Monday, December 17, 2012

Akak Jujur Dik




Assalamualaikum

Apa khabar semua. Harap harap semua sahabat dalam keadaan baik..sihat di bawah rahmat dan lindunganNya. Bagi diri akak alhamdulillah Allah masih benarkan akak bernyawa...beri kesihatan yang baik..masih boleh menulis..memasak...beribadat dan segala aktiviti yang mampu akak buat. Alhamdulillah.

Sebelum meneruskan bicara..akak ingin menyusun jari memohon kemaafan andainya nanti tulisan akak ni nampak terlalu mendabik dada, menunjuk nunjuk dan nampak bermegah megah sehingga ada sahabat sahabat diluar sana apabila membaca terasa hati dan sebagainya.

Insyallah akak cuba jadi yang sejujurnya Akak jujur dik. Kalau adik adik berasa hati haruskah akak jadi hipokrit. Tentu tidak dik. Apa yang akak tunjuk di blog ini adalah kehidupan akak. Rumah akak..masakan akak.resepi akak..anak anak akak..dapur akak...aktiviti akak..makanan akak...jadi haruskah akak tunjuk akak makan nasi lauk telur goreng dengan kicap? Sedangkan akak sendiri memang tak suka makan telur goreng. Kalau akak tak tunjuk tentang diri akak dan kehidupan akak maka TAK DALAH BLOG ni dik.

Kadang-kadang akak kesian dengan anak akak yang lain lain. Disebabkan kakak dia lebih menonjol sebagai blogger/celebrity, maka anak anak akak yang lain dianggap sebagai menumpang sahaja.

Akak jujur dik. Bukan begitu dik. Masa nak dapat watak yaya dalam animasi BoBoBoi tu, Imran, Hafiz dan Alisya beratur panjang nak audition dik. Sampai rasa macam nak bawak tikar bantal baring baring kat situ dik. Sampai menangis nangis Alisya akak paksa dik..dek terlampau anti sosial dan malu. Maklumlah dik, anak akak ni ramai maka tak maunya dorang bergaul dengan kawan kawan dan jiran tetangga.Bagi dorang bergaul dan bersosial dengan adik beradik pun tak cukup masa dik. Tu pasallah bila akak push pergi buat benda benda macam ni punyalah dorang liat dik..Malu yang terlampau dik.

Alhamdulillah memang bakat Alisya terserlah...dia yang dapat job tu dik. Begitu juga jadi pengacara BERITA ADIK di TV9 dik. Ramai yang datang untuk audition dik. Anak anak staff TV3 berduyun dik. Naik gerun akak dik. Tapi memang dah rezeki Alisya, dia yang dapat dik. Memang dia berbakat dik. Malah masa kakak dia ditawarkan jadi host, kakak dia yang belajar dari Alisya dik. Percayalah dik...akak jujur dik.


Ini bukan nak menunjuk nunjuk ya dik. Ini cuma nak berkongsi pengalaman akak bawa keluarga akak bercuti di Negeri Di Bawah Bayu dik...akak jujur dik.



Jom kita ke Sabah. Kami ke sana menaiki Air Asia dan menyewa sebuah van yang menunggu di airport. Hari kedua di Kota Kinabalu kami bertolak ke Kundasang, Ranau untuk menginap di Pine Resort yang terletak di Lereng Gunung yang berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Untuk melihat Puncak Gunung Kinabalu kita harus berada di atas gunung yang bersebelahan dengannya.

Percutian yang berbaloi kerana satu pengalaman yang indah yang kita belum rasai bila berada disemenanjung. Kali ini akak paparkan pengalaman di pergunungan Kinabalu. Insyallah post akan datang di Pulau pulau di Sabah yang indah dan airnya yang jernih.Insyallah.






Puncak Gunung Kinabalu waktu awal pagi yang belum ditutupi awan dapat dilihat dari pergunungan yang berdekatannya.



Menikmati keindahan alam dari beranda Pine Resort tempat kami menginap.






Tempat kami menginap adalah berada teratas sehingga dapat menikmati pemandangan yang paling cantik dari sini.



Sarapan pagi yang nyaman dan dingin di coffee house resort.


Disediakan pangkin/beranda untuk bergambar dan menikmati keindahan ciptaanNya.








Berasak-asak para pendaki Gunung Kinabalu mahu memulai pendakian mereka....



Bila hampir tengahari awan mula menutupi puncak Kinabalu...


Perjalanan menaiki gunung melalui lereng lereng gunug...


Tetapi keadaan jalan yang dituras luas dan besar maka perjalanan menjadi mudah dan menyeronokkan.



Hari semakin beredar..awan pun beredar datang mahu meliputi sebahagian puncak.




