waterpark not bad at all.


Jom layanzz gambar gambar......








































































Dia ada zoo kecik, ada kolam air panas,  ada gua gua tempat melombong bijih, Ada tempat gayut yang menyeberang tasik...boleh explore dalam gua kalau berani...saya penakut.

. Bilik hotel agak luas  boleh bawak satu batalion...agak moden ...saya akan  lebih suka kalau lantainya adalah kayu atau carpet...bekpes not bad..bandingkan dengan Hotel Naza yang kedekut taik hidung masin..bekpes entah apa-apa.