Thursday, January 10, 2013

Anak Anak Adalah Lensa Hati Saya



Assalamualaikum

Alhamdulillah. ..sudi lagi membaca coretan dan nukilan hati saya di sini. Sudi lagi menumpang rasa kegembiraan dan kebahagiaan hati saya di sini. Mungkin saya bukan muslimah yang terbaik namun saya cuma berusaha untuk jadi ibu yang penyayang dan selalu mahu menggembirakan hati anak-anak. 

Alhamdulillah tiada apa yang lebih menggembirakan dihujung hujung tahun ini  ni bila Alisya dapat 4 A 1 B saya amat bersyukur. Walau Alisya menangis kesedihan kerana tak dapat 5 A, saya pula rasa bangga bahawa anak kecil itu mula sedar bahawa betapa pentingnya setiap keputusan exam yang baik akan membuat kita bangga dan gembira. Saya katakan padanya...Alisya pandai..banyak lagi exam untuk Alisya buktikan yang Alisya memang pandai.

Alhamdulillah walau seusia 11 tahun dia dah bekerja dah memperolehi pendapatan yang lumayan mampu membuat dia bebas dan seronok membelikan hadiah hadiah untuk abang kakaknya. Walau semua anak anak saya tak  menghadiri kelas tuisyen dan rekod kehadiran ke sekolah agak tergelincir namun atas kasih sayang abang kakaknya dapat juga sedikit sebanyak tunjuk ajar dalam pelajaran dari mereka. 

Alhamdulillah kendati hujung hujung tahun adalah hari jadi saya dan hadiah paling berharga adalah apabila Imran mendapat 8 A dalam PMRnya. 

Insyallah dengan izin Allah saya ingin terus jadi ibu yang penyayang dan mahu menggembirakan hati anak anak kerana itulah sebenarnya kebahagiaan saya.

Jadi apabila saya gembira, anak anak gembira, maka rezeki yang diperolehi saya kongsikan untuk anak anak menikmati kegembiraan. Baru baru ni apabila Air Asia membuat tawaran tambang murah ala ala free gitu, Imran adalah anak yang paling peka mengingatkan saya untuk percutian yang harus dirancang apabila mendapat peluang tambang murah.

Dari penempahan tiket, penginapan dan tempat tempat makan semuanya diurus oleh Imran yang sangat capable membuka Agensi Pelancong bila besar nanti selain pengusaha restoran dan perhotelan..hehehe memang berbakat.

Maka di sini saya kongsikan keseronokan kami bermain main ikan dipersisiran pantai Sabah.

Insyallah satu hari nanti  jika diizinkan Allah kami ingin sekali menerokai Pulau Sipadan yang cantik itu.




Penthouse yang sungguh classy dan mewah tempat kami menginap iaitu sebuah penthouse di Marina Court. Harga Agoda satu malam rm400 +++sangat selesa untuk 11 orang penghuni.

Pemndangan Laut dari Penthouse Marina Court tempat kami menginap

Hari pertama seawal 8 pagi kami sudah mula menerokai angin pagi yang cerah di jeti untuk berlepas ke pulau-pulau pilihan...





Apakah yang lebih santai bersarapan di jeti sambil menyaksikan keindahan perairan sabah


Teruja menaiki bot di jeti yang dibina kemas dan indah











Mata masih malu untuk terbuka.....sembab dan sepet

Loving Couple Of The Year


Boat kami meninggalkan jeti




Percutian bersama keluarga adalah satu satunya yang memang dinanti oleh anak anak.












Ikan ikan di perairan Pulau Mamutik sungguh banyak



























Churp churp Muahhhhhhaha













Alisya memang mempunyai bakat lakonan yang mantap


Bermain dengan ikan.... sambil melayan panggilan dari production house










Fokus fokus......


Berpaparazzi dengan ikan ikan





Khairi dan Alisya mengepung ikan ikan jinak menggunakan kain tshirt yang di pakai...









Memang leka dengan ikan ikan ni....