Pasar malam di pekan Kundasang yang terletak dilereng gunung....





Kuih yang putih tergantung paling kanan di sana di panggil Kuih Lidah Buaya kalau di sini di panggil  Kuih Tiram tersangatlah sedap. Mula-mula beli satu...bila dah makan sedap terus beli 30 bungkus untuk souvenir. Walah!





Liana berkesempatan membeli Madu Lebah Asli...akak tak nampak dik...kalau tak hangkut jugak...




Setelah penat meronda kami balik ke Pine Resort.



Landscape yang sungguh indah...








Bunga bunga cantik meliar dilereng lereng gunung dapat dilihat dari Pine Resort tempat kami menginap

Dalam perjalanan pulang semula ke Bandar Kota Kinabalu, kami singgah ke ladang lembu....










Memang indah pemandangan di sini. Sejuk nyaman seperti berada di Ladang Lembu New Zealand.


Kami menikmati kesegaran susu segar di sini.



Air tin di peti sejuk brand gardenia lagi...kalau kat sini roti jer...


Selamat tinggal Kundasang..dari kamu puncak Kinabalu kuingati selalu...



Ok Selamat tinggal Pine Resort..kalau ada umur yang panjang insyallah berjumpa lagi....

90 comments:

PINATBATE said...

Cantik yer kak..teringin nak pergi suatu hari nanti.

munamuni said...

auntie, bestnye..... huhu, syok betul bercuiti ..

Hamed G Gur said...

Saya pun jujur kak.

NaniRostam said...

Sama sama jujur kita dik...

mush said...

heee...ni mesti ada yg kacau akak nani ni, hehehhe

nona hidayah said...

cantiknya tempat nie..mcm dalam cerita Dejavu di kinabalu..vuvuvu ;)

Hamed G Gur said...

Kita sekampung kak. Orang Parit Tengah memang jujur² belaka :)
Lagi² orang belah² darat sikit.hahaha

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Cantik kn...mmg pine resort sgt2 bes..musim cuti n wik n..mmg ssh nak dpt klu x booking awal2...

Girl said...

Terpulang bg seseorg nk menerima kejujuran kak nani tu mcm mana. Tp dgn kejujuran kak nani itulah mnjadi sumber inspirasi bg saya & keluarga. Yg baik jdikan teladan...

Angah said...

tak pe le kak, kita bercerita untuk berkongsi sesuatu, kalo org terima dengan baik, maka baik lah yang dia dapat

Norihan Din said...

Assalam..kak nani..lg senang klu kita jd diri sendiri..x penat nk ctrl itu ini..pedulikan apa org nk kata..lama dh kak nani x update blog ni..

emy pokden said...

dah lama hati nak tgk kk tu...insyaallah thn dpn nak bawak anak2 ke sana...

♥MAMASYAZA♥ said...

wow bestnye kak, pemandangan yg cukup cantik.

udez said...

cantik sungguh..actually sy pernah terfikir gak pasal hanis yg femes dan adik beradik yg lain akan dikatakan seperti menumpang. bkn sy ckp tau kak.sy cuma terfkr rmi yang akan ckp macam tu.sbb adik beradik sy pun rmi jgk(wpun xde yg masuk tv)tapi dlm adik beradik semua pun ada kelebihan sendiri jadi sepatutnya xde istilah menumpang la kan.anyway sy jeles gn diorang sbb dapat mak yang very thoughtful mcm akak.

AiTotYati Mat said...

subhanallah. canteknye pemandangan

leena aunie said...

Beskan...saya da pergi tp yg ladang lembu tu xpergi...

leena aunie said...

bes sgt2 kan..saya da pergi cuma yang ladang lembu tu xpergi...

aziezd said...

mmg rugi kalau ke sabah x ke ranau.... mmg best oooo tpt tu... Azie pun pernah ke sana coz adik ipar org ranau bah.... kita perlu jujur pada diri sendiri... org lain biarkan lah apa yg diorg yg nak ckp yg pasti kita sendiri tahu apa yg kita buat...

Alia Maizurah Ahmad said...

Hanis tu Bkn cantik sgt ! Alisya tu pun hitam je .

Cik Eka said...

minggu lepas ada kawan post pasal kundasang ni..

mmg cantikla..
sangat cantik..
teringin pulak nak pegi...

mamawana said...

Last year sempat gi Kundasang dan Karambunai... pantainya indah dan kedinginan Kundasang yg romantis..

embun suchi said...

akhirnya, kak nani hupdate jugak.
pedulikan la kak. blog kita, suka hati kita la nak tulis apa. bukan kita mengata orang pn.

terliur nk g sabah jugak. cantik.

