Thursday, July 7, 2011

Kuih Raya Orang Malaysia Yang Tinggal Di Atas Bukit

Assalamualaikum....


Akak tahu you all mesti berkobar semangat kan nak buat kuih raya tahun ni. Patutlah penuh sesak kedai jual barang kek kat...lorong hj taib. Amboi berani redah lorong haji taib ya...tak pelah nak buat kuih punya pasal...kena jeling dengan mak yah-makyah kat situ pun redho jela kan walau dalam hati rasa cuak... tapi akak tak lah cuak sangat kan...sebab muka akak ni kalau tak pakai tudung ada iras iras mak yah gitu...sabo je ler....

Kan.... wakilkan kat akak jer...kan senang ....tak payahlah you all nak bersusah payah senseng lengan, berhimpit-himpit macam sardin...dah tu tengok muka pekerja kat situ sekor-sekor kemain lagi muka sombong...tanya sploh patah perkataan...satu perkataan pun belum tentu diaorang nak jawab.

Kalau tahun lepas dah naik hangit ketiak duduk depan oven, tahun ni you all datang jerlah rumah akak...rasa sample kuih raya akak...lepas tu tunjuk-tunjuk...order...kalau dah datang tu kan silap haribulan, datang angin rajin akak...boleh hidang honey lemon tea.

Kalau tak nak datang rumah akak pun tak apa...cuma akak sedihlah sket pelawa-pelawa orang tak sudi kan....

Tapi kalau tak nak datang order jer on the fone...sms atau emel pun ok. Nanti bila nak ambek datang jer rumah akak. Bila lagi nak ronda-ronda Jelutong Hill kan.....









Yang ini semua kuih baru tahun ni...kalau nak kuih tahun lepas pun boleh...sila check entry tahun-tahun lepas....ok kemain berprop-prop lagi kat belakang biskut-bikut tu....





Yang paling kanan tu....Funky Fudge...(sedap...coklat...rangup perisa berry).



Yang ikut arah jam, dari atas, Peanut Nut (mangkuk tart yang rangup diisi peanut butter dan buah badam, pun sedap), Papa Caring (biskut rangup bersalut coklat putih), Yang putih halus mulus tu, biskut susu rangup bersalut serbuk susu...nama dia Snow White. Yang last kaler pink tu, Berry Pop (rangup bersalut coklat perisa stroberi) pun sedap...pendekkan cerita memang semua sedap.





Masih ber prop-prop lagi ya...

Yang paling kanan tu, Ricotta Cookies (rangup berperisa cheese)

Ok ikut arah jam, Crazy Coconut (macam-macam cereal dalam tu termasuk kelapa), Lepas tu Hard Rock Cookies (rasa rangup, agak keras ala-ala chocolate chip), Cheese Tart (lebih kurang macam jem tart cuma ada masin-masin, sedap sangat), Sesame Choc Cookies (sedap).





Yang ni dan semua di bawah prop segala dah melayang....tak larat den....pakai pinggan putih jer buat prop...oklah kan...

Yang kanan ni ialah Diamond Dazzle (Ada campuran gajus dan kuaci). Sebelah dia..yang ada coklat tu ialah Romantic Hazel (Rasa kacang hazel dan coklat yang lazat). Sebelah dia ialah Nestum Raspberry (Ada jam raspberi dan rasa nestum). Yang kiri tu pula...Milky Oat...(Sangat creamy dan ada rasa coklat sikit.)









Yang belah kiri ni Shortbread (Sedap.) Sebelah dia Jam tart (Gebu dan jam yang manis..Sedap tak terkata). Sebelah Jam tart ialah Choc Crumpy (Sedap sebab ada rasa coffee sikit dan campuran coklat yang milky).Sesame Choc Cookies (sedap).








London Almond (korang tahulah yang mana). Sebelah dia Samperit (rasa sangat creamy dan gebu). Sebelah dia Classie Pandan (budak-budak suka lerr) Sebelah dia Beautiful Blueberry(Lazat)





Ok dah katam dah...dah hafal dah nama kuih-kuih akak ni. Caption kat gambar-gambar tu Alisya yang tulis....pandai dia promote...budak dek...kalau promote sedap tu memang sedaplah...diaorang ni tak pandai nak tipu-tipu, nak fake-fake....percayalah....




