Tuesday, January 15, 2013

BERCUTI DI LANGKAWI




Assalamualaikaum

Hidup mesti diteruskan....bercuti sakan pun harus diteruskan. Rengekan anak-anak minta bercuti macam irama dalam hati. Memang jadi fikiran tapi tak lama dan tak membebankan. Saya senang sekali  ada Liana dan Imran semua jadi beres dalam mengurus percutian kami semua. Liana dan Imran ni kalau book Hotel mesti nak yang best jer...nak murahlah pulak...maka dorang berdua ni memang sangat cekap meminta bantuan Kak G.

Flight tiket pergi booking dengan Air Asia rm400 pergi sahaja untuk kami 9 orang sekeluarga. Malangnya akibat lambat sesaat maka tiket balik dah tak dapat nak grab....Maka berpecahlah otak sekejap memikio kannya.....

At last keputusan yang sunguh bijak dibuat akhirnya kami book flight balik menggunakan Firefly. Selain senang giler dalam urusan timbang berat dan tak banyak cecadak...kalau bercuti waktu balik gunalah Firefly yang sungguh dekat dengan rumah saya iaitu di Subang Airport jer dan pula boleh bawak 20kg beban tanpa rasa cuak dan berdebar....hehehe

Jadi kalau nak bercuti ke Langkawi silalah intai intai offer offer tambang murah. Percutian yang murah berbaloi dan menyeronokkan haruslah dirancang terlebih dahulu...


Di sini saya kongsikan itinari percutian kami di langkawi seperti yang telah disetkan oleh Ahmad Imran anak bujang saya yang sunguh innovatif. Saya dan Hanis share separuh separuh sediakan ongkos untuk hotel, tambang kapalterbang, makan, bayaran boat, bayaran cable car untuk sekeluarga...

Ongkos Liana ditanggung oleh suaminya.Saya habis rm1000 untuk beli coklat bekal jajan anak anak ke asrama..Konon seorang budget rm70...last last budget kemana apa kemana  seorang jadi rm170 maklumlah....hati seorang ibu yang sungguh lembut macam coklat yang tertinggal dalam kereta ditengah panas....

Dari poket saya Imran dapat beg sandang dan wallet (Imran selalu tahu apa yang di nak) .Hafiiz dapat kasut sekolah, seluar slack dan mainan anak panah, Alisya dapat kasut sekolah dan mainan anak panah...Khairi dapat bag sandang...Manakala Hanis belanja adik adik dia semua pakaian untuk jalan.Dapatlah seorang 3 helai baju yang sungguh anggun dan agak branded.

Liana dapat untuk dirinya set pinggan mangkuk nasi tambah segala...maklumlah dah jadi suri dalam hidup Mohd Khairi Kurdi maka material shopping pun dah beralih arah.

Untuk saya, dapatlah sebiji dulang, 2 set teko dan cawan untuk minum petang, 2 biji mangkuk nasi tambah. 2 biji kuali non stick atas permintaan Hafiiz yang suka memasak.

Ok itinery untuk 4 hari 3 malam di Langkawi


Hari pertama:-

Kami sampai airport pukul 10 malam. Van Pregio yang bermuatan penumpang 12 orang menggunakan diesel dengan sewa rm550 selama 4 hari tu (tel no : 0194499285) sedia menunggu di airport. Driver adalah suami sendiri bersilih ganti dengan suami Liana. Kami terus menyerbu tempat makan di Pantai Cenang di Restoran Haji Ramli malangnya hampir  nak tutup. Berpusing ke Pekan Kuah untuk Jai Island Corner tetapi hampir nak tutup juga maka berpusing balik ke pantai Cenang untuk ke Artisan Pizza yang semua makanan yang disediakan di situ sungguh sedap. Mereka pun tetiba ramai ramai nyanyi hepi besday untuk saya....hehehe dah makin tuwe.... 

Ok lepas dah sedar diri tu tuwe...kami pun bergerak balik ke Hotel One Helang yang bersebelahan dengan airport akkibat lambat booking hotel ditempat lain kebanyakan penuh. Kalau ada yang kosong pun rate satu malam rm1400. Ko mampu?  Maka kami book di Hotel One Helang dengan kadar rm230 net tetapi bilik sungguh besar iaitu satu bilik dua queen bed. Tapi bekpesnya sungguhhancusmacamtakdaideataktahumasakkeapantahhaih.