Dinas Aldi said...

Tengok gambaq2 kat sini rasa teringinnya nak pi sana! :)

Irfa said...

cantiknya..sapa sangka malaysia ada tempat cantik macam kat NZ ;)

susumanis said...

salam kak nani, kalau kak nani yg share picas g travel, tpt x cantik jd cantik, tpt cantik jd surga..sentuhan magic kak nani gitu..eh de pulok kata hanis bkn cantik sgt, alisya hitam je, maaf dik ko pulak besa besa je mcm auntie ni ha so x yah ngata org ya dik, napok no jelesnyerr..hehe

BLOG ANAK MAMA^^ said...

Patutla nampak Alisya kat TV9, terdetik hati tu macam anak kak Nani..Lucu rasa walupun tak pernah bersua tapi kak nani and family ni rasa macam jiran sebelah yang dah lama kenal je^^

Seronoknya bercuti^^

cik nur said...

untie keluarga makin membesar kan alhamdulilah :)
may allah bless you family :)

Wak Gelas™ said...

wak pon dh penah smpi kundasang jugakkk.. ahHHKs

nabebots said...

as salam..nama kte nadia..kak kte ad ambik pic dr blog kak..nk wat sumber inspirasi..kte nk g tmpt tuh gak..dh pasang impian dh ni...doakan kte dpt g tmpt tuh gak...kak leh bgtau bajet2 nk g sana x..pine resort tuh cntik laa..

Aniz Manan said...

hi kak nani. Akak kan positive orangnya. Jujur gitu.
"Harta yang paling menguntungkan adalah SABAR. Maka, berapa banyakkah sabar yang kita miliki? Teman yang paling akrab adalah AMAL. Maka, akrabkah kita dengan amal? Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Maka, sejauh manakah peribadi kita dikawal? Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Maka, maniskah bahasa kita? Ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

MAMAYIYEN said...

Kak nani, kami akan sentiasa menyokong akak. Jangan risau teruskan berbelog ok.

p/s: Nanti dtg Sabah, gi rumah saya ok.. saya asal dari Kota Marudu Sabah :)

love for life said...

nanti si alia ni confirm kene se-das ngn kak nani:)

NaniRostam said...

Akak jujur dik...kalau alia tu kena sedas dua pun sebab akak jujur dik...si alia tu budak mentah dik...entah darimana dia belajarpun akak tak tahu dik..alhamdulillah anak-anak akak tak macam tu dik. Anak anak akak kaya budi bahasa dik.

sis intan said...

salam kak nani. klu tak keberatan, boleh tak share bajet pegi sabah tu...sbb tgh usha nak pegi sabah jg ni..tq kak :)

Azliana Che Amat said...

Kundasang mmg cntik.skali pndang btul2 mcm kt New Zealand.Last year bkesempatan prgi ke sna.But, ade 1 lg tmpat yg jrg org pergi kt Sabah yg mmg super cantik.Tanjung Simpang Mengayau,(tip of borneo).holiday kt sne,org x rmai wlpn cuti skolah.x ad bnyk pndedahan tntg tmpat tu.Subhanallah,pmndangan yg sgt indah,laut yg x trcemar,tmpatnye pn msih asli tnpa bgtu bnyk pmbangunan.:)

bintangdekat said...

makcik nani, it is annoying when u use "dik" and "nyah" in your writing. it sounds fake. i prefer to read your neutral version of writing.however, keep it up doing it in a natural way!

anak makcik mayb kaya budi bahasa, tp dlm entry intrend kt blog hanis, hanis nmpk gak bayang2 lurah dendamnya.. hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Dulu ila honeymoon kt pine resort. Ila suka masakan cafe kt situ. Hya akn msak msa kita pesan je

love for life said...

saya pun jujur kak nani, saya rasa si hanis dengan alisya tu lagi cantik dari adik alia tu:)

love for life said...

saya pun jujur kak..saya rasa hanis ngn alisya jauh lebih cantik dari si alia:)

yaya said...

salam kakak
alahai..lamanya saya tunggu akak update blog akak
kenapa ni..mcm dah x happy berbelog ni..pedulikanlah orang2 yang beraura negatif kakak..

kehidupan mesti diteruskan..janji akak happy dengan anak2,suami.kawan2 dan kehidupan akak..mmg x dinafikan, di saat kita bangun..semua org memandang dengan iri hati..di saat kita jatuh org memandang kita dengan penuh benci..jadi, kalau nak ikutkan orang...selamanya 'selepek' lah kita kak...dok umah..no achivement..no nothing..

teruskan berbelog sbb akak masih ade ramai kawan2 maya ( macam saya)..yang begitu teruja setiap kali post akak diupdatekan..sharing through here make me feel so confident to face my daily life too..(ur experiences and recipe too)

when i go through 'alia's comment' above..make me feel so glad if u keep writing and bring ur family up and up more and more!

yang penting SABAR..

winks!
~mommy yaya~

eliyana eryn said...

dah memang berbakat....ada orang pertikaikan ke kak??? kalau ada biasalah...sifat cemburulah tu..

