Saturday, January 15, 2011

Lukisan Jiwa

Assalamualaikum....

Saya seronok dengan dunia blog. Rupanya tulisan ini bagai tinta hati. Walau tak berjumpa sekadar bercerita melalui ayat-ayat cun...ayat-ayat skema...ayat-ayat merapu...ayat-ayat panas...ayat-ayat ilmiah..ayat-ayat sempoi pun boleh buat hati tersentuh, kelakar, hepi dan bahagia.

Begitulah power tulisan dalam kehidupan alam maya hari ini.

Percaya atau tidak dengan kesibukan saya kulu kile...masa yang selebihnya saya habiskan berblog. Dan hampir dua tahun saya tidak lagi punya masa walau selalu merancang untuk keluar dengan kawan-kawan saya yang langsung tak pernah kenal apa itu blog atau facebook.

Tulisan ini adalah lukisan jiwa, luahan hati dan mainan perasaan.

Saya bersyukur dengan melalui dunia blog saya temui ramai teman-teman yang prihatin, yang ingat hari lahir saya, teman yang layak saya gelar sahabat yang sering menelefon, bertanya khabar, bercerita walaupun jauh nun di bumi Eropah. Teman itu seharusnya kekal sampai bila-bila. Tiada berkepentingan.Menghargai dan menyenangi kita walau senang atau susah. Dan ada ketika kita memerlukannya.

Dan melalui tulisan saya juga sang suami akhirnya memahami apa yang terpendam, tersirat dalam jiwa saya tentang dia. Saya tahu kadang kala saya melampui batas menyakiti hati suami. Alhamdulillah kini suami banyak berubah dan peka tentang perasaan saya. Pun begitu mungkin juga saya adalah seorang yang tidak mementingkan ego dalam diri saya maka saya jadikan amalan memohon maaf dari suami setiap masa. Saya sedar saya bukanlah isteri yang sempurna maka sememangnya wajar saya menerima ketidaksempurnaan suami saya.

Di blog, saya tidak kedekut, ikhlas serta jujur mahu berkongsi resepi masakan dan sebagainya. Kalau tidak jujur tak perlu memberi pada orang lain. Lebih simpan buat koleksi sendiri. Malangnya ada segelintir orang yang masih tidak jujur dalam mengajarkan resepi walaupun mengenakan caj ke atas resepi.Saya juga agak berani dan tidak kedekut berkongsi segala pengalaman dan tips-tips yang sedikit sebanyak dapat memberi garis panduan hidup pada orang lain.

Saya yakin blog saya lahir dari unsur-unsur positif yang ada dalam diri saya seperti memohon maaf dan memaafi, nasihat dan menasihati, ingat mengingatkan, sayang menyayangi. Kalau ada orang membenci dan mengganggap negatif terhadap saya atau blog saya maka itu sebenarnya boleh saya katakan adalah masalah dalaman dalam diri orang itu sendiri.

Friday, January 14, 2011

Masih Di Takuk Itu.

Assalamualaikum...

Dalam diri saya, saya selalu kata kadang-kadang lebih elok tak tahu sesuatu perkara itu daripada tahu. Begitulah kerana saya tak suka ambil tahu siapa yang membenci saya. Bila ada orang tinggalkan comment kondem saya maka selalunya saya terus delete tanpa mahu menjenguk blog siapa itu. Sama macam ketika saya menjual aiskrim dulu, bila pegawai MBSA beritahu saya ada seorang perempuan yang sama menghantar anaknya ke sekolah itu membuat komplen mengenai aiskrim saya itu, saya langsung tak mahu bertanya pada orang MBSA siapakah perempuan itu.

Bagi saya, lebih baik saya tak kenal kerana dengan begitu mungkin kalau saya terserempak dengannya saya pasti boleh melemparkan senyuman semanis madu padanya bila-bila masa.Saya boleh berbaik dengannya macam biasa. Kerana dalam jiwa saya tak suka permusuhan. Saya adalah seorang yang mudah menyayangi orang.

Namun saya tak rasa saya boleh memberi senyuman manis bagai madu kalau saya kenal siapa yang membenci saya itu. Justeru saya hanyalah manusia biasa yang punya perasaan sayu, sedih dan tersinggung.

