Monday, September 7, 2009

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BANTUAN KERAJAAN YANG TERBAIK DAN BERDEKATAN DENGAN RUMAH

Dulu ketika Khairi anak lelaki pertama saya menghadapi UPSR, saya begitu berura-ura akan menghantarnya sekolah berasrama penuh. Saya galakan dia sangat-sangat. Sampai boleh dikatakan saya memang memaksa dia pergi belajar di sekolah berasrama penuh.

Saya kecewa bila impian saya untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh tidak di penuhi oleh anak perempuan saya Hanis. Pencapaian akademik yang bagus, memegang jawatan pengawas dan banyak jawatan pengerusi dan setiausaha serta bendahari, memang melayakkan nya untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Malangnya ketika itu, Hanis memang tidak mempedulikan segala impian saya sebagai ibu. Dia tetap berkeras tak mahu berjauhan dari rumah. Sedikitpun tidak terpujuk hatinya yang memang keras itu.

Apatah lagi bila tiba giliran Khairi pula, saya beriya-iya sangat mahu dia ke asrama penuh kerana dia anak yang sangat manja dan agak liat untuk menghulur sebarang bantuan bila saya perlukan dalam kerja-kerja rumah . Maklumlah dia ada dua orang kakak. Tambahan lagi dia memang seorang penakut. Jadi bagi mengatasi segala masalah itu saya fikir, mungkin dengan duduk berjauhan dan belajar di asrama penuh, pasti dia dapat belajar berdiri di atas kaki sendiri.
Itu dulu.....sekarang persepsi terhadap sekolah berasrama penuh telah berubah. Misalnya Hanis sungguhpun dia bersekolah di sekolah biasa tapi pencapaian akademiknya agak baik walaupun bukan yang terbaik. Malah leadership dan komunikasi skil yang digarapnya lebih bagus dari sesetengah pelajar yang bersekolah di sekolah asrama penuh.

Kali ini saya sangat keberatan untuk menghantar Imran ke sekolah berasrama penuh. Tapi bila saya bertindak begitu saya rasa saya tidak adil terhadap Imran walhal dia memang teringin belajar di sekolah asrama penuh.

Sedangkan dalam diri Imran memang kental dengaan semangat berdaya saing. Apatah lagi dengan abangnya Khairi. Kalau Khairi boleh kenapa dia tidak?

Tapi bila saya fikir, tak mengapalah saya bagi dia peluang mencuba, kalau ada rezeki, insyallah boleh dapat, kalau bukan rezekinya, saya akan usahakan untuknya sekolah harian yang terbaik di sekitar lembah klang ini.

Saya amat keberatan untuk berjauhan dengannya. Tambahan pula, Imran, Hafiiz dan Alisya adalah batch anak-anak saya yang masih kecil dan sangat manja dengan saya.

Kalau semua anak saya yang lain cemburu kerana saya lebih menyayangi Imran, mereka patut berfikir mengapa saya bersikap begitu.

Manakan tidak saya paling menyayanginya, Imran adalah seorang anak yang sangat menyenangkan hati saya. Dia seorang anak yang sangat rajin dan dan menurut kata. Saya memang boleh harapkannya.

Dia pandai buat pizza, buat macaroni, buat roti dan paling banyak menolong saya ketika di dapur, ketika menyediakan makanan dan apa sahaja bidang tugas yang diberi. Kalau saya perlukan apa-apa bantuan, nama yang pertama keluar dari mulut saya adalah nama Imran. Bukan saya tak panggil nama anak-anak lain, tapi Imran lebih mudah saya minta bantuan dan sangat responsive. Malah, dialah yang menjawab panggilan telefon untuk ambil pesanan kuih raya, menolong membuat, memunggah dan menjual setiap kali saya berniaga aiskrim dan sebagainya. Bila kami sekeluarga mahu keluar berjalan, dialah anak yang memastikan semua pintu dan tingkap berkunci dan orang yang paling akhir sekali masuk ke dalam kereta.

Saya memang berbelah bagi. Saya mahukan dia dapat sekolah asrama yang terbaik. Dalam masa yang sama saya tidak sanggup berjauhan dengannya.

Jadi kalau ada rezeki dia, moga dia berjaya dalam UPSR dan bersekolah di sekolah asrama penuh yang terbaik dan berdekatan. Amin.

19 comments:

Fatul Akrul Ramli said...

bagus sebenarnya sekolah asrama.. by good chances, kalau dpt masuk asrama yg dekat2 dgn rumah pun okay..

same goes to me dulu.. asrama dgn rumah tak sampai 20 minit pun..

kalau nak asrama penuh terbaik n dekat area kl jugak, sains alam shah is a good spot.. its my former school actually.. tapi dat school only for form 4 n 5..

for upsr leavers, KISAS would be good.. always ranked in top 5 in malaysia..

Cahaya hidup said...

Salam kak nani aka makcik cun...ha,ha insyaallah, saya juga macam tu tetapi saya juga selalu ingat....

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

mana tau kan...

MeL said...

oh auntie..sy rasa, imran yg ambik order kuih raya saya haritu hehe ;)

f | r d 4 s z L e r said...

aunty nak hantar die mane. mckk? =)

isabelle said...

how lucky u r to have such great kids.i wish mine will turn up like one of them too.

insyaAllah imran will do well.nnt try la apply boarding school. kalo dpt, baru fikir nak pegi ke x.

My Life My World said...

