Wednesday, January 19, 2011

Pokok Pandan Jauh Ke Tengah

Marilah pokcik mokcik...jangan banyak cakap, mari kita belajar menanam pokok. Saya ni part-part pokok pokokan..bunga-bungaan memang kecintaan saya. Almaklumlah anak orang kampung. Hidup dikelilingi pokok-pokokan belaka. Lagipun jangan ingat bahasa sahaja perlu berbunga-bunga laman pun perlu bunga-bungaan ya. Barulah hidup ini indah warna warni sama macam laman kita. Banyak pokok bunga baru sedap mata memandang keindahan ciptaan tuhan dapat menerapi minda supaya pandang hidup ni lebih positif. Jangan buang masa bercakap sahaja. Lepas solat asar nanti ambek cangkul tanam pokok.

Saya ni suka keseimbangan. Bukan setakat nak yang cantik sahaja tetapi nak juga yang berguna, boleh makan, boleh pakai. Orang kata hidup ni kena belen. Itu sebab saya tanam pokok-pokokan, herba-herbaan yang memudahkan saya memasak tanpa perlu kering lama dalam peti sejuk.

Cumanya saya ni tak berapa ada masa nak betul-betul menjaga laman dan tanaman saya ni. Maklumlah jaga dua anak orang yang masih kecil, jaga makan pakai anak sendiri, jaga makan pakai suami, jaga rumahtangga sendiri, buat kek, berniaga kek, berniaga collagen makanya...alhamdulillah tiada masa bukan alasan ya.....hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kudrat kita Allah bagi untuk digunakan benda yang mendatangkan hasil...bukan duduk mengata, merempit...bergossip.




Ini adalah pokok daun turi. Tinggi macam tuan dia.
Daun turi ini sedap giler macam lemak campur udang atau ikan bilis. Sangat bagus untuk membanyak susu ibu. Sesiapa yang ada masalah kekurangan susu bolehlah tanam pokok ni dan petik pucuk dia...makan seisi keluarga.

Jambu air ni yang merah dan panjang tu...kalau dah ranum...makan cicah dengan kicap pon sodap.

Beberapa pokok tomato yang saya tanam. Senang tumbuh dan berbuah.



Belen-belen beli dari kedai tu...cucuk pun hidup.


Belen-belen beli tak habis cucuk pun hidup.

Pokok daun manis...agak2 kehabisan gula...time tetamu datang rendam dengan teh pun boleh.memang manis.

Daun ketumbar indonesia.

Daun kemangi.

Lemon.
Limau Purut.
Daun peppermint.

Pokok belimbing buloh...masih kontot ya...tunggulah dah berbuah nanti...aku gulai ko

Cili padi pedas berapi.
Limau Kasturi

Serai yang tak berapa sempat nak membiak...asyik masuk dalam peroyok tomyam
Pokok kunyit
Pokok pandan jauh ketengah.

Pokok cili merah

Pokok longan

Hmmmm
hermmmmmm.....
pokok pegaga

pokok anak suri.penuh duri


bunga mawar
bunga raya


kobis air


pokok selasih



pokok basil.







































57 comments:

  1. salam pn nani

    seronoknya ade farm ville

    ReplyDelete
  2. kak nani ni rajin tol... tak yah ke pasar dah... semua ada...

    ReplyDelete
  3. salam..aunty,pokok daun manis tu senang tak nak dapat.? kalo kat kedai nama dia pokok daun manis gak eh..nak tanamlah..hehe :p
    ha lg satu pokok kubis air tu sjenis sayur jugak ke.?

    ReplyDelete
  4. peh auntie....bsnyer sume pokok ade.geram tgk buah longan + lemon tu......

    ReplyDelete
  5. wahhh.. boleh geng ngan mak yuyu la ni.. bab pokok number satu.. asal tanam je, idop dengan segar nye.. heheh

    ReplyDelete
  6. banyaknye hasil tanaman!!!
    rajinnya aunty

    ReplyDelete
  7. Hebat!!! Paling kagum tengok pokok longan tu.

    ReplyDelete
  8. suke daun turi msk lomak makan ngan ikan kering wuuuuu

    ReplyDelete
  9. Bestnye. banyak herba/ulam/buah/bunga dan flora yang lain. saya sukeee

    ReplyDelete
  10. macam kebun la aunty..senang petik kat rumah jer...lemon pon hidup subur...;)

    ReplyDelete
  11. pokok anak suri ada anak kucing...

