Monday, April 16, 2012

Main Bowling Sapa Menang






Apa sahaja yang saya lakukan...semuanya demi anak-anak saya yang amat saya kasihi. Anak itu amanah Allah..kalau memang saya adalah orang yang patut dipertanggungjawabkan membesarkan anak-anak saya, saya  terima dengan redha bukan kerana saya tiada pilihan tetapi kerana saya memang menyayangi semua anak-anak saya sepenuh hati. 

Biarlah segala kedaifan, kekurangan, tekanan emosi yang saya tempuh sedari kecil saya jadikan semangat untuk saya terus berjuang dan berkerja untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira penat lelah kerana ianya sebenarny adalah kebahagiaan bagi saya apabila saya melunaskan tanggungjawab seorang ibu yang sentiasa mahu melihat kegembiraan anak-anak.

Buat ibu -ibu diluar sana..apa sahaja yang anda lakukan...apa sahaja yang anda lalui, renungkanlah dalam-dalam bahawa tiada kasih sayang yang lebih bererti buat seorang anak melainkan kasih sayang seorang ibu.

Cetuskanlah rasa kasih sayang terhadap benih yang anda kandung dan lahirkan kedunia. Jangan ada sekelumitpun sifat benci, sifat cemburu, sifat kejam dengan membuang anak anda, membiarkan anda ditangan yang salah, mendera anak kerana emosi yang tidak stabil, membiarkan anak terumbang ambing mencari kehidupan sendiri dengan makan minum, pakaian dan persekolahan, pembesaran, pergaulannya yang  tidak anda pedulikan...

Lihatlah diluar sana bagimana anak-anak terjebak dengan pelbagai penyakit sosial..seks bebas, dadah, jenayah dan sebagainya...semuanya adalah kerana satu peyebab iaitu bila  ibu hanya tahu mengandung dan melahirkan  tetapi dengan selamba  melepaskan segala tanggungjawab dan tiada rasa kasih sayang untuk membesarkan dan mendidik  anak-anak. Melahirkan tanpa bertanggungjawab membesarkan dan memberi perhatian kasih sayang  dan pendidikan yang sewajarnya merupanya satu penganiyaan kepada satu nyawa yang kita lahirkan.
Jangan kerana kita bergelar ibu kita berhak menganiaya anak anak  semata mata kita tahu  bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu.









Kami makan makan di restoran Sate di PKNS waktu menghantar emak saya ke Pejabat Tabung Haji PKNS.


Memenuhi permintaan anak-anak untuk main bowling setelah menjenguk panggung wayang tiada cerita menarik untuk ditonton...kalu ada aoran aziz mungkin cerita jadi menarik..huhu



Lefhanded bermain bowling...yezz steady Hafiiz


Kat belakang tu Imran siap beri tunjuk ajar......kejap jer..Alisya dah tunjuk skill...


Bapa borek anak rintik..kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...









Sebenarnya saja nak ronda kat tempat yang berdekatan dengan IKEA...sungguh jatuh dengan makanannya....

Suka beli roti tu dan butter sekali untuk breakfast di dalam bilik tidur i....


puding caramel yang yummy

Bila order  spaghetti ni pelayan kaunter bagi pinggan plastik yang saya paling tak suka makan guna pinggan plastik...maka saya minta pinggan kaca kosong dan tuang...*wink wink*..harga rm5 jer kan..tapi memang menyelerakan dan mengenyangkan....

Leona Lewis - Better In Time (lyrics)

Saturday, April 14, 2012

Kasihnya Ibu..........




Asasalamualaikum,


Sebagai seorang ibu kita sering berfikir bahawa kita sudah bersikap adil pada semua anak-anak walaupun tanpa kita sedari yang kita manusia biasa, tidak mungkin sempurna apabila ada dikalangan anak-anak merasa kita bersikap berat sebelah. Bukan mudah untuk jadi seorang ibu yang adil..tetapi tidak susah untuk kita jadi ibu yang penyayang...apabila kita kaya dengan sifat penyayang maka hal adil atau tidak, langsung tak akan timbul apabila jiwa kita memang jiwa penyayang. Sayangi lah semua insan...namun anak-anak pastilah keutamaan buat seorang insan yng bergelar ibu mencurahkan sepenuh jiwa raga dan kasih sayang.

