Saturday, December 25, 2010

Hanis Zalikha di Radio 24 stesen 93.9 Pada 27/12/2010 jam 8.30 pagi.

Bila cerita anak dara saya atasi Siti Nurhaliza keluar muka depan surat khabar Metro dan keluar suratkhabar Berita Harian Singapura maka ada beberapa pihak media ingin menemuramah Hanis tentang cerita disebalik nama yang tidak pemes tetapi mendapat tempat ke 6 dalam carian google malaysia di antara ratusan ribu atau mungkin sudah mencapai angka juta penduduk rakyat malaysia.


Maka dengan tak secara langsung saya pun terbabit dengan 'kepemesan' Hanis dengan melantik diri sendiri sebagai draybar cum manager Hanis yang setia. Sebenarnya saya ni pengurus hanya pada nama. Segala keputusan tetap Hanis yang tentukan. Hanis adalah seorang anak gadis yang lebih suka bertindak secara professional dalam segala urusan dan berpendirian teguh dalam apa jua keputusan yang dibuat. Kadang-kadang bagi orang yang tidak memahami mengata Hanis sombong. Walhal apa yang sebenarnya, dia cumalah seorang yang tegas serta lebih suka bersifat 'low profile'. Sikapnya yang begitu sedikit sebanyak adalah merupakan salah satu faktor yang meletakkan dirinya di tempat sekarang.



Siapalah tak bangga jika mempunyai anak seperti Hanis yang hampir dalam semua perkara beliau sangat matang dan bijak berfikir berbanding usianya. Dia dilimpahi Allah dengan buah fikiran yang kreatif serta selalu mengambil tindakan yang matang dalam setiap langkah. Selain itu, dia adalah seorang yang spontaneuos, ceritalah apa sahaja masalah dengan dia, dia pasti dapat memberi pandangan yang bernas . Bagi saya dengan sifat-sifat kepimpinan yang adalah dalam dirinya serta segala pandangan dan pemikirannya yang jauh memang mampu menjadikannya bakal seorang pemimpin atau ketua waima sebagai ceo syarikat-syarikat gergasi.


Baik dari segi cinta, pelajaran, pergaulan Hanis selalu tahu apa yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Maka dengan itu saya sebagai ibu tidak banyak campur tangan dan hanya perlu memberi sedikit garis panduan dan yang selebihnya keputusan tetap di tangan dia.




Hanis di Harian Metro.


Dia tahu mak dia sibuk mengalah peniaga pasar ikan tapi nak jugak mak dia hantar dia kulu kilir.



Seronok bila ada blogger yang sudi menegur saya ketika di Bernama TV.





Bersama dj dan penerbit radio 24 (93.9)





Walaupun pestime masuk radio tetapi Hanis dapat menjawab semua soalan dj dengan bernas dan bersahaja. Tabik spring arr kat Hanis.






43 comments:

  1. tahniah atas kejayaan Hanis.. u are a proud mom ^_^

    ReplyDelete
  2. tumpang hepi untuk aunty and hanis...:)

    may God bless you and your entire family ....:))

    ReplyDelete
  3. sejuk mak yang melahirkan dia kan? autie... congrats auntie..

    ReplyDelete
  4. cayalah hanis..you are so lucky to hv her as your daughter aunty..

    ReplyDelete
  5. cayalah hanis..you are so lucky to hv her as your daughter aunty..

    ReplyDelete
  6. wow.. hanis.. congratulation! tak tahu pon hanis kuar paper hari tu (saya bukan pembaca Metro)

    ReplyDelete
  7. kak nani tetap nampak paling menawan diantara yg lainn huhu..awet muda sungguh..dah macam kakak je ngan hanis.hanis mmg nmpak matang xnampak macam muda remaja ahahaha..maksud saya cara pembawakan diri dia la sbb saya pun ade adik yg lebih kurang baya hanis ni.

    ReplyDelete
  8. tahniah utk akak,tanpa akak dia tak kn berjaya sampai begini.congrats to her..:)

    ReplyDelete
  9. Heeee. :D
    Good luck keknis :)

    ReplyDelete
  10. And she is very lucky to have a supportive mother.. All the best ya~

    mmg sgt cantik Hanis dan ibunya juga.. weee ^_^

    ReplyDelete
  11. beruntung puan ada anak seperti hanis.. & sy pon tumpang bangga sbb sama2 menjadi student uitm.. sampaikan salam kat hanis ye.. :)

    ReplyDelete
  12. Wah,bangganya dapat anak cam Hanis...
    Tiba-tiba sye yang eksited lebih...hehe...Tahniah....:)

    ReplyDelete
  13. mmg hanis seorg yg cantik n matang orgnya...nas suka tgk dia kini dh pun bjaya n mula dkenali dsbbkan kegigihannya sdiri walaupun beliau masih muda so x tkejut jika beliau dpt mgatasi siti nurhaliza.. apapun nas doakan agar beliau akan terus bjaya n dikenali dimata dunia..insyallah.. :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, bertuah sangat aunty, sy pun pun tumpang kagum..