    ReplyDelete
  12. comel kucen tuh numpang tido lam pasu.pokok kemangi tu selalu penah dengar tp tuk wat masakan ke kak.wahh buah longannnn ..dappp

    ReplyDelete
  13. bestnya!! tangan akak ni sejuk la..pokok serasi je nak tumbuh..

    ReplyDelete
  14. salam auntie.

    cite pasal daun turi, tringat dkat mentua.dia suka sgt mkn daun turi..so bila ada peluang blk kampung dkat JB, sure beli byk2..dlm ati nk tanam di laman rumah kat kelantan..tapi da 5 tahun die ulang benda yang sama, dan sampai sekarang daun turi mesti mati bila cuba tanam kat laman rumah..

    ReplyDelete
  15. tweetttttt....
    siapakah makhluk yang menumpangkan dirinya dlm pokok duri tu?????
    hahaha

    ReplyDelete
  16. bunga orkid tak masuk periuk ke? lol

    ReplyDelete
  17. wahhh auntie tanam sume jadi
    mak saya tanam sume tak penah jadi hehe

    ReplyDelete
  18. adoooiii barulah tenang jiwa mak tengok pokok2 ngan bunga-bungaan tuu..berserabot dengan "forum" sebelum nih...

    pelik ar camne kucing akak tu boleh dok dalam pasu yang ada pokok yg berduri? dashyat tuu..

    oooo..dah tahu dahh..patutlah hidangan akak slalu hias ngan tomato ..rupenya raba jer belakang gumah..kahkahh

    ReplyDelete
  19. Segar bugar tumbuh-tumbuhan k.nani.. tips please..sbb kalau saya yang tanam pokok selalunya hidup segan mati x mahu. even pokok pandan pun ssh nak hidup. kenapa tu? tgn x sejuk ke..tgn x panas...hehhee.

    ReplyDelete
  20. yang hitam dalam pasu tu 'pokok' apa?

    ReplyDelete
  21. hye,
    entry ke-2 di teratak nanirostam
    bersungguh benor memenuhi laman rumah
    betoi2 berdarah jawa
    pantang kelihatan kawasan rumah yg kosong, hehehe

    payah jd selebriti mkck
    serba serbi diperhati
    teguran dr segala hala tanpa bralas sehingga lupa jati diri
    tp yg menariknya...terkadang yg menegur alpa pd keadaan diri
    oleh itu lg srnk jd silent reader.. haha

    silent reader


    "Kalau Melayu..Memang Melayu" - Ahli Fikir

    Kita menari ke luar bilik
    Sembarang tari hai kita tarikan
    Kita menyanyi adik beradik
    Sembarang nyanyi hai kita nyanyikan...

    Chorus:

    Kalau Melayu dia seloka
    Kalau Melayu dia bermadah
    Kalau Melayu manis bicara
    Kalau Melayu halus bahasa

    Mulut kamu harimau kamu
    Tendang batu kepala kamu
    Kena-kena bagai santan bergula
    Kalau tak kena akan pukul kepala

    BERHATI-HATI BILA BERKATA
    NILAINYA DIRI DI HUJUNG LIDAH
    SEBAB PULUT SANTAN BINASA
    KERANA MULUT BADAN BINASA

    Melukis seri bahasa kita
    Menegur tak menyinggung
    Menyindir santan berlada
    Lemak pun lemak
    Pedas terasa
    Di dalam marah
    Madah seloka itulah cara orang kita

    IKUT CAKAP ORANG DULU
    SUSUN-SUSUN SATU-SATU
    BILA BICARA
    FIKIR DAHULU

    Menepis dia senyum dan silu
    Tegur dia tegur berlagu
    Kerana ikut tempat dan waktu
    Marah dia seloka lucu
    Kata hempedu menjadi madu

    Chorus:

    Kalau Melayu dia seloka
    Kalau Melayu dia bermadah
    Kalau Melayu manis bicara
    Kalau Melayu halus bahasa

    Apa gilakah nusaku ini
    Dahulu banjir kini kemarau
    Apa celanya bahasaku ini
    Dahulu terpinggir kini terhalau

    Kalau kucing dia berdengkur
    Kalau anjing dia menyalak
    Kalau ular dia berkecur
    Kalau itik dia mengakak
    Kalau guruh dia berdentum
    Kalau badai dia menderu
    Kalau daun dia berdesir
    Kalau bayu dia mendayu

    Chorus:

    Memang Melayu dia seloka
    Memang Melayu dia bermadah
    Memang Melayu manis bicara
    Memang Melayu baik bahasa

    Menikam cara berpantun
    Meninggi tidak menyombong
    Ayun beralun indah terhimpun
    Kurang ajarnya pun tetap bersantun...