Huda said...

Assalamualaikum kak, sebenarnya saya ternanti2 entry terbaru dari akak..Saya sendiri takde masalah dengan entry akak semua dan pastinya saya seronok..Harap akak teruskan penulisan akak yea..:)

MySweetDecember said...

Sabar jelah kak nani dgn orang2 yg jeles kak sekeluarga. Saya tetap sokong kak nani n famili. Ari tu sy pegi kundasang. Bestnya klu jumpa kak nani ari tu :-)

Nuha Apparels said...

MasyaAllah, cantik sungguh bumi Allah di Sabah tu ye ! Keep it up & looking forward for the awesome scenary, mana tau rezeki Allah tup2 1 of your photo terpilih ke apa oleh org2 yg suka adventurers cam ni. Rasa mcm obeci pulak gbr tu.

Teruskan menulis sbb ramai lagi yg suka, org yg suka akan berdiam diri hanya org yg "tak betah" je yg suka canang2. Rezeki Allah yg bagi.

Thanks .

http://nuhaapparels.blogspot.com

mama leen said...

bestnya bercuti.. suka dengar suara Yaya.. eh Alisya.. hehe.. feveret anak saya tu

Lizan said...

tak tau kenapa menitis air mata saya tengok gambar permandangan2 ni kak nani...subhanallah, cantiknya ciptaan Allah .. terima kasih kak nani kerana berkongsi..!

aizeepesona said...

berapa banyak dik daaaa..heheee

subhanallah ...cantek sangat pemandangan kat situ..

beruntung kak nani dah sampai kat sane ..mmg menakjubkan dan nampak suasananya tenang jer...

aizeepesona said...

eh lupa plak nak puji kakak kita nih..(perasan aku ni)..

gambar kak nani yg kat header tu mmg terbaeeekkk !!!!!

Unknown said...

SubhanAllah, cantik ciptaan Allah..nikmat Allah tidak kita lupa..yg kita kerap lupa mensyukuri nikmatNya...jom semua amalkan hidup bersyariat

~Islam way o Life~

Nama Saya Tyra said...

wah!bestnyaaa K.K! eh?bg saya hanis tu cantik je.. semua ciptaan Allah kan cantik-cantik.. mana ada yang buruk2 ciptaan Allah tu.. apa pun satu hari nanti saya nak jugak kesabah! :D

Ayesha Ramlee said...

cantik view... pandai ketik gambar

eezard_vazz said...

Saya suka baca bingkisan dan coretan blog kak nani nih, memang jujur2 belaka... Anak-anak akak pon suma segak2 dan cantik manis belaka... Sebab akak jujur tulus ikhlas berkongsi la akak selalu nyatakan nikmat mana yang mahu ku dustakan selama ini...

Saya doakan akak Nani sekeluarga kekal bahagia hidup aman damai dunia akhirat hendaknya... Murah rezeki selalu... Pedulikan golongan yang kuat PHD nih, doakan yg baik2 bagi mereka...

Laura said...

tak pernah saya terpikir anak2 akak menumpang Hanis, itu cuma pemikiran org yg takder menda lain nak pikir. Apa yg saya nampak, adalah kejayaan akak mendidik anak2. Mungkin masih ada kekurangan dlm beberapa sudut, tapi saya percaya akak akan berjaya juga suatu hari nnt. Your blog is an inspiration!

happy sebb kak Nani sekeluarga suka sabah. Mmg berbeza dgn semenanjung drpd bahasa, budaya sehinggalah makanan. Sejujurnya, mknn sabah ni mmg lain, ada kawan2 semenanjung mmg tak boleh nak masuk dlm tekak sbb rasanya kurang. Tapi itu lah selera org sabah, dan kita harus berpegang pada 'embrace and cherish our differences'.

oh ya, bukan 'pasar malam' kak.. tapi 'Tamu' yg bererti pasar hujung minggu.

lain kali datang la lagi bercuti di sini k :)

Tihara said...

abaikan je kak orang macam tu..
biasanya orang macam tu dia
tak dapat capai apa yang orang lain
capai..

saya suka baca blog yang saya suka
macam blog ni..keep it up :)

aini shahroni said...

bestnyew Gunung Kinabalu!
hehe
eh, ada sis hanis ^___^

from ::Arkitek Hati::

Siti Nabillah Binti Mohd Hafifi said...