Tadi bila ada orang kata MK ros buat entri pasal saya dan tunjukkan gambar kek saya itu bermakna dia masih MK ros.Saya hanya katakan pada mereka bahawa malangnya saya tidak membaca blog dia. Saya katakan, saya rasa lebih baik begitu.

Pada awalnya bila Mkros tinggalkan komen begitu, saya sanggup publish walaupun itu menjatuhkan kredibiliti saya sebagai peniaga yang tidak menguntungkan saya. Sapa yang untung??? mkros jugak yang untung...kerana pasti ramai nak kenal siapa dia...maka ramai yang klik profile dia kan....

Kalau dilihat pada dasarnya, mengata saya tidak mengangkat telefon hanyalah alasan semata-mata. Apa salah dia cuba 2 3 kali.

Saya tak rasa dia tu keranai macam saya dulu yang gigil kepala lutut nak bercakap dengan orang. Saya rasa dia kalau tak pengurus mesti pegawai kan...pasti diri keyakinan bercakap meletop-letop..berasap-asap. Boleh jer dia telefon saya sekurang-kurangnya kalau tak lembut macam cakap dengan cinos begini " aiyah lu tunjuk gambar lain...saya dapat lain...unfair ma...harga mana boleh sama...mesti kena kasi murah ma...".

Macam ni pun oklah juga..."Nani you tau tak I malu besar depan bos I bila diaorang tengok kek you tak da stroberi macam dalam blog. Apa berniaga ni...dalam blog lain yang i dapat lain...harga you caj sama. Tak adil you dengan customer. At least reducelah harga tu. Berapa harga stroberi yang you skip kat kek you tu. 2-3 ringgit. Hah i nak balik duit tu...."!

Agak-agak kalau you all jadi nani...you kemut sangat ke nak berkira dengan customer macam tu. Kalau dia minta refund ganti rugi atas kerasa maluan dia semua itu pun i pulangkan.At least call inform...terangkan....minta hak balik apa yang patut...sebab saya bukan sengaja tak nak terangkan. Yang order kek ani..yang hantar zainal...yang terima bukan ani... entah sapa...last-last yang dapat pulak si pegawai tinggi mkros. Dah tu pulak saya lupa nak bagi tahu kat pak zainal cakap dengan orang yang beli kek ni stroberi tak ada.

Bila saya publish begitu dan minta maaf saya memang mengharap dia orang pun akan sama-sama meminta maaf atas kata-kata mereka. Itulah tebal jiwa kejawaan dalam diri saya. Selalu orang jawa, bila kita minta maaf akan dibalas dengan kata-kata 'sama-samalah kita...saya pun minta maaf atas kata-kata saya, perbuatan saya'.

Tapi saya sering lupa bahawa ego mereka itu melangit tinggi seratus lima puluh juta kali ganda mengalahkan ketinggian mereka. Saya pun tak tahulah mereka tinggi mana. Tapi saya macam ada instinct yang mereka lebih pendek banyak dari saya.

Itulah yang saya sering lupa...EGO mereka.


Alahai Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku..............................

Riwayat Aku

Assalamualaikum......

Yeay....dah beli peti sejuk baru. Lega rasa. Kalau tak memang bingung aku heh. Habis semua barang-barang rosak sementara nak tunggu peti sejuk dibaiki. Lagipun peti sejuk panasonic yang lama dah masuk kali ke empatlah membaikinya....asyik nak jahanam kan duit mak jer...

Ehh tak leh salah peti sejuk tu jugak...dah kau sumbat dengan segala mentega, krim, cheese, mascarpone, kek chocklat..kek velvet..triffle...mana sompek aku bernafas....jahanamlah.

Itu risiko berniaga. Bukan setakat beli tepung gula coklat..bancuh-bancuh siap then senang lenang goyang kaki kaut untung....idak ler gamaknya.

Meh lah sini mak nak fahamkan....mekanisma berniaga homed ni.

Satu homed ni harus dianggap sebagai hanmed. Tak guna mesin. Dan tak ada bahan pengawet dan sebagainya...seharusnya dia istimewa kerana tidak mudah di dapati dibanyak tempat dan yang paling penting dia dibuat oleh orang islam.

