Friday, December 17, 2010

Kena Hempap

Selamat berhari Jumaat, tuan puan, adik kakak, makcik pokcik dan para pembaca semua. Hari ini saya nak berkongsi resepi makan tengahari saya tadi. You all masak ke hari ini. Tak pa kalau tak masak...besok boleh masak.


Eew penatnya badan hari ini. Sedap kalau kena urut ni. Maklumlah badan ni bukan muda lagi....dekat expired dah. Tadi masa nak masak tomyam tiba-tiba limau nipis yang saya lambung-lambung atas lantai , pantul-pantulkan atas lantai hempap jatuh atas jari kaki saya...mak oi...sakit macam nak mati. Itu baru sebiji limau kecik...kalau batu lesung mahu cuti sebulan.


Betul...rasa kebas-kebas..lenguh-lenguh...ngilu-ngilu.Macam tak logik sampai boleh sakit macam tu. Yang Imran dengan Hafiiz pulak asyik tanya...ehh kenapa mama baling-balin limau tu atas lantai. Saya pun terangkan lah, supaya limau ni jadi lembik lembut lepas tu baru senang perah. Satu petua dah...dia orang belajar hari ni.


Hari ini banyak tempahan, 4 strawberry moist choc cake, red velvet cupcake topping mascarpone cheese dan sebiji red velvet kek......

Tapi sompek jugaklah den masak. Saya ni bukan suka nak jadi superwoman ke apa...merana badan...buat kerja teruk-teruk ni...tapi lebih kepada tak sampai hati. Satu sifat saya yang tak pernah luntur dalam diri saya ialah TAK SAMPAI ATI. Tu yang kadang-kadang nampak macam superwoman. Sebenarnya tidak.


Saya bukanlah perempuan yang rajin kemas rumah. Tetapi terpaksa kemas sebab tak sampai ati tengok rumah macam tongkang pecah. Nak suruh anak-anak sangat-sangat macam tak sampai ati. Yang suami pulak memang lah saya sampai ati nak suruh tetapi dia yang tak sampai ati nak buat.


Saya pun bukanlah rajin sangat nak masak. Tetapi sebab tak sampai ati tengok anak-anak kebulur, suami kebulur makanya kerah jugaklah tulang kederat ni walau penat macam mana pun. Dah tu kadang-kadang anak-anak ni macam pelanggan kat restoran...dah makan nasi...order dessert pulaklah...itulah inilah...



Tapi lately ni dua anak bujang saya tu rajin masak. Hari ni Imran buat kuih donut berglace...sedap giler dowh. Yang ni saya tabik springlah kat Imran. Sebab semalam dia buat tak cukup berebut-rebut. Saya dapatlah makan dua tiga gigit. Hari ini dia buat double adunan. Biar sampai termuntah budak-budak tu makan.




Bersungguh Chef Imran buat ni dibantu oleh Chef Hafiiz.


Ha tengok tu...glace dia.....bila gigit dia crispy.


Ni kalau tak muntah memang tembolok besar.


Setiap kali orang order red velvet saya buat dua adunan untuk budak-budak. Hari ni tetiba ada customer nak 20 biji, maka anak-anak dok sibuk kata jangan jual.....dasar!!


Red Velvet untuk Hana. Dia nak bagi kat mother in law.



Lauk lunch, sawi cina siram sos tiram.dui berapa banyak ram-ram dah. Cara-cara...celur sawi. Kalau nak sedap dan hijau siram air sejuk lepas celur. Tumis bawang putih and bawah merah. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tunggu mendidih and angkat lalu siram di atas sayur yang di atur di atas pinggan.


Ikan bawal goreng garing. Untuk yang tak suka makan pedas.




Set kedua ikan bawal curah sambal darat. Bertambah-tambah satu rumah makan. Cara-cara nak buat sambal tu. Tumis bawang merah hiris. Then masukkan cili yang dikisar bersama belacan, udang kering dan dua biji buah keras. Pastu letak ler gula, air asam jawa, garam, ajinomoto. Tunggu sampai naik minyak.Angkat curah kat ikan.



Tomyam seafood yang simple..memang penambah selera.


Saya tukang masak. Dia orang tukang makan. Bagai aur dengan tebing....memang ngam.









62 comments:

  1. Salam. Red Velvet cupcakes and cake tuh berapa hengget ye Aunty Nani Rostam? =)

    ReplyDelete
  2. iskhhhh..hujan2 ni tulunnn la lapooo ngknya nak2 semuanya peberet den tuh..haishh nak kene order gak ni kak nani kek tu tak tahanlaaaaa..tomyam panas2 makan dihari hujannnn aduii kecur dah ayaq liur nii

    ReplyDelete
  3. untie bagi resipi donut tu boleh x? please and thank you:)

    ReplyDelete
  4. boleh x bagi tau macam mana nak buat topping untuk kek red velvet tu??

