Friday, April 26, 2013

Masjid Bukit Jelutong Masjid Yang Indah

Assalamualaikum


TIGA golongan yang harus kita jadikan SAHABAT :-

1. Orang Islam
2. Orang Yang Beriman
3. Orang Yang Soleh




Ya Allah terima kasih kerana mendekatkan masjid dengan rumahku. Dari dulu lagi aku teringin sangat tinggal berdekatan masjid. Aku teringin sangat mempunyai suami yang kaki mesjid.Pernah dulu terdengar perbualan seorang kawan dibank selalu memberitahu kawan kawan yang suaminya rajin kemesjid. Aku memujuk hati tak semua orang bertuah macam dia. Apatah lagi di Malaysia ni..kebanyakan lelaki jarang mahu bersolat  apatah lagi jemaah dimesjid. 

Alhamdulillah aku kira doaku depan kaabah termakbul. Kembali dari mengerjakan umrah, Masjid yang paling cantik dan indah berada dekat dengan rumahku dan hatiku... Dahlah wajah saling tak tumpah macam  masjid di madinah atau di kawasan timur tengah. Dulu aku menganggap aku tidak bertuah. Tetapi tidak kini. Asalkan aku tidak berputus asa dalam berdakwah insyallah Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Pemurah.

Apabila pasangan kita  bukan pasangan yang soleh maka bermakna kita pun bukan hamba yang soleh. Namun kalau bila kita cuba menjadi hamba yang soleh tetapi pasangan yang tidak melaksanakan perintah Allah dengan sewajarnya maka itu sebenarnya adalah satu UJIAN oleh Allah s.w.t untuk kita agar lebih kuat dan terus berusaha menjadi hamba yang soleh, lebih berusaha untuk mendoakan supaya pasangan kita ataupun keluarga kita mendapat petunjuk dan hidayah kerana semakin mencabar usaha kita semakin banyak pahala yang kita dapat. Allahualam.

Allah Maha Besar lagi Maha Kaya, sekembalinya  aku dari Mekah segalanya seperti dipermudahkan. Alhamdulillah seperti satu keajaiban..subhanallah, tetiba masjid yang terbina itu menjadi saksi atas segala-galanya. Allahuakbar moga moga kita semua terus istiqomah dalam mengimarahkan rumah-rumah Allah. Subhanallah.

Dua minggu sebelum aku ke Tanah Suci Mekah, Masjid sudah mula dibuka untuk masyarakat setempat. Dua minggu selepas aku pulang dari Tanah Suci Mekah berlangsung majlis pembukaan masjid ini. Aku mula menghantar pesanan kepada para sahabatku. Bila kukhabarkan dan mengajak mereka datang ke rumahku ada buat makan makan ramai yang response. Tetapi bila kunyatakan bahawa sebenarnya pembukaan masjid ditempatku maka ramai yang tidak dapat hadir.

Walaubagaimanapun mahu menilai sahabat yang paling baik buat diri kita adalah sahabat yang selalu bersama kita ketika di masjid atau dimajlis majlis ilmu...subhanallah.







Sebelum ke masjid, aku sediakan high tea di rumah sebagai meraikan sahabat sahabat tersayang...

Mereka adalah sahabat dunia akhirat yang paling aku sayangi...

Menu hari itu, Puding Roti bersos Krim Vanila, Aiskrim dengan Homemade jelly



Makan sebagai alas perut sebelum ke masjid...
























Para jemaah yang hadir









Makanan enak yang disediakan....








Indah Dan Bercahaya






Alhamdulillah moga-moga bertambah erat hubungan kami.....


29 comments:

  1. Takbir...best nyer kak yer dapat duduk dgn masjid dan mengambil manfaat..entry yg mengusik jiwa saya agar lebih berfantung harap pada Allah..

    ReplyDelete
  2. saya tumpang gembira melihat situasi ini...

    ReplyDelete
  3. AMIN. InsyaALLAH ukhuwah yang terjalin kerana ALLAH pasti mendapat berkat-NYA.