Habis tu sedang-sedang dok menaip tiba-tiba periuk nak meletup....hambek kau ...semua kau nak buat. Ha terus akak melantun nak selamatkan kastard.....




Jadi kalau dah berkenan di hati, biar akak bagi tau cara-cara membeli kuih raya nanirostam..






Mula-mula telefon : 012 3959779




Atau sms : 012 3959779




Kalau nak save lagi, emel : shinarostam@yahoo.com




Pastu listkan nama biskut :





Lepas tu masukkan deposit ke dalam akaun Maybank : 162302584929




Lepas tu mms resit bank dan list nama biskut kat akak baru akak confirm order.


HARGA SEMUA KUIH ADALAH SAMA - RM30 UNTUK 50PCS.



Sekian terima kasih.




Cara yang paling senang adalah datang rumah akak. Habis cerita.






Wasalam.






35 comments:

danish azuha said...

hai auntie, nabila ni. pavlova sedap sgt :) ibu kata, lain kali boleh order lagi. rumah auntie, besau gilo. alisya super duper comel. auntie baik, percaya je sy nak order walaupun tak bank in duit. kalau sy ni jahat, tak yah amik kek tu pun tak pe. means, auntie yang terkena. kadang kadang kebaikan kita mampu menjerat diri :)

zie_ira said...

sedap2 laa,,berminat sangat yg snow white(sbb ia susu^^), cheese tart tu,nestum raspberry ,,choc crumpy,,nyum2,, nnti ira tanye mak ira eak,,mintak die beli kan,,weee,,^_^

tapi ,,through post boleh ke? wuuu~

Madam Casper said...

pos sampai ke langkawi aci tak?

Farhanah Mokthar said...

tengok pun dah tau sedap.
tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu raya ni.

Cik Eka said...

fuhhhhhh sangat tergoda melihat bskut2 auntie.....ingt nk oderrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tinginnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Uptown Lady said...

ishkk..tergoda la pulak..kalau dah bank-in tu, maknanya auntie hantar guna pos laju ke? postage berapa?

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, ya ampun ... jelitanyaaaaaa kesemua biscuits ciptaan Nani itu, serasanya trigin lagi kepingin pulang buat IdilFitri ini namun ..?

Terpesona jadinya Ratna ... lama Ratna tatapkan kesemua hasilan creative/artistic dari tangan Nani.

Semoga rezeki jualan biscuits juga cakes ditahun beraya kali ini berlipat ganda ya Nani.

Salam manis manis madu.

p/s: dengan kesebokkan Nani gimana Ratna boleh menelephone Nani ya!

Noniey said...

auntie...
sedapnya tengok2 sume tue..
insyallh dtg ke sana..siap nak order pavlova gitu..

Enuni Hanim said...

Hye auntie, tumpang lalu ye. (: Nk promote blog ni. http://hijab-intrend.blogspot.com/

Kat sini ada byk custom made shawls yg superb cantik mcm auntie jugak. heee. Thanks ye auntie!

ZalinZalina said...

Hai kak nani...cantik2nya kuih2 raya kak nani...larat ke nak buat semua tu...memang saya respek tul dgn kak nani coz rajin bisnes.. mintak sikit rajin kak nani tu...he he..

henry said...

auntie nak order biscuit tp nnti auntie pos bleh x?
auntie nie vogue la...suka tgk muka auntie ayu je... :)

yellowie roses said...

kak..klu kek n pavlova tu kn oder skrg gak ke klu tuk raya?dlm 26 ogos

Alkisah said...

nice one.. nanti bleh order.. lala

Alin Marlini said...

menarik sungguh kuih akak ni...

Emira Darmia said...

aunty rumah aunty area man?? if order kuih aunty hantar ke mcm mana??? mcm teringin plak nk beli..hehehe

PINKMARGENTA said...

kak nani..sedapnya..kalau nak rasa kene pergi rumah ke..seganlaplak..hehe..nway aritu sy ada sms nak order choccake tp akak xreply..bz kot..huhu

PINKMARGENTA said...

kak nani..sedapnya..kalau nak rasa kene pergi rumah ke..seganlaplak..hehe..nway aritu sy ada sms nak order choccake tp akak xreply..bz kot..huhu

O'gosh said...

bestnya...tapi kalau akak boleh pos lagi cantek....

