Wednesday, April 20, 2011

Syukur...Allah Beri Saya Kekuatan

Assalamualaikum....


Alhamdulillah...syukur saya kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya maka segala urusan majlis pertunangan Liana berjalan seperti yang diharapkan. Alhamdulillah.

Penat memanglah penat. Namun hati ibu mana tak gembira lalu lupa segala penat bila lihat wajah anak yang tergambar rasa gembira bila majlis tunang yang diimpikan terlaksana dengan meriahnya.

Sebagai ibu yang mahu yang terbaik untuk anak-anak, walau majlis apapun bagi meraikan anak-anak, walau sekecil manapun majlis itu tetap akan saya usahakan menjadi yang paling meriah dan diingati oleh anak-anak.

Berminggu-minggu awal saya merancang dari membeli perkakas dan menyediakan dulang hantaran, memilih jurumekap, fotographer, mengemas rumah, mengelap dinding, kipas, perabut, membasuh kain langsir, menggosok kain langsir, membasuh semua pakaian supaya tidak berlonggok dihari majlis kerana terlalu sibuk dengan pekara lain, mencuci semua bilik air, mengemas bilik semua tidur dan menghias bilik bakal yang bertunang, membeli barang-barang menghias bilik, membeli peralatan penyediaan makanan dan minuman, membeli barang-barang makanan untuk dimasak, membeli pokok-pokok perhiasan, mengemas halaman rumah, menyapu dan mengelap lantai, membersihkan dapur, menyediakan pinggan mangkuk dan peralatan menghidang dan sehari sebelum majlis saya membuat kek hantaran, juadah manisan serta memasak nasi ayam dan mee rojak untuk hidangan majlis pertunangan liana.

Syukur dengan pertolongan Allah bagi saya kekuatan untuk mengerah tenaga saya melakukan hampir semua itu seorang diri bila Liana sendiri terlalu sibuk dengan kerja sehingga malam baru pulang kerja, anak-anak lain yang selalu membantu kini tidak lagi kerana sekolah jauh berasrama disamping saya masih menerima tempahan kek dan menjaga Arissa dan Chacha.










Ruang tamu yang sudah saya siapkan untuk menerima rombongan dari pihak lelaki.




Seperti biasa bila dah lapang seronok bergolek-golek di situ ya...




Kekecahan di dapur......




Ayam bakal menjadi nasi ayam............




Persiapan di meja buffet.




Katil bilik Liana yang ditabur kelopak bunga mawar menambah keharuman dan suasana indah....




Sessi berdandan mengalah yang mahu bertunang.....




Liana yang sedang didandan.......



Rombongan pihak lelaki dah sampai dan jurucakap sedang memulakan acara.....
Selesai acara masuk waktu asar...sebelum makan uztaz mengimamkan solat asar berjemaah.



Alhamdulillah.



Gambar-gambar lebih vogue belum disiapkan oleh fotographer. Kamera yang saya punya amatlah sedikit gambar kerana tuan punya terlalu sibuk sehingga terlupa untuk melantik Hafiiz mengambil alih tugas sebagai fotographer.


Insyallah dientri akan datang gambar-gambar yang lebih jelas akan saya upload untuk tatapan semua.


54 comments:

  1. tahniah auntie!! alhamdulillah..sumenye selamat... xsabr nk tgk foto liana di sarungkn cincin ng hantaran..wow!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. semoga Allah permudahkan utk majlis seterusnya.

    ReplyDelete
  3. salam ratuku Nani,
    Syukuran ber-Alhamdulillah kerna segala urusan telah dilaksanakan dengan lancar lagi kemas, sesungguhnya kudrat diadakan pabila kita melaksanakannya tanpa keluhan, diseiringkan dengan kasihsayang yang suci maka itu segala urusan diuruskan dengan tertipnya, tampak dari persiapan, kemas,rapi dan bersih.

    Ratna menumpang rasa gembira bersama Nani dengan kedatangan menerima bakal menantu pertama.