Sejak habis UPSR...tiba-tiba saya terasa seolah olah saya kehilangan yang amat sangat. Kalau sejak lahir hingga darjah 6, Khairi adalah anak yang terlalu rapat dengan saya.  namun setelah  menjejaiki  kaki  ke asrama di Sabak Bernam, saban minggu dia menangis minta pindah sekolah. Saya yang dengan amat payah menyuruhnya bersabar...walhal saya sendiri hampir tewas terlalu sedih berjauhan dari anak yang sangat rapat dan manja dengan saya. Dengan sokongan suami saya membiarkan permintaanny untuk pindah sekolah tidak tertunai. 

Sebenarnya terus terang saya katakan, saya menyesal berbuat begitu. Dia patut membesar didepan mata saya agar dapat merasakan segala kasih sayang saya, layanan saya sebagai seorang ibu. Tapi dalam hidup ini banyak perkara yang memaksa kita membuat pilihan. Dan tidak semua pilihan kita itu adalah yang terbaik. Maka saya pasrah.

Bagai menebus segala acara yang sering Khairi tidak turut serta..sering tertinggal dan sering membuat saya akur bahawa dalam banyak aktiviti keluarga dia  tidak dapat turut  maka  trip melancung ke Jakarta Bandung baru-baru ni saya bawa Khairi bersama.

Menaiki pesawat Garuda...ayat  harus begitu...adalah merupakan pilihan terbaiik apabila kita terbang ke tempat asal mereka. Indonesia.  Layanan dikaunter check in juga baguus. Beg-beg lugage yang di check in pun diikat tanda special yang itu adalah penumpang garuda.. Walah. Kalau lugage terlebih timbangan pun mereka buat-buat tak faham..bagus bagus....

Perjalanan selama 5 hari 4 malam di Jakarta Bandung-Bandung Jakarta  melalui  Nyra 0193877308 memang berbaloi dengan harga pakage yang amat berpatutan.

Jakarta tidak pernah sunyi dari perkataan atau suasana macet (trafiic jam) namun perancangan perjalanan yang dibuat  oleh www.tourworldgifts.blogspot.com sangat bijak maka banyak waktu dapat di penuhi dengan sebaiknya tanpa langsung menempuh macet atau sebagainya...

Tiba dilapangan terbang sukarneo, Jakarta jam delapan pagi waktu tempatan, kami dijemputan oleh pak supir dan tourist guidenya adalah pak agus.

 Langsung perjalanan ke bandung diteruskan melalui jalan tol (kalau di sini kita sebut highway). Sampai di sana kami dibawa ke restoran padang Sederhana yang aduh sambal tempe campur petainya kok enak sekali.

 Selepas solat di musolah iaitu surau kecil yang disediakan hampir semua restoran makanan di indonesia (tempat kita jangan harapkan...pandai-pandailah kau nak hidup), kami teruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu. Iaitu gunung berapi yang berbentuk perahu tertangkup dan masih hidup serta aktif...cuma apabila kawah mengeluarkan gas dari belerang yang mencemarkan udara dan membahaykan kesihatan maka laluan ke kawah gunung berapi (Tangkuban Perahu) di tutup untuk semua orang.


Memang waktu yang terbaik kerana hari kami sampai diBandung adalah hari khamis iaitu bukan hati libur (hari cuti) di Bandung, maka jalan jalan agak lenggang dan semuanya jadi lancar. Turun dari Tangkuban Perahu kami meneruskan misi sebenar datang ke bandung...SHOPPING!!!!!!!!








Last saya bawa seisi keluarga melancung tahun 2005..ke gold coast australia...rasanya itu bukan pilihan destinasi  yang terbaik...ke Jakarta Bandung lebih baik..pagi tu sebelum subuh kami dah sampai di airport KLIA, maka solat subuh di surau KLIA.....hepi khairi.


