Wednesday, September 9, 2009

JEJAK KASIHAN KUIH RAYA

Ni Akak ni, (yang panggil kak Nani sebab mungkin rasa akak ni sebaya dengan kakak dia, tak pun sebab rasa akak ni masih muda dan sesuai dipanggil akak) cheh-cheh seronoknya. Atau aunty ni (yang panggil aunty Nani sebab dia rasa dia yang masih muda atau masih budak atau rasa akak/aunty ni macam sebaya mak dia atau yang rasa akak/aunty ni mungkin boleh jadi bakal mak mentua dia hehe), nak minta maaf banyak-banyak sebab dah kehilangan atau terdelete nombor-nombor telefon peminat-peminat kuih raya akak/aunty ni.

- Manisah, dari Kelantan yang order cheese kek dan beberapa jenis kuih raya akak/aunty. Dia dah deposit kat akaun akak/aunty .Manisah ni kalau tak cikgu mungkin lecturer. Dia pandai tengok karektor orang melalui tarikh lahir. Akak/aunty nak kirim kuih dia ke kelantan tu melalui jiran akak Nik Liza.

- Aishah, kalau tak silap yang suruh akak/aunty hantar ke rumah dia kalau akak/aunty ke Sabak Bernam. Rumah dia tepi jalan besar tu.

Atau sesiapa sahaja yang dah bank in deposit ke dalam akaun akak/aunty. Sila hubungi akak /aunty sekiranya akak belum menelefon untuk datang rumah ambil kuih raya. Tolong hubungi akak sebelum hujung minggu ini. Akak/aunty harap baca blog akak/aunty.

Untuk sesiapa yang dah order tapi belum deposit duit dan belum akak/aunty hubungi, sila telefon akak/aunty pada hari isnin ini.

Kelam kabut, sebab bukan akak/aunty yang key-in list pesanan tempohari. Imran key-in, Liana pun key in. Akak/aunty pulak tak da masa nak check. heh. Haru betul.

21 comments:

cik mas said...

hi kak nani.. panggil kakak la sebab nampak masih muda jelita. saya maslinda denai alam yang datang amik kueh tart pagi tadi.. :)

Ziana said...

Kak Nani,
(err pggil 'akak' laa ek.. nmpk mesra skit..hehehe)

sy yg dh return call akak kelmarin..
yg akak dok xplain jln dr Ampang (guna DUKE) ke umah akak tuh...

insyaAllah sy dtg Sabtu nih dgn Eza.. amik skali..

thanks kak!!
:)

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Aunty Nani :D
nak panggil auntie sbb sebaya dgn bakal menantu auntie..
dan senior kepada liana.. =)

Sy dah dapat kuih tadi..
Duit pon dah bg kat Khairi..
Thanks auntie!
Kalo tak sbb Khairi mesti sy x leh order dah..ngehehe..
Lupe nak order awal2 hari tue..

Next time nak tempah kek lak..
kek kawen boleh kan??
=)

Thanks anyway!
Sy kene sorok kuih nie, kalo x, sebelom raye dah abis makan dah..
bukan org lain makan, sendiri makan!

Amru said...

Hi kak nani, amru ni bukan amrul. Smlm yg amik kuih.Topic ni mesti terhasil sbb smlm trpanggil auntie +sy baya ank sulung kak jer.Tp smlm masuk kete jer rasa bersalah sbb auntie nmpak jauh lebih muda,lebih layak dipanggil kak jer.huhu btw kuih2 tu mmg sedap xhenti2 mkn

Nor Hidayah said...

Aunty,

kelakarlah aunty letak "akak/aunty".

...

esok saya datang amik biskut kay..

=)

Nor Hidayah said...

tapikan keliru juga nak panggil aunty atau kakak..

Aunty lebih kurang umur mak saya..dan saya lebih tua dari anak sulung aunty..Liana

kalau panggil kakak, macam tak hormat orang tua pula..kan

=)

Azalea said...

Salam kak. Ingat saya lagi dr kelantan? Aza ada sms akak sblm puasa dulu tanya pasal biskut raya. Masa tu akak kata akak x penah buat penghantaran jauh, takut biskut hancur. Aza nak tau blh lagi ke klau aza nak order biskut raya ni? Aza nak chocolate chip cookies, chocolate crumpy & peanut butter sandwich mcm yg hanis promote dlm blog. Nanti saya sms akak. Harapnya dapat la makan biskut raya akak nanti.

NaniRostam said...

Ya Allah muka saya ni sejak sebulan ini memang dah tak terjaga. Hari-hari menghadap oven naik keruh dan naik hitam.

Tu yang ada orang tu tegur yang muka saya ni berbeza dari dalam blog. Yang kat blog tu make up bagai, memanglah nampak muda..hehe.

