Monday, September 10, 2012

Jangan Banyak Komplen



Assalamualaikum,

Masih mood raya kan..

Syukur saya berada di bumi Malaysia. Aman damai. Seronok...Meriah berhari raya. Ekonomi semakin baik. Tengok anak-anak dapat duit raya pun rata rata bagi rm10. Rakyat Malaysia ni makin ramai yang hidup senang dan selesa. Rezeki ada di mana-mana di bumi Malaysia ni. Mahu dengan tak mahu sahaja. 

Misalnya tengok ramai indon hidup senang dengan berniaga di Chow Kit. Jangan marahkan mereka atas kerajinan mereka. Kerana lesen orang malaysia yang punya..tapi sebab orang Malaysia dah selesa dengan hidup mereka maka perniagaan di serahkan kepada orang indon. Saya pun ada darah indon. Sebab ayah saya orang indon. Lahir di Jawa Tengah. Maka darah indon mengalir dalam diri saya. 

Jangan mengeluh dengan gaji rm2000 sebulan tak cukup untuk duduk di KL ni. Anak tak ramai, 2-3 orang sahaja. Jangan suka mengeluh. 

Bumi KL ini adalah sumber datangnya segala rezeki kalau kita rajin.

Saya dulu kerja Bank gaji tak sampai seribu. Suami pula, hutang masa bujang tak habis habis keliling pinggang. Maklumlah orang malaysia ni nak duit lebih berhutang, bukan nak berusaha cara lain menambah rezeki.

Saya tak putus asa. Saya jual kek, kuih muih, cadar tilam, barangan siam, masa tu saya jual wallet dan sebagainya untuk menampung duit makan, duit susu anak, duit baby sitter dan sebagainya.

Kakak saya dulu kerja kilang. Bangun pukul 2-3 pagi masak nasi lauk pauk, untuk dibungkus dan dijual di tempat kerja. Pastu buat OT lagi. Bukanlah mengharap sekadar gaji kerja kilang tu sahaja. Nak hidup senang bukan senang. Harus berusaha.Harus rajin. Kalau malas janganlah banyak komplen pulak.

Saya adik beradik tak berpelajaran tinggi ni kerana mak bapak dulu bukan senang nak sekolah anak tinggi-tinggi. Tak lah macam anak anak sekarang, dari A sampai Z mak bapak yang tanggung. Nak beli kereta, nak beli rumah mak bapak yang bayar. Pendek kata kalau  tak da pengorbanan mak bapak, tak tahulah apa nak jadi dengan budak budak sekarang.

Itu pun banyak betul komplen jadi rakyat Malaysia.

Saya dulu nak makan pun susah, apatah lagi nak melanjutkan pelajaran ke IPTA...kalau IPTS tu dalam mimpi pun tak kan singgah. Pelajaran setakat SPM. Suami pun macam setakat tingakatan 5. Tak pernah pulak menyalahkan sesiapa. Mak bapak tetap di sanjung. Siapa yang perintah tetap dihormat.

Kendati, saya tetap bersyukur jadi rakyat Malaysia. Rezeki ada  di mana-mana di bumi malaysia ni.

Kalau tak, takkan beratus ribu pendatang indon mengangkut rezeki dari bumi malaysia di bawa ke indon. Setiap bulan kirim duit ke indon untuk anak bini dan keluarga.

Tu saya suruh anak-anak kita yang ada pelajaran sampai diploma pasal pendawaian letrik..minta betulkan pendawaian letrik kat rumah saya ni.....dah dua bulan tak sampai-sampai. Telefon tak berangkat. Sebab nya...anak anak kita ni dah hidup selesa...malas nak tambah-tambah rezeki yang ada. 

Makanya...dulu pun rumah saya ni orang indon yang buat pendawaian letrik tambahan. Orang indon ini tak dalah pandai macam orang kita. Pandai sikit-sikit jer...tapi mereka cuba dan belajar serta berusaha. Akhirnya pandai mereka tu mengalahkan orang kita yang ada degre, phd bagai....

Nak yang buat patio luar rumah saya ni...upah taklah mahal macam orang cina, orang kita kenakan tapi mereka bertekun janji sedikit sebanyak rezeki yang dicari tu lama lama membukit jugak.