Salam Kak Nani. Memang ada pun Sek. Berasrama Penuh yg akan dibina kat area rumah Kak Nani tu. Tapi Acik tak tahu how far from your house. My office baru jer masuk tender untuk buat Sek. Men. Berasrama Sek 7(2) Bukit Jelutong Timur, Shah Alam. Hari hari pun Imran boleh balik tolong mak dia kat dapur kalau dapat sekolah tu kan. Hahahahaha ;)

.rafiq. said...

boleh ambil imran jadi menantu tak?haha

Vee Marisa said...

askum auntie....

xsalah xnk hantar dia ke sekolah asrama.. sy dlu pun beria-iya nk ke sek asrama tapi disebabkan sy anak tunggal dan mama sy tak sanggup berjauhan dgn sy. jadi sy membatalkan niat. agak sedih. tapi auntie kene explain kat dia..

tak pun, kat area kl banyak sekolah yang bagus2... VI, Taman melawati dan byk lagi sekolah2 harian yang standard tinggi disebabkan akademik stdent sek tersebut yang cemerlang..

Saya cuma sekolah biasa yang tak de nama sebab nak dekat ngan mama dan tolong tengok2kan arwah atuk dan nenek, tapi akhirnya end up kat UiTM segamat jugak,

meliat pada Imran, dia nmpaknya sangat rajin. mesti boleh score kat mana-mana pun...

Make your wise choice ye auntie!!!!

miera said...

sekolah agama jais subang jaya usj5!

syahidahariff said...

goodluck for ur upsr imran! :)

-atiQah- said...

auntie...betul apa yg auntie ckp..tidak sekolah berasrama penuh tidak semestinya xboleh berjaya dengan cemerlang dan membanggakan..

kadang2 bdk2 yg belajar di sekolah berasrama penuh ni x mempunyai value2 yg selalu diajar di rumah, kdg2 pelajaran melebihi segala2nya sehinggakan perkara lain diabaikan..

namun, setiap perkara ada buruk baiknya...abah saya seorg pengetua sekolah berasrama penuh, SBP Tengku Muhammad Faris Petra, di Kelantan. top 10 SBP di Malaysia..

setiap hari saya melihat perjlnan bdk2 yg belajar di SBP ni, diorg mmg berdisiplin dan bersemangat..

auntie, mmg auntie sayang untuk biarkan Imran berjauhan dri keluarga, tp masa depan yg lebih cerah lebih berharga..bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.. :)

fitto said...

aunty, klu nk dkt sy rse sek alam shah (SAS) la kot plg dkt. skola 2 bgs jgk... =)

syahrul said...

auntie..cuba la suruh imran apply kisas takpun sem.men.sains selangor pun OK jugak. ramai kawan2 saya yg dari dua sekolah ni excellent insya-allah..kalau imran perempuan..saya dh suruh masuk sekolah lama saya aje. sekolah seri puteri. hehe.

tapi bagi saya sebenarnye masuk mana2 sekolah pun OK. ramai kawan2 hasil asrama penuh ni excellent masa sekolah..masuk Universiti banyak juga yang sangkut sbb lalai. X biasa ada hiburan sbb dekat sekolah strict. Tapi kalau kawan2 yang dr sekolah menengah biasa selalunya lebih konsisten sikit. sebab dia dah biasa bahagi masa antara main dan belajar dan hiburan dekat luar. :P tapi apa2 pun..baik auntie n imran istikharah kot. maybe lebih jelas haluannya nanti insya-allah.. :)

suria said...

auntie..
org jawa ckp imran tu anak yg temuwo..yg tumandang klu di konkon..
betol tak?
ape rahsia dapat anak yg temuwo mcm beliau?

gadiselok said...

assalamualaikum auntie...

saya merupakan seorang pelajar sekolah berasrama penuh.Memang satu keputusan yang bagus kalau auntie nak hantar anak ke sekolah berasrama penuh.

disebabkan saya tinggal di sekolah berasrama penuh,akademik saya sentiasa konsisten.Tiap-tiap malam tengok kawan-kawan study,kita pun rasa semangat nak study.Saya juga mempunyai skil komunikasi dan leadership yang cukup baik.Kalau belajar di sekolah berasrama penuh,form 3 pun dah ada peluang nak pergi oversea, seperti jepun.Jenesys,program yg kerajaan aturkan untuk pelajar.Free of charge cuma perlu skor selalu je.Itu pun kalau anak auntie ambil bahasa jepun la.Bahasa asing yang lain pun banyak peluang seperti german.Di sekolah berasrama penuh juga,tidak perlu menjadi seorang pengawas untuk membentuk leadership.Pelajar biasa juga mempunyai leadership yang cukup tinggi,kadang-kadang lebih bagus dari pengawas.

saya sekadar memberi pendapat.btw,tahniah kerana auntie mempunyai anak-anak yang bagus.

suhaida shukor said...

ala sedihnye baca post ni..sincere words from mom.

pearl said...

my lil 2 years son pun name imran.. moga anak saya nanti pun menurut kate seperti anak akak, yang imran itu juga

Muhammad said...

assalam..Akak sy suggest kat akak why not akak anto anak akak ke sekolah Tahfiz..cuba untuk anak akak dpt menghafal 30 juzuk Al-Quran..Masya-ALLAH akak masa 2 nti anak akak ble dah menghafal 30 juzuk Al-Quran dan menjadi seorang AlHafiz yg belajar di Mesir@ jordan@ morroco@ Cairo Al-Azhar..alangkah sejuknye perut akak melahirkan dia..

Putra Helmi said...

Assalamualaikum, hantar lah Imran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah ianya dekat di Klang dan sekolah itu sekolah berprestasi tinggi ianya juga sekolah berasrama penuh semua orang kat situ sporting2 dan Kolej dengan asrama nya do pisahkan seberang jalan boleh melalui ke sekolah pakai jejantas sekolah itu memang terbaik untuk budak macam Imran