Ok hari pertama kami berlalu dengan ketiduran yang nyenyak kerana kepenatan di LCCT menunggu...ku menunggu.....lalalalalala




Hari kedua :-


Selepas tidur yang nyenyak macam tak sedar diri mujur masih ingat nak bangun solat subuh...dan setelah melihat anak anak bujang keluar masuk bilik tak henti henti maklumlah booking 3 bilik berasingan maka itulah jadi...kejap ubat gigi hilang ke bilik mana ntah...maka pergi sarapan pun bersilih ganti sebab ada yang dah memang lapor giler terus turun membuatkan staff yang jaga coffee house agak compius sebab kejap sebut bilik 214 tapi dah 2 orang tadi sebut lepas tu sebut bilik 215 kemudian datang lagi sebut  haih...

Selepas sarapan kami pun bertolak ke Jeti Tanjung Rhu untu ke Kilim Geoforest. Kami booking satu boat untuk family kami jer.dengan bayaran rm180 (tel : 0124761154). Boat melalui hutan kayu bakau yang cantik ke Gua Buaya, Gua Pontianak dan ke Restoran Terapung di Hole In The Wall kepunyaan Encik Zamri. Kami book lunch di situ dengan harga seorang rm25. Hidangan adalah Siakap tiga rasa, sayur campur, telur dadar, tomyam campur , popia sayur, buah buah, nasi dan air oren.

Setelah kekenyangan kami di bawa berpusing balik melalui tengah lautan yang dapat menyaksikan Andaman Sea dengan pemandangan pulau pulau yang sungguh indah ciptaan Ilahi di Langkawi ni.. Kami terus menuju ke Cable Car untuk menaiki Cable Car yang paling tinggi iteww. Sebelum menaiki cable car kami singgah untuk menonton pengembaraan 6D cinema yang sungguh menyeronokkan.  Sebelah malamnya kami makan di Restoran Wan Thai yang sungguh sedap murah dan mabeles (012 4308014). Restoran yang sungguh banyak desert thai asli dan kami makan pulut durian yang mabeles. Setelah puas dan kekenyangan bil yang kami bayar hanyalah rm140. Memang strongly recommended.



Hari Ketiga:-

Selepas sarapan kami bertolak ke Waterworld. Di sana kami dibawa oleh pemandu untuk ke jeti. Island hoping kali ni menuju ke Tasik Dayang Bunting, bermandi manda di sana kemudian melihat boat boat memberi makan Helang serta singgah di Pantai Beras Basah untuk mandi pantai.Harga sewaan untuk satu boat rm250 (tel no: 0195907732). Selepas sampai di jeti kami terus ke Mukim Melaka untuk makan tengahari (nasi campur) di Restoran Siti Fatimah. Selepas makan tengahri kami terus menuju ke Makam Mahsuri melawat sambil memborong kuih karas yang paling sedap, kuih goyang dan cok peneram (kalau orang johor panggil telinga keling) yang sungguh sedap. Saya beli 30 bungkus setiap satu untuk souvernir selain coklat daim. Sebelah malam kami meneru ke Jai Island Corner yang teletak di Kuah yang sebelum ni hampa sebab tutup. Makan di situ pun ok dan harga agak berpatutan.


Hari Empat :-

Selepas sarapan terus check out dan bershopping kemudian kami makan di Mak Ngah Gulai Panas berdekatan dengan MRSM. Makanan ala kampung tapi panas panas. Cuma yang ni betul betul cekik darah. Bila saya tanya ditelefon harga berapa katanya taklah mahal. Bila saya bayar untuk lunch tu rm270.   Dua mangkok kari ikan jenahak, 8 keping bawal putih saiz kecil goreng kunyit,udang goreng butter cara kampung untuk 8 orang makan. sambal belacan dan ulam ulam. Air sirap oren  dan nasi. Maknanya seorang kena rm30.

Lepas tu kami sambung shopping dan terus ke airport. Selamat jalan dan akan kembali lagi ke Langkawi insyallah...paling saya rindui tentulah Wan Thai!!!