Saya pun sama..nak duduk rumah macam rumah saya sekarang, semuanya atas rezeki Allah yang kita usahakan. Tak lah ia datang bergolek. Suami dah 6 tahun pencen. Macam macam perkara saya usahakan. Jual makanan, jual airkrim, jual kek. Anak anak saya anta gi casting, pertandingan itu ini. Masuk MDG bagai. Pernah juga masuk MLM yang menjerut leher sampai kredit kad hutang bertimbun dok beli product yang sendiri nak telan pun tak larat...bagus memanglah bagus. Tapi kalau dah product sampai 15 belas ribu hengget.(pakai kreditlah tew) .larat ke ko nak telan..dahlah tu pil punyalah besar. Setiap kali telan mesti disertai dengan nak muntah ijo.Walah..

Tak mudah nak senang. Kena usaha berganda. Orang lain pukul 2 -3 pagi berdengkur di ulit mimpi indah...saya bersengkang mata, jaga kuih buat aiskrim. Pagi subuh bangun, bersiap sedia hangkut budak sekolah, keluar masuk keluar masuk, jaga anak orang, buat ais krim, buat kek, masak nasi goreng USA untuk anak-anak jiran yang taksub mengorder. Tak mudah bukan?

Tak mudah. Duit rumah bulan-bulan sapa yang pikir. Suami dah tua..pelajaran tak tinggi..cari kerja yang sesuai dengan jiwanya konon tak diperolehi...

Akhirnya sebab ada darah indon mengalir saya yang terpaksa lebih usaha. Saya tak pernah berkira..kalau saya yang menyara keluarga sebab asalnya Allah pun yang bagi rezeki tu. Saya tak berkira sekalipun hasil harta arwah bapak tiada untuk saya, tapi saya berlapang dada menghulur wang pada emak walaupun wang dia dalam bank berangka-angka  lebih banyak dari saya. 

Namun kerana itu tanggungjawab saya sebagai hamba Allah saya kira kerana Allah bagi saya rezeki untuk saya beri pada anak dan suami serta emak yang masih hidup.

Ada saya komplen? Alhamdulillah syukur saya jadi rakyat Malaysia. Banyak cara untuk menambah rezeki. Yang penting jangan mengeluh, menyalahkan ibu bapa, menyalahkan pemerintah.

Kebahagiaan dan kesenangan ada di mana-mana. Usahakan!!




Berfacebook facebook jumpa kawan masa kerja bank dulu...saya ajak datang rumah beraya, dia kata weekend susah, maka saya kata datang weekday...

Maka, inilah juadah tengahari yang dapat saya hidangkan....



Uikks sambal tutuk ku...dengan sayur bayam memang bagai mendakap cinta...walah


Cucu yati...berusia 4 tahun, makan ayam goreng  4 ketul sorang.., goreng tepung yang mengalahkan KFC tau...rasanya resepi nak pernah bagi....

Rahman, huband yati menjamah pavlova...




Yatie, Alia, Adrian......





Me and Alia








Pastu sebelah malam pergi anta Alisya fitting untuk iklan ASTRO

Jumaat malam pulak, saya Imran dan ALisya pergi solat magrib, isyak, dan solat hajat dan bacaan yassin berjemaah di Masjid  Bukit Jelutong untuk kejayaan anak anak dalam UPSR. Doakan nya. Terima kasih.




Ibu bapa yang kebanyakan anak sulong mereka nak UPSR...saya pula anak bongsu..so yang paling tua di situ ya....











Menghadiri majlis hari jadi Shaien sepupu Chacha budak yang pernah saya jaga tahun lepas....








Berposing sebelum pergi open house rumah besan...







Inilah besan saya...Kak ruby Bos di Perodua...







Kue teau tambah dua kali...yummy sedapnya teringat ingat...rasa macam nak tapau pun ada...hehehe





Makanan memang mabeles...sedap giler, siap dengan kambing golek dari New Zealand walah...Alhamdulillah nikmat mana yang mahu ku dustakan....







Tetamu pun enjoy makan!!





Kuih muih yang sedap


Siap dengan hiasan bunga di meja buffet




Siap dengan music dan menyanyi segala....walah banyak duit orang sekarang...tapi tengoklah macam mana kak ruby bekerja tak pernah mengenal penat, walau jadi ibu tunggal menyara anak-anak tanpa bantuan suami.....ambil iktibar okey.



















Dari rumah besan...kemudian  balik rumah dulu berehat dan posing posing then sambung beraya di rumah kawan hasben...


Ini dulu kete suami..jual kat kawan...datang rumah dia dapat lepaskan rindu bila tengok kete ni balik...



























