Monday, March 7, 2011

Tugas Guru Adalah Mulia

Assalamualaikum...

Saya selalu sembang-sembang dengan adik saya nadia yang kita ni mudah sangat berprasangka buruk pada satu-satu perkara atau apa-apa tentang orang lain tanpa tahu apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat.

Sebab tu dalam diri saya, saya tak suka jadi hipokrit. Dalam diri saya juga, saya tak suka mencampuri urusan dan kehidupan orang lain.

Sebagai manusia biasa yang penuh sifat kesabaran ini kadang-kadang saya mahu jadi begitu anggun tipu diri sendiri bila kaki terlanggar batu cuma melompat-lompat tersenyum-semyum.

Tetapi bila dah terlalu sakit, tipulah kalau saya boleh terus anggun melainkan mulut mengomel-ngomel marahkan batu...babi, sial, setan..celaka kau batu...sekadar nak menghilangkan rasa kebodohan diri sendiri kerana berjalan tak tengok-tengok. Itulah saya yang tak tahu hipokrit dan saya tak tahulah bagaiman orang lain pula.

Mungkin disebabkan kelemahan saya jenis ibu yang tak banyak cakap dan tak suka mengamuk, menjerit, berleter dan memukul anak-anak maka apabila sewaktu-waktu anak-anak terlalu mencabar kesabaran saya maka tekanan itu kadang-kala membuat saya hanya berdaya mengeluarkan perkataan bodoh. Walaupun dalam usaha cuba sedaya upaya banyak bersabar kadang kala terlepas jugak perkataan bodoh, satu-satunya perkataan yang tak ingin sekalipun saya ucapkan terhadap orang lain apatah lagi anak-anak.

Namun Allah Maha tahu hati saya...perkataan bodoh itu sekadar perkataan, bukan niat atau doa dihati untuk anak saya jadi bodoh.Buktinya alhamdulillah..semua anak-anak saya pandai-pandai kerana Allah Maha tahu apa yang ada dalam hati saya.

Kata-kata saya sekadar melepaskan tekanan dalam diri saya tanpa niat mahu anak jadi bodoh.Begitu juga anak-anak...mereka tahu yang selama ini saya tidak pernah mengamuk dan memaki hamun, jika sekali perkataan begitu keluar dari mulut saya maka mereka tahu betapa terlukanya hati saya terhadap mereka yang tidak mendengar kata.

Kalau ada sesiapa diluar itu mahu mengajar saya tentang bagaimana mengajar anak-anak saya ucapkan terima kasih. Saya bukanlah ibu yang pandai mendidik anak-anak. Malahan saya terlalu kagum dengan anda kerana adalah ibu bapa mithali yang sangat pandai mendidik dan menjaga anak-anak dan pasti merupakan ibu-bapa yang paling penyabar dalam dunia.


Saya hairan mengapa ramai antara kita begitu mudah berprasangka buruk terhadap kenyataan saya. Saya hanya bercerita mengenai kehidupan saya, anak-anak saya dan apa yang saya lalui.Sebagai ibu adalah hak saya memujuk dan menasihati anak-anak walau apapun cita-cita mereka.

Tidak pernah saya berkata waima terlintas sedikitpun difikiran saya bahawa kerjaya guru adalah ditahap rendah dan bergaji rendah. Sedangkan saya tahu gaji guru adalah gaji yang paling mahal di antara kakitangan kerjaan.Ketika saya muda dulu saya pun tidak layak untuk menjadi guru kerana tidak tinggi kelulusan.

Saya hairan mengapa ramai yang begitu mudah membuat kesimpulan sendiri kerana apa yang saya tulis hanya merupakan gurauan dan usikan saya terhadap cita-cita anak saya sekadar nak menduga sejauh mana pendirian anak saya.

Walaubagaimanapun ingin saya berteru terang, sebagai ibu saya punya pandangan tersendiri terhadap apa sahaja cita-cita anak-anak saya dan berhak menasihati dan memberi panduan kerana mereka anak-anak saya.

Salah satu contoh bila anak saya khairi menyatakan cita-citanya nak jadi pilot, lalu saya nasihatkan nya supaya menukar cita-cita kerana saya sendiri takut dan tidak suka naik kapalterbang.