Ceciter...ceciter...

Meh mak citer sket pasei 'Aku Sebijik STROBERI MOIST CHOC KEK, Nanirostam' yang beratnya 2 kg.

Minyak kereta membeli bahan - rm4.00 (ini kena pergi setiap kali buat kerana ada jer bahan akan habis termasuk stroberi yg kena beli setiap kali)
Susu cair 1/2 tin - 1.50
Susu segar dutchlady rm2.00
gula icing - 30 sen
susu pekat manis 1 tin 2.50
gula 2 cawan - 50sen-lebih kurang atau sila kira untuk saya
tepung 2 cawan - 50sen
cocoa powder 3 cawan rm3.00
cooking choc - rm2.00
stroberi pes - 3.00
stroberi hias - rm2.00
import vanila essence - 30 sen
telur gred A- 90sen
baking powder - 20 sen
soda bikarbonat -20 sen
butter - rm4.00
papan kek/kotak kek -rm1.50
gas/eletrik - dari bancuh sampai masak 50 minit - rm1.00
bahan-bahan hiasan (tulisan atau sugas paste) -rm2.00
sabun mencuci bekas membuat kek- 50 sen
sabun pencuci lantai/dapur -50 sen
kegunaan air mencuci 50sen.
Kerosakan dapur,petisejuk, oven dan barang-barang membuat kek - rm1.00
Tenaga dan masa dari saat membeli bahan sehingga siap mencuci bersih barang-barang buat kek dan dapur ambil masa 4 jam (maka upah untuk 4 jam - rm20)

Delivery saya caj: shah alam rm10 termasuk minyak, masa dan tenaga.

Lebih kurang itulah modal untuk sebijik kek nanirostam yang selama dua tahun berharga rm60. Baru dua minggu lepas naik kan kepada rm70.

Thursday, January 13, 2011

Peduli Apa Aku

Assalamualaikum....

Alhamdulillah rezeki itu ketentuan dari Allah.Walau macamana cabaran insyallah kalau dah itu rezeki Allah bagi...tetap akan ada untuk kita. Kerana Allah tahu hati kita.

Saya ni macam orang yang kontobesi...tetapi sesiapa yang pernah jumpa saya...tahu yang saya ni lembut dan penyayang. Jenis manusia yang tak suka complain lebih-lebih. Boleh lebih kurang. Kalau beli-beli pun macam tu selalu dapat barang baik dan barang murah segalanya macam dipermudahkan oleh Allah.Alhamdulillah.

Begitu juga hal rumahtangga. Walau saya dapat suami yang boleh tahan panas baran...mungkin sebab dalam darah mengalir keturunan raja makanya..tetapi sampai sekarang saya masih di sini jadi isteri dan ibu yang menjalani tanggungjawab yang tidak mudah.

Alhamdulillah... kerana saya yakin Allah beri saya kekuatan mungkin kerana saya ni jenis malas nak fikir kelemahan dan kekurangan orang lain serta sering menerima seadanya akan apa yang kurang dalam hidup ini. Justeru itu walau panas baran macam tu..tapi saya selalu buat dek jer...api dengan air...memang akan terpadam kan (ini satu petua untuk sesiapa yang mahu rumahtangga bertahan).

Yang peliknya laki mak ni walau pantang tersentap nak marah jer...tapi dalam pada tu kalau boleh 24 jam nak tenung muka mak..nak berkepit dengan mak.

Sejak dua menjak ni saya memang sibuk sangat. Alhamdulillah dengan tempahan kek, pastry dan triffle. Dah tu kejap orang tanya pasal nak beli cermin...kejap orang tanya pasal colagen...pastry..moist choc cake ...red velvet....tak putus...putus saya jawab dan balas sms. Insyallah saya akan cuba jawab semua pertanyaan.

Dalam dok melayari hari yang amat sibuk itewww..pagi tadi kan...saja jer lah kan nak mandi dengan budak sidemok ni....mandi berdua dua you..so sama-sama cekci you... Baru nak capai towel...lagu 'bila cinta tak lagi bermakna..nenennnneene...' dah mendayu-dayu...sompek lah mak capai towel selimutkan sidemok..and lari capai henpon mak. Tengah dok khusyuk ambil order strawberry moist choc ....mak sempat menjeling kat budak demok tu...alamak...tak pakai pampers lagi budak nih...mampoih buatnyer dia kencing merata...