    Salam tahniah buat Lyana yang telah berstatus bertunang semoga dipelihara kebahagiannya sehingga dihari yang bersejarah nanti.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah, permudahan urusan perkahwinan liana nanti.amin.moga jodoh liana berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.amin amin amin.

    ReplyDelete
  5. lama cek xkomen..hik3
    tahniah semoga majlis nnti berjalan lancar juga <3
    xsabo tgk gmbr

    ReplyDelete
  6. Ayam yang meriah tu dah macam boleh jadi hantaran pulak! :P . Tahniah Liana dan keluarga!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..;') semoga kekal..kenduri pasti lg meriah..;')

    ReplyDelete
  8. tahniah kak, liana dah bertunang..patutlah lama takde entry bz buat persiapan anak nak bertunang..

    ReplyDelete
  9. nanti auntie upload ye gmbr seterusnya..xsabar nak tgk.. =)

    ReplyDelete
  10. tahniahhh..sedapnya nasik ayam huhu..nnt majlis nasi minyaknya jangan lupaa di jmput huhu..lamanya tak makan nasi minyak kenduri huhu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... tahniah kak liana dan untie sekeluarga (^_^)

    ReplyDelete
  12. auntie. i think every mom will do the same thing for anak2. Teringat mak saya kat kampung. tak pernah kenal letih. pelik. kita yg muda pon letih. malu rasanya.. :)

    ReplyDelete
  13. dah selosai..alhamdullilah..congrates kak nani kerana telah melaksanakan tugasan majlis pertunangan anak dara akak dengan jayanya! bukan mudah tuuu...

    tapi tak bleh sabar nie..excited giler nak nengok gambar liyana ...heee...

    ReplyDelete
  14. Tahniah Kak Nani,

    akk memang 'super Mummy' lah! :D

    ReplyDelete
  15. kak nani mmg terbaek!! superwoman sungguh! :)

    ReplyDelete
  16. tahniah kak...
    suka tgk deco akak tu..
    umah pun bersih jer..
    rajin bangat..sy ni byk m.a.l.a.s...ala kadar je kemas umah..huhuhu

    ReplyDelete
  17. tak sabar nak tgk kak liana mesti lawa

    ReplyDelete
  18. tahniah liana kerana kini tunangan orang :) dan tahniah k'nani kerana berjaya menyiapkan segala2nya dengan bantuan anak2. majlis yg hebat dan meriah, alhamdulillah..

    ReplyDelete
  19. Salam. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semoga dirahmati Allah. Taniah untuk seisi keluarga

    ReplyDelete
  20. syukur alhamdulillah...semuanya berjalan spt dirancang...tabik spring dkat kak nani krn berjaya melakukan semuanya...^__^

    ReplyDelete
  21. kekuatan kak nani punca saya rasa bersemangat nak jadi superwoman macam akak...congrats di atas pertunangan liana....x sabar nak tunggu gambar...

    ReplyDelete
  22. Congrats kak... Salam
    Kak nani memang kuat mental fizikal buat most of preparation sorg2....untung nyer anak2 akak dpt wonder mom... :)

    ReplyDelete
  23. tahniah Kak Nani bakal terima menantu ;)
    tahniah Liana bakal pengantin ;)

    ReplyDelete
  24. tahniah dan alhamdullilah majlis berjln lancar...

    ReplyDelete
  25. tahniah buat kak liana ! :D btw, aunty nani macam superwoman tau sebab dapat buat semua kerja tu sendiri :) lepas ne, aunty nani deserved to take some rest :)

    ReplyDelete
  26. tahniah kak nani nak dapat menantu yg pertama ..:)

    ReplyDelete
  27. tahniah aunty nani n liyana!..

    p/s: siapa nama jurumekap tu ye? mcm kenal lah..

    ReplyDelete
  28. tahniah nani..bila la turn akak pulak ya nak dpt menantu..yg tua dah 26 thn..tapi sbb anak lelaki lambat sikitlah nampak gayanya..baru grad.baru 3 bulan kerja..