    Kalau Melayu dia seloka
    Kalau Melayu dia bermadah
    Kalau Melayu manis bicara
    Kalau Melayu halus bahasa

    Buah cempedak di luar pagar
    Ambillah galah hai tolong jolokkan
    Kamilah budak baru belajar
    Kalaulah salah hai tolong tunjukkan..

    ReplyDelete
  22. next trip tak nak dduk dlm rumah. nak duduk luar mnghayati pokok2 je. boleh kan kak? hihi ..

    ReplyDelete
  23. samalah kita auntie.. tapi saya tanam dalam pasu jer...
    Serai, cili api, pandan, kunyit, limau purut, limau kasturi, daun sup, Cekor & kucai... yang senang2 hidup & yg banyak guna...

    ReplyDelete
  24. kata org, nak menanam pon tgk org juge..
    kalo sy tanam sungguh xkan hidup..
    mak kata sebab saya darah panas..
    tehee..

    beberapa taun lepas penah amek daun turi kat pokok tepi jalan kat damansara..
    kesian kan.. hehe..

    ReplyDelete
  25. Salam, Wah cik Nani, banyaknya tanam pokok-pokok, tapi bagus sebab pokok-pokok yang d tanam banyak yng boleh diguna time masak kan..Cik nani tanam banyak jadi orang cakap tngan sejuk ehhh..

    ReplyDelete
  26. akak ada jual collagen?colagen apa kak? ok ke? cantik pokok2 akak. mak saya kata kalo org cam akak nih tangan sejuk..cam mak saya.. mak saya fav dia orkid. tetiap pagi dia akan sembang ngan orkid dia. dia kata pokok2 nih dgr kalau kita ckp dgn dia, pujuk dia bunga cepat2, pastu puji2 dia biar kalo berbunga lama sikit kembangnya..

    ReplyDelete
  27. byk nyer aunty nani tanam... mesti mak kami suka giler kalau tgk pokok2 tu sbb hobi mak pon tanam pokok..

    kita paling teruja kalau dpt tanam pokok lemon tu senang nak wat air atau campur dlm cheesecake batter... ;D

    ReplyDelete
  28. Tangan sejuk ni Madame Nani.. semua jadi... untung tau..

    ReplyDelete
  29. Tuhan bagi anugerah tangn emas kat Puan Nani....semua yang dibela menjadi,masak pon menjadi...rezeki yang sangat berharga tu...;)

    Suka menanam...tapi umah x bertanah...x dapat banyak cahaya matahari...tanam bunga rose sepokok pon x lama hidupnyaa...;)

    ReplyDelete
  30. banyak pokok, mesti nyaman jer kan rumah aunty...:)

    ReplyDelete
  31. Nani...dulu akak pun banyak menanam...ntah kenapa bila kucing suka bebenor berak dlm pasu tanaman akak...terus jadi malas...geram...

    ReplyDelete
  32. Ratuku Nani, aduh waduh bijaknya menyejukkan temperatue jiwa dan raga yang agak naik tadi. Tenang dan aman bila Ratna menatapi photo-photo hasilan tanaman untuk keperluan dapur juga bunga-bungaan untuk mengindahkan mata-hati + mata memandang dan sekitaran taman-rumah, aman damai nak berasap pun terus terencat. Alang tu, Nani begitu prihatin sungguh hingga kebotanika menjadi semua. Yang Ratna amat terpegun ialah pokok longan, ya ampun boleh main petik-petik dari living-room lagi. Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  33. auntie nani,lau sy tggal dekat ngan auntie mmg sy sruh auntie ajar sy buat farmville..heee
    anyway sgt cntikkkk..terbaikk punya!

    ReplyDelete
  34. kagum!!lemon oh lemon..mana nak cari benih?selalu beli di tesco aje.kagum la dgn tanaman kak nani hehe..kak komen ni takyah haplod ye..saya ni peminat akak dan silent reader..hari2 mesti singgah..mwah.saya selalu ke usj 11.harap satu hari dapat jumpa face to face dgn kak nani yang adorable nehh..mwahh!! all the best kak!

    p/s:takyah haplod eh..saya tetap mengagumi akak wlp dlm diam..

