Tuesday, April 26, 2011

Jom Ke Bandung!!!

Assalammualaikum


Jangan kata selesai majlis tunang saya boleh bersenang lenang beb. Sebenarnya habis sahaja majlis tunang maka bermula journey untuk saya peningkan kepala dengan persiapan perkahwinan pula.

Jangkamasa Liana bertunang bukan bertahun maka tak banyak masa nak bermalas-malas sangat...sebelum majlis kahwin pulak saya harus bersedia untuk sample biskut raya...fuhhh.

Esok saya nak ke bandung. Liana book tiket ni dah lama. Insyallah terlanjur majlis Liana di rancang berlangsung pertengahan disember maka itinery ke bandung ni bolehlah dipenuhi dengan menjenguk-jenguk barang-barang yang perlu untuk majlis nanti.

Alhamdulillah murah rezeki Liana banyak tangan yang sudi menghulur pertolongan dan bantuan. Terima kasih pada kawan yang sudi arrange tempat tinggal kami di sana dan supirnya sekali pak....terima kasih banyak..."i love u darling".

Semuga segala urusan sentiasa dipermudahankan oleh Allah s.w.t.


Dalam sibuk-sibuk dengan persiapan liana kahwin, bakal sibuk dengan biskut raya...alhamdulillah tiba-tiba ada orang mahu menjual perniagaan airnya di The Mall dan tanpa merancang saya membelinya. Jadi kalau ada kesempatan sudi-sudikanlah....datang ke gerai air saya dengan nama HOT BEVERAGES di food court The Mall di hadapan PWTC. Untuk sesiapa yang berminat membeli kolagen yang saya makan selama ini boleh telefon dan buat appointment jumpa saya di The Mall. Silakan telefon saya di 0123959779.


Gambar-gambar oleh jurugambar belum saya perolehi...maka gambar dari kamera kesayangan saya ini sahajalah akan jadi tatapan anda semua...

Gambar-gambar hantaran akan menyusul nanti...







Wajah semanis impian menyulam cinta direnda pelamin.......

Hati mana tak bahagia...bila cinta akan dimeteri oleh akad tak berapa bulan lagi...




Kawan-kawan Min dan Syaf...tumpang bahagia sekaki....






Syaf jangan lama-lama untuk menyusul....


Anak saudara pertama yang akan menempuh gerbang pelamin....


Bakal mak mentua yang baik sama penting dengan bakal suami yang budiman...




Semuga sentiasa mendapat restumu.....


Pelukan kasih sayang......



Hanis tak lupa bergaya dihari yang indah ini.......




Anakanda ku yang rupawan macam muka anak Chef Wan....







Hati siapa tak bahagia bila cinta hati sudah jadi tunangan....




Alahai mesranya bakal ipar duai.....

























37 comments:

  1. cantik2 gambar...yeeee muka anak2 ikut muka mak dia kan kan kan.
    alhamdulillah..mudah2an perjalanan ke bandung dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. wah pegi ke syurga shopping indonesia.best2..

    ReplyDelete
  3. suke2..sume cantik aunty..

    nnti cter ke bandung jgn lpe update tau..

    waiting for it..

    ReplyDelete
  4. hehe bole la jumpa kak nani slalu sbb hari2 pg mall :P

    ReplyDelete
  5. Hoh lawonye! Terus teringat lagu Stevie Wonder, Isn't She Lovely! Tahniah berkali-kali!

    ReplyDelete
  6. cantik Liana....lega dah settle bab bertunang..lepas ni bersinting lengan lak..kenduri kendara

    ReplyDelete
  7. I love u too kekanda. Hihihi.

    Nanti wedding Liana kita buat yg lebih baik lagi ye kak. Kasi Liana hepi.

    ReplyDelete
  8. anak n mama nye sama lawa...

    ReplyDelete
  9. wahh...sgt meriah.. tak sabar nk tgk tema kawen liana nanti. mesti cantek!

    ReplyDelete
  10. aunty make-upkan liana ke???

    cantiknya...

    tahniah nak dapat menantu...

    ReplyDelete
  11. tak lame lagi, dapat menantu la aunty nani. pas tu timang cucu pulak. hehe

    ReplyDelete
  12. cantik nyee anak auntie!!simple but nicee

    ReplyDelete
  13. muka hanis dengan liyana hampir sama kan? cuma liyana nampak lebih sotisfikated.. auntie mekapkan ke? =)

    ReplyDelete
  14. salam..gerai air jual air je ke???

    ReplyDelete
  15. Congrats K. Nani!

    *Khairi comelnya hang..hehe..Liana pun gorgeous!

    ReplyDelete
  16. cantiknya.. tahniah kak nani yg bakal dapat menantu tak lama lagi..

    ReplyDelete
  17. aah la..ade macam muke serina redzuan sikit2 dlm gambar tu..ape2pon org yg diraikan itu cantik..ngee~

    ReplyDelete
  18. Liana lbh cantik dari anak chef itu :)

    ReplyDelete
  19. Salam Ratuku Nani, betapa ayu, anggun dan manis anakanda Lyana yang berlesung-pipit menambahkan lagi keayuaannya dihari pertunangannya itu.


    Ya ampun Nani sudah ber-bisnes rasmi lagi, Alhamdulillah rezeki yang dilimpahi olehNya, jadinya Nani akan terusan sebok, hari dan waktu yang sesuai untuk telefon Nani, gimana ya?

    Selamat bercuti dan ber-shopping di Bandong, Nani akan ber-singgah ke Yokyakarta (Ngayogyakarta Hadiningrat)ke nanti? Kain batik-nya wangi harum lagi halus buatannya, jangan lupa dibeli kerna diKL mahal ...

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  20. family yang indah..tahniah liana... hope u happily ever after...amin..

    ReplyDelete
  21. cantiknya liana mcm auntie jugak..hehe~

    nanti nak pergilah beli air kat sana boleh jumpa auntie..

    ReplyDelete
  22. aunty ade buat delivery ke kat gerai air tu? sbb saya keje kat the mall tgkt atas skali. hikhik. melawak je. ;)

    ReplyDelete
  23. cntik2nyerrr..tahniah buat kak liyana..cepatlah auntie timang cucu nanti..ehehe..antie bila nak post resepi lagi..gambo makanan2..besnyerrrrrr,hehe

    ReplyDelete
  24. Tahniah pada Liyana... akak ketinggalan banyak posting sebab sibuk akhir2 ni...

    ReplyDelete
  25. muka liyana yang paling cantik & berseri-seri sekali dong..lesung pipit ya waduh waduh manis sekali...

    apsal asyik nak cakap indo jerk nih..heee

    ReplyDelete
  26. jelezlah kak nani nak shopping kat bandung ..huhuu

    ReplyDelete
  27. nampak bahagia sangat semuanya :) semoga kekal begini selamanya...

    ReplyDelete
  28. congrats auntie sebab bakal terima orang baru dlm family...:)

    ReplyDelete
  29. congrats on ur dotter's engagement aunty!! so gorgeuos.. im a new blogger here, anyone can follow me :) i need some encouragement on weight loss ngee~ thanks

    ReplyDelete
  30. Tahniah sis Nani...bakal terima menantu :-)

    ReplyDelete
  31. Tahniah aunty.. hope ur Liyana will be happy after her engagement.. and cantik la anak2 aunty.. semoga family aunty sentiasa mendapat Rahmat dari -Nya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  32. aunty,
    kalau ade opportunity untuk buka gerai air di mana-mana sekitar lembah klang, inform ya.Saya ingin sangat untuk buka bisnes.Thanks.

    ReplyDelete