Wednesday, October 3, 2012

Resepi Nasi Goreng Kampung Cili Padi

\

Assalamualaikum


Riuhnya kicauan burung di belakang dapur seirama dengan keletang keletung belakang sudip berlaga di atas kuali berisi nasi . Angin pagi membelai  hidung dengan aroma redup pagi berbaur wangi belacan dan cili padi. 

Dulu, ketika masih  kecil menjadi warga yang serba tiada, menghuni pendalaman sepi, waktu itu...kalau  mampu biar lah sering di asak aroma dan bau yang sama, aku tak pernah jemu menikmati keindahan pagi dengan bersarapan yang paling mewah dan menyelerakan, nasi goreng cili padi pedas berapi.

Justeru kebiasaan dan mungkin dah terlalu biasa, ubi rebus, pisang rebus, ubi bakar, pisang bakar kami hadap hampir setiap pagi sehingga anak tekak tak daya dilaluinya. Namun atas nama mahu hidup kami makan sekedar mengisi perut untuk hidup yang esok.

Ahh...bukan mahu merintih, mengeluh...cuma mahu berkongsi cebisan nostalgia buat mengingati diri bahawa  apa yang kurang dulu wajar jadi pendorong dan penggerak untuk kita lebih berusaha menjadikan kehidupan yang lebih berjaya.


Ok pembaca ku sayang, di sini nak bagi resepi nasi goreng kampung dan minuman pembuka mata yang berkhasiat untuk diminum diwaktu pagi. Kalau rajin semua pun boleh jadi. Just bangun dan buat. pasti terhidang nanti.

















Resepi Nasi Goreng Kampung Cilipadi.


Nasi sejuk 4 cawan
Telur ayam 3 biji
cili padi 25 biji
belacan 1 inci
bawang besar (merah) 2 biji
bawang putih 3 ulas
ikan bilis putih segenggam
minyak masak 1/2 cawan.
serbuk ikan bilis knorr

Cara-cara :-


Tumbuk cili padi, ikan bilis dan belacan. Ketepikan.
Tumbuk bawang putih dan bawang (besar) merah berasingan. Ketepikan.

Panaskan minyak masukkan bawang tumbuk, goreng hingga naik bau, masukkan campuran cili tumbuk,belacan dan ikan bilis tadi, tumis dan gaul bersama hingga naik bau.

Ketepikan ke semua bahan yang telah ditumis tadi di tepi kuali. Masukkan telur dan kacau sehingga masak dan garing.

Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan serbuk ikan bilis knorr.

Angkat dan hidang.







Untuk jus oren dan carrot, just blend sekali dua-dua bubuh sedikit gula dan siap untuk diminum.

37 comments:

  1. Sedappp, fav saya ni, apa2 je resipi yang kak nani bagi saya mesti cuba dan ikut seratus peratus..

    ReplyDelete
  2. aiyohhh cilipadi 25biji konpem pedas desit nihh hahahah..teringat abang saya pun suka masak nasi goreng cilipadi buh banyak2 pedas tapi sedap dah tu dimakan dgn telur dadar yg buh cilipadi byk juga..elok2 lepas makan semua pakat memerut huhu.

    ReplyDelete
  3. sedapnye,,..sy suke nasik goreng kg.. =)

    ReplyDelete
  4. Salam sis,

    Menggoda iman betul tgk nasi goreng ni.. Dah la tgh puasa ni..

    Astaghfirullahazim..

    hehe.. :)

    ReplyDelete
  5. cedapnya...tapi saya kalau buat x isi belacan..hehe

    ReplyDelete
  6. resepi kak nani sesedap blog yang dibaca.. :)) tqvm kak, semoga harimu indah dan diberkati..aamiin

    ReplyDelete
  7. Banyak betul kak nani pakai cili api? Betul2 meleleh tengok ni..

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa...boleh try ni!

    MiGorengPedas.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. terliuq sgt,,tp da x kuat makan pedas sgt skung sejak kawin..25 biji cili api tu kompen berdesing telinga...

    ReplyDelete
  10. gud suggestion auntie nani.. bleh la try nnti buat mcm ni kan...

    ReplyDelete
  11. I ni just your silent reader...tiap.hari tertunggu2 entry trkini..hari ni baru ada..tu yg trpanggil nk komen..:-)
    Most i like about your blog ni about deco n masak2...keep it up sis..interesting sgt :-)
    Suka tgk rmh u kemas n cantik

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. sedapnya. Suka kalau puan buat entry resipi.. :-)

    ReplyDelete
  14. sedappp..

    eka pun suka nasik goreng camni..

    tapi eka ni,nasik goreng botak,yang rencahnye bawang kecik,cili ngan ikan bilis pun sedap gile.

    ade plak ikan bilis goreng,telur mata letak sos cili ngan kicap,pastu timun.

    tak pandang apa2 dah..hehehe

    ReplyDelete
  15. salam Kak Nani.. maknanya masukkan ikan bilis dan belacan dulu sebelum telur kan? TQ.

    p/s: terliur dah tengok resepi ni.. bahan2 nya plak mudah dan ada di rumah, nak kena cuba buat ni. dapat minum kopi O panas2 pulak pastu.. hmm.. terangkat! :)

    ReplyDelete
  16. Wow...bnyk nya cili api....memang meletop neh...;)

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Nani,
    Sedapnya...saya pun suka buat nasi goreng pedas macam ni tapi bila ada anak2 kecil kena la buat asing sikit utk diorang ^_^

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum

    Dlm senarai bahan, bwg besar. Tp yg ditumbuk bwg merah. Yang mana ya? TQ.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum puan

    Suka juga dgn blog ni. Dlm bahan, bwg besar. Dalam cara-cara masak, tumbuk bwg merah pulak. Bwg mana yg perlu dipakai sebenarnya? Ikan bilis dan belacan juga hilang lepas ditumbuk, hehe. Keliru sikit bab cara tu. Something is missing. :)

    ReplyDelete
  20. Hmmm. Terliur saya tengok gambar ni. Nanti nak cuba bt lah. ^^

    ReplyDelete
  21. Sedapnyer kak nani....simple jer kan nak sedia nasik grg kg nih...=)

    ReplyDelete
  22. mak aii..25 cili padi aunty..mmg meletop nie klau makn..sedapnyaaaa!!!nak cuba larr..

    ReplyDelete
  23. nasi goreng pedas2 macam ni harus dicuba!

    ReplyDelete
  24. Bestnya! Harus mencuba ni! TQ kak nani..:-)

    ReplyDelete
  25. Salam Kak Nani sayang,

    yummyyyy!!! untungnya la jadi anak-anak Kak Nani, celik mata jer makanan atas meja, pulak tu sedap-sedap. Saya paling suka nasi goreng. Tak kira la breakfast ker, lunch ker, dinner ker, memang saya suka sangat!

    ReplyDelete
  26. kak nani next season masterchef tolonglah gi audition :)

    ReplyDelete
  27. yang bikin warnanya hitam apa tu?

    ReplyDelete
  28. sedap...hehehe...blum masak lgi da kenyang...hehehe...

    ReplyDelete
  29. sedap....tengok pun da kenyang.....belum buat lagi...tapi kena masak jugak...sebab nak masak untuk suami....kukuku....

    ReplyDelete
  30. sedap...hehehe...blum masak lgi da kenyang...hehehe...

    ReplyDelete
  31. I am so gonna try the nasi goreng kampong later for lunch, but with less cili padi. Suka pedas tpi tak tahan pedas ^^v thanks sis :*

    ReplyDelete