Bila makan dalam flight waktu travel begini...saya pun pasang angan angan...alangkah bagusnya...kalau saya dapat sediakan hidangan lengkap untuk keluarga begini dengan menggunakan tray kecil makanan yang kecil portionnya tapi lengkap khasiat dan cukup mengenyangkan...( telur, kentang, ayam/nasi rendang daging), roti, butter, youghrt, jus buah, buahan segar dan salad sayur....

Jakarta atau nama asalnya adalah Jaya Karta namun ketika pemerintahan Jepun, yang menyebutnya Jakarta!! adalah terletak di tepi laut....maka perairan di bawah itu saya sendiri tidak pasti apakah itu.....

Waktu kami sampai dan melintasi bangunan parlimen Indonesia, ada segelintir rakyatnya yang begitu berusaha memanjat manjat pagar bangunan parlimen sebagai protes apabila subsidi minyak mahu ditarik balik oleh kerajaan. Selepas saya balik ke sini dan mendengar berita TV3 rupanya kerajaan akur dengan desakan rakyat....


Rel keretapi yang sungguh gayat saya memandang kerana dibina begitu tinggi menlintas dari gunung ke gunung berusia ratusan tahun adalah peninggalan Belanda ketika memerintah Indonesia.

Rakyat Indonesia sentiasa kreatif dan innovatif. Tak perlu pasang bilboard atau tiang tinggi-tinggi maka dinding dinding rumah atau bangunan yang dicat-cat garang begini adalah pemandangan biasa di Indonesia.....dalam mengiklankan sesuatu produk.

Salah satu ayat-ayat yang sungguh menarik perhatian mata!...


Makan makanan minang di Restoran Padang Sederhana...sambal tempe petai yang ditengah-tengah itu sungguh tak dapat kulupakan....

Sebelum sampai di Tangkuban Perahu kami singgah di Strawberry Farm... harus singgah ya...


Strawberry yang baru dipetik...dan aiskrim youghart strawberry di sini harus dibeli satu guni sebab ianya adalah aiskrim youghart yang paling sedap pernh saya makan.

Kawah gunung berapi yang masih aktif dan mengeluarkan asap belerang....



Pemandangan jauh nampak bumbung-bumbung gerai gerai kecil menjual sovenir...dah jangan lupa singgah beli tauhu goreng celup tepung yang dimakan dengan cili padi...salah satu 'best thing in the world' walau gorengan itu hanya dijul oleh penjual tepi jalan yang membuat kita berfikir seratus kali untuk membelinya kerana peralatan memasak yang digunkan sungguh nampak seperti zaman purbakala..iaitu kuali menggoreng digantung dengan menggunakan kayu....tapi sebenarnya bersih!.



Acara biasa...bergmbar di signboard nak tunjuk kat orglah kan...yang kita dah sampai ke Tangkuban Perahu...ok dah percaya....?

Kami tidak dapat bertahan lama waktu ini sebab tak pakai baju sejuk...dan angin sangat kuat dan membuat kami mengetap ngetap bibir kesejukan..pas tu lari masuk kereta semula...
.

Saya kagum dengan mereka walau duduk rumah kampung, tepi sangat dengan jalan raya, berhimpit-himpit namun mereka tetap suka mengindahkan rumah mereka dengan ID yang menarik.....


Salah satu perkataan catchy..iaitu iklan Air Asia yang sompek jugak kau menempel yo....




Ok khairi jadi anak soleh....sampai di hotel kagum, Bandung, memang mengagumkan...

 Kami di ruang lobi coffee house menunggu welcome drink...


Pemandangan coffee house dan ruang legar dari serambi bilik hotel...


Ok karpet-karpet dihotel begini sudah jarang kelihatan...kalau di Malaysia...


Jam masih waktu subuh..tapi hari sudah tinggi....

Nani dan makanan bagai irama dan lagu...tapi perut saya kecil...maka suka tengok makanan tetapi belum tentu saya makan....


Bilik air di hotel yang berkonsep moden....besh!!


Makanan di Hotel ini memang superb...jika nanti saya ke sana...pasti hotel ini akan ku inapi lagi..insyallah!


Khusyuk dong!!


Kalau bawak anak-anak ini hidangan yang paling mereka suka...sesungguhnya!!

Dari segi breakfast buffet...mereka sungguh tidak kedekut...macam-macam ada.