    ReplyDelete
  5. best nyer...teliur abis dah ni...hehe

    ReplyDelete
  6. ahhh sedapnye...!

    aunty, red velvet tu berapa RM ye?
    cupcake per pcs pn how much?

    ReplyDelete
  7. akak, sila letak banyak2 lagi gambar food. saya suka datang blog ni sebab terliur2 tgk food2 dia. and sudi kongsi2 resepi. also inspired nak masak2 jugak2. (meskipun setakat ni tak pernah2 nak try lagi) tapi saya sangat suka la la la :D
    quadruple thumbs up!

    ReplyDelete
  8. bestla entry kali neh aunty ! :) sangat lapar bila tenguk sawi dengan sos tiram uh. marvelous la ! hihi.

    ReplyDelete
  9. sweetnya tgk 1 family mkn mcm ni..
    nanti kalau dah kahwin sy nak rajin masak mcm unty nani..

    ReplyDelete
  10. Ratuku Nani,kalaulah diri ini punyai tenaga extra, feeling tak sampai ati atau sekurang-kurangnya paksa diri tapi ikhlas memang superwoman tapi hari kehari mood letoi! Semalam Ratna buatkan tiramisu sebab dah janji ke anak hero + crepes roulées au four(baked pancakes rolls) itu sahaja. Hari ini tak tau apa nak masak, nak intai intai dulu peti es, ada apa ya? Amat kagum, Nani punyai hati yang tak sampai ati maka itu photo part dimeja makan semuanya berwajahmuka menghargai masakan Nani yang tidak perlu lagi dipuji-pujian. Salam manis manis madu. Nanti Ratna dring drong Nani.

    ReplyDelete
  11. mmg superwomanlah k.nani ni.. mmg teringin nak jadi seperti akak.. pandai serba serbi.. cantik lagi..

    ReplyDelete
  12. kasih ibu membawa ke syurga...unty memang superwomen..=)

    ReplyDelete
  13. salam. si ibu yg hebat! hehe. dah la cantek, pdi masak, rajin kemas rumah, puan mmg hebat. puan, nak ty klo tempahan kek tu bape ek? hehe. ade x ala2 harga secret recipi?;p

    ReplyDelete
  14. sedapnye untie..lagi seronok masak sebab ramai tukang makan kan..puas hati kan tgk mereka mkn..;)

    ReplyDelete
  15. bestnya kalau adik-adik lelaki saya serajin diorang.. talent dah ada, tinggal rajin atau malas je. huhu.

    ReplyDelete
  16. salam

    owh terima ksh banyak2 diatas tips sayur sawi itu,antara kegemaran hubby tu

    teringin nak merasa kek kek tu..wala

    ReplyDelete
  17. seronok tengok family aunty. bahagia jer :)

    ReplyDelete
  18. seronok tgk family aunty. bahagia jer :)

    ReplyDelete
  19. Bagai aur dengan tebing?hahhahahahahha...kesian..!! amik maid buat hal plak ye?

    ReplyDelete
  20. salam puan..
    Tuu diaa, tiba2 macam kenannn sangat dengan..dengan...dengan...jeng jeng jeng..haha, panik eks..kenan dengan tomyam seafood tuu....hehe

    ReplyDelete
  21. Kak nani ni best la
    Kita suka...nasib la jauh..
    Kalau dkt nk je dtg umah akk berkenalan...
    Banyak yg nak belaja...
    Lebih2 lagi tang jadi superwomen tu..

    ReplyDelete
  22. sedap lauk2 nyer..

    eh..cik mat gebu pon ader komen tu.. mantap nie..dua2 terer masak..

    ReplyDelete
  23. hadoi sedapnya donut die..cmne nk wat glace tu auntie

    ReplyDelete
  24. Kalau penat2 masak, dorang makan selera je nampak sampai licin, tu tak pe. Jangan tak makan, dan ke tong sampah jawab nya. Sudahnya, tak ingin masak. Tapi kalau akak masak, memang terbaik punya la. Dah mengences air liur ni menengok nya :)

    ReplyDelete
  25. aunty..jgn celur sawi tu..nanti khasiat die turun kat air celuran..huhu..tumis macm biase then baru masuk sayur n sos tiram.. masak sekejap je..sayang..

    ReplyDelete
  26. faveret saya tu sawi ngan sos tiram..tomyam pun

    ReplyDelete
  27. auntyyy..cili nk buat sambal tu guna cili kering atau cili hidup?

    nmpak sedapnyerrrr

    ReplyDelete
  28. WAH SEDAP TU...jom masuk blog kita...

    ReplyDelete
  29. bru tgk paper hr ni.hanis zalikha mengalahkan dato ct di ejen carian google. :) akak tersgtlah bertuah dpt anak yg mmg dikenali ramai...sb penulisan die tu buat semua org nak tau siapa hanis zalikha..proud of u n ur dotter

    ReplyDelete
  30. salam puan nani
    emmm anak2 puan tak chubby pun walaupun maknya bagaikan chef...