Sebenarnya bila kita kahwin dan mempunyai anak cepat, kita harus redha bila dipanggil makcik kerana orang tak melihat usia atau personaliti kita tapi orang akan melihat anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa.

Dalam kes saya, walaupun saya belum mencecah usia 42 tahun tapi kerana kebanyakan yang mengenali saya melalui anak-anak saya Hanis dan Liana, maka mereka lebih selesa memanggil saya aunty atau makcik. Saya rasa ok kerana mereka kebanyakan sebaya dengan anak sulong saya. Apa yang buat saya rasa janggal, ialah hanya kerana mereka mengenali saya melalui Hanis misalnya, mereka tetap memanggil saya makcik walaupun banyak di antara mereka berusia lebih kurang hanya dua tiga tahun muda dari saya.

Tu yang sekejap keluar aunty, kejap keluar akak. Sebenarnya saya sendiri yang rasa tak selesa.

Dulu masa di kampung, kami hanya memanggil seseorang itu makcik sesuai dengan wajah dan usianya.

Malah ketika saya berusia 18 tahun dan mula berkerja di Bank, saya akan memanggil semua officemate kakak walaupun mereka yang usianya sudah mencecah 50an.Kalau nak panggil mereka makcik, pasti saya yang rasa janggal.

Azalea boleh sms saya ya. Dan sesiapa yang masih belum mendapat kuih raya dari mana2, saya ada banyak buat extra. Sila hubungi saya untuk kuih raya ; 0123959779.

Terima kasih .

Ladynoe™ said...

ahahaha. esok Noe datang ya kak Nani.
(panggil akak sebab akak saya sebaya ngan kak nani. KOT)

Princess HaniRose said...

Aunty Nani

Thanks kuih muih. Nanti boleh order lagi :)

Hani.

Iena said...

aunty..

nak tanya ni...aunty buat kuih sorang2 ke?

ermm..time kerja umur berapa pun kena lah panggil kak kan..huhuhu

NaniRostam said...

lena : sebenarnya panggil untuk officemate atau sesiapa sahaja termasuk penjual nasi lemak tepi jalan tu lagi tinggi rasa hormat sebab panggilan makcik sangat khusus untuk orang yang memang nampak agak berumur dan tua.

Nak umumkan lagi sapa2 yang dah bayar deposit tapi belum ambik kuih tolong talipon akak tau.

Sapa2 yang order kek untuk raya tolong masukkan duit dlm akaun akak terlebih dahulu baru akak akan buat.

Fleux ER said...

salam auntie nani..

chocolate crumpy auntie mmg sdap!!
thanks ya~

-raswan-

Ladynoe™ said...

berbaloi rasanya memandu sampai ke bukit jelutung.

chocolate crumpy mmg terbaik.

kalau tau ambik 2, semalam.
=)

notheblaey wrote said...

Salam kak nani..

thanks sebab sudi kol n invite nor dtg umah..unfortunately weekend ni byk lak plan....cuti lak start khamis ni..tak sempat nak nyinggah rumah kak nani...tp memg tingin nak rasa kuih faveret hanis tuh....insyaAllah kalau kak nani wat lagi...nor akan order awal...kalau mintak pos leh kan??nanti nor bayar harga + pos skali ye??bleh kan kak??hehe...ngada2 lak...neway rasa gumbira n tekejut coz akak sudi kol...hehe....thanks v much kak...insyaAllah lain kali ea...

Nor Putrajaya

KR said...

serious perempuan ini lagi cantik bile tak mekap - jari tunjuk kak nani

imiraboutique said...

Salam auntie,

kempunan ira nak bawa balik kuih raya and kek auntie. mengharap sangat org2 kat umah huhu~

x ape la..x ade rezeki kot. Tapi puas hati dengan kek auntie. dah 2 kali order bawa balik.hee.

nnt raya ade open house x auntie? jgn lupa jemput eh :P

Selamat hari raya auntie and berhati2 drive balik kampung esok.

Regards,
ira

~ilyanie_usyuk~ said...

Auntie Nani,

kawan2 saya sume da rasa cokolat crumpy tuh. sume bagi thumbs up lar. memang sedap.

tak sia-sia pergi bukit jelutong amek biskut semua.

Thanxx
=)

-ilyanie

MarlissaMusa said...

hi aunty nani,
selamat menyambut aidilfitri...mohon maaf zahir dan batin sekiranya ader yang terasa di hati..Semoga sambutan lebaran tahun ini memberi kegembiraan..InsyaAllah :)

Alice said...

Salaam aunty nani. Sedap kuih2 raya aunty. My most favourite is pandan classy (if it's correct). Tapi kawan-kawan byk suka Choc bread crumbs. hehe. Baru semalam selamat sampai kat England. Nasibb sempat sampai sebelum raya kalau tak nangis saya.hihi :)