Di rumah kawan hasben ni pun makanan yang enak-enak, muzik dan suara penyanyi yang sedap...maka saya andaikan...banyak duit orang sekarang. Jalan raya semasa bulan puasa, jam tak hengat sampailah musim raya...jam merata kerana orang sekarang beraya sakan..rumah terbuka merata jalan....indahnya bumi malaysia...seronoknya jadi rakyat malaysia....


55 comments:

Miss Moon said...

betul cakap kak nani ...kita kena rajin usaha utk dapat kesenangan ngan kejayaan ...

lebihkan usaha kurangkan komplen .

tew la kadang skrg nih org semer nak senang je tapi malas nak usaha lebih sket

Moon suka apa yg kak nani kongsi kan ...sangat bagus n menginsafkan Kak Nani

btw Kak nani nampak cantek sangat pakai baju oren

teringin jugaks nak gie umah kak nani ....kelipmatalajulaju

Cik Eka said...

bukan senang nak senang kan auntie..
eka sendiri pun bukanlah orang senang.sebelum ni kerja biasa gaji cukup makan,usaha punya usaha,dapat jugak keja gomen.

boleh jugak bantu mak ayah.
mak ayah dulu pun bukan senang,jual nasi lemak,jual lauk pauk,pun ada yang mendengki sampai menjatuhkan guna benda2 yang tak elok.akhirnya orang yang buat jahat tu terjatuh.

orang teraniaya memang selalu Allah bantu.akhirnya sekarang boleh senang walaupun tak mewah.


sesusah mana pun kita,kalau kita rajin usaha,memang dapatlah hasilnya.

macam yg eka update di blog hari ini,

nak senang bukan senang,nanti bila dah senang boleh senyum balik masa ingat susah,walaupun masa susah tu kita pernah menangis.

Mrs. Norrie said...

kali nih banyak gambar kak nani....
saya sgt suka cara akak bekerja...tak pernah kenal erti letih menyara anak-anak...

Alhamdulillah, saya akan cuba ikut cara kak nani...
Rezeki Allah terbuka luas...

ada the baker said...

salam kak nani. u're such a great mom. love reading your blog. kalau tgk iklan tv3 nampak alisya @bananana ;)

Jen Jen Izaicun said...

agree ngan akak.....

nice entry...

Cik Puan Izan✿ said...

salam..banyaknya mknn yg sedap2..tapi plg suka bila tgk kak nani posing...model la katan :) sorry panggil kak nani sbb nmpak sgt sangat muda... saya segan nk panggil makcik w/pun anak2 kak nani seusia saya... blog ni menjadi inspirasi buat saya untuk kerja lebih kuat dan tekun lagi jika nak jadi senang... ^__^ teruskan berkarya dlm blog ni kak... saya suka baca penulisan akak...

Zuraini said...

Nice entry,kak nani!! Terkena sebijik kat muka saya heheheh...thanks for the inspiring story...saya pun taknak malas-malas lagi....

Zue
MiGorengPedas.blogspot.com

ilia said...

salam..sepanjang saya mengikuti blog kak nani nih...sy mmg salute sgt2 dgn kak nani..wanita yg tak pernah kenal erti penat demi menyara keluarga..suara hati kak nani nih dah saya jadikan inspirasi untuk lebih kuat mencari rezeki..insyaallah..

Irfa said...

kak nani :)
suka baca en3 ni
bukan senang nak senang
bukan susah nak susah
saya penah baca 'orang kaya tido sikit sbb banyak masa fikir macam mana nak kaya.orang yang banyak tido ni...mmg tak kemana'

Aku said...

Betul apa yg akak katakan tu. Org kita mungkin sudah naik lemak, sedangkan Allah tidak pernah mengabaikan orang yang berusaha

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Sebab tu lah saya mengkagumi akak, akak memang superwoman. Buat A-Z tak pernah mengeluh, letih jangan cerita la kan. Orang lain sedap diulit mimpi, akak bersenggang mata. Walaupun kehidupan akak sekeluarga sudah sempurna tapi akak tetap rajin mencari rezeki.

Akak sangat cantik dengan pakaian warna oren, tudung purple! Ya Allah, cantik sangat! Kak Nani, walau penat macam mana pun, jaga diri tau kak.

Sayang Kak Nani :)

O'gosh Iskandar said...

nice entry kak..and i'm not just saying....mmg membuatkan saya berfikir jutaan kali tentang rungutan2 saya yang lampau and had me paused and rethink bila nak mula merungut sekarang....such inspiration...tq kakak...