Dulu Liana mahu jadi chemical engineering, saya katakan bahaya bermain dengan chemical. Begitu juga bila Alisya mahu jadi cikgu saya ada pandangan tersendiri yang bagi diri saya walaupun kerja sebagai cikgu sangatlah mulia tetapi ia juga amat membosankan kerana saya sendiri bila datang ke sekolah melihat guru-guru terutamanya guru lelaki mengajar lalu berfikir dalam hati, bosannya kerja jadi cikgu, setiap hari terpaksa mengadap papan hitam dan duduk di sekolah sahaja dan berhadapan dengan macam-macam kerenah anak murid.Kalau anak murid baik2 syukur, kalau dapat yang tak makan saman boleh sakit jantung. Dah tu bila balik rumah setiap kali terpaksa menghadap buku-buku latihan. Pasti bertahun-bertahun begitulah rutin mereka yang bagi saya itu adalah sangat membosankan.

Itu hanya pandangan saya terhadap kerjaya guru, tak da kena mengena dengan kedudukan atau gaji mereka. Dan saya berhak menasihati anak saya berdasarkan pandangan saya. Itu sahaja.

Saturday, March 5, 2011

Cuma Aku Yang Kurang Tahu

Aku melangkah lagi
tiada yang apa harus kupandang lagi
dihadapan adalah jalan yang lebih bermakna bagiku
dihadapan adalah permulaan bagiku

Kau dah tertinggal
tiada apa yang perlu kutoleh lagi
dibelakang hanyalah jalur jalur mimpi yang tak bererti lagi
dibelakang hanyalah sisa-sisa bayangmu

Udara segar di sini
kunikmati sekali lagi
sentiasa ada begitu untukku
cuma aku yang kurang tahu.


Kini aku belajar menyayang diri
mencari cinta sejati
membeza mimpi dan realiti
mengenal pada yang hakiki
memanjat syukur pada Illahi.

Friday, March 4, 2011

Berita 24

Assalamualaikum...


Belek-belek kamera canon aku yang dah jadi macam hak milik mutlak budak Hafiiz yang dah tak boleh dok diam elok-elok baca buku. Kamera tu pun macam dia jugak tak pernah dok diam dalam handbag aku sedangkan masa aku baru nak beli dulu tak da sapa nak ambek tahu.

Pakar dalam penyumbang kebersihan dan kekemasan rumah, sibudak bertuah Hafiiz dan Alisya macam tak da kerja sekolah nak buat ambek kotak bekas kuih aku lalu digunting-guntingnya buat hotel tempat kucing tido.

Dah jemu la tu tapi tak puas lagi menyepah diambeknya jubah hitam aku buat lapik kotak dan cipta conti TV 24. Ini lah dia kerja budak-budak bertuah.........




Wednesday, March 2, 2011

Pakatan Rakyat Konon

Baru-baru ni aku agak tertekan. Eh bukan ke memang dah biasa tertekan.

Hari tu rumah sepah giler beb. Kalau nak tahu keadaan rumah aku cun-cun berada di luar kawalan maka silalah lihat bawah-bawah karpet. Segala pen buku pensil,seluar dalam baju dalam, sudu garpu, pinggan mangkuk, semua dah tak sanggup kena pijak-pijak dek budak-budak bertuah dalam rumah aku lalu semua pakat menyorok bawah karpet. Yang berada di luar kawasan karpet tu kira-kira mereka-mereka yang dah tak kuasa nak hipokrit konon-konon geli kena pijak. Kain baju toksah citer...asyik dok ulang alik masuk mesin basuh walaupun belum pakai lagi...dalam erti kata sebenar kotor dek kena pijak bukan kena pakai.

Kalau dah dalam keadaan genting begitu, maka aku sangat-sangat perlukan pakatan rakyat. Walaupun baru malam tadi aku meroyan betul dengan MPSJ yang berada dibawah pakatan rakyat kerana menyaman kereta aku letak tepi jalan belakang wisma consplant pada masa semua orang nak tidur. Kau bayangkan selama aku menghidu udara di tanah malaya ni belum pernah aku kena saman dek parking tepi jalan nak pergi atm tengah malam. Pergi tidurla....

Ok sambung balik citer pasal pakatan rakyat. Aku tak tahulah mimpi aku yang tengok rakyat malaysia berpakat itu memang mimpi atau mengigau.

Tapi yang jelas menjolok mata aku, rakyat dalam rumah aku ni kalau diajak berpakat
kena siap-siap pakai mic yang pitching boleh buat duit mak jugak yang kopak kerana terpaksa hangkut dia orang jumpa doktor pakar ENT.Eh betul ke dah lama aku tak jumpa perkataan ni.

Bangun pagi aku jadi ibu yang sungguh berkarisma. Maklumlah tepat jam 4 aku dah mula perah-perah mop.Selesai ruang tamu. Aku cepat capai penyapu untuk sapu ruang makan pulak. Gedebak gedebuk jam dah pukul 8 pagi. Kemas rumah tak setel lagi. Aku lari ke dapur bancuh kek pulak.

