Wednesday, December 8, 2010

Siapa Mahu Jadi Superwoman

Selalunya dalam hidup ni kita tak banyak pilihan. Kalau itu adalah jalan takdir bagi kita, amat biasa untuk kita tidak akan menongkah arus. Kalau itu jua adalah jalan rezeki bagi kita maka kita teruskan jua walau hati ada kalanya berbelah bagi. Bahkan ada sesetengah orang yang mempunyai pekerjaan tetap, tetapi masih punya keinginan untuk menukar kerjaya atau memilih bidang lain mengikut keselesaan dan impian hati.

Dulu apabila melihat seorang kenalan yang tak kenal penat membuat pelbagai kerja untuk menyara keluarga saya hairan dimana dia dapat semua tenaga dan semangat begitu. Menjadi baby sitter, mengambil budak-budak sekolah, mengambil tempahan katering. Menjual nasi lemak dan kuih muih di hadapan rumahnya dan adakalanya mengambil tempahan jahitan.

Saya juga mengagumi seorang sahabat yang bekerja sebagai pengurus bank. Mempunyai enam orang anak.Tidak mempunyai pembantu malahan mempunyai suami yang tidak banyak membantu namun dia punya kekuatan untuk memasak, mengemas rumah malah dia boleh mengosok baju-bajunya, baju suaminya dan baju sekolah anak-anaknya yang seorang harus ada lima pasang untuk stok selama seminggu. Saya bertanya bagaimana dia mempunyai masa untuk itu semua. Lalu dia menjelaskan bahawa dalam hidupnya selama itu dia hampir tidak pernah keluar rumah atau berjalan-jalan bila hujung minggu melainkan selepas siap kemas dan masak dia akan duduk menghadap ironing board selama 5 atau 6 jam.

Rupanya kalau kita berada di dalam situasi begitu, mahu tak mahu kita pasti dapat melakukan walau selama ini tak terjangkau dalam fikiran bahawa kita mampu melakukannya. Begitulah halnya dengan diri saya. Kadang-kadang saya pun tak tahu dari mana saya dapat tenaga dan semangat untuk menyiapkan semua kerja rutin saya setiap hari. Ini adalah cerita bergambar, biar gambar menceritakan apa yang saya lakukan seawal jam 4 pagi.



Saya terkejut se awal 4 pagi bila malam itu jam 10 malam saya sudah tertidur, sedangkan kek yang harus di siapkan sebelum jam 10 pagi.



Terus ke dapur dan membancuh adunan dua biji strawberry moist chocolate kek.





Dan juga harus menyiapkan kek red velvet.



Sambil harus menglap permukaan kerja membancuh kek.



Sambil memasak nasi lemak.





Sambil merebus telur.



Sambil memotong sayur kangkung.




Sambil merebus barli.

Kain baju juga harus di settlekan.





Sambil merendam pakaian.


Sambil menyiram lantai yang comot dengan bancuhan dan parutan chocolate.

Sambil harus mengemop mengeringkan lantai.

Hafiiz membantu menyediakan jus oren untuk sarapan pagi.



Tadaaa.....semua orang dah bersedia untuk sarapan pagi.



Strawberry sudah siap untuk di ambil jam 10 pagi.

Orang yang sama mengorder Red Velvet.



Pasti tidak dapat meneruskan pekerjaan apabila dua budak comel ini asyik memerap saya.

Seorang di kaki, seorang di kepala.



Waimanya sebagai isteri dan ibu haruskah saya berkira titik peluh untuk memastikan makanan sentiasa terhidang atas meja dan rumah harus bersih terurus.

Mana mungkin saya berkira-kira begitu sedangkan saya harus terus bersyukur dan berdoa agar esok saya bangun dari tidur masih boleh bernafas lagi. Moga-moga Allah terus beri saya kesihatan yang baik dan umur yang panjang serta semangat yang tinggi untuk saya terus berada di sini menyara keluarga dan memastikan rumah yang bersih dan selesa untuk kami.

Cuma kadang-kadang saya fikir, saya harus ada ruang untuk diri saya sendiri. Tetapi entah bila.