Pulau pulau di Langkawi yang berbentuk unik














































































































Paya Bakau (Mangrove)

























Eagle Feeding












Gua Buaya






Gua Pontianak


















































Restoran En Zamri (Restoran Terapung)

Ternak Ikan Pari..Pekerja Menunjukkan Acara bagi makan ikan pari








Lunch sambil menikmati restoran sekali sekali terbuai di landa ombak...berdebur habis basah kain




Set Lunch seorang rm25




















































































6D Cinema di Cable Car harus bawa anak anak menonton


Telaga Tujuh Boleh nampak dari tempat Cable Car berendoi



Ni Laksa di Laksa Power mabeles

Ni Laksa di gerai sebelahnya....tak rasa apa..mmg hampa

Makan Laksa Power ditepi laut Jalan Padang Matsirat...sebelah laksa power ada juga laksa...saya try yang sebelah sebab kesian takda pelanggan sangat...tapi memang menghampakan...patutlah Laksa Power orng berkerumun.....


My peberet ever makanan di Wan Thai.












Kerabu mangga di Wan Thai a must try.






Di Jeti menuju ke Pulau Tasik Dayang Bunting




































Menaiki bukit untuk ke Tasik Dayang Bunting yang berada di tengah tengah hutan








Dibina pelantar untuk para pengunjung bersantai sambil melihat keindahan alam ciptaan Illahi.



Dapat dilihat sang suami hanya duduk bersebelah dengan seorang pengunjung lain. Mereka berdua dilihat seperti suami isteri pulak.

Saya memanggil manggil tidak diendah oleh sang suami kerana suami dari dulu ada satu perangai tak berapa enjoy  bawa anak bercuti cuti.

Waktu ini tetiba Hafiiz panik dan tidak terdaya untuk berenang...dia meminta pertolongan untuk saya hulurkan tangan...saya yang sedang sibuk snap gambar gambar terus menghulurkan tangan tapi  saya hanya mampu menghulurkan tangan tetapi tak kuat untuk menarik ke atas disebabkan dinding yang licin....ada seorang pakcik pengunjung di situ mendekati seperti mahu menghulur pertolongan tetapi setelah Khairi menolaknya ketepi keadaannya kembali stabil.

Saya bagi dia semangat untuk terus berenang menuju ke tangga untuk naik.





Ketika ini mereka berempat berenang perlahan lahan untuk ke kawasan berdekatan dengan tangga. (maya yaya terbang  pulak saya tengok Alisya)

Mandi manda di Tasik Dayang Bunting harus memakai jaket keselamatan kerana kaki tak akan dapat menjejaki dasar yang sedalam 30 kaki.


Liana dan suami bersantai menaiki boat menggunakan bateri...


Kelas gitu .....



Cantiknya tasik ciptaan Illahi......








Kagum dengan cinta dan kasih sayang si Enggang. Sejuta kali lebih baik dari kebanyakan lelaki zaman sekarang....


































































Berjemur di Pantai Beras Basah









































Nasi campur di Restoran Siti Fatimah. Kerabu Beronok ada di sini. Tapi beronok tu keras dan liat rupanya...main telan jer....la jawabnya


















Di Makam Mahsuri...kuih kuih goreng ni kami borong sampai habis. Pastu kedai pun tutup cepat.


Rumah Pandak Mayah bapa kepada Mahsuri...unik dan membuat saya betul betul terkenang rumah arwah nenek dulu.









Depan rumah Pandak Mayah



Telaga Mahsuri



Imran ceduk airnya dan buat basuh muka...untuk menyerikan wajah..





Sebelum diborong


Add caption




Rasa sedih bila membawa kisah Mahsuri....






Berjalan jalan di sepanjang kedai kedai di Pantai Cenang





Singgah di Amara Spa di Cenang Mall untuk berurut



Dari Oldtown White Coffee Cenang mall dapat menyaksikan sunset







Ok sunset dah berlalu








Di Jai Island Cafe jangan lupa order Nasi Goreng Belacan memang mabeles



Dinner di Jai Island Cafe 


20 comments:

liana mail said...

salam puan nani...suka ..dan sangat cantik..terus teruja nak melawat langkawi lagi..

