Friday, May 7, 2010

Bila Anak Dara Saya Putus Cinta

Saya sangat rapat dengan anak-anak. Itulah hakikatnya.Mungkin salah satu sebab adalah bila di rumah anak-anak selalu makan hasil air tangan saya dan bila diluar anak-anak makan hasil titik peluh saya.


Saya sangat ikhlas dan bahagia berbuat begitu. Orang kata kalau kita ikhlas, kita tak kan sebut-sebut. Saya tetap mahu mengatakan yang saya ikhlas dan saya ingin menyebutnya.Saya katakan begitu kerana saya rasa bahagia, seronok dan sedikitpun tidak terkilan walau tenaga saya, masa saya, duit saya habis hanya untuk anak-anak merasa gembira.


Apa sahaja yang terdaya dan termampu akan saya lakukan untuk mengendalikan urusan semua anak-anak saya walaupun dengan kesibukan saya menjalani aktiviti membuat kuih muih dan kek.


Anak-anak tahu dimana letaknya saya dalam hidup mereka, hati mereka. Sebenarnya itu yang lebih penting bagi saya bila anak-anak hanya mahu saya disamping mereka, hanya mahu saya tempat mengadu, kawan bercerita dan sebagainya.


Baru-baru ini bila anak dara saya putus cinta, dia mengadu pada saya.Saya pun bertanya, samada dia masih mencintai atau tidak, Dia kata dia masih mencintai. Dan saya tanya lagi samada lelaki itu masih mencintainya atau tidak, Dia jawab, masih.


Kemudian saya tanya, kalau masih cinta kenapa putus.Dia kata, susahlah sebab lelaki itu tak tahu bagaimana nak mengambil atau menjaga hatinya dan hati keluarganya. Dia cuba, tapi susah, kerana lelaki untuk tidak berupaya membuat keputusan sendiri dan sangat bergantung kepada ibu-bapanya. Jadi dia rasa yang perhubungan itu susah berjaya.

Kesian dia. Saya faham situasi dia. Saya sentiasa menyokong apa yang dia rasa terbaik untuk diri dia. Mudah-mudahan ada hikmah sebaliknya kesedihan hatinya. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa memberkati hidupnya dan akan bertemu jodoh yang baik, yang mencintainya dan dicintai sepenuh jiwa dan raga.


Saya dan anak-anak selalu berbual dan berbincang tentang apa jua topik dan permasalaahan yang dihadapi oleh mereka dan juga masalah yang dihadapi oleh saya sendiri. Kami selalu bersama dalam kebanyakan aktiviti harian. Hampir setiap di mana ada saya, di situ ada anak-anak.

Itu semua adalah penggerak semangat saya untuk lebih kuat menghadapi segala cabaran hidup ini. Insyallah.

57 comments:

Epul Azimi said...

ibu yg sgt baik..:)

anymz said...

ya betul,apabila kita rapat dgn anak,mereka akan jadikan kita sebagai tmpt mengadu,begitu juga saya,saya ada 4 anak bujang dan dua anak dara.buat masa ini bg anak bujang saya,sayalah teman wanita mereka.apabila mereka bercinta saya slalu nasihati mereka utk menghargai wanita.

nino said...

kak nani, ini pendapat peribadi saya. sekiranya seorang lelaki itu susah untuk membuat keputusan sendiri dan banyak bergantung keputusan yang dibuat oleh mak ayah dia atau orang lain, kemudian2hari nanti kita akan selalu makan hati berulamkan jantung.

Diana Abd Rahman said...

saya juga spt akak..sgt rapat dgn anak. Separuh orang menganggap anak2 adalah beban dan kadang2 menyusahkan..pada saya mereka adalah anugerah dan amanah dari Allah.

Siti Hajar Masri said...

saya rindu nak ada mak yang cam ni..

crabby said...

Untungnya anak anak auntie..

Ibu saya xmacam auntie..
Kadang2 saya memberontak..
Kenapa ibu saya x seperti mak orang lain. Boleh mendengar luahan hati saya.

Tetapi saya tetap bersyukur mempunyai seorang ibu sepertinya..

Nadia naddy said...

aunty ibu yg sgt sporting...
untung dorg ada ibu spt aunty =)

siti nur fadhilah said...

i'm curios to know how your childrens were at home. i mean they behaviour. mesti manja gila dengan aunty espcially hanis kan? they're so lucky.
saya rapat dengan ibu jugak :) sangat best bila ada ibu yang understanding & sporting. ^^

salehs said...

