Saturday, February 2, 2013

RESEPI RENDANG TEMPOYAK IKAN BILIS



Assalamualaikum



Alhamdulillah syukur sangat ke hadrat Illahi, diberi kehidupan yang baik..alhamdulillah....diberi kesihatan yang baik...alhamdulillah...semuanya adalah nikmat kasih sayang Allah s.w.t kepada saya..alhamdulillah...

Bumi Allah ni luas terbentang....dari ufuk timur hingga ke ufuk barat....berjalanlah...insyallah dengan berjalan kita akan berhijrah dari yang kurang baik menjadi yang lebih baik. Walau tidak mudah menggapai impian dan tujuan sebenar hidup ini...namun usaha itu tanda kejayaan...kalau ada keazaman pasti ada jalan.

Kalau kita masih ditakuk lama...sampai bilapun tidak ada kemajuan dalam diri. Setiap kejayaan dalam apa jua samada di dunia mahupun diakhirat harus ada usaha...harus ada kerajinan harus ada kemahuan dan pasti apa yang kita mahu akan tercapai insyallah. Manusia ini dijadikan allah berserta dengan tanggungjawab. Setiap kita mempunyai tanggungjawab. Jika kita tidak melunaskan tanggungjawab kita maka akan pincanglah kehidupan kita.Tanggungjawab insan itu luas. Apabila kita melunaskan tanggungjawab kita pada Allah s.w.t maka secara sendirinya kita dapat melunaskan semua tanggungjawab kita di dalam kehidupan ini..insyallah.

Carilah..terokailah...usahakanlah...sampai bila mahu berada ditakuk lama.

Kalau tak tahu belajar...belajarlah...belajar boleh bermula pada bila bila masa asal ada kemahuan. Kalau tak tahu mengaji...belajar sampai tahu...jangan jadikan usia dan alasan itu ini sedangkan waktu itu emas...betapa kita ini sentiasa dalam kerugian kerana waktu tidak pernah ingin menunggu kita.  Perbanyakkanlah membaca, perbanyakkanlah menuntut ilmu, mudahan mudahan hasil usaha itu membuat kita menjadi insan yang lebih baik dan hamba yang terbaik di sisi Allah...insyallah...amin




Kebelakangan ini bila banyak tanggungjawab yang harus dipikul oleh kederat perempuan seperti saya...nampak juga kepenatan di riak wajah....


Syukur  atas rezeki Allah...alhamdulillah semuanya untuk anak anak tersayang....

Dalam kehidupan ini..disebalik tabir ini banyak juga perkara yang tidak kita duga akan kita lalui....kadang kala ianya penuh gelak tawa...inilah kehidupan.......


Inilah hasil disebalik tabir kehidupan....senyuman jua adalah terapi diri....

Pengantin adalah sebahagian dari kehidupan saya...Nabila anak perasa MARDI di UPM Serdang....gambar sebelum tidak saya ambil kerana terlupa....

Kucing-kucing haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w ini juga adalah haiwan kesayangan saya...setiap hari waktu santai saya..saya habiskan membaca buku-buku dan kitab kitab agama sambil ditemani mereka yang comel ini...


Bertemu kawan lama saya kak Sharifah yang pernah jadi baby sitter Hanis ketika usia Hanis 5 tahun.


Menerima undangan majlis keraian adalah aktiviti selingan....












Menata rias Sharifah Nawirah



Wajah setelah dirias.....




Last but not least  rendang tempoyak ikan bilis....silalah cuba....







RESEPI RENDANG TEMPOYAK IKAN BILIS.





Bahan untuk di goreng terlebih dahulu - ikan bilis putih kopek 2 gengam
bawang holland 1 biji hiris tipis (setelah garing ke tepikan.

Bahan untuk di kisar - bawang merah kecil 10 biji, bawang putih 3 ulas, halia 1 cm, lengkuas 2 cm, kunyit hidup 1 cm, serai 3 batang, udang kering 50 gram, cili padi 25 biji (kesemuanya harus digoreng sehingga layu menggunakan sedikit minyak) kemudian barulah dikisar.

Masukkan bahan kisar tadi kedalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar. Masukkan 250gm santan dan sedikit air.

Masukkan sekeping asam geluhur dan beberapa biji belimbing buluh (jika suka) dan tiga sudu tempoyak.


Kemudian masukkan ikan bilis dan bawang yang digoreng awal tadi bersama hiriisan daun kunyit.


Masukkan serbuk ikan bilis knorr dan sedikit garam.

Renih sehingga naik minyak dan angkat.

Hidang atau boleh disimpan sehingga 1 bulan lamanya.


13 comments:

Jamil Hashim said...

salam...
antik dan menarik warkah dititipkan.
saya suka...

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

sejuk serasa hati pabila membaca satu satu barisan coretannya Nani yang halus penuh keikhlasan... lagi jelas kelihatan dari sebalik sebuah senyuman nan lembut menyerlah berseri petanda punyai sebuah hati yang pemurah dengan apa sahaja didalam menjalani harian Nani... terimaKasih sesungguhnya dengan paparan resepi rendang tempoyak ikan bilis dimana selama hidup Ratna tidak pernah merasainya ! akan Ratna cubai namun yang pastinya tanpa tempoyak karena disini tidak ada walau pun ada dijual buah durian segar akan tetapi terencat selera karena disini sebiji dijual dengan harga 75 euros dan dua ulas sekitaran 15 euros... ! gimana ya...

Panjangkata, nanti-nanti akan Ratna dringdrong Nani... Ratuku yang dikasihi, selamat bersenanglenang dihujung minggu bersama seisi keluarga yang disayangi.

Mat Gebu said...

Salam kak nani...Resipi tu mesti saya cuba, tunggu belimbing buluh menjadi dulu, tengah berbunga sekarang ni..

aziekz said...

TAK PERNAH DGR?!TAK PERNAH RASA??

NMPK?!MEBELOS??MCM SMBAL BILIS JAWA

aziekz said...

TAK PERNAH DGR?!TAK PERNAH RASA??

NMPK?!MEBELOS??MCM SMBAL BILIS JAWA

Syarifah Najua Najat said...

salam, kucing2 tuh bagi makan apa ek? comel !

mamasyahidahlovepink said...

auntie, kwn auntie yg sharifah tu, sepupu saya..hahaha..kecik je dunie ni :)

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/

shah_izan said...

pengantin baju purple tu...
CANTIKnye gigi dia
:)

-calm- said...

Cantiknya kak nani dlm pakaian serba putih tu.. sgt cantik anugerah Allah swt..

-calm- said...

Sgt cantik k.nani dlm pakaian serba putih tu.. ;)

-calm- said...

Cantiknya kak nani dlm pakaian serba putih tu.. sgt cantik anugerah Allah swt..