58 comments:

  1. pn nani mmg layak digelar super women,mum,blogger :)

    opss lupe,baker

    ReplyDelete
  2. betul tu kan kak nani.saya pun kagum je tengok kalau ibu yg berkerja boleh hari2 bgn pagi bancuh minuman siapkan sarapan juga bekalan tuk anak dan suami masakan surirumah xboleh.malah ade sahabt sy tu jarang yg amat makan kat luar meskipun dia berkerja..gerammm lor ngan bebudak tembam dua oranggg ni..rasa nak geget je pipi tuh

    ReplyDelete
  3. At the end of the day, semua penat lelah aunty berbaloi. Dapat breakfast sama-sama dengan family, dan dapat 2 biji kek yang sangat cantik :)
    Apapun, aunty memang seorang superwoman o(n_n)o

    ReplyDelete
  4. auntie..eka kagum tgk auntie..mmg ligat wat keja dapur..pndai masak jugak.mcm mak eka...hehe

    ReplyDelete
  5. seorg selalu nye akn rse bahagia apbla dpat mnyedia kn yg terbaek untuk ank2 nye..
    n yg sntiase ade mse tuk dri sndri kdg2 msih xdpat bergembira seperti seorg mak.. =)

    ReplyDelete
  6. saya baru je follow auntie nani:)
    blog ni sangat best sebab boleh tgk pic makanan.HAHA.

    btw,nice blog

    ReplyDelete
  7. beharap agar jd kuat dan rajin mcm kak nani dlm melakukan kerja2 rumah x der la sampai meniaga hehe

    ReplyDelete
  8. Jeles arr tgk red velvet tu. bila la ella blh order ye kak?? hehe ..

    ReplyDelete
  9. salam:)
    k.nani..yups ur oso de superwoman..
    mcm mak sy dlu pn sgt2 superwoman...mak sy housewife wit 7 urg anak (masa tu 2 urg duk hostel) n jd babysiter tuk 2/3 urg bdk..mmbt tempahan kuih muih n d wik n be jualan d tamu dgn lebi 10 jenis kuih2 d bt dlm sehari ..mak sy bole mmbt kuih2 tradisonal spt mmbt bingka yg d bakar dgn kayu api..bahulu yg d bakar dgn kayu api..semua nya d bt wit out assistant..until now mak sy masi lg kuat mmbt tempahan kuih2 tradisoanl spt itu..tp sy plk bla x maid trasa kucar kacir nya idup nak mengatur rmh n anak2..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. sangat kagum ngn auntie.perfet wife n mom...hehe

    ReplyDelete
  13. yes we are superwoman boleh buat itu ini dalam masa yang sama...

    my ex, kalau time dia memasak, dan time tu i ada sama...yang amik tu, yang amik ni...sedangkan kita kalau masak, boleh amik semua tanpa bantuan dia yang hanya dok memerhati jer kat meja makan....

    ReplyDelete
  14. Salam,
    sy silent reader blog akak, tak penah miss baca, malah buat panduan kerana pada saya kak nani patut dicontohi oleh semua ibu2 especially ibu muda (cheh cheh muda ke?) dan berkerjaya mcm saya...cantik, pandai masak, rajin, anak pandai2...kiranya pakej lengkap lah....apepun terliur betul tgk strawberry moist chocolate kek yg akak buat...nak order....malangnya saya nun jauh di melaka.....telan air liur je lah...hehehe....

    ReplyDelete
  15. insy'allah aunty..walau sesibuk mana pun pasti akan ada sikit masa ruang utk diri aunty nanti :)..sy selalu doa utk jadi seorg isteri yg kuat dr segi mental + fizikal mcm aunty tulis nih..walaupun br 9 bulan kawen...

    kata arwah mak, sesibuk mana pun kerja...niat harus ikhlas, baru keberkatan tu dtg :)..amin!

    ReplyDelete
  16. salam kak nani..
    kalo jd k kl weeken ni nk order kek coklat kak nani...
    rmh k nani kt mn?

    ReplyDelete
  17. begitu telus pengorbanan seorang ibu. tidak perlu mengeluh sebab kebahagian dan kesenangan, kelangsungan hidup seharian suami dan anak-anak itulah kepuasan dan kehidupan bg seorang ibu.