    ReplyDelete
  4. saya mengalami situasi lebih kurang sama dgn kak nani dlm 3 perenggan pertama.. terima kasih kak nani bg semangat.. harap2 usaha kita diberkati Allah. dan semoga Allah tetapkan hati kita dalam agama Nya.. aminnn.. :)

    ReplyDelete
  5. Kak Nani, doakan saya jua untuk dapat redhaNya..

    ReplyDelete
  6. ada beberapa ayat yg situasi lebih kurang sama dgn saya..dan semoga satu hari nanti doa saya makbul

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum..

    Kak Ani,

    Saya cadangkan Kak Ani kena buat "watermark" disetiap gambar dalam blog akak,..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dan Insyaallah ...kak nani

    ReplyDelete
  9. ALhamdulillah
    masjid ni sgt cantik
    dan bdekatan jugak dgn my house
    insyaAllah thn ni dpt kita berterawih kat masjid baru ni

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum

    auntie..jgn sedih bila kebaikan xdpt respond.yg pnting ape smua kite buat hanya kerana redha-Nya..in shaa Allah shbt2 auntie akn follow...bile tgk keikhlasan auntie...smga kite smua istiqamah dlm mencari redha-Nya.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..saya juga bersyukur dengan anugerah Allah tinggal berdekatan dengan surau Al-Amin yang sangat aktif dengan program agamanya

    ReplyDelete
  12. dah siap ye?
    zaman duk s.alam dulu selalu lalu tgk dalam pembinaan.

    Lani lama xtengok. dah pindah Putrajaya

    Subhanallah...indah sggh.

    ReplyDelete
  13. salam aunty. macam mana nak buat buat vanilla creme tu eh?

    ReplyDelete
  14. Salam...semoga auntie nanie sekeluarga mendapat perlindungan dari Allah SWT

    ReplyDelete
  15. Salam Sayang Kak Nani,

    Alhamdulillah. Saya suka betul baca blog akak sekarang. Suami saya ada solat Jumaat kat Masjid tu, memang cantik. Saya belum berkesempatan nak solat disitu, Insya Allah saya pun nak singgah di Masjid tu.

    ReplyDelete
  16. mana bff kak nani sebelum ni? Dah tak geng ke?

    ReplyDelete
  17. Mana bff kak nani? Dah tak geng ke?

    ReplyDelete
  18. Alhamdullilah...tahniah kak nani bersyukur kehadrat Allah s.w.t telah mempermudahkan segala perjalanan kak nani ke rumah Allah..

    dah lama sangat rasenya kak nani tak update blogkan..hee

    teringin nak ke sana juga..doakan yer kak..huhuu

    kalau Allah nak beri rezeki pada kita...dengan tak disangka2 ..tup2 sampai jer kita dengan izinnya...yang penting nawaitu kita kena baik..insyallah

    tahniah ya kak nani..

    ReplyDelete
  19. semoga kita terus istiqamah ye kak nani

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum nani yang dikasihi,
    Tahniah. Teruskan berdoa.
    Kita tidak dapat mengubah manusia lain, tetapi kita boleh mengubah diri kita. Mudah-mudahan perubahan dengan niat kerana Allah Taala,SubhanAllah maha Suci Allah, akan membuka hijab insan2 yang di kasihi. Semoga dirimu di bawah asuhan malaikat dan dibawah payung Allah selalu.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  21. salam akak. suami saya terlibat dengan perasmian masjid ni sbb dia kerja kat unit majlis dan keraian JAIS. skodeng gak kot-kot dia ter'capture' dalam ni kan. haha

    ReplyDelete
  22. wah????? muslimahnya cantik juga...

    http://caradaftarmemberacemaxs.com/pantangan-penyakit-diabetes-kering/

    http://obatpenyakitginjalbengkak.wordpress.com/

    ReplyDelete
  23. K Nani, situasi yg sama pernah saya alami.. Blh kira dgn jari sahabat dunia & akhirat ni.. Itu pun dah Alhamdulillah kan?...

    ReplyDelete
  24. salam kak nani,

    setiap petang bila pulang kerja saja akan nampak masjid nih dari jauh....dan setiap kali itulah fikrian akan melayang teringat masjid namirah di sempadan arafah. walaupun bukan serupa tapi ada persamaan di bahagian tower....cantik.

    ReplyDelete
  25. Hi. Ade contact no masjid x?

    ReplyDelete