Anak-anak bertuah si Hafiiz dan Alisya dah bangun. Aku pun naklah berlaku adil dengan diri sendiri harus turunkan tugas pada anak-anak bertuah.Sebab tak mahulah mati berdiri sorang-sorang kat dapur sambil basuh pinggan pulak.

Hafiizzzz.....aku masih tak guna tanda seruan untuk memanggil hafiz. Melainkan zzzz sahaja sebab akulah ibu yang tak tahu nak guna tanda seruan untuk memanggil anak-anak.

HAFIIZ BASUH PINGGAN. ALISYA SUSUN ya......

OK jawab Hafiiz nak menyejukkan rasa perutku mengandungkannya sambil dia dan alisya terus berjoget lagu halil chik usik mengusik. Kemudian menari kejar mengejar ikut tema lagu broery dan sharifah aini.

Beberapa jam kemudian......

Acara usik mengusik dan kejar mengejar berakhir dengan pelakon airmata neng yatimah tergenang-genang merembes macam hujan mengadu kat aku yang budak bertuah si Hafiiz berjaya membuatkannya bakal jadi pelakon airmata yang menjulang anugerah.

Aku sabar lagi. Sungguh-sungguh sabar. Dalam dok tertekan tak perasan pulak yang tangan aku sebenarnya dok menekan pinggan mangkuk dengan span pencuci. Akhrnya selesai aku membasuh pinggan tanpa bantuan pakatan rakyat. nasib baik masih hidup berdiri.

Selesai satu tugas penting, aku capai bakul beisi kain baju depan pintu yang aku suruh Hafiiz bawa naik atas rumah semalam tapi masih tak berganjak dari situ. Memang bertuah sangatlah budak ni. Baju gantung dengan hanger dan baju yang tak gantung dengan hanger digaul sebati dalam bakul tu. Mentang-mentang selalu tengok aku gaul tepung sampai sebati dia pun teringin dan buat jugak.

Kali ni barulah aku terfikir nak guna segala tanda seru, tanda soal dan segala tanda yang ada.

HAFIIZ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!????????????????????????????????


Hafiiz pun tiba-tiba terpantul depan mata walaupun badannya masih tergeliat sana tergeliat sini. Wah kalau aku tahu...betapa berkesannya guna tanda seru banyak2 pasti selalu aku guna...cuma larat dengan tak larat je nak guna....

Ni sapa yang angkat kain baju semalam????????????????? HAFIIZ.

"Bodoh ke apa Hafiiz ni...ha kenapa hanger tak hanger hafizz campur sekali...bodoh...bla-bla...bengap bla-bla........

"Ma...tak baik cakap anak bodoh" berani lagi budak bertuah ni menjawab.

"Memanglah bodoh...kalau pandai Hafiiz tak buat kerja macam ni. Ingat tak de keje ke nak asingkan balik. Sekarang Hafiiz asingkan balik!!!!!

Selepas mensetelkan kekusutan kain baju dalam bakul itu sekaligus mensetelkan kekusutan dalam otak aku, aku terdengar alisya gelak-gelakan abang hafiiz dia.

"Uztazah alisya cakap, kalau ibu kita cakap kita bodoh, nanti kita dapat satu tiket pergi neraka" haha haiyok abang hafiiz....dah dapat satu tiket pergi neraka".

Aku tengok hafiiz tak senang duduk bila alisya cakap macam tu. Aku buat muka dek jer macam tak tahu apa-apa. Kemudian dengan badan tergeliat-geliat Hafiiz datang kat aku.

MA, HAFIIZ MINTA MAAF SEBAB BUAT MAMA MARAH DAN CAKAP BODOH KAT HAFIIZ. Sambil dia capai tangan aku salam dan peluk cium aku. MAMA MAAFKAN HAFIIZ TAK?

Maaf....jawab aku perlahan.

Kemudian dia melompat kegembiraan mengalahkan orang yang menang rm1,000.000 apabila mengisi minyak di stesen petronas.

Yeay.....Abang hafiiz dah minta maaf dengan mama. Dah tak da tiket tu......

Tiba-tiba aku rasa insaf sendiri. Betapa hebatnya penangan tugas sebagai guru. Anak-anak aku pun lebih percaya cakap guru dari cakap aku sendiri.Patutlah Alisya berdiri teguh dengan cita-cita nak jadi cikgu. Walau bagai nak giler aku cuba alih-alihkan minat dia dari jadi cikgu.

"Alisya dah besar nak jadi cikgu? Haah.

"Ala up la sket- up la sket.

Jadi pensyarah pun ok.....