    (mak saya cakap).hehe

    ReplyDelete
  18. adoi.. tgk pun penat..

    sedapnya kek tu..

    sapa yg baju merah tu? geramnya tengok dia.. lengan montel

    ReplyDelete
  19. Pasti keluarga sangat menghargai Puan Nani :)

    Selama ini saya jadi silent reader (pembaca senyap haha), hari ini baharu nak komen. Belog puan sangat best! ^^

    ReplyDelete
  20. aunty makan ubat kuat cap apa yer?share la ngan kami..:)

    ReplyDelete
  21. kak..
    bila saya berkerja dan bt kerja rumah tak rasa penat sgt..
    bila bt kerja rumah sepenuh masa..rasa penat tak abis2 je..
    huhuhu...
    akak sume 'sambil2'..janji beres kan kak

    ReplyDelete
  22. Semua mende nak kena settlekan on time aunty kan? Baru senang hati.
    :D

    ReplyDelete
  23. hurm bila aunty tunjuk kerja2 mcm nie wat sye kagum dan mahu lebih mengharhai umi saya yg superwomen jgak :B
    dan satu hari nnt bila berkawin hrp bole jadi wanita yg superwomen seperti umi saya dan aunty

    ReplyDelete
  24. dear aunt,
    sy antara yg sangat teruja menanti entri aunty yang ada gmbo makanan hahahai...meleleh air liur tgk kek sedap aunty..apapun sy doakan satu hari nanti aunty akan masa yg berkualiti untuk diri u,cuma mungkin untuk dapatkan waktu tersebut memakan masa~

    ReplyDelete
  25. Auntie, i wish to be a superwoman like u. Banyak tips2 auntie yang saya pelajari di blog ini. insya allah saya aplikasikan bila keluarga dah berkembang dan anak2 dah besar =)

    susulan entry RUPAWAN DAN HARTAWAN auntie hari tu, saya alu2kan auntie baca blog saya ini. Siapa tahu, impian Hanis boleh jadi kenyataan =)
    CARA NAK KAHWIN LELAKI KAYA-RAYA

    ReplyDelete
  26. ruang utk diri sendri tu sbenarnya ruang yg tlh diisi dgn kebahagiaan hidup kita d samping keluarga tersyg..ruang yg sentiasa terisi dgn senyuman ikhlas keluarga yg membuatkn hati kita tenang dan sentiasa tersenyum..;)...keep it up!!!

    ReplyDelete
  27. kak,

    saya amik resepi aiskrim baskin robin akak~tq~~

    ReplyDelete
  28. Ratu Nani, malunya diri ini.. dulu-dulu sebelum berpindah dicountryside (rural area) Ratna adalah photocopy seperti Nani, tapi sekarang dah tak reti nak pikul sepenuhnya, banyak household chores obligations tergantung.Ni dah dekat christmas biscuits untuk dibawa kerumah ibumertua pun tak buat-buat lagi, alang tu! Salam manis-manis madu.

    ReplyDelete
  29. kagumnya saya...tiap2 hari bangun seawal 4-5 pg ke?

    ReplyDelete
  30. berharap sgt dpt order red velvet dr akak tp akak di bkt jelutong saya di sri dsara. jauh bebenor. mcmane nak nak pegi ambik gamaknye.

    ReplyDelete
  31. i'm ur new follower!

    yes aunty semua ibu2 begini memang layak digelar superwoman!

    tenaga & masa tiada had even tiada masa utk diri sndiri demi family tcinta...

    ReplyDelete
  32. malunya saya! saya bgn pkl 6 pg utk masak pon dah ngomel2 dan muncung2. patut sbg ibu, isteri, berkerja part time lg, sambil buat PhD, saya seharusnya bgn lebih awal utk study! ok... skang saya sudah tercabar (in a good way). pg esok saya nak bgn jam 5 pg (nak celen kak nani pkl 4 pg belom bole lg, biar perubahan sket2 dulu, asal istiqomah). ini hijrah saya sempena maal hijrah. Thanks kak nani. Kalo berjaya, kak nani pon dpt sahamnya, moga Allah bantu saya. Bgn pg murah rezeki :)

    ReplyDelete
  33. salam kak nani

    saya dah cuba resipe red velvet kak nani..memang sedap...cuma nak tanya, macam mana kak nani letakkan icing on top coz saya buat tak kemas betul.appreciate if you can share the method, thank you

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. as salam kak nani,

    laju betul kak nani buat kerja
    kalaulah kita boleh buat mcm tu

    mmg kdg2 kita kena ada waktu utk
    diri sendirikan..
    teringat lagu superwoman nyanyian karen white kot..suka sgt

    insyaAllah satu hari ati mesti nak
    order choc. cake tu...sedapnya

    ReplyDelete
  36. Begitulah nasib kita sebagai seorang isteri, emak aka bibik. byk masa habis berkhidmat utk mereka-mereka. maka harus reward diri selalu supaya tak stres. sebab tu... saya gemar menyoping mekap or handbag demi utk melupakan 'keperitan' dan keletihan .
    kwn2 di sekeliling bersifat kemut...asyik kata mahal..mahal.. saya kata itu hadiah saya utk diri saya yg jarang2 berehat.