Siapakah ini...pasti Hafiiz dan ikan ikannya...



























































Kami meninggalkan ikan ikan yang sungguh manja di Pulau Mamutik menuju Pulau Manukan




















Dijeti Pulau Manukan










































Pantai Pulau Manukan yang dijaga rapi dan bersih











Terdapat peluru dan meriam peninggalan perang

Harus dicontohi




















Di Pulau Manukan
















Melihat anak anak bermain pasir di Pulau Manukan sambil saya seorang diri berfoto fotoan
































Reception Di Pulau Manukan untuk sesiapa yang menempah resort di situ




Menuju Pulau Sapi untuk Makan Buffet dan sambung mandi manda












Bila lepas mandi...makanan jadi begitu enak dan lazat


Bila di Sabah cari Kepak Ayam Panggang yang memang tiada tandingan

Mereka berselera makan dan saya masih meneruskan berfoto fotoan


Makan makan sambil ditemani biawak  besar yang merayap mencuri makanan dari khemah berdekatan











Hafiiz men'tan' kan kulit yang dah sedia tan


Antara ke tiga tiga Pulau ...Pulau Sapi adalah yang paling best untuk mandi manda dan snorkling sebab coral yang sungguh cantik dan indah dan air yang sungguh jernih.

55 comments:

  1. Ikan-ikan tu ada di gigi pantai je ye kak...seronoknya bercuti dengan keluarga...

    ReplyDelete
  2. auntie! keep on updating ya blog! and if can updatelah a bit about your cats and how you take care of them :) really look forward for it

    ReplyDelete
  3. auntie! keep on updating ur blog! and nanti auntie share lah about some tips to take care of cats ;) looking forward to it ;D

    ReplyDelete
  4. bestnyeerr..rindu nak balik Sabah. tak pernah sampai lagi kat Pulau Sapi even saya orang KK. Pulau Manukan dengan Pulau Mamutik je pernah pegi. hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah buat anak2 auntie. btw rindu kat tiga2 pulau tu. kundasang juga. harus minta posting sana nnt.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Auntie atas kejayaan anak-anak. Gambar-gambar ni semua ambil dengan kamera yang sama ke? Canon model apa ye? HAri tu tak catch up nama model yg auntie pakai... sekarang saya sedang survey jenama Canon utk bercuti. Harap boleh membantu =)

    Disneyland Fee Is Cheaper Than Genting Resort

    ReplyDelete
  7. wow..bestnye nani...n tahniah buat imran n aliaya..happpy belated bday ya..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. cantik sungguh pulau2 ni. terpesona tgok

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Anak-anak akak semua berbakat dan pandai...


    Bestnya family trip.. :)

    ReplyDelete
  13. auntie u cntik sgt la.. ur real age brapa eak?? hahaha seyesly nmpk mcm sbya ngan hanis plak..

    ReplyDelete
  14. Akhirnya Kak Nani update blog..... yey!!!!!

    ReplyDelete
  15. Tahniah Alisya dan Imran atas keputusan peperiksaan yang baik.

    Tentang Sabah, memang pantainya Indah sekali. Dari ketiga2 pulau yang disebut, saya juga paling sukakan Sapi. Pertama kali ke Sabah, saya singgah di ketiga2 pulau ini tapi yang seterusnya saya lebih suka habiskan masa di Sapi sahaja. Memang seronok lebih2 lagi dulu kita boleh bagi makan kepada ikan2 tersebut tapi kali terakhir ke sana, ia susah tidak dibenarkan. Mungkin tidak mahu menganggu tabii ikan.

    Keep on writing kak Nani. I always like you entries.

    ReplyDelete
  16. best gilerrr la auntie..

    siap ckp kat tunang,kot2 bole honeymoon kat sini nanti..

    nanti saya kawen,saya jemput auntie sekeluarga yer....

    hehehe

    tahniah jugak untuk alisya ngan Imran....pandai2 anak auntie

    ReplyDelete

  17. Tahniah buat Alisya dan Imran....!

    seronok nengok gambar ikan2 yang sangat jinak tu....

    air lautnyer jernih tol..sampai nampak dengan jelas ikan di dalamnyer...yang pasti camera yang kak nani guna pun mesti special kan? heee

    mane gambar kak nani...huhuuu...

    ReplyDelete
  18. Assalam Nani, tahniah untuk Alisya dan Imran, anda ibu terbaik, walaupun anak2 sibuk dengan casting, modeling dan bagai tapi pelajaran diutamakan, itu yg buat saya kagum!

    I follow u

    ReplyDelete
  19. Rindu dengan ikan-ikan Pulau Manukan. hihi. Pulau Sapi cantik, tapi banyak biawak.

    ReplyDelete
  20. Tahniah buat Alisya^^

    Seronok baca cerita pasal trip kak Nani & family, dapat jugaklah idea kalau2 ada rezki nak melancong ke Sabah^^

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, keluarga auntie yang sangat bhagia... anak2 yang membesar dgn baik dan cerdik... :)
    btw, boleh tahu tak, berapa eh jumlah kos semua tu?? atau mmg semuanya free kecuali tiket flight ke camane???