Tuesday, March 1, 2011

Kek Mentega Untuk Emak

Assalamualaikum.....


Hati rasa gundah. Hati oh hati..tak perlu kau bergundah gulana. Aku pandang ke luar tingkap. Harap-harap kehijauan pokok-pokok kecil yang belum matang dibelakang dapur sedikit sebanyak menghilangkan rasa gundah.

Entahlah sejak kebelakangan ini aku bagai hilang punca. Bagai ada sesuatu perkara tak jelas aku rasai. Serba salah, keliru, rasa bersalah, rasa yang tak tentu arah.

Hati kadang-kadang memang begitu. Rasa pun apa kurangnya. Ah biarlah..ikut hati mati...ikut rasa binasa.

Banyak sangat perkara harus aku selesaikan.Pagi itu teringat emak di rumah Nadia. Emak kecik hati mengadu pada Nadia yang aku kata padanya, eloklah dia duduk di rumah Nadia kerana kalau duduk di rumah aku, aku tak dapat layan dia dengan baik setiap masa sebab aku sibuk sangat buat kek, jaga dua anak orang dan keluar masuk beli barang kek, uruskan anak-anak,hantar kek pada pelanggan lagi, suara Nadia adik aku sayup-sayup mmeberitahu dihujung talian.

Tak senang duduk aku kalau emak kecik hati dengan aku. Aku tahu aku bukan anak kesayangan emak aku berbanding adik beradik yang lain.Mungkin sebab aku anak kedua yang emak dan bapak harapkan sangat dapat anak lelaki maka mungkin kelahiran ku seperti mengecewakan mereka berdua.Itu hanya andaian aku. Apa yang ada dalam hati emak aku tak kan tahu.

Selalu terjadi begitu. Anak-anak yang kita singkirkan, kita rasa kurang sayang, kita anggap menyusahkan itulah satu hari akan jadi anak-anak yang paling tak akan menyusahkan kita, yang hormatkan dan sayangkan kita lebih dari anak-anak yang kita sayang sangat-sangat tu.

Kuasa Allah, beri aku sifat pemaaf dan tidak suka berdendam. Sekalipun waktu kecil puas aku dimarahi, dipukul dan rasa tersingkir serta kekurangan kasih sayang namun jauh di sudut hati aku tidak pernah ada sekelumit perasaan marah terhadap emak.

Bagi aku walau macam manapun sikap emak terhadap anak-anak. Anak-anak tetap harus menghormati emak mereka. Kerana hidup tak kan senang bahagia tanpa restu dari emak.Itulah sebab aku tak senang duduk bila tahu emak kecik hati dengan aku.

Hari tu juga aku harus menemui emak. Walau badan penat, aku gagahkan juga masak. Aku teringat emak suka kek butter resepi dulu-dulu. Tengahari semalam aku masak udang galah masak lemak nenas, kupang goreng bercili, udang goreng tepung dan sayur campur, untuk ku bawa ke rumah Nadia untuk makan bersama emak. Cepat-cepat aku bancuh kek butter untuk emak.

Untuk sesiapa yang ingin buat kek kegemaran emak aku...silalah buat sekarang...mudah dah sedap.

Resepi Butter Kek Dulu-Dulu



8oz majerin planta
6oz gula castor
6oz tepung naik sendiri
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis

Seperti biasa, panaskan oven 180 darjah celsius
Lapikkan loyang dengan kertas minyak.
Pukul majerin dan gula kastor hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Pukul lagi.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung yang sudah di ayak.
Gaul rata.
Masukkan susu pekat manis.
Gaul rata.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 30 minit atau kurang.
















Kek Mentega dengan rasa asli dan enak. Teh lemon dengan daun peppermint yang kupetik dibelakang dapur dan lemon juga hasil tanaman belakang dapur!!!!!

Sunday, February 27, 2011

Jangan Berhenti Mencintaiku


Jangan berhenti menyayangiku
kerana aku tidak pernah berhenti mencintaimu
jangan berhenti mengenang aku
kerana aku tidak pernah berhenti merinduimu
jangan berhenti mengingatiku
kerana aku tidak pernah sedikitpun melupaimu
jangan pernah membenci aku
kerana aku tidak pernah sekalipun membencimu

Biar jauh
biar kita tidak bersama
biar kita tidak pernah jadi pengantin
biar kita tidak pernah bersaksi berwali
tapi kita pernah bersanding
dalam hati
dalam mimpi yang sempurna
Teruskanlah mencintaiku
jangan pernah berhenti
kalau rasa itu ada dalam kamu
Akupun tidak akan pernah berhenti mencintaimu
kerana rasa itu tidak akan pernah pergi dariku.