Lyss Blyss said...

Assalamulaikum,

I'm your new reader..been following your blog lately...walaupun sibuk but you still organize..well done n keep it up..and stay beautiful :)

susumanis said...

salam kaka nani...kak nani cantik bagat..alhamdulillah kak.... :))

♥MAMASYAZA♥ said...

betul tu kak, apapun kita sendiri yg kena rajin berusaha, kalo rasa nak berkereta besar, nak berumah besar n maju dlm diri. apapun saya bangga jadi rakyat malaysia. syukur alhamdullillah

azrinna said...

Terkesan membaca entry kak nani ni. Terima kasih.

norhidana said...

kagum ngn acik.... sgt2 kagum, ye... anak2 skrg terlalu dimanjakan sampai semuanya perlu disuapkan kt mlt mereka... dulu masa saya kecik, saya penah rasa angkat air dr perigi utk bt bsh baju n kegunaan lain, takde kete masa kecik2 abah ada moto je... mcm2 mak penah jual2 utk sara hidup... sbb tu saya selalu ingtkan adik2 supaya jgn lupekan mak abah bile dh senang...

nagena said...

salam kak!
dalam santai-santai akak bercerita
secara tak langsung akak selalu motive saya yang membaca. thanks! :)
gud luck alisya!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kdg2 ila terfikir perempuan nie kuderatnya tak seberapa nak banding lelaki .. tp cara ppuan bkeeja mcm kuderat 10 lelaki.. sebab semamgat dan kasih sayang yg menebal juga tanggungjawab yg tinggi sedang cari nafkah bukan tgjwb wanita.... sbb itu cuba tgok rzeki seorang ibudan isteri tidak putus2 dr allah.. allah pun kesian pd isteri begini dan allah gantikan rezeki yg tak putus..

yaya said...

so true lah kak pasal org kita makin senang..menjamu makan majlis raya semakin menular..hhihihi

Norhayati Basri said...

Saya menjadi lebih bersemangat untuk kerja dan bagi duit pada mak tiap-tiap bulan walau terpaksa mengikat perut untuk persediaan perkahwinan. Moga Allah S.W.T terus murahkan rezeki akak.

Zurina Hj.Zainal said...

setuju k. nani....hidup yg bermula dari bawah lebih adventure kan?

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

iya, benar sebenarnya kupasan hujah dan katabicaranya Nani ini... betapa dan alang kah beruntungnya lagi bertuahnya menjadi keturunan rakyat bumi Malaysia karena isi kandong rezeki yang boleh didapati begitu banyak dengan pelbagai bentuk dan caranya, apa sahaja boleh dikerjakan sebagai tambahan sebuah rezeki namun keupayaan dan kecekalan diri seseorang itu terbantut putus hanya karena mulutnya yang besar membebel merungut penuh dengan keluhan demi keluhan tanpa sebarang usaha, kalu berkeluh tanpa henti terima lah hidup itu dengan seadanya, ini tidak! sampai merayap mencari kesalahan Ibu&Bapa apa tah lagi pehak pemerintah... ada sahaja yang tidak kena! Walhal...?

Panjangkata, adore dengan gambaran photos beraya sebulan Syawal ini membuatkan diri ketinggalan zjaman karena tidak pernah merasa hadiri majlis rumah terbuka, kini dapat merasainya melalui pengalaman Nani, membolehkan diri berkata "ya ampun... begini&begitu caranya ber-open house..."

Dimana kah "rahsia" Nani masih tampak segar lagi cantik jelita berdandan rapi meski pun bersekang mata mencari rezeki? Betapa teserlah anggun rupaparasnya Nani...

Iya... pabila niat dan hasrat disatu kan bersama keatas nama seisi keluarga juga Emak yang dikasihi tidak disisih lupa maka berkat lah rezeki yang dikerja kan itu, petanda kesyukuran yang tidak terhingga terhadapNya yang maha Pemurah... Alhamdulillah.

Salam manis semanis madu.



Aisyah Rafaei said...

Salam kak..setuju dgn entri akak..saya pun tak paham nape setengah owg asyik nyalahkan pemerintah je..mcm tak besyukor..ada je yg tak betoi padahal dulu masuk universiti guna kuota melayu..dapat koje pun sbb kuota melayu..tapi dah bejaye lupa asal usul...ntah le..

Reflisia said...