Akak ni cantik lahh.. suka tgok blog akak .. hope happy always . :)

vidalsisah said...

Ala satu keluarga femes, bg saya tak timbul isu tumpang menumpang ni. Cuma ada la org2 yg jeles meles kan, lgpon anak2 akak berjaya pulak tu. Tp heran jugak erk, takkanlah teruk sampai camtu skalik diorang neh berhasad dengki. Adohai...berabarlah ya, semoga Allah terus memberkati kaknani sekeluarga.

AuraFIza said...

Nyaman je rasa. Next trip confirm ke Sabah! :)

rainbowpotz said...

Nani,

Don't care what other people say. Just follow your conscience. I am inspired by your blog. Looking forward to your lovely meals and the garnishes.

Syida@Mrs K said...

Cantiknya....tak sangka kat Malaysia ada tempat seindah ini. Sayang tak di popularkan supaya org Malaysia sedar negara sendiri nyata lebih indah..

BTW, Be strong and be happy. Sincerely wish my children akan serapat dan seakrab macam anak2 akak.

Dear budak mentah Alia...pls be polite. Manusia tanpa manners sangat huduh..Chilled!;)

atikah rostam said...

perasan tak persamman antara kak admin dgn saya? sama tak sama tak sama tak sama tak? :-B

Sue Md said...

Salam Kak Nani..... Rindunyer Duk tertunggu new entry blog akak... Finally = ).... Gini jer lah kak Nani, kita surirumah@ home maker 24/7 365/366 days bnyk sangat kerja2 unforseen...susah nak chiter kpd org2 x faham nii...so berblog niii cam salah satu cara kita meluahkan apa yg tersirat & tersurat dlm sanubari kita....kadang kala cam cakap sorang tapi tangan bertaip... Bring out the kid inside us..... Pedulikan jer kata2 negative dari org2 yg ada PhD tuuuu... Senang chiter... I don't know u...u don't know me.. Nak baca ceritaku baca..x mahu baca x payah....ada ku kisah..... So akak tulis jer apa kak Nani nak tulis bcoz ramai lagi peminat2 akak tertunggu cerita2 terbaru kak Nani sekeluarga.. + resipe2 akak pun best, simple but delicious..... Congratulations atas kejayaan anak2 Kak Nani... Luqman/Burger pun baru jer pagi tadi ambil slip kat VI.. (sebelum ni dpt result melalui phone jer dari cikgu Abidah 3M, Jam 2am Sewaktu kami di London).....risau gak takut cikgu tersalah cakap result... Dah dpt & tengok slip sendiri...baru percaya - Alhamdulillah syukur..rezeki.. So keep on writing k... Take care...be happy...Assalammualaikum..

eray said...

inilah risiko meletakkan diri dalam talian, mudah sangat orang nak judge kita, padahal yang layak judge kita hanya Allah.

blog kak nani terbaik, suka baca sebab i'm a mother to..boleh belajar mcm mana kak nani besarkan anak2 hebat tu

n yes..pine resort mmg terbaik, gunung kinabalu punya permandangan adalah one of the best! nak pergi lagi sekali

abang ensem said...

Terlalu indah nukilan entri ini.

SURIA AMANDA said...

CANTIKNYA...indah sungguh ciptaan allah kan...ntah bila dt pergi sana...

pucuk merah said...

hope kak nani kite ni jawab komen bintangdekat tu..hehe

setahu saya..kalau betul anak2 kite tu bagus, perangai elok, x de nye anak2 kite tu sanggup pakai singlet depan orang ramai, sanggup tayang lurah dendam untuk tatapan umum, x de nye nak pakai skirt nampak peha depan org ramai..lepas tu, mak bapak x malu pakaian anak2 macam tu, marah n larang pun x.

saye suke kak nani, tp lama kelamaan, saye nampak kak nani ni macam hipokrit, and x boleh terima kritikan. semua nak org komen bagus2.mintak maaf saye ckp mcm ni.saye rase kalau kak nani x terlalu agung2kan diri n anak2 kak nani, org x kesah pun family kak nani macam mane..cube kak nani bace komen2 kat beautifulnara.com yang entri pasal contest petronas yg ade hanis tu..boleh tahan ramai haters. sume cakap mule2 suke hanis n kak nani, tapi bile dah ade unsur berlagak dlm tulisan, sume jadi haters..


terima kasih..

pembekal mutiara said...

Memang best.sabah best..

pembekal mutiara said...

Memang best. Sabah best.sgt sejuk d kundasang..jam bercuti d sabah

Akmal Khalidah said...