    ReplyDelete
  15. mmg so surprising ada org yg bole beat ct....hanis must be so special..bertuah kak nani..

    ReplyDelete
  16. mantap hanis mantap!!! bangganyaa unty ade anak macam hanis..:):)

    ReplyDelete
  17. bertuahnye kak nani ;)dapat anak mcm hanis zalikha..mmg hanis zalikha pun dier..heeeeeeehehe.bilalah sy dpt bertemu dgn akak nie :)mau mtk otograf..hehe

    ReplyDelete
  18. happy betul dpt jumpa kak nani di bernama ari tuh...mmg hari tu ari bertuah kitaorglah..dpt jumpa kak nani n hanis yg femes amouss...best sebab tak sombong n sgt baik..thanks kak nani n hanis..sudi bergamba ngan kitaorg

    ReplyDelete
  19. wah.. seswai skali kak nani jd manager gitu. elok la parents yg handle kan, apa2 semua info dpt first hand, nak kena fitnah pon susah sket. ala2 miley cyrus ngan billy ray, mmg kombinasi mantop!

    ReplyDelete
  20. wohooooooooooooooooooooo congrat hanis!

    ReplyDelete
  21. minat hanis zalikha..
    tahniah akak, hanis memberi satu kebanggaan kepada akak.. siapa yg tak bangga kan :D

    ReplyDelete
  22. Wahhhh...best nye. Hanis semestinya HOT dan TOP sebab semua blogger kenal dia ;p Baca entri dia pun kelakar2, cantik dan paling penting brilliant idea :)

    ReplyDelete
  23. ye laaa..tq so much kak nani sudi amek gamba ngan kitorg pastu tempek plak kat dlm blog yg glams ni hehe ;-)

    semakin pemes amos la kak nani & hanis kan..xpe rezeki tuuu..gud luck for both of u..

    ReplyDelete
  24. tahniah hanis...semoga lbh berjaya lg...

    ReplyDelete
  25. ye la kak. Mula2 jmpa hanis aritu ela pun rasa dia sombong tp sbnrnya Hanis low profile. Better camtu kak dari 'over'. hihi ..

    ReplyDelete
  26. Tentu bangga Kak Nani ada anak mcm Hanis.. Semoga Hanis terus berjaya..

    ReplyDelete
  27. auntie! i pernah terserempak dengan hanis banyak kali, kebetulan :)
    hanis cantik and low profile, betul.
    padan lah ramai nak tahu pasal her personal life. hehe. congrats hanis!

    ReplyDelete
  28. Pernah tgk Hanis kat Youtube tentang Dream Girls.. cara dia menjawab soalan mmg menampakkan dia seorang yg berperinsip.. Tahniah Hanis!!

    ReplyDelete
  29. Eh! jgn cakap CEO, Menteri pun layak hanis tu... entah2 nanti jadi PM Wanita pertama Malaysia kot..?!!

    ReplyDelete
  30. tahniah buat hanis & kak nani.. perghh miss plak metro tu!! tp hanis mmg mature dari umur.. intelligent sungguh!!! jarang sgt org melayu kita mcm tu.. salu omputih..ye dak? sejuk perot ngandungkan hanis ;)

    ReplyDelete
  31. ape petua unty didik n besarkan hanis ye??

    ReplyDelete
  32. Salam. Petua dia...masa mengandung saya banyak makan benda-benda berkhasiat tambah darah dan sebagainya.Sehingga masa lahir adalah anak yang paling besar dan paling berat.

    ReplyDelete
  33. Ratuku Nani, ya ampunnn anak Hanis dan mamanya teramat anggun seanggunnya. Memang jelas semestinya seorang ibu punyai aura kewanitaan yang amat tinggi sahaja yang dilimpahkan dengan utmost, greatest, and highest quality, akan dikurniakan seorang anak yang boleh membawa sebuah kebanggaan kepada seorang ibu juga ayah dan yang terpentingnya ialah asuhan yang suci-murni dari kedua belah pihak ibu-ayah seiring bersama. Alhamdulillah keatas Allah SAW, kesyukuran suci hanya padaNYA. Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  34. tikiu unty share petua tu..hehe..tengok kt pic hanis share time die baby mmg beso..hehe..comeyyy

    ReplyDelete
  35. wah ! jmp blog mak hanis , mang mak borek anak rintik ! *eh ade eh peribahasa ni hehe

    ReplyDelete
  36. bertuah kak nani dapat anak macam hanis

    bertuah juga hanis dapat ibu yg mcm kak nani...SUPERWOMEN!

    ReplyDelete
  37. Bestlah Hanis..terus maju...u're good mom

    ReplyDelete
  38. sy terlewat mengikuti blog ini. tapi saya suka tulisan auntie. sy harap ank kecil sy sebijak Hanis.

    ReplyDelete