Saya pun setuju dengan akak. Kita perlu hargai dengan apa yang kita ada dan perlu berusaha untuk hidup senang.

Amira is mira said...

terharu baca entry auntie nani kali ini..sama mcm mama saya ceritakan.mama skola dulu susah.tak kesah nak belajar..asyik nak wat kuih je utk dijual.skrg kami semua untung.lahir je sume sudah disediakan..entry auntie nani kali ni mmg mengusik jiwa..tq...

Chik Att said...

setuju sangat dengan coretan akak ..

Orang sekarang , anak2 sekarang pelu diterap budaya syukur ...

Bulan Purnama said...

Entry yg memberi inspirasi yg sgt2 tinggi..betapa rajin, gigih dan tak mudah putus asa adalah kunci kpd kejayaan..dan kesihatan juga penting utk kita terus bekerja dan beribadah ..thks

Bulan Purnama said...

Entry yg memberi inspirasi buat pembaca blog puan..sgt kagum dgn usaha dan kegigihan puan..thks

Bulan Purnama said...

Entry yg memberi inspirasi buat saya..sgt2 kagum dgn Puan..Thks

GadizGula said...

Salam Kak Nani,
Alhamdulillah 30 tahun saya hidup di dunia & membesar di tanah air tercinta Malaysia sepatutnya kita sgt2 bersyukur. Peluang untuk cari rezeki di mana-mana jek. yang penting usaha & niat kene betul. saya selalu motivate kwn2 kalau kita nak cari rezeki yg halal & berpanjangan kene betulkan niat cari rezeki utk apa. untuk bantu ibu bapa, bantu keluarga insyaallah mesti ada pintu rezeki yg terbuka. saya pon ada darah jawa mengalir dlm diri. mmg betul org jawa mmg gigih cari rezeki. x kenal erti penat & jemu. yg penting keluarga dpt hidup bahagia.

p/s: teringin nak rasa hidangan enak2 di rumah Kak Nani. agak2 ada x majlis makan2 utk blogger2 ni? hehehe....

Eyriqazz said...

Meruntun jiwa dan touching baca entri ini..Yup,sayapun ada darah indon (ayah saya orang indon) dan asal keluarga miskin...namun,betul kata kak nani,usaha tangga kejayaan..rezeki takkan datang bergolek..

Harap kak nani dapat kongsikan pengalaman mendidik anak2 ,ramai yang berjaya dan pandai....

Jumpa again kak nani ke Legoland weekend ini..harap dapat belajar lagi dari pengalaman kak nani....

Anne Mahazir said...

Salam aunty..setuju 100%..zaman skng, saya sendiri yg muda2 nie pun keluar keje pukul 7.00 pagi blik paling awal pun pukul 2.00 pergi cari rezeki...smpai 2 3 job sehari..mmg penat , tpi alhamdullilah rezeki ada saja di bumi kita menetap skng...mau dgn x mau jer.Tpi ramai yg x nak berusaha,pemalas dn sngt pemalas akan salahkan orng dan berterusan komplen sbb die susah,padahal die sendiri yg pemalas bebenor...nak senang jer,klau boleh goyang kaki ..bulan dan bintang terus jatuh ke riba.

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. dapat satu suntikan semangat dari entry akak ni.. kena lebih berusaha untuk hidup senang dan berjaya seperti orang lain.. bukan banyak komplen.. thanks kak nani.. semoga kehidupan akak dan keluarga terus diberkati hendaknya.. Have a nice day!

ummi_imani said...

kak..kuih raya dah habis..huhu..

Nuha MIH said...

Assalammualaikum.
Tsgt inspirasi dr coretan kak nani ni. InsyaAllah akan jadikan panduan.

Keep it up !

http://nuhaapparels.blogspot.com

Nuha MIH said...

Sgt berinsipirasi dr coretan kak nani ni.
Keep it up !

http://nuhaapparels.blogspot.com

dali said...

kak sambal totok best,ari tu makan di parit jamal, member kawen. resipi pehlizzzzzzzzz.. somi suke sgt..

love u kak..

aizeepesona said...

seronok baca N3 kak nani..

mmg nak senang kena berusaha lebih dari orang lain...

macam saya suka layan bijik mata untuk tido...pantang ada free ..mata nak terpejam jer...dah beberapa kali dah nak buat macam kak nani ...tp tak jadilah kak...hee

mmg kat malaysia byk sgt peluang cuma kena pandai , kena rebut kesempatan yang ada di depan mata...cth terbaik mcm kak nani..kan? kan?

apa2 pon cantik gambar yang kak nani pakai baju warna oren tu ..nampak muda sgt...(tetiba teringat kat baju raye oren i tahu nie...hee..)