"Masa lalu adalah kelmarin yg telah mati. Masa depan adalah esok yg belum lahir...tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup"

utk hanis zalikha

Zareda Norman said...

tak dapat bayangkan kala anak dara saya bercinta nanti, saya harap saya juga akan jadi teman rapat tempat dia mencurah rasa hatinya kelak..

Drama Mama said...

you're a good mother, and sporting too! semoga ur daughter berjumpa jodoh yang terbaik, insyaAllah!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

thoyol said...

i believed your family are close to each other because you nurtured it. tanpa practice takkan menjadi. congratz to you auntie..

haih, wish i can be one someday.. :)

nas said...

salam,best hanis n adik2nya ada ibu yg pyayang..klu arwah mak masih ada mesti best..apapun nas nak ucapkan selamat hari ibu pada k.nani n ibu2 di dunia..i love my mom so much..

Nur Baizura said...

Almost 2 yrs bekawin tp saya masih belum lagi ada peluang utk jadi ibu & takkan berputus asa untuk mencuba..tulisan akak membuatkan lagi lar brkobar-kobar semangat saya utk brgelar ibu - dahlah skarang sambutan hari ibu- huhu..
and saya berikrar akan menjadi seorang ibu, guru dan sahabat utk anak-anak saya, mcm akak ..InsyaAllah.. thanx 4 sharing the great tips 2 become a great mom. May Allah bless U & family..

~saya pun bangga jadi anak mak saya~ http://luvmymother.blogspot.com

abang ensem said...

wahhhhh... ada can le teman.. hahaha

abang ensem said...

wahhhhh... ada can le teman.. hahaha

abang ensem said...

wahhhhh... ada can le teman.. hahaha

Tujuh Kaki Dalam said...

jangan bimbang kak.

saya masih bujang.

eh?

salah topik

- -"

mr_abs said...

so nice la sis. hmm, yg ni yg mane satu ni? anis ke?


i wish i wish i wish, one day saye akan tjumpa hanis zalika yang hensem ituu...kirimkan salam saya untuk dia ok? :)

TeRRoRRiZZ said...

cabaran menjadi seorang ibu.......

kukubah said...

Kak Nani, i know u're a good mum. Sebg ibu apa yg kita lakukan pd anak2 & keluarga mesti ikhlas. In return, pasti mereka akn menghargai kita. Org kta apa yg kita bg itu yg kita akn dpt.I'm not suprise bila ada kes ank yg tak nak jga mak bpk coz merby masa kecik mereka di tglkan tanpa kasih syg bahkan munkin didera fizikal & mental. Bila dh bsr baru trhegeh2 kat anak. Btw mak bpk ttp mak bpk tp kita cuma manusia biasa yg kdg2tak bisa melupakan...

Nurhanisah said...

memang seronok ada emak yang memahami. :')

UnaChenta said...

Wahahah..si tujuh kaki dalam tu mengoffer diri lah kak nani! hehe.. :)

Siapa yang putus cinta ni ya?..liana? hanis..takkan si bungsu ?..hehehe..

Zira Abu Bakar said...

saya x sempat nk merasa benda mcm ni dgn mak saya. sebelum saya kenal love mak saya dijemput Allah.. kdg2 sy terfikir mcm mn saya nak handle situation ni bila anak2 saya dah besar nanti.. tapi apa2 saya harapkan anak2 saya akan kuat semangat mcm saya. HAPPY MOTHERS DAY.. AL-FATIHAH for my mum

f qisol said...

i wish my mom will be just like you :(

lampin&buku said...

selamat hari ibu.....

cLoud9 said...

selamat ari ibu, aunty =)

izah said...

Best nyer ada mum yang kita leh share everything...teringin nak rasa macam mana perasaannya bila menyandarkan kepala ke bahu ibu disaat rasa perlukan teman...dan dia memujuk sambil mengusap bahu kita...
Tapi kenyataan hidup tak semua yang kita inginkan itu kita dapat... cuma belajarlah menghargai selagi ada insan bernama ibu disisi kita.

LIYANA JABAR said...

love mak. my bestfriend

orang pertama yang i call bila dah couple di Uni dulu.hehe.

NONIE ABDUL AZIZ said...

kak nani mak nonie pun macam kak nani...

aira said...

assalammualaikum..
emm,u've been tagged in my latest entry -romantika noridz..
all about love..

ayie said...

kalau menggembirakan hati ank perempuan bagai... hm.. sudah luper. tp mmg antara kebaikan yg disukai Allah...

nairaariaa said...

ibu yg maemahami...huu..beruntung...

dayah aziz said...

the coolest mum!!!=p

joegrimjow said...

jaga anak dara sorng lebih susah dari jaga lembu sekandang

ardinihumaira said...