Mak pun panggil lah si demok tu nak pakaikan pampers kat dia. Tiba-tiba mak nampak dia pegang segenggam facial cotton mak then dia tengah sapu-sapu kat.....tutttttttt.

Walah kau demok....napelah sapu mak nyer facial cotton kat... tuttttttttt.Naseb bek lah mak nampak...kalau tak mesti mak buat sapu kat muka mak...baru betol...

Buat hal la si demok..pantang orang lepa !










Peduli apa aku...........

Tuesday, January 11, 2011

Makanan Buat Sikurus Keding

Bila kat rumah tinggal Alisya dan Hafiiz dan suami terchenta maka semangat nak masak nasi campur pun bercampur baur. Si kurus keding susah nak makan tu....kalau nasik...nasik....ni malammmmmmmmmm sket. So jadi mak ni kenalah kretip kan...

Makanya mood masak nasi beralih arah kepada masakan ala-ala barat. Dah tak tahu nak fikir apa...kentang pun kentanglah...

Tak tahu nak bagi nama apa resepi ni...kentang sumbat kot....tapi memang yummy-yummy...









Gambar tak berapa jelas sebab guna henpon jer....



Bahan-bahan :

Nak lebih kretip mak cipta resepi men humban jer apa yang sodap dimakan.

Kentang 6 biji
telur sebiji
whipping cream untuk masakan 1 cawan
ricota cheese 1 susu makan
mozzarella cheese ikut suka.
lada sulah.


Cara-caranya :

Rebus kentang hingga empuk. Potong dua. Korek isi tinggalkan bahagian luar membentuk bentuk mangkuk.

Isi kentang tadi blend dengan telur whipping cream, ricota cheese.

Isikan kentang yang bentuk mangkuk dan taburkan diatasnya parutan cheese mozzarella. Bakar pada suhu 160 darjah celcius hingga kekuningan.

Bila Stroberi Tak Da Dalam Pasaran Ada Orang Rasa Kecewa. Saya Minta Maaf.

MK~ROSE said...
Akak.. hari ini kwn2 sye ada membeli Choco moist cake dari akak sempena hari ulangtahun sye dan mkn2 di ofis.. tapi mereka dan sye sgt kecewa dgn hasil kek tersebut. Kami mengharapkan sapuan pes strawberry dan buah strawberry segar.. tapi apa yg kami perolehi adalah kek yg hanya ada grated coklat yg seciput, sugar paste flower yg sambil lewa dan bukan seperti yg digembar-gemburkan di blog ini.. dahlarr pulak tu harga sama RM70 (dah naik RM10).. sepatutnya kalau tiada segala kejadah strawberry tuu.. harga tak payahlah sampai RM70.. kalau kami tahularr mahal mcm tu yg xde apa baik kami order disecret recipe jerr.. dahlarr jamuan kami tu dihadiri oleh pengurus besar, naib presiden sykt.. memang malu dan terkilan.. mcm ni larr jadinya klu nak tlg org melayu.. selalu aje 'take for granted'.. akhir kata semoga memperolehi keberkatan rezki.
January 11, 2011 1:47 AM

Assalamualaikum...


Hari ni first time ada orang marah-marah kecewa dalam comment saya kerana kek saya tak da buah stroberi. Sebenarnya dah dua minggu setiap hari saya menghabiskan masa dan minyak kereta semata-mata nak mencari buah stroberi di merata tempat. Malangnya tak ada. Walau macamanapun dalam bancuhan kek memang ada pes strobery. Sebenarnya saya cuba buat yang terbaik untuk kek saya. Saya cuba hias dengan benda lain.

Walau harga stroberi mahal saya tetap akan adakan. Saya minta maaf pada MK ROSE atas ketidak puasan hati beliau. Tetapi kalau betul...tak perlu babitkan nama melayu ya. Saya tak ada sebarang niat dan tujuan menipu sesiapa.