SumBody Me.. said...

alisya ada berlakon dalan 29 Februari kan? scene Munif Isa denga n bebudak ramai2 2 kat Rumah Budi..kan kak??

Me said...

salam kak nani.. (malu nak pnaggil auntie sbb muda je muka k.nani hehhehe)

saya silent reader k.nani. n3 kali nie sgt mengusik jiwa saya... terkenang perngorbanan arwah emak dan ayah menyara kami 8 beradik dah alhamdullillah semua berjaya... bukan senang nak senang... perlu berusaha.. usaha .. usaha.. usaha.. doakan saya juga segigih k.nani...

Me said...

salam k.nani (malu nak panggil auntie sbb nampak muda je k.nani nih...hehehe)

saya silent reader k.nani.. N3 k.nani nie mengingatkan saya pada arwah emak dan abah yang gigih berusaha sara kami 8 beradik & alhamdullillah semuanya berjaya... untuk senang mmg perlu berusaha... usaha... usaha.. doakan saya agar menjadi seorang yang kuat berusaha... kagum dengan cara k.nani untuk survive dalam masa yang sama menjadi isteri & ibu yang baik.. dan menjaga penampilan diri juga....

Me said...

salam k.nani (malu nak panggil auntie sbb nampak muda je k.nani nih...hehehe)

saya silent reader k.nani.. N3 k.nani nie mengingatkan saya pada arwah emak dan abah yang gigih berusaha sara kami 8 beradik & alhamdullillah semuanya berjaya... untuk senang mmg perlu berusaha... usaha... usaha.. doakan saya agar menjadi seorang yang kuat berusaha... kagum dengan cara k.nani untuk survive dalam masa yang sama menjadi isteri & ibu yang baik.. dan menjaga penampilan diri juga....

sweetazezah said...

salam kak nani..selamat hari raya maaf zahir batin..ha ah,betui ape yg akak tulis tu..org len dok tdoq berdengkur,mimpi 5,6round,kita dok ceruk dapoq lagi kekadang tu..bukan ape,dok siapkan tempahan kek sgale bagai..nak senang sikit punya pasal..gaji bulan2 tolak bayar bil sana,bil sini,utang sane utang sini,penyudahnye tinggal KAD jew dlm wallet..huhu..pepon,bravooo!!

Angah said...

tahniah kak, semoga bertambah berkat dalam kehidupan akak

eray said...

salam k nani,

:) dah lame eray jd silent reader, mmg syiok blog kak nani. trus rase cam nak jadi k nani, ibu yang gorjes, pndai masak, hias rumah...best.

nani merani said...

Ya Allah kak Nani... Puan Ruby tu pernah jadi boss saya... maksud saya, saya pernah kerja dengan Puan Ruby masa tahun 2000 hingga 2002. Puan Ruby baik sangat orang nya. Ingat lagi, masa saya nak resign, Puan Ruby tak bagi tapi saya terpaksa berhenti sebab dpt keja dekat dengan rumah saya(Cheras). Kecik je dunia nie...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih nasihat ni akak..
best nye makan2 ramai2.. :-)

zainatul abu bakar said...

salam..auntie, sy suke baca blog auntie..banyak yg sy boleh belajar dr auntie :) (sebenarnya sy sebaya dgn hanis, hihi)

Sherry said...

agree no pain no gain

- ICe BLeNdED CaPPUcInO- said...

Cadang nak singgah jer blog ni, tapi terus parking..siap parking free lagi..seronok baca blog akak punya pasal..

mohd yusri mohd yusoff said...

Salam..
terimaksih byk2 kerana sharing pengalaman nani pada semua org..bila dh tinggi jgn lupa yg bawah..semakin tinggi kita terbang selalu2 jengukkan yang rendah..jgn lupa hulurkan tangan kepada yang memerlukan..tanpa mengira darjat manusia adalah sama di SISINYA

siti said...

salam. saya suka tgk kaknani masak mcm2. kalo saya jd anak kak nani tentu saya xsempat kurus...

Matjoe said...

setuju dgn entry ni. dah senang dah takmau usaha kan.

Kelip-kelip said...

salam kak..dulu silent reader jek..xpenah miss blog akk dr zaman anak dara sampai ade anak..kau inspirasi wanita..