Bubur...bukan guna kacang tnah tapi kacang kuda...


Selepas sarapan dihotel kami terus kepasar baru...yang begitu menarik perhatian saya adalah hampir semua kedai jual ice blended....blender yang disedikan mengikut perisa buah buahan yang dijul...di situ ada tujuh blender..ya ..walah...


Ok yang ini bukan nak promote suruh beli...tapi bagi peringatan jangan beli dikedai PERSONA TEXTILE...yang owner kedai tu tahu saya kalau dah stay satu kedai malas nak ke kedai lain yang beratus banyaknya tu...maka seribu rupiah pun dia tak leh nak bagi kurang (seribu bersamaan 35 sen ya)....kalau tak kerana kain tu dh potong potong...memang saya belah!


ok makan lagi....




Kali ni di restoran Padang Sederhana Pastuer pula...yummy sambal terung cili padi.....


Shopping ti Toko Tiga



Sempat saya beli madu nusantara...pantang nampak apa-apa yang berkenaan dengan kesihatan dan kecantikan...


singgah makan asikrim durian...durian betul tau...pastu ada pulak susu pekat manis coklat...indomilk...indomie dah ada...yang susu coklat ni kat tempat kita tak da kan...?




Singgah shopping di terminal tas....sepasang kasut khairi dan sehelai tali pinggang kulit di sini....


Makanan tomyam seafood memang sedap...licin!!!


Selesai bershopping di Bandung, sarapan pagi sebelum bertolak ke Jakarta pagi itu...

Bubur kacang ni memang sedap angat!!


Mie ayam pun sedap angat...sebelum ni tak pernah makan mee ayam!!! dua kali tambah!



Kolak Ubi tu maknanya Pengat Ubi...memang harus aku ke sana lagi....


Pak Supir, Pak pelancung, Pak Guide....


Masa baru jejak kaki ditanah Indonesia saya Jutawan...tetapi bila mahu meninggalkan Bandung..belum sampai pun ke Jakarta semula...saya sudah muflis...mujurlah ditangan ada wang malaysia...agak rugi menukar disana ya...tapi nak buek macam mano...shopping tak hengat!!!


Agak pelik bila ada bangunan di tengah tengah roundabout yang sangat sibuk....


Pemandangan biasa berkereta kuda di Bandung......terasa macam berada dizaman dahulu kala....

 Macam mana setinggan sekalipun..atap bumbung tetap cun....


Paling suka toilet walau diceruk mana tetap bersih...


Sawah padi dipinggir pinggir rumah dan jalanraya

Macam mana daiif kelihatan rumah atau penempatan......kawasan sekeliling tetap bersih

Selagi ada space untuk buat papan iklan....


Maka jejak kaki sahaja di Jakarta atau Bandung....pemandangan biasa pada dinding bangunan...


Sangat rajin bercucuk tanam walau tanah sekangkang kera...dan pula berdekatan dengan jalan raya.

Sangat rajin berjualan datang dari satu kenderaan ke kenderaan yang sedang berhenti....



Pemandangan dari atas puncak.....

Sebelum pulang ke Jakarta untuk menginap satu malam lagi di sana dan bertolak pulng ke Kuala LUmpur dari Sukaerno Airport kami melalui jalan Puncak iaitu tanah tinggi yang sungguh dingin dan nyaman. Trip akan datang haruus menginap di resort yang terdapat di atas Puncak....apatah lagi untuk bulan madu....!!!

Daun teh segar  yang diambil dari tanaman   teh di Puncak.



Di sana mee goreng adalah salah satu hidangan lauk untuk dimakan bersama nasi...sedap seafood di Restoran Rindu Alam di Puncak....

Tangga menuju ke toilet dihias dengan ikan ikan peliharaan.


Bentuk mukabumi yang biasa dapat dilihat dari Puncak.


Rindukan Alam???? Datanglah ke Puncak....

Van muatan  12 orang membawa kami menjelajah Kota Kembang, Kota Jajan dan Kota Fesyen ...adalah nama-nama gelaran selain Kota Bandung

Banci atau pondan....yang mencari makan dengan menyanyi ditepi tepi kenderaan...Lagu dangdut memang mantop!!! lupa  nak tanya tajuk lagu...kalau ta....k balik KL boleh dengar kat Youtube...hehehe

Cilok tu fishball...bukan curi....walau dijual ditepi tepi jalan yang penuh asap dan debu...namun  masih boleh nampak bersihnya alat-alat yang digunakan.