    ReplyDelete
  37. Huh!! Kagum & tahniah auntie kerana punyai anak2 yg membantu... Peranan hafiz mengingatkan saya zaman remaja dulu2...

    ReplyDelete
  38. ibu besi katanya...kak nani ni boleh jadi idola lah! bukan nak bodek tapi benar ikhlas dari saya.

    ReplyDelete
  39. Salam pn saya begitu kagum dgn kerajina yang tak tau penat lelah semuga pn di beri kesihatan oleh yang maha esa.

    ReplyDelete
  40. wah, jasa menjadi seorang ibu mmg terlampau beso + xley dibayar ngan wang ringgit la.
    huhuhu

    ReplyDelete
  41. all that I can say is

    women are often very good at multitasking..

    ReplyDelete
  42. Kagum dengan superwomen2 yang ada. Yang kadang2 diri sendiri tak tau boleh buat macam tu ke tak.

    All the best, Kak Nani :p

    ReplyDelete
  43. kesimpulannya...wanita ni...kalau nak seribu daya...tak fahama kalau isteri mengharapkan suaminya...

    ReplyDelete
  44. TAHNIAH! auntie...apapun saya cukup kagum ngan semangat & kegigihan auntie...bnyk pengajaran dr pengalaman hidup & kehidupan auntie...

    ReplyDelete
  45. tabek spring dkt akak nani..sy surrender..tp off topic sket mcm mana jaga kabinet tu walhal slalu jek masakk.tak comot pun tgk.bg tips.sb lyna tgh berkira2 nk pasang white cabinet ala2 kak nani tapi isau tak terjaga n comotttt

    ReplyDelete
  46. Kagumnya dengan kak Nani. Tak menang tangan.. tapi yang pasti semuanya dapat diuruskan dengan baik dan perfect.. Tahniah kak.. No wonder entri Kak Nani ni pun dibuat jam 4pagi..

    ReplyDelete
  47. salam k nani, mmg akak superwoman. saya yg staying alone ni bila tetiba dtgla askar2 kecik masa cuti sekolah ni, punyala panic pg2 nak prepare diorg nye sarapan, lunch and minum ptg sekali. pastu bila kt tmpt keje asyik call je tanya diorg nye wellbeing.... it takes a lot to be a superwoman, but after all it's so rewarding when they makan bersungguh2 and compliment 'sedap la maksu masak'. walaupun saya tau masakan saya if saya compare to their mum's cooking hmmmm.... jauh panggang dr api (apatah lg if saya compare to kak nani nye masakan).....

    ReplyDelete
  48. salam k nani, mmg akak superwoman. saya yg staying alone ni bila tetiba dtgla askar2 kecik masa cuti sekolah ni, punyala panic pg2 nak prepare diorg nye sarapan, lunch and minum ptg sekali. pastu bila kt tmpt keje asyik call je tanya diorg nye wellbeing.... it takes a lot to be a superwoman, but after all it's so rewarding when they makan bersungguh2 and compliment 'sedap la maksu masak'. walaupun saya tau masakan saya if saya compare to their mum's cooking hmmmm.... jauh panggang dr api (apatah lg if saya compare to kak nani nye masakan).....

    ReplyDelete
  49. jadi juga mahu jadi SUPERWOMAN suatu hari nanti..hehe

    ReplyDelete
  50. puan seorang yg sgt bertanggungjawab. seorang yg betanggungjawab tidak akan pernah lari dari apa segala dugaan dan cabaran. nak jadi mcm puan nih, kena ada kesabaran yg sgt tinggi dan motivasi diri yg tinggi. tahniah puan! u inspired me!

    ReplyDelete
  51. aunty, dari dulu lg terliur dgn choc moist cake ni. alangkah bestnye kalu umah dekat.. mesti nk order sume2 kek aunty + triffle yg menggoda sgt tuh...

    ReplyDelete
  52. saya teruja ngan kak nani ni...teringin satu hari nanti nak jadi seperti ini...great mommy

    ReplyDelete
  53. nampak sedap je kek tuh..camne nk order.and pick up katne eh..adore sgt dgn auntie yg suke masak ni..hee best2

    ReplyDelete
  54. yes, aunty ni memang superwoman yang kental dan tak lupa, gorgeous... dah lah pandai masak, kemas rumah, seme lengkap. what a lucky family you have....

    ReplyDelete