^______^


hanis putus cinta ye? ololo hanis.. hanis...

Fina Fento said...

bertuahnya hanis dapat mama macam auntie..

Ayu Hashim said...

salam aunty: i hope i can be like u.. ayu ada 1 anak dara... 2 teruna... cabaran sungguh membela anak dara.. hat teruna ok lagi..

tp insya-allah... dan berharap ayu dpt buat yg terbaik utk mereka.

ahmad endo said...

tersentuh.....hehehe

masammanis said...

saya juga punya ibu yg baik dan sgt caring..

syg UMMI <3

UMMI selalu nasihatkan saya, "bila nak pilih calon suami pilih berdasarkan agamanya, sifatnya dan keluarganya"(SUAMI..walaupun kdengaran agak menakutkan.)

dulu,saya rasa saya terlalu muda untuk ambil port dalam hal2 macam ni. tapi sekarang saya akan gunakan nasihat2 ummi sebagai pedoman hidup. tapi apa yg penting biarlah pilihan kita direstui ibubapa dan keluarga. ^_^

AYW said...

hanis so lucky to hv someone like u..
auntie = great fren + great sis + great mom
plg penting auntie cantek ;)

Sharinginfoz said...

apa-apa pun semoga your daughter telah mengambil keputusan yang terbaik.. benda yang kita suka does not mean yang terbaik untuk kita dan sebaliknya.....

hudadida said...

seronoknye ade mak mcm auntie..
sy selalu jealous dgn org2 kt luar sane yg ade mak yg bole buat bergurau,bercerita, mengadu ape saje..

hanis sgt bertuah dpt auntie as her mother..

cantik atau tak itu bonus..yg penting auntie jd sebahagian dari diri anak2..

anis aris said...

mama saya macam aunt. saya selesa berkongsi apa sahaja dengan mama saya. saya harap, nnati saya akan jadi seorang ibu yang baik..amin..

Oyis said...

saya suka coretan kak nani mcm ni. terus rasa nak tinggalkan kerja yg bertimbun kat lab ni dan balik peluk sorg2 nya anak dara saya buat masa ni yg berumur 2 tahun itu!

moga saya berjaya menjadi ibu yg ikhlas dan esok2 menjadi tempat mengadu anak2 spt anak2 kak nani jg.

ps: thanks kerana secara indirectly telah 'menegur' saya (dan jg readers lain - x de la perasan tegur saya sorg) yg kita kena ikhlas masa masak, buat kebajikan utk anak2 etc, sbb kdg2 saya muncung jg di dapur, esp time penat balik kerja eheh :P

Siti Sarah said...

gud luck untie yg manis!
smoge Allah bersama2 kalian... :)

Langbiru said...

coretan yang positif.. ada hikmahnya dugaan itu.. cinta manusia ini bermusim.. mungkin kita perlu mencari manusia yang mencari cinta tuhan yang kekal..

miss nina said...

anak auntie memilih auntie lebih dari segalanya

it's really nice
auntie n hanis =both of u are grateful

~salam singgah

Chempaka Aurora said...

Salam kak nani,
Seronok baca coretan akak tentang anak-anak. Hopefully sy mampu menjadi ibu seperti akak.

Hanis seorang gadis yang kuat kerana mampu membuat pertimbangan dan keputusan seperti itu.

AMIRA IS MIRA said...

auntie nani, mmg ibu/mama adalah tempat yang paling menenangkan jiwa...

Aleesa said...

saya tak rapat dengan mak saya :(
bertuahnya anak anak aunty

qq said...

if my mom ais positive n open like u...always supportive even about bf..

aurora itu cahaya said...

ibu yg supportive
=)

From The News said...

untungnya Hanis ada ibu macam aunty..
very supportive, sangat understandable..sporting pula :)

walaupun saya tak berapa rapat dengan ibu saya, tapi saya bersyukur kerana bila tiba masa-masa memerlukan seperti ini, seorang ibu sentiasa ada untuk bantu anaknya.

soffya cik bulan said...

aunty buat sy makin igtkn mak..mak mcm tu lah jgk...
walaupun hnya org kampung dan bkn an education person, tp sgt fhm ttg semua itu..tidak kolot..
sgt fham ttg fasa2 dlm hdp ank2 gadisnya...
hu...rindu..

dee.diyana said...

i always dream to have a mom like u..
a mom that i can share everythings... :(

dayapelangi said...

terharu nye....