Harga saya naikkan kerana terpaksa sebab saya perasan duit collection saya menjual kek tak berubah kerana asyik berpusing buat modal....cocoa powder dah naik rm 18.80 sekilo, gula, susu, cooking coklat.gas memasak semua naik.

Walau macamanapun berat kek saya tetap dalam lingkungan 2 kg atau lebih dengan harga rm70.

Anyway terima kasih kerana pernah sudi jadi pelanggan saya. Saya minta maaf. Kalau tak puas hati boleh telefon saya dan ambil balik refund. Kek tu saya halalkan.Insyallah.

Sunday, January 9, 2011

Fallin In Love Again

I batuk. Sebenarnya I ni manusia yang susah dapat batuk sekali dapat hah ambek ngko...liat betul batuk ni nak ilang. Semalam pergi ikea. Tak pasal-pasal bila berada di tempat ramai orang segala penyakit berjangkit ni cepat jer nak menempek. Cilanat cinos tu semalam...batuk teruk-teruk selamba jer tak nak tutup mulut masa tengah beratur nak beli hotdog ikea...eeeewww. Subuh tadi berdengang-dengang bunyi batuk I mengalahkan orang tua lama. Bila i mandi pagi tadi dok sejam lebih bawah shower sambil berangan sambil buang kahak.

Semalam rasa macam dah lama tak kemas...so nak makeuplah sikit-sikit rumah dan laman i ni. Ikea punyalah ramai orang serbu macam barang dalam tu semua free. I dengan Alisya turun kereta jer terus menyerbu bahagian as is...dapatlah satu terendak lampu. Pastu pergi bahagian pokok bunga. Tak beli sebab asek dok ingat sungai buloh mesti murah...sungai buloh mesti lagi murah...tu lah pasal.

Pastu pergi bahagian lilin. Itulah sebenarnya tujuan datang ikea...nak beli lilin. Saja jer nak hias coffee table lain sket. Pergi bahagian frame....tak beli sebab frame yang berkenan di hati tu tinggal sample jer...len kalilah.

Pastu beratur punyalah panjang nak beli hotdog tulah. Then nak tepon laki i suh dia ambek dengan exit bahagian cashier tu. Then baru jer korek-korek henpon tu dalam beg...laki i pun tepon. Jerit punyalah kuat...you pergi mana.....i call engage. Then i pun naik hangen satu badan... mana ada i engage...baru nak pegang henpon ni...semua org sekeliling pandang...alamak kuat ke aku cakap....then laki i pun macam hilang akal jerit lagi...dah tu call engage...then i pun jawab dah...dah i dah tunggu ni...then dia pun jerit...kat mana...then i pun nampak kete dia...depan you ni...sabar jerlah...

Dahlah hari sabtu...hari tak boleh bagi plastik. Beratur beli hotdog pun bukan untuk mak seorang...untuk laki mak jugak..sampai-sampai duduk tunggu jer kat kete...kata nak tolong angkat barang dari dalam troli memang tak ar....rasa nak nanges mak...sabar mak....sabar betul mak....

Kadang-kadang serik keluar dengan laki mak ni...tak pa...ada tempat lagi nak tuju...sungai buloh.....dah selesai soppink....segala bengkek pun dah surut. Seronok dapat hias laman dan rumah.....heh.






Lampu gantung...bila malam boleh pasang lilin.

Anggerik ungu hias tepi pintu.

Palm tree hias sebelah kiri.



Bunga butang....suka tengok.



Yang ni lagi suker...



Pasu antik cina tu beli kat indon jual pokok. Dia buat tempat letak baja. Tak sampai seratus hengget...cantik...



Pokok bunga ni...i sker tapi belum berbunga lagi...














Dapatlah anggerik tu tenggek atas tu.....

Pasu kosong tu saya belikan pokok tanduk rusa kot....tak sure tang nama tu....

Coffe table tu saja jer nak hias lilin....

hah....suka...tengah-tengah malam tutup semua lampu...tinggal cahaya lilin...baring rehatkan badan kat sofa sambil tunggu kek masak.
Ok selain semua itu buat i jatuh cinta dan terhibur...tengok video Alisya dan Hafiiz pun buat i terhibur.


Layannnnnnnnnnnnnn.