Bestnya :D

Btw, kak hanis cantik sangat macam mak dia ;D

Tiara Fazlin said...

banyak sangat 'dik' nye sempot bace hahah

siti sakinah said...

salam..

Sebagai sesama islam dan sesama muslimah, saya sayang kak nani.. kak nani banyak memberi petua, resepi kejayaan anak2 dan serba sdikit pengalaman yg di jadikan iktibar.. sgt byk pelajaran yg sy dpt dr blog kak nani..

Tapi ada satu yg buat sy sedih dan terkilan.. kak nani lupa, tiada siapa antara kita yg sempurna.. rezeki, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi, jgn sekali2 takjub dan ujub sbb kita tak tahu apa yg akan berlaku kemudian hari.. ada beberapa prkara yg buat sy terpanggil utk menegur.. hrp teguran ini tidak mengguris hati dan di terima dgn positif..

1) Anak2 perempuan yg belum berkahwin, dosanya di tanggung oleh ayahnya atau abangnya atau adik lelakinya.. pesanlah anak2 ppuan kak nani spy belajar menutup aurat w/pun terpaksa.. kasihanilah ayah mereka.. yg menanggung dosa2 anak perempuannya.. jika kita tidak tegur, dan diamkan sahaja ibarat kita menggalakkan mereka utk terus membuka aurat.. smp bila? hidayah perlu di cari.. ada org kata "kalau tutup aurat pun perangai belum tentu baik".. ya betul, yg pakai tudung, tutup aurat belum tentu baik.. tapi yg tak tutup aurat langsung pula terang2 melawan perintah Allah..

2) Bersolek biarlah bersederhana kerana kecantikan seorang isteri hanya utk tatapan suaminya bukan pada lelaki2 lain. Jadi, walaupun kita menutup aurat tp solekan tebal pun tak betul juga.. usahakn solusinya dgn bermula dgn solekan dan pakaian yg tidak keterlaluan cantiknya.. yg cantik itu biarlah utk tatapan suami sahaja..

Selebihnya kak nani fikir2kan lah.. sy bukan cuba mengkondem kak nani.. jauh sekali niat nak memalukan di public post.. harapannya, yg terbaca komen ini turut sama dpt di ambil iktibar... tak perlu rasa malu dgn manusia lain utk berubah jadi baik.. malu dgn Allah lebih patut jika kita tak berusaha jadi lebih baik.. saya sendiri dulu pun tidak sebaik kak nani.. sy cuba berubah jadi lebih baik juga.. insyaAllah..


Maafkan komen ini jika dilihat keterlaluan..

siti sakinah said...

salam..

Sebagai sesama islam dan sesama muslimah, saya sayang kak nani.. kak nani banyak memberi petua, resepi kejayaan anak2 dan serba sdikit pengalaman yg di jadikan iktibar.. sgt byk pelajaran yg sy dpt dr blog kak nani..

Tapi ada satu yg buat sy sedih dan terkilan.. kak nani lupa, tiada siapa antara kita yg sempurna.. rezeki, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi, jgn sekali2 takjub dan ujub sbb kita tak tahu apa yg akan berlaku kemudian hari.. ada beberapa prkara yg buat sy terpanggil utk menegur.. hrp teguran ini tidak mengguris hati dan di terima dgn positif..

1) Anak2 perempuan yg belum berkahwin, dosanya di tanggung oleh ayahnya atau abangnya atau adik lelakinya.. pesanlah anak2 ppuan kak nani spy belajar menutup aurat w/pun terpaksa.. kasihanilah ayah mereka.. yg menanggung dosa2 anak perempuannya.. jika kita tidak tegur, dan diamkan sahaja ibarat kita menggalakkan mereka utk terus membuka aurat.. smp bila? hidayah perlu di cari.. ada org kata "kalau tutup aurat pun perangai belum tentu baik".. ya betul, yg pakai tudung, tutup aurat belum tentu baik.. tapi yg tak tutup aurat langsung pula terang2 melawan perintah Allah..

2) Bersolek biarlah bersederhana kerana kecantikan seorang isteri hanya utk tatapan suaminya bukan pada lelaki2 lain. Jadi, walaupun kita menutup aurat tp solekan tebal pun tak betul juga.. usahakn solusinya dgn bermula dgn solekan dan pakaian yg tidak keterlaluan cantiknya.. yg cantik itu biarlah utk tatapan suami sahaja..

Selebihnya kak nani fikir2kan lah.. sy bukan cuba mengkondem kak nani.. jauh sekali niat nak memalukan di public post.. harapannya, yg terbaca komen ini turut sama dpt di ambil iktibar... tak perlu rasa malu dgn manusia lain utk berubah jadi baik.. malu dgn Allah lebih patut jika kita tak berusaha jadi lebih baik.. saya sendiri dulu pun tidak sebaik kak nani.. sy cuba berubah jadi lebih baik juga.. insyaAllah..