    ReplyDelete
  29. tersentuh tgk jemaah solat asar.. :)

    ReplyDelete
  30. akak .. tak sabar nk tgk gambar. dah la aritu tak sehat, tak dapat datang. terbyg2 ayam golek yg masih 'raw' kat belakang. hihi ..

    ReplyDelete
  31. Tahniah
    Tahniah
    Tahniah

    Macam Sedap Jer Nasi Ayam Tu...
    Terasa Lapar Serta Merta...
    Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
    Nak Nasi Ayam Macam Tu Gak......

    ReplyDelete
  32. OMG tak sangka kak nani nak dapat menantu dah... u look so young and pretty ^_^ .. I should've probably call you 'auntie' instead of 'akak' but mcm tak ngam sgt. Congrats nak dapat menantu and mmg kak nani sgt2 power sebab berjaya menguruskan semuanya!
    selamat berehat kak!!!!!!

    ReplyDelete
  33. Thniah kak nani...

    xlama lagi leh jd nenek yg vogue devass gitu...

    rindu tgn tulisan kak nani...

    btw : saya silent reader akak ehehehe since terjumper blog hanis zalikha terterjah blog akak... suker baca coretan akak... ber inspirasi... and admire kejelitaan akak... tertunggu2 nie akak nak reveal rahsier kecantikan ;)

    ReplyDelete
  34. salam auntie. teruja pulak tengok gambar2 rumah auntie. apa kata buat satu entry special tunjukkan decoration rumah auntie pulak.

    ReplyDelete
  35. beruntung anak2 dapat mama seperti nani rostam...tahniah liana dan family!!!

    ReplyDelete
  36. congrates sis :) too liyana as well!

    ReplyDelete
  37. tahniah tok kak liana n auntie jugak sebab bakal dpt menantu...confirm majlis nnt grand kan auntie..alhamdulillah akhirnya semuanya berjln dgn lancar..;))

    ReplyDelete
  38. wahhhhhh tak lama lagi dapat menantu lah yer...

    gambarrrr???? sila upload cepat2 sebab tak sabar nak tengok...

    i always admire ur white sofa tu...

    ReplyDelete
  39. tahniah atas kerja keras akak, semoga bertambah kuat menguruskan hidup...

    ReplyDelete
  40. Alhamdullilah Auntie. Congrats for Liana. Can't wait for their big day soon...

    ReplyDelete
  41. bertuahnya anak-anak auntie, persiapan A-Z semuanya auntie setia di sisi...

    ReplyDelete
  42. tahniah buat liana & auntie ^^

    ReplyDelete
  43. Ate.. mike tak gheti2 ke nak jemput teman? Ni yang teman rase macam nak bako je.. hehehe. Anyway, teman nak ngucapkan tahniah buat mike sebab semuanye berjalan dengan lancor..

    ReplyDelete
  44. wahh... sifu make up Lin la, si najwa jadi tukang make up laaa! bangga sunggoh I

    ReplyDelete
  45. Congrats liana n k.nani... Beruntung anak2 n ur husband.... U're such a great mom n wife.... :) Semoga Allah swt permudahkn segala urusan k.Nani....

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah..nampaknya majlis puan dah pun selesai dengan baik...syukur.berdebar jugak bila kita bakal menjadi mak mertua ni..harap2 boleh jd seorang mak mertua idaman menantu...
    tahniah dari saya.

    ReplyDelete
  47. Tahniah mak nani...bakal terima menantu ye. jgn lupa jemput tau.. :)

    ReplyDelete
  48. Thank u all and of course special thanks to mama for all the hard work for making my engagement a success. I do not know how I can repay you and may Allah bless u mom! Love u so much!

    ReplyDelete
  49. untung liana masih ada ibu yg pandai menguruskan semua hal..ingat lagi masa ada arwah mak time kenduri my sister mcm dia buat n sibuk now dah xde mmg sgt rindu semua tu...urrmmm..

    ReplyDelete