    ReplyDelete
  31. salam puan nani
    emmm anak2 puan tak chubby pun walaupun maknya bagaikan chef...

    ReplyDelete
  32. salam. hye auntie nani! auntie, may i know, can u do a moist choc cake yang bertingkat-tingkat for a wedding? and how much will it cost? and i've read somewhere you also do make up for events like engagement/wedding. if u do, are u still doing it, and if you don't mind, may i know the cost? thank you in adv auntie :). salam

    ReplyDelete
  33. sedapnya sambal tumis letak kat ikan tu..menyelerakan betoiii...

    ReplyDelete
  34. kek red velvet tu pon sedap nampak..bila nak tempah kat unty ni..nk jugak merasa...berapa harga kek red velvet tu unty?

    ReplyDelete
  35. first sekali, tak tau nak panggil ape. makcik..kakak...
    oklah. puan
    boleh order custom made cake?
    contohnye, tak nak cholocate moist, tapi vanila. tuka perasa, tapi still ade chocolate topping dengan strawberry?

    ReplyDelete
  36. ya Allah..berair mulut tgk gmbr2 ni..

    owh..dpt blja 1 lg petua dr akak...nti nk buat tomyam nk try la.hehe

    ReplyDelete
  37. lama nak gtau,anak2 u byk ikut muka encek zainal.with misal dato k.huhuhu

    ReplyDelete
  38. salam aunty, sedapnye la...tgk gmbr je da teliuq...

    ReplyDelete
  39. membaca artikel ni membuat saya teringatkan keluarga di kampung.

    Salam perkenalan, ShueQry di sini, blogger di iAwani.

    ReplyDelete
  40. kak nani,
    bole share camne nak wat dough donut dgn glace nya tu? ke nak kena tanya imran ni hehe..

    saya etrpegun bkn saja dgn bakat memasak kak nani, tp jgk dgn food presentation akak. mmg betul2 mcm kat restoran seafood. kelasss. baru la bangkit selera makan semua. saya kalo cuba masakan yg sama ni pon, x nmpk se-menggiurkan la. apasal ek? ke pinggan saya cap ayam punya huhu?

    ReplyDelete
  41. kak nani nih..baguzlah..walaupon ikan goreng..tp still menjaga "penampilan" ikan tu..hahah.mesti ada hiasan (tomato + salad)mcm orangnya..pandai menjaga penampilan diri..

    ReplyDelete
  42. haih..nape la ank buah saya yg satu kelas ngn hafiz tu x rajin n hebat mcm hafiz.banding2 kn dia ngn hafiz tu da salu da.tp dia wat dekkkkk je.

    ReplyDelete
  43. HAI aunty nani..assalamualaikum..

    sy mmg minat masak..tp sy takut nk mskkan untuk org lain, tkut2 kalo drg x berkenan dgn masakan sy.baru2 ni sy berkahwin, n for the first time smlm mskkan untuk mentua sy, tp msakan sy smua x menjadi dek sbb nervous.so sy nak minta nasihat dr aunty cmana nak mengatasi mslh ni?? perhaps kalo boleh nak aunty share kan pengalaman aunty masa mula2 msk dlu...

    ReplyDelete
  44. wahahahaaa.kecur plak air liur ni. nk jugak rase!!

    ReplyDelete
  45. kak..mana lah x jd idola saya akak ni tau..masak sedap²..sukerrrrr..

    psstt..saya dh upload pic td..kat lobi ofis saya..akak gi interbiu kat radio tadi ;-)

    ReplyDelete
  46. Aunty try masak stim cara lelaki, simple tapi sedap..

    Tumis Bawang putih sampai kuning & taruk sos tiram.. dekat nak masak taruk cili api potong halus2 cam nak taruk kicap tu. then curah atas ikan yg dah di stim bersama Hirisan halia. garam & aji tu taruk sikit jer pada ikan tu sblm stim.. selamat mencuba..
    kalu ikan sungai best nie...

    ReplyDelete
  47. foyo sedapppppp!!!!!
    saya pun ada post masak2
    tp masak orang laki
    mana boleh lawan masakan anda!
    hehehehehe

    ReplyDelete
  48. salam

    red velvet cake tu berapa RM ye? Kalau cupcakes dia pulak cemana kira? *mode terliur jugak nih*

    ReplyDelete
  49. memang letak strawberry sebijik sebijik ke atas red velvet tu? kalau ya... O_O

    ReplyDelete
  50. dah lama tak mkn ngan family, bru tersedar! cpat ambik pinggan mkn

    ReplyDelete
  51. salam.. meriah nya masakn akak nani ni.. meriah jugak orang yg makan tu..

    ReplyDelete
  52. alamak..siyes betul dorg ni mkn. heheh

    ReplyDelete