Irfa said...

percutian keluarga yg sgt menarik
bukan senang nak bercuti satu family

zura aizurazu said...

salam auntie.. bahagia sungguh family auntie :) cantik2 gambar vacation tu. oh, tapi lens or camera dslr tu rasanya kena hantar servis la sbb dkt gambar ada dot hitam tu, auntie perasan x? sayang tgk gambar2 jadi tercemar giteww.. btw, semoga family auntie sihat dan ceria2 selalu..

Adam Haiqal said...

anak akak si khairi tu ade potensi jadi model nanti tu...:)

john_nash said...

sukanya tengok Alisya pakai tudung :) xoxo

MeM nak kurus said...

tenkiu aunty sudi share banyak sangat membantu untuk saya lak g jenjalan lepas nih..tenkiu aunty....mmmuah...

::eLeya:: said...

hai k.nani! sy fatehah elia yg tegur & mintak bergambar dgn k.nani & hanis kat tasik dayang bunting tu..hee~k.nani & hanis 2-2 pon cantik sgt..mcm adik ngan kakak..hubby pon ckp cmtu..nice to meet you.. =)

Sue Md said...

Tuuuuu dia entry kali ni....penuh gambar....cantik2... Puas tengok...tapi kan susahnya nak jumpa gambar kak Nani & Hubby..... Ermmm????

Miss Moon said...

hahahhah ai ingat ai sorang jke perasan ada habuk kat mirror kamera hahahha rupanya ada org prasan jugaks .

Kak Nani ley wat sendiri ngan remove lense n pakai blower utk cuci lense tew n blow utk buang habuk . Its acctually a very tiny dust ...lepas blow pakai blower tew ...cer try test ngan snap gamba kat dinding putih tgk dot tew ada lagi tak .

Kalau ada ...biasanya kamera baru nih dia ada cleaning function dia ...n dia hapuskan habuk yg terperangkap ...ley cuba jugaks

kalau stil ada cuba masa detach kan lense try tgk atas cermin dlm body tew ada nampak habuk tak ...

so kalau nak selamat lagi ley pegi kedai n mintak dia org buat kan .

Btw ...best kan pegi langkawiiiiiiiii ....n ur kids sangat la comel n handsome2 ....tgk mak ngan bapak dia la kan ..........

mikamusz said...

dah lama saya tak ke Langkawi. Nampaknya kedai makan yang sedap boleh dijadikan rujukan.. thanks kak Nani.

reyna said...

salam kak nani tak dapat saya nak jumpa kak nani hanis family hee...alamak saya salah cakap wan thai tak sedap....rupanya masih sedap macam dulu lagi...lama tak pergi....nanti datang la langkawi lagi...

Iera Insyirah said...

Alhamdulillah.. ada jgak sorg anak akak yg ikut btudung mcm mamanya. cume mgkin alisya blom pndai bfesyen ngn 2dung je lg. yg penting alisya ttp cute n manis~ ^_^

NaniRostam said...

Assalamualaikum,

Camera Canon EOS 600D tu kepunyaan Alisya tapi malangnya seorang pun anak kak nani tak berapa rajin nak berfoto fotoan maka segala gambar kak nani yang berpapparazzi...tu sebab gambar kak nani sendiri tak ada. Kamera tu dah setahun setengah tak berservice sebab tak da masa...baru semalam hanta service...dah ok.

Alhamdulillah Alisya dah bertudung. Kadang kadang iman seseorang tidak mengira usia. Namun bukan yang tak bertudung tak beriman...Mereka beriman cuma mungkin baru masuk separuh sebab masih memandang duniawi.

Apabila kita hanya Mencintai Allah dan Rasul-rasulNya lebih dari segala gala di atas dunia ini maka iman itu akan masuk sepenuhnya. Namun iman sahaja tidak mencukupi ibarat pokok yang tak berdaun apabila tidak disertai dengan tanpa amal soleh.

Insyallah doakan sama moga moga semua anak-anak kak nani akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehan.amin.

Rani Rashid said...

Salam K.Nani,

Saya silent reader. Dh hampir 2 tahun lebih saya mengikuti perkembangan K.Nani.

