Sejujurnya ini bukanlah kali pertama dia memperolehi sijil seperti itu tetapi seingatnya kali pertama dulu adalah segulung sijil adalah dari pra sekolah ketika dia menamatkan persekolah tadika di usia enam tahun. Adakah segulung sijil itu lebih afdal di panggil ijazah kerana untuk mendapatkannya dia perlu menyewa jubah seperti yang disewa oleh kakak Liana ketika menerima degree di hari konvo UiTM tempohari.
Perasaan ketika menerima segulung ijazah tempohari agak berlainan dari apa yang dirasai hari ini. Waktu itu dia langsung tidak merasa apa-apa mungkin kerana setiap murid di tadikanya tempohari pun menerima ijazah tersebut tanpa ada yang tertinggal walau seorang.
Setibanya di rumah dia menunjukkan kepada ku sijil yang diperolehi itu.
Mama!!! Alisya dapat ini!..
Hafiiz yang turut menyambut kepulangan Alisya begitu teruja sekali...."Heiii...Alisya dapat sijil..... heeiii first time kan Alisya dapat sijil ma? Dah nak masuk darjah lima baru dapat sijil....nasib baik dapat walaupun cuma penolong ketua darjah"
"Patut Alisya dah dapat banyak sijil macam abang Hafiiz . Dari darjah satu dah dapat sijil....bila darjah lima dah banyak kot"....terang Hafiiz beriya-iya.
"Ma...Alisya dapat nombor satu dalam kelas....masa pertengahan tahun nombor satu...akhir tahun pun nombor satu " sambung Alisya penuh ceria sambil kembang-kempis hidungnya menahan kegembiraan. Mendengarkan itu Hafiiz pun melompat sambil bertepuk tangan berbangga dengan kejayaan adik ke sayangannya."Yeahhh!!!Alisya dapat nombor satu!!! jerit Hafiiz.
Sebagai ibu pastilah aku rasa sungguh bahagia dengan berita itu...tetapi tambah bahagia bila melihat abang-abang dan kakak-kakaknya sangat gembira dengan kejayaan adik-beradik mereka.
Guru kelas Alisya pernah bercerita padaku waktu mula dia mahu melantik Alisya sebagai penolong ketua darjah, ditentang oleh kebanyakan rakan-rakan kelasnya. Kerana menurut mereka Alisya tak boleh jadi penolong ketua darjah kerana dia terlalu pendiam. Namun dari pengamatan guru kelasnya walaupun Alisya pendiam tetapi dia seorang yang rajin, maka diapun melantik Alisya tanpa sokongan murid sekelas Alisya.
Guru kelasnya memberitahu ku lagi rupa-rupanya setelah menjadi penolong ketua darjah barulah dia tahu Alisya seorang yang garang walaupun pemalu.
Siapa sangka Alisya yang amat pemalu dan pendiam itu rupa-rupa amat berbakat dalam tarian dan lakonan selain dari peningkatan yang memberangsangkan dalam pelajarannya.
Alhamdulillah, itulah cerita dia rezeki anak ramai, filem animasi bertajuk BoBoiBoy yang akan ditayangkan di slot TV3 pada bulan Mac 2011 nanti menggunakan suara Alisya yang berlakon sebagai Yaya. So apa lagi boleh beranak banyak-banyak selepas mendengar cerita ku ini.hehe
Wajah Alisya di sini mirip pelakon Anne Ngasri.
Mudah-mudahan bintangnya terang bergemerlapan.
Para pelakon suara kartun animasi BoBoiBoy
Alisya juga berbakat meniru suara pelakon-pelakon lain terutama suara Upin & Ipin.
Orang kuat di dalam menjayakan Filem Kartun Animasi BoBoiBoy yang bakal ditayangkan di slot TV3 pada Mac 2011.