ElyaElmo said...

aunty...sedapp nyee sumee!! nak orderr jugak laa..before raya nye bleh orde rke? tuk makn saja

CNK said...

AUNTIE NANI... INI KALI MESTI ORDER N RASA KUIH AUNTIE NANI.... ARITU DAH PENAH ORDER MOIST CHOC STRBRY CAKE!!! NEXT TIME NSHALLAH NAK TRY PAVLOVA PULAK!!



:)

CNK DAH FOLLOW. NNTI SENANG2 AUNTIE NANI SINGGAH PAGE NISA PULAK :)

http://pelangichanteque.blogspot.com/

Muna said...

teringin nk order + rase pavlova akak...asik tengok gmbar je...kalau tgh pregnant sure anak lahir nti meleleh je air liur die..hehe

ღ.faiez.ღ said...

salam aunty.kte da penah mkn biskot aunty shortbread.ada pacik sedara belikan..teringt biskot tu sbb seminggu lepas dia bg sy biskot tu,dia meninggal;(.


mmg sgttt sdp.sy sorang je mkn;p..kalo pos mcm mn ye?sbb biskut tu choc dia mcm cair.

Meg-ct said...

auntie, saya ni kan dari tahun lepas dok usha biskut-biskut auntie ni tapi tak jugak dapat merasa. auntie buatla khidmat penghantaran pos. mesti lagi ramai yg nak beli. pastu orang2 yg mengidam cam saya ni leh la beli jugak. kalau nak pegi ambek kat rumah auntie tuh susah sikit la huhuhuhuhu

lily lotus said...

yummss! bahangnya dah semakin terasakan..

lovinkiwilicious said...

salam auntie....semoga auntie2 ceria2 selalu bak sang suria menerangi hidup aunty n fmly...auntie3....ada x wt penghantaran biskut2 raya ??tingin nk bg mak rasa...kalu ada, autie cnfirmkan ea...ok :)

Peri PiA said...

semperit :)

Lia said...
This comment has been removed by the author.
Lia said...

Hai kak.. dah lama saya follow blog akak... suka dengan cara penulisan akak.. terliuq nengok kuih kuih akak.. tapi saya dok jauh, kalau dekat dah lama order.. hu.hu

aizeepesona said...

WOW !

FMT said...

Aunty, nak tanya boleh tak. Saya nak tanya, kuih2 ni boleh pos ke. Tahun ni abang raya rumah wife dia. Saya rasa kat perantauan. Kalau boleh taknak lah mak buat kuih sorang2 kat rumah. Saya ingat nak beli kuih dari aunty, tapi nak ambik tak boleh. Aunty ada sediakan khidmat pos? Mak saya tinggal di Sg Penchala, Damansara.

aizeepesona said...

kuih kak nani mmg ada kelazzz...

aizeepesona said...

prop itu penting kak..

utk membuatkan orang bertambah geram dgn kuih kak nani..hahaa...

NaniRostam said...

salam semua....ok macam ni....

sesiapa yang outstation kak nani usahakan untuk menghantar guna perkhidmatan pos laju...kalau tak silap 500gm dia caj rm7.

Kalau nak order untuk bagi kat orang...kalau penghantaran area kl/bangsar/damansara kak nani caj rm20 dan subang shah alam rm10.yang ni min order 4 balang.

Kalau sesiapa yang nak order banyak melebihi 30 balang...kak nani bagi harga satu balang 50 pcs rm27.

Sesiapa yang berminat sila bank-in duit, mms resit dan nama kuih baru kak nani confirm order.

sekian terima kasih.

FMT said...

Okay, saya dah faham cara order. Kalau macam tu, saya bayar sekali kos hantar ke rumah la. sebab rumah mak kat sg. penchala, damansara. Nak tanya aunty, bila tarikh mula and last order, kalau boleh saya tak nak order awal sangat, kalau boleh time puasa. kalau awal2 habis jadi jajan jer kat rumah mak nanti. Saya bank in dari Acc saya di Malaysia.

xirsme said...

tahun ini raya ke 3 saya beraya dengan biskut raya aunty Nani! :D

**choc crumpy & shortbread menjadi my fav!

serius sedap! :)