Percaya atau tidak..sepanjang jalan banyak terdapat WC (walk in closet) kalau tak silap nama toilet oleh pemerintah Belanda  masih diguna pakai hingga kini. Dalam kedai ni ada toilet yang agak bersih dan hanya disediakan satu tabung...sesuka hati nak letak berapa setelah menggunakan toilet.

Kalau kat sini buah-buah rope ni hanya dijual di Jaya Grocer atau Cold Storage...tetapi di sana...mereka datang ditepi-tepi kenderaan...

Bumi Allah luas..rezeki ada dimana-mana jadi tidak ada alasan untuk kita bermalas malasan mencari rezeki yang lebih baik....

Penjual buat demo plastersin..yang dibuat dari tepung beras...
kreatif kan!!!









Setibanya kami ke Jakarta kami singgah diTaman Mini Indonesia... alkisahnya taman yang dibina hasil cetusan idea oleh isteri presiden yang ingin rakyatnya mengenali rupa bangsa melalui seni binaan rumah dari pelbagai wilayah di Indonesia.....yang terdiri dari wilayah-wilayah besar seperti Sulawesi, Jambi, Bengkulu, Sumatra Selatan (Palembang), Padang, Sumatra Utara (Medan), Sumatra Barat (Padang), Nangko Aceh Darul Salam (Serambi Mekah), Papua Barat (Irian Jaya), Jawa Tengah, (Semarang) Jawa Timur (Surabaya), Jawa Barat, Jogjakarta, Jakarta, Bali, Nusa Tenggara Timur dan banyak lagi...walah!!!






Jangan mimpi jadi ID OLA  kalau tidak kenal RUPA BANGSA







Sumatra Barat...













Di Sumatra Barat sahaja fesyen pakaian pengantin adalah 12 jenis...walah belum wilayah lain...

















Serambi Mekah

Salah satu bentuk rumah orang Batak...


























Sebenarnya saya ngeri dan rasa seram dengan bentuk rumah di atas ini...






















Waktu dahulu kala kerajaan hindu adalah kerajaan paling awal bertapak diBali dan sampai sekarang ..waktu .itu rakyat jelata dikerah untuk mengangkat panji-panji  bertingkat tingkat  sebagai kenderaan maharaja mereka.








Bentuk rumah di wialyah Jogjakarta

Paling humble....nostalgia saya ketika kecil dulu...ini adalah bentuk rumah orang Jawa Tengah...









Selepas puas mengenali senibina rumah rumah di hampir semua wilayah di Indonesia...kami singgah makan di Restoran Simpang Raya...



Bilik Hotel yang sungguh cosy...









Ada sebanyak 52 channel....



Pemandangan sebahagian kecil Jakarta waktu malam dari tingkap bilik Hotel kami menginap......Kota Jakarta adalah hampir 6 kali ganda besarnya berbanding  Kuala Lumpur...atau mungkin lebih...




Peti sejuk yang transparent...




Breakfast yang cun....



Rasa segar setelah lima hari berada di Bandung dan Jakarta...masa untuk pulang...




Suka bila ada susu coklat di buffet breakfast...









Nak check out hotel....






Selamat tinggal Mangga Dua....insyallah murah rezeki  kami datang lagi....












Perjalanan ke airport, harus singgah dulu di Tanah Abang...dapat beli  3 pasang kasut yang sungguh selesa saya gasak sampai tak tukar-tukar kasut lain dah...


Bukan menghadiri jemputan kahwin di Jakarta ya....ini adalah restoran seafood dalam masa yang sama menerima tempahan untuk katering dan acara bersandiing.....



Memang sedap giler...harus ke sini lagi..insyallah.






Check in di aiport...kalau anda penumpang garuda...maka layanan agak istimewa....



Heh heh sukalah teww......ok kami lepak di Ipoh Oldtown White Cofee...di Lapangan terbang Sukaerno....