Untuk sesiapa yang masih mencari pasangan, pilihlah yang mencintai kita dan berusaha menunjukkan rasa cinta terhadap kita.
Asalkan impian, niat, harapan dan doa kita mahukan pasangan yang terbaik untuk kita, insyallah kalau tak hari ini pasti suatu hari Allah menjodohkan kita dengan pasangan yang sesuai.
Mencintai pasangan kita memang mudah. Mudahnya mencintai renungan matanya, mencintai lengguk bentuk tubuhnya, mencintai lemak suaranya, mencintai gurau sendanya,mencintai cara dia berfikir, mencintainya kerana ilmu agama dan kewarakannya, mencintai kebolehannya, mencintai jiwa seninya dan mencintai keberadaannya di sisi kita dan mencintainya kerana itulah cinta kita dan itulah jodoh kita.
Namun tidak mudah untuk setiap pasangan itu menunjukkan rasa cinta yang sebenar terhadap pasangan mereka.
Setelah ijab kabul dilafaz, dan DEMI CINTA berapa ramai di antara suami isteri yang
- begitu menyanjung pasangannya
- sentiasa mengeluarkan kata-kata lembut untuk menjaga perasaan pasangannya
- selalu memuji-muji pasangannya.
- tidak pernah mengeji pasangannya
- tidak akan merendah-rendahkan pasangannya
- selalu menghormati pasangannya
- sentiasa menghargai pasanganya walaupun ia serba kekurangan
- tidak pernah mencemuh segala kekurangan pasangannya
-sangat berbangga atas kelebihan yang dimiliki pasangannya
- sentiasa sedar tanggungjawab dan melaksanakannya demi mencintai pasangannya
- tidak gemar berbalah dengan pasangannya
- yang sentiasa berusaha membuang sifat-sifat negatif dalam diri dan menjadi terbaik untuk pasangannya
- yang mudah menerima teguran dan sanggup menlenyapkan ego
- tidak lupa mengucapkan terima kasih atas segala pemberian dan layanan
- bermurah hati berbelanja untuk menyenangkan hati pasangannya
-berkorban wang dan tenaga demi cinta terhadap pasangannya
BERAPA RAMAI?
Dan kejayaan dan kebahagiaan bersama pasangan kita sangat subjektif. Ada setengah pasangan sudah cukup bahagia walau isteri tidak pernah menghidangkan makanan apatah lagi memasak makanan untuknya, mencuci dan meyediakan pakaiannya, hanya kerana dia memahami yang isterinya terpaksa bekerja untuk meringankan bebannya menanggung keluarga.
Begitu juga ada setengah isteri sudah cukup bahagia walau suami tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarga hanya kerana suaminya sangat rajin membantunya membuat kerja-kerja di rumah.
Sekalipun kita tidak tahu dan mengenali pasangan secara mendalam, hinggalah setelah kita mengahwininya dan tinggal sebumbungnya dengan namun sebelum berkahwin kita tetap harus memilih apa yang kita rasa terbaik untuk kita.
Apakah yang boleh kita harapkan lagi terhadap pasangan selepas berkahwin, kalau sebelum berkahwin pun sudah jelas ciri-ciri negatif seperti yang saya sebut di atas itu. Tak tahulah kalau ramai di antara kita yang cukup sabar menunggu pasanganya akan berubah, yang cukup kuat menahan hati dan menelan perasaan di sakiti. Yang cukup redha sekalipun tidak pernah menerima bahkan hanya memberi. Yang cukup bersyukur sekalipun tidak sedikitpun di hargai.
Bagi yang sudah tercebur ke alam rumahtangga bersama pasangan yang tidak seperti di harapkan. Kesabaran dan daya ketahanan perlu ada. Insyallah asalkan anda kuat bertahan, itulah jodoh anda sampai mati.