Maafkan komen ini jika dilihat keterlaluan..

siti sakinah said...

salam..

Sebagai sesama islam dan sesama muslimah, saya sayang kak nani.. kak nani banyak memberi petua, resepi kejayaan anak2 dan serba sdikit pengalaman yg di jadikan iktibar.. sgt byk pelajaran yg sy dpt dr blog kak nani..

Tapi ada satu yg buat sy sedih dan terkilan.. kak nani lupa, tiada siapa antara kita yg sempurna.. rezeki, nikmat dan kesenangan yg Allah bagi, jgn sekali2 takjub dan ujub sbb kita tak tahu apa yg akan berlaku kemudian hari.. ada beberapa prkara yg buat sy terpanggil utk menegur.. hrp teguran ini tidak mengguris hati dan di terima dgn positif..

1) Anak2 perempuan yg belum berkahwin, dosanya di tanggung oleh ayahnya atau abangnya atau adik lelakinya.. pesanlah anak2 ppuan kak nani spy belajar menutup aurat w/pun terpaksa.. kasihanilah ayah mereka.. yg menanggung dosa2 anak perempuannya.. jika kita tidak tegur, dan diamkan sahaja ibarat kita menggalakkan mereka utk terus membuka aurat.. smp bila? hidayah perlu di cari.. ada org kata "kalau tutup aurat pun perangai belum tentu baik".. ya betul, yg pakai tudung, tutup aurat belum tentu baik.. tapi yg tak tutup aurat langsung pula terang2 melawan perintah Allah..

2) Bersolek biarlah bersederhana kerana kecantikan seorang isteri hanya utk tatapan suaminya bukan pada lelaki2 lain. Jadi, walaupun kita menutup aurat tp solekan tebal pun tak betul juga.. usahakn solusinya dgn bermula dgn solekan dan pakaian yg tidak keterlaluan cantiknya.. yg cantik itu biarlah utk tatapan suami sahaja..

Selebihnya kak nani fikir2kan lah.. sy bukan cuba mengkondem kak nani.. jauh sekali niat nak memalukan di public post.. harapannya, yg terbaca komen ini turut sama dpt di ambil iktibar... tak perlu rasa malu dgn manusia lain utk berubah jadi baik.. malu dgn Allah lebih patut jika kita tak berusaha jadi lebih baik.. saya sendiri dulu pun tidak sebaik kak nani.. sy cuba berubah jadi lebih baik juga.. insyaAllah..


Maafkan komen ini jika dilihat keterlaluan..

reyna said...

Wah ya allah cantiknya tempat tu...insyallah berkesempatan nak jugak pergi situ...

reyna said...

Bestnya..cantik tempat tu insyallah berkesempatan nak jugak pergi situ

Izzah said...

Salam kenal dr adik Izah...lama dah senyap kak nani, mana story baru?

Linda Tasha said...

Makcik, anak makcik yg berlakon kaku tu islam ke? nape tak reti tutup aurat, pakai sopan2. Dah macam takde agama dah.

bintangjauh said...



Salam Ratuku Nani,

Ratna berkata tadi tidak mahu berkomentar akan tetapi dengan komentar yang berunsur taraf mencebik sepenuh kedengkian yang meluap panasnya dari si makhluk Linda Tasha dan si Alia Maizurah Ahmad itu tidak lah dapat Ratna bendungkan lagi rasa perasaan nan kesal sesungguhnya terhadap kekurangan ajaran menghormati (sekurang-kurangnya) sesama kita semua....!!!

Wahai manusia sealam dunia nan luas, sedar kah kalian semua bahawasanya kalian sudah merebak kan tiupan angin yang menarik kepada semua yang jahil menjadi-jadi kejahilannya dan terus tercuit hati mengumpat-ngumpat mengatakan itu dan ini sebagai menegakkan ulasan yang bertaraf PATHETIC !!! jika mahu menasehati sesama ummat insani pastikan diri itu memelihara nama baik ibubapamu terdahulu karena dari bahasa pertuturan kalian itu nampak sangat kalian membesar dibawah naungan pengajaran yang miskin lagi papa kedana dengan perbahasaan betaraf "teladan", bercakap tanpa tapisan yang beralas sekurangnya, ini tidak... main bantai sesedap hati mengikut sangat rasukan syaitan maka itu lenyap selenyapnya budi bahasa yang dihormati ! orang yang berbahasa seperti kalian itu sebenarnya menggambar cerminkan warna diri kalian yang setulennya yakni datang dari keturunan ------- !! VoilĂ ...