Saya rasa keluarga K.Nani keluarga yang bahagia :)

Kadang-kadang saya sedih membaca komen-komen daripada segelintir pembaca yang suka menghukum orang lain. (maaf, saya tidak tujukan kepada sesiapa di sini).

Saya melihat K.Nani sebagai seorang yang terlalu "jujur" untuk berkongsi segalanya sehingga dipandang negatif oleh orang lain.

Dan saya melihat anak-anak K.Nani juga begitu. Mungkin orang lain terutama sekali masyarakat Melayu lebih melihat dan menilai seseorang berdasarkan penampilan.

Tetapi pandangan saya, bukan begitu caranya. Kita (orang Melayu) sering kali suka menghukum dan melihat yang negatif sahaja dan tidak pernah cuba untuk muhasabah diri sendiri.

Manusia di muka bumi ni tidak kira bangsa, agama suka dihormati.Kalau kita ingin menasihat, kita nasihat dengan cara lemah lembut bukan keji mengeji.

Saya sedih, bila orang Islam sekarang menasihati orang lain yang difikir "serba kekurangan" itu dengan kata-kata cacian.

Tidak sedarkah "layak kah dipanggil orang Islam jika begitu perangainya?" Jadi, apa bezanya menasihati orang lain yang dianggap jahil sedangkan kita sendiri juga jahil mulut?

Dalam hidup ni mudah sahaja, "senantiasa berfikiran positif dan amalkan sifat-sifat positif" Jika melihat orang lain "serba kekurangan akhlak", maka ajaklah orang itu bersama, pimpin tanganya. Bukan menolak lalu mencemuh.

Keikhlasan hati itu penting.Kalau ikhlas, segalanya terpancar di wajah. Tapi kalau tak ikhlas, hati itu sentiasa busuk hati, mulut itu sentiasa mengeji walau solat 5 waktu tak pernah tinggal, walau tudung dan jubah kemas di badan.

Semoga kita sentiasa berfikiran positif dan mencari keredhaan Allah s.w.t.

Seneorita Baharin said...

bestnya bercuti dkt langkawi...heee :D May Allah bless u n ur family kak nani..happy2 sokmo ye..

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Terima kasih kak Nani utk entry ini...setidak2nya dpt bg saya gambaran nak buat xtvt apa sepanjang saya sekeluarga yg akan ke Langkawi nanti awal bulan depan...
tak sabar pulak nak pegi bila dah tgk gambar2 percutian kak Nani ke Langkawi dgn keluarga ni :)semuanya nampak menarik... :)

Secret Bake House by WNA said...

thanx k.nani ats info2 yg menarik...sgt m'bantu utk trip ke langkawi this coming march. thanx again

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Nurul Akhmal said...

Assalamualaikum..

Maaf ganggu masa anda. Saya, Nurul Akhmal, pelajar PHD hanya nak minta untuk bantu saya kumpul maklumat / data yang saya perlukan dari semua.

Saya perlukan data / maklumat ini untuk peringkat analisis data.

Survey ini untuk anda yang dah pernah melawat Cameron Highlands atau Langkawi atau kedua-duanya sekali.
Survey ini mengambil masa 5-10 minit untuk diselesaikan (bergantung)

Untuk pertama kali jawab survey ini, anda boleh jawab soalan-soalan seperti biasa, tetapi jika anda ingin jawab untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya UNTUK TAMBAHKAN MAKLUMAT survey, boleh ikut step yang dah disediakan dalam survey ini (juga dikenali sebagai pengguna kedua "Second User")

Kalau ada yang tak faham, boleh terus mesej kat sini yer
Really need all your help..

Link survey KLIK URL SINI: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM

PM saya untuk sebarang permasalahan

Inshaallah, saya akan sediakan hadiah misteri untuk peserta yang bertuah dan terima kasih atas penyertaan semua. Semoga Allah s.w.t membalas jasa anda.
*Mohon sebarkan kepada kawan-kawan yang lain juga

Terima Kasih

HONEYZONE HOLIDAYS said...

terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami untuk
ISLAND HOPPING :
HONEYZONE TRAVEL & TOURS SDN BHD
019-5907732
www.honeyzone.com.my

SEHINGGA BERJUMPA LAGI...