33 comments:
pn nani...assalamualaikum..selamat hari raye...mintak maaf kalo sepanjang kita kenal yer?cik cumey nak sgt datang umah puan nani..tapi taktau bile..raye pon dah nak abes dah...hehehe
setuju ngan kak nani.
sbb perangai sebenar hanya terserlah selepas kawin.
salam auntie...
apa auntie pesan ni, sama macam mama saya pesan. :'(
tapi selama saya membesar, saya terlalu kasihan pada mama. mama adalah insan yang terlalu kuat. terlalu sabar dan tabah mengharung dugaan yang maha hebat, menghidupkan anak-anak malah menjadi tiang sandaran buat kami sekelurga menumpang teduh.
namun, sehingga kini mama masih cuba bertahan, biar saya tahu hati mama sudah lama hancur berkecai.
saya sedar hidup berumah tangga begitu sukar jika masih tidak bersedia menerima risikonya.
terima kasih, auntie atas pesanan-pesanan auntie. semoga saya mampu menjadi kuat seperti ibu-ibu yang saya kenali. :')
sungguh indah kata-kata..buat pedoman sy di masa hadapan..sy mohon keizinan link blog puan pd blog saya..
semoga Allah sentiasa melindungi rumahtangga kita semua..amin
thank you for the advice auntie..
sgt suke bce intri nie...
Cik Cumey : Datangla, datang. Hari Ahad ini kut cik nani lapang sket. Datangla. Call dulu.
Happy Irfa : Memang banyak macam tu. Tapi harap yang belum berkahwin tu tidak lah masih nak pilih yang tak tahu menghargainya waima ketika masih berkawan lagi.
Mrs Camillo : Sebak saya baca coretan anda. Tak tertahan airmata. Banyak di antara kita yang kahwin atas dasar cinta pun tapi masih sering disakiti oleh pasangannya tak kira zahir mahupun batin.
Sabarlah kalau itu lebih baik.
Anggunz : Salam perkenalan. Orang Johor ya.
Lilylotus : Mudah-mudahan.
Kdee : U r welcome my dear.
Norayunni : Saya pun. Berulang kali.
salam pn nani,
i've been your silent reader. i found this entry very enlightening. just exactly what i've been looking for these days. thanks :) i hope you don't mind if i link this entry to mine. boleh ye :D
salam pn nani,
i've been your silent reader. i found this entry very enlightening. just exactly what i've been looking for these days. thanks :) i hope you don't mind if i link this entry to mine. boleh ye :D
Auntie..
thanx 4 the advice...
Apa yang auntie tulis tu semua betul...
Cinta mmg tinggi harganya...
bila baca ni,rasa macam.. entahlah.
"Yang cukup redha sekalipun tidak pernah menerima bahkan hanya memberi. Yang cukup bersyukur sekalipun tidak sedikitpun di hargai."
Tiba-tiba sebak,teringat ibu.
Dan takut,kalaulah,lelaki yang kita sayang hari ini,akan melukakan kita tiap-tiap esok.
Cik Nani,
Thank you :)
aunty, sy copy paste URL blog aunty utk dipost pd kwn2. Kami org2 bujang, bila baca benda2 mcm ni rasa tenang sikit hati :)
Assalamualaikum kak. Ingat aza dr kb? Sedap biskut raya akak.
Anyway, n3 akak ni buat aza menangis terisak2 dpn anak yg berumur 3thn. Sungguh demi Allah, semua yg akak tulis tu benar belaka. Perjalanan dr belum kawen hingga sekrg penuh ranjau. Kalau ini yg dikatakan dugaan, aza redha. Terima kasih kak atas segala titipanmu.
Hi Aunty.
I'm one of ur silent reader. thanks for ur useful advise. Insha Allah I'm getting married soon and ur entry does help me get prepared mentally and emotionally.
ps: Saya link blog Aunty ya :)
Bersyukur kerana dijodohkan dengan suami sepertinya - tidak sempurna tetapi pada setiap keburukan tentu ada kebaikan, ingatlah kebaikan itu. Berdoa semoga dipanjangkan jodoh ini. Dan sekiranya ditakdirkan jodoh ini tidak panjang, semoga diberi kekuatan untuk menghadapinya. Kerana kita hanya manusia yang hanya mampu merancang dan berharap pada yang indah-indah sahaja...
sbb tu dikatakan ajal pertemuan itu rahsia ALLAH..
Entry yg menarik.
*senyum*
Wahida Yaacub : Terima kasih.
Syazana : Betul. Setinggi-tinggi penghargaan diantara satu sama lain. Itu yang seharusnya.
Penjenayah merah jambu : Aunty yang menulis ni pun entahlah......
Sebak teringat arwah ayah....
Auntypun masih bertatih dalam kehidupan rumahtangga ni. Masih lagi belajar tentang mencintai.