Jika benar pendirian kalian berkaudu hempedu yang pahit simpan jauh-jauh disudut hati kalian dari dikompang canangkan keseluruh muka dunia karena lagi banyak yang bersetuju lagi meng-iya kan penulisan yang hodoh itu akan lagi banyak lah dosa-dosa mengumpat tercipta oleh perbuatan kalian itu, jadinya tanggung lah dosa-dosa tersebut dan semoga disatu hari nanti kalian akan berdepan dengan sumpahan yang sama sehingga tersungkur merangkak dan terbit lah kesedaran bernama taubat nasuha....

Berkomentar memang senang, apatah lagi bernada mencebik menghina bagi memenuhi benak yang berisi hasad&dengki untuk mencapai kepuasan diri yang berdarah dagingkan "sampah masyarakat" yang tahunya mencaci tidak bertempat !!!

Jika mahu menjadi uztazah bertaraf express yang bertauliah bodoh sombong samak kan diri dahulu dari bahasa yang mencaci hina supaya bersih sedikit jika betul caranya... !!!

Maaf seribu kemaafan darinya Ratna wahai Nani karena berbahasa kasar lagi, sampai nanti...

Salam kasihmesra dari Ratna buat Nani sekeluarga.

Surynn Zain said...

Hai, Kak Nani yang Comel!
Saya suka baca blog ni sbb byk tips-kecantikan, kesihatan, ank2, keluarga,masakan, tanaman, hubngan dgn manusia, suami isteri dll.
Teruskan perkongsian ini kak Nani. Apa orang kata tak penting kan..Sbb kita hidup dan kita buat segala2nya kerana Allah SWT. Love u Kak Nani! <3

Ari' Ayatullah said...

jujur . . . saya juga pingin ses . . . . bisa gak ya free ,,, he h he
share ses di http://din-ayatullah.blogspot.com . . . . follow sukses . . ditunggu . . he he

ana farhana said...

seribu kebaikan yg kita bg,1 keburukan kita jugak la yg org nmpk..
sabar ja

ana farhana said...

seribu kebaikan yg kita bagi,1 keburukan kita jugak yg org nampak..sabar ya makcik..anak2 makcik bijak2..

Susan Lolo Bua said...

Kk Nani, saya tak merasa Kk Nani ni memamerkan kejayaan Kk Nani sebagai Ibu, yang saya liat adalah Kk Nani telah berjaya dalam menjadi Isteri, dan Ibu kepada keluarga, saya masih bujang tapi suka baca belog Kk Nani, slalu datang sini, beberapa minggu ni baru berani nak drop komen, sebab segan skit, malu nanti komen saya tak dibaca, tapi syukurlah Kk Nani approved jugak komen saya hee.. gembira hati saya.
saya ada baca blog2 Kk Nani, diorang memang berbakat dan smart, cantek.

Saya harap Kk Nani lebih banyak update blog, share more your story Kk Nani, you have a lot fans here :)

Susan From Indonesia.

liana mail said...

Salam..dlm pada mencebik marah..cuba lihat kata2 tersebut dari sudut positif..walau perasaan amarah menebal..lihat komen2 tersebut tidak kah ada benarnya walau sedikit pun..jgm kerana terlalu ingin menyokong yang salah didiamkan yang betul dimarah ..mungkin cara teguran tidak betul tapi sekurang2nya..individu tersebut menegur demi saudara islamnya..

liana mail said...

Salam..dlm pada mencebik marah..cuba lihat kata2 tersebut dari sudut positif..walau perasaan amarah menebal..lihat komen2 tersebut tidak kah ada benarnya walau sedikit pun..jgm kerana terlalu ingin menyokong yang salah didiamkan yang betul dimarah ..mungkin cara teguran tidak betul tapi sekurang2nya..individu tersebut menegur demi saudara islamnya..

liana mail said...

Salam..dlm pada mencebik marah..cuba lihat kata2 tersebut dari sudut positif..walau perasaan amarah menebal..lihat komen2 tersebut tidak kah ada benarnya walau sedikit pun..jgm kerana terlalu ingin menyokong yang salah didiamkan yang betul dimarah ..mungkin cara teguran tidak betul tapi sekurang2nya..individu tersebut menegur demi saudara islamnya..

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Saya rindu tulisan akak...........

Tea said...

Menegur yang betul bukanlah di hadapan khalayak begini.. Seeloknya melalui emel. Menegur puan nani ni secara terbuka tak ubah seperti mengaibkan beliau.

Nina said...

kak.. nak tanya, duduk hari tu bilik superior standard ke?

Nina said...

kak.. nak tanya.. hari tu duduk superior standard ke?