    ReplyDelete
  35. bestnye aunty...

    saya ni berkebun kat fb aje lah :)

    ReplyDelete
  36. fuyyoooo aunty...........kagum saye tengok macam2 pokok adee...........longan pun tumbuh? cili pon segar...............macam2 pokok adeee...


    ape petua aunty buat sampai semua pokok tu boleh hidup n tumbuh segar camtu ek??aunty guna baja ape tu?

    ReplyDelete
  37. eh ada jugak pokok bunga manis....fist time kot dengar..


    bestnyee dapat guna daun die ganti gula...macam x caye je daun die manis...hehehe...sungguh menakjubkan!!

    ReplyDelete
  38. sangat besh...nak masak gi petik kat halaman rumah... terimbau suasana kampung...bestnya... mau rajin2 berkebun jugak lar...=)

    ReplyDelete
  39. Buah yang 'hermmmm' tu buah apa ek? Buah cenderai ke? Ejaan tu pun saya tak tahu betul ke tak.

    ReplyDelete
  40. Salam Nani ..

    vah!!! sonot aku tengok pokok-pokokan yang ditanam itu.. bak kata Ratna, cam tak caya ye buah longan leh tumbuh subur.. Alhamdulillah ..

    tapi, ko ngan Ratna beruntung sebab umah korang ada tanah lapang, cam umah aku, tanah sekangkang semut jerk .. Ratna lagi best, 4 ekar tanah bakang umah dia .. hmmmm .. kalo ada rezeki, nanti kita pi serang Peranchis nak? ekekeke ..

    .

    ReplyDelete
  41. aunty seronok tgk pokok2 tu..saya duduk apartment tapi nak cuba juga tanam pokok2 herba ni..harap2 menjadilaa mcm aunty punya :D

    ReplyDelete
  42. Saya sungguh kagum!!
    Lemon tu paling kagum...wahhhhhhh

    ReplyDelete
  43. Wah... banyaknya pokok-pokok... Nak pegaga tu...buat ulam..:)

    ReplyDelete
  44. OHHHHHHHH Gajah depan mata tak nampak! Pokok longan ropenye....buah penah le tengok, pokok tak penah. Tu yang konpius sikit tu...

    ReplyDelete
  45. oooo! br saye taw..tnm pokok ank suri leh pat ank kucing

    ReplyDelete
  46. sukanya... aunty ada kebun sayur sendiri - hebatlah aunty. senang kan, mudah kerja masak-masak aunty hari2. sayangnya rumah saya tak berapa nak ada kawasan untuk bercucuk tanam.. =)

    ReplyDelete
  47. Rajinnya my mum nani ni. tapi bgs bila tanam ulam2 kat bandar ni save sikit klu tak semua nk kena beli..

    ReplyDelete
  48. wowww...paling suka tengok pokok2 :)) rajin betul nani...syabas !

    ReplyDelete
  49. seronok ye bercucuk tanam...bila la die nk rajin mcm akak...

    ReplyDelete
  50. pokok daun turi?
    ok, 1st time dengar,

    ReplyDelete
  51. Sedap mkn turi lemak ni weih.. tp payah nak cari kat kedai or pasar mlm... karang rembat pokok2 kat tepi jalan kang, salah pokok plak...rupa mcm nak sama jer...

    ReplyDelete
  52. Kak nanie, lain kali comment tak membina tu, tak payah buatkan dia entry khas. nanti dia naik lemak. Sok-sok, dia komen lagi. Biaq pi lah mereka nak prasangka. Kak nanie hidup jugak. Kalau saya, saya memang suka tengok orang berjaya. Tak tahulah mereka.

    ReplyDelete
  53. saya suka pokok anak suri..sebab ada meow hitam comel dalam tuh hehehe

    ReplyDelete
  54. bestnya dpt bercucuk tanam...cam kt kg plak...rajin akak...

    ReplyDelete
  55. salam...
    wow.. hobi kita sama....
    praktikal je tak sama....
    lain kali boleh masukkan gambar lanskap edible garden u ni... nak nengok dari pandangan atas lak... kalau sudi laaa.. :)

    ReplyDelete
  56. punyai hobi yg sama....tp sayang...1thn kebelakangan ni kurang beri perhatian pd tamanku(tmn pasuku..hehe) yg bestnye jiran jeles wlau busy giler..pnah tak bersiram tp tak mati...hehe....''jagalah campuran tanahnya kak'' jiranku masih bingung...hehe

    ReplyDelete