    ReplyDelete
  22. bestnye anak-anak kak nani semua pandai-pandai. saya sekarang duk tgh bz monitor anak-anak sedara jela buat masa ni harap diorang pun akan berjaya mcm anak2 kak nani.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Salam Kak Nani sayang.

    Yayyy!!! akak dah kembali tulis. I love you la kak :)

    Congrats Alisya dan Imran. Congrats juga kat Kak Nani sebab doa akak, usaha akak membuatkan anak-anak berjaya.

    Suka tengok gambar percutian, muka semua happy! Suka tengok gambar Hanis dok cakap dalam telefon tuh. Yang lain-lain dok pandang ikan dalam laut, dia sorang sibuk bertelefon. Hehehe...Tapi kan Kak, tak acilah. Mana sekeping gambar akak? Tahulah juru gambar kan, kot ye pun selit-selit la gambar dengan anak-anak main air laut. Nanti lepas ni letak gambar akak yek.

    Hujung tahun ni plan lagi la kak bercuti bersama family.

    ReplyDelete
  25. subhanallah, cantiknya... seronok tgk happy family kak nani, semoga berkekalan hendaknya. maybe lps ni blh share tips camne nk 'glue' anak2 ni esp yg teenage, nak bg bonding tu sentiasa kuat.. btw, congrats imran & alisya.. susah sy nk cam anak2 lelaki kak nani, their are identical!

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. hye aunty.sgt best aunty bikin entri sungguh kaya gambar yg sungguh cantik + indah setelah lama tak muncul.yeay!! super best percutian bersama famili.aunty guna kamera apa ek? cantik gambarnya.tp sy terperasan ada satu dot itam kecik kat sesetgh gambar.mgkn ada kotoran/fungus kt lense.kalau kotoran je,sgt bernasib baek.lap je dah ok.kamera gedabak sy dh mcm ternak fungus jadinya.uhuhu..

    ReplyDelete
  28. Tahniah buat alisya dan imran. Bestnya holiday ke sabah...

    ReplyDelete
  29. tahniah buat alisya and imran...lama x baca coretan auntie..semoga berbahagia selalu

    ReplyDelete
  30. kk Nani memang contoh Ibu yang baik, cukup baik.

    bisa mendidik anak2 sehingga menjadi anak2 yang membahagiakan orangtua.

    ReplyDelete
  31. pemandangannya sangat bagus sekali yah, salam kenal

    selamat siang saudaraku, ini kunjungan dari Indonesia, dalam rangka silaturahmi
    salam sukses untuk semua saudaraku .....
    terima kasih, jangan lupa singgah balik
    ditungggu

    ReplyDelete
  32. 'pandainye' komen dari kak nani kita. tu dia kak nani kita.masih tidak boleh terima kritikan.,yelahh.anak2 die kan bagus semua nyaaaaaa.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. salam kak nani, insyaallah kesempurnaan itu akan dicapai juga nanti. by the way, sabah mmg one of the best gate away kan..dulu dah pernah pergi...tapi selalu terkenang nak datang lagi. sabah i will come again, nect station sipadan island

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html

    ReplyDelete
  36. Congratulations to Imran and Alisya! :))

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. tahniah utl alisya dan juga imran
    cantik sungguh pemandangan dan suka tgk family kak nani bercuti sekeluarga.semoga kekal bahagia dan berkasih sayang smpi bila2 ;)

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  42. mak oi seksi nya. tak segan ke tunjuk dpn ayh sndr tu. tau lar putih melepak

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  47. salam kak nani... baca blog akak buat sy xsabar nak pg kk n kundasang...air asia promo skrg ni..hehe..boleh tanya tak kak nani amek pakej kat mana? nak info la kak.. :)

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  49. Byknya komen kena delete.silalah berpijak di bumi yang nyata kak nani.dah berani bermegah,sila berani la untk terima kritikan.saya puji dan respect hanis punya penulisan.tercukup matang dan langsung tidak menongkat langit.akak patot belajar dr beliau :)

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum

    puan alia ahmad. Terlalu banyak gambar hanis bersama keluarga...maka akhirnya saya terpaksa akur harus mendelete semua gambar-gambar yang ada Hanis yang begitu menyakitkan hati para pembaca blog saya. Jadi saya juga terpaksa mendelete segala komen kerana bila gambar tiada komen itu dah tak relevan lagi. Hak saya untuk publish dan hak saya untuk delete.

    ReplyDelete