A. Afiq A. Malik : U r welcome.
rsk : Moga-moga pengalaman aunty boleh jadi panduan yang lain.
Azalea : Terima kasih kerana sudi menempah kuih akak.
Kegagalan hari ini adalah salah satu jalan untuk kita bahagia keesokan harinya. Usahakan lah.Insyallah.
shalala : Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan kenyataan.Moga2 kamu dapat membahagiakan antara satu sama lain.
Dove99 : ALHAMDULILLAH..
Mrs Kechik : Memang menjadi tanda tanya siapakah yang bakal menjadi suami atau isteri kita sehinggalah mendengar lafaz nikah untuk kita. Itulah orangnya.
Namun segala ketentuan dari Allah s.w.t pasti ada jalan cerita hasil dari tindakan kita menuju ke arahnya.
salam auntie..safa tersentuh bace entry ni..harga cinta tu terlalu mahal and buat kte tertanya2..mampukah kte menerimanye..sape jodoh kte pn blum pasti..smoga doa kte makbul utk ditemukan dgn the rite person yg maybe not perfect but trying hard to be the most perfect utk kte..nnt anak2 auntie knduri jemput la safa ye..blh naik train n turun kat batu tiga lagi..hehe..or maybe by that time dh pndai jln ke bukit jelutung dgn sndirinye..hehe..syg auntie..
sesungguhnya cinta sejati hanya tahu memberi, biarpun tidak menerima balasan.
kebahagiaan pencinta sejati hasil dari memberi. pencinta sejati mengerti "the joy of giving"
easy to say, very hard to do. boleh buat half of it pun sudah sangat bagus. bersyukur sangat dapat pasangan yang sama-sama mengerti, sama-sama memberi.
salam auntie,
I've been your (+Hanis's) silent reader. This one really "kena" dgn sy. I've been trying and trying... and thanks to Allah we are still together. Hope both of us sama2 perbaiki diri utk berikan yg terbaik dlm rumahtangga.
Give more, expect less.
Wassalam.
sis nani,
definisi bahagia dlm ikatan perkahwinan berbeza bagi setiap org. Ada yg tak kira sanggup melakukan pelbagai pengorbanan yang kengkadang tak masuk akal, asalkan itu boleh membawa bahagia..
Pada saya dlm perkahwinan bertolak-ansur sgt penting. Jgn sampai satu pihak menderita berpanjangan...
-dhill-
Salam Auntie,
Thanks for the advice. :)
Off topic: Esok, ada makan-makan di rumah kawan, walaupun raya dah habis. Kawan saya kata dia bawa kuih raya Hanis Zalikha. Saya nak menjerit saja masa tu. BTW, kami tinggal di Ireland sebab tu macam excited sangat. :)
Safa : Insyallah nanti saya undang ke perkahwinan Hanis. Minta-minta dalam waktu terdekat kan. Saya ini agak kuno sket. Kalau boleh saya nak semua anak perempuan saya kawen cepat macam saya (umur 19.
Don : Betul tu. Harus bersyukur punya rumahtangga bahagia.
Ainul A : Moga-moga bahagia berkekalan.
Rapheydillo : Saya setuju sangat2
Tuan Tanah : Wah-wah seronok juga beraya di sana . Kuih tu tak belum lemau ke.
saya fikir kadang emo melebehi segala2nya...skrg saya masih di pejabat memikirkan adakah saya patut tido di sini atau pulang ke rumah...ape2 pon berbalah tu sgt membosankan..
Bibu : Kadang-kadang ada bagusnya melayan emo ni....kita kan manusia biasa...ada perasaan.
Yang eloknya kalau emo tu senang je berlalu dan yang tidak eloknya kalau emo itu merupakan titik tolak tsunami melanda pulak.
Apa yang paling penting belajar untuk menerima kepincangannya asalkan kita masih merasai bahagia pada sudut lain, sekurang-kurangnya!Mana nak jumpa manusia yang sempurna kan....
Aunty,
Sy ctrl C dan ctrl V pada blog sy.
TVM for nasihat yg membina ini.
aunty i like this post, i copy & link ur blog k... :)
cinta...priceless...perlu kan satu pengorbanan...jangan sesekali cinta itu melebihi dari cinta kita terhadap Nya...
sis,
thanks for this entry.
i'll read it everytime i'm in doubt.
thanks again
Suka entry ni :)
thank you for the advice...
Post a Comment