Sunday, December 21, 2008

LELAKI MANA YANG SETIA

Saya terbaca satu ‘statement’ yang mengatakan lelaki yang tidak mempunyai naluri berkahwin lebih daripada satu bukanlah lelaki sejati namanya.. Saya ada pendapat saya sendiri yang mengatakan bahawa ‘statement’ itu tidak tepat. Bagi saya tidak semua lelaki mempunyai naluri untuk berkahwin lebih daripada satu.


Namun ada satu ketika, kebanyakan lelaki ingin merasa kembali bercinta seperti mahu mengimbau zaman bercinta. Apa yang nyata, lelaki adalah lelaki, setua mana pun mereka, apabila di jamu di depan mata perempuan yang mempunyai raut tubuh yang segar dan mengiurkan pasti nafsu mereka terangsang dan iman mereka boleh cair.


Dengan erti kata sebenar, itulah pandangan saya, hampir setiap lelaki pasti ada keinginan untuk merasa muda kembali, merasa bercinta kembali, merasa mempunyai teman wanita yang muda kembali dan ingin merasa membuat hubungan dengan perempuan lain selain daripada yang ada.


Walaupun hampir semua lelaki menyimpan keinginan begitu, tetapi apa yang pasti keinginan-keinginan begitu tidak selalunya diiringi dengan keinginan untuk berkahwin lebih daripada satu.

Sebenarnya banyak juga lelaki yang tidak suka berkahwin lebih daripada satu tetapi mereka lebih suka mempunyai hubungan bebas tanpa perkahwinan. Banyak lelaki yang tidak mahu terikat dengan perkahwinan lain dan juga tidak mahu memenuhi satu lagi tanggungjawab menambah keluarga lebih daripada satu.

Pun begitu masih banyak lelaki di atas mukabumi ini yang dapat mengawal nafsu mereka, kerana mungkin mereka tidak mampu dari segi kewangan, tidak mampu untuk membahagi kasih sayang, tidak mampu untuk melukai hati teman yang sedia ada, tidak mampu untuk memporak perandakan kedamaian rumahtangga yang sedia ada dan juga tidak mampu untuk memeningkan kepala yang selama ini tenang.

Malah masih banyak juga lelaki yang begitu setia dan amat menghargai kebahagiaan hidup sebuah keluarga mereka selama ini. Menghargai cinta wanita yang dijambang untuk sekian waktu.


Sebenarnya lelaki sebeginilah lelaki yang matang, sentiasa berfikir panjang, bimbang tidak dapat berlaku adil, risau melukai hati isteri, takut tidak terdidik anak-anak. Bahkan mereka dapat mengawal nafsu dengan baik atau tidak ingin melayan perasaan untuk bercinta atau keinginan untuk berkahwin setelah melihat sendiri pengalaman teman-teman atau orang di sekeliling yang berkahwin atau bercinta lebih daripada satu dan kemudian bercerai berai. Isteri entah kemana, anak pergi merata.

Lelaki yang mempunyai kekuatan mental begini adalah lelaki yang lebih peka apabila melihat teman-teman sekeliling yang tidak pernah bahagia akibat berkahwin lebih daripada satu kerana tidak semua lelaki bertuah dapat memiliki kebahagiaan sebenar hidup berumahtangga apabila berkahwin lebih daripada satu. Malahan banyak yang lebih malang dari tuah.

Daripada pengamatan saya dan pemahaman saya tidak semua lelaki sejati mahu berkahwin lebih daripada satu dan tidak semua lelaki yang berkahwin lebih daripada satu itu adalah lelaki sejati. Itu hanya pendapat saya, apa pula pendapat sebenar daripada laki-laki di luar sana.





Penang Assam Laksa


(A)Ground Spice Ingredients
5 fresh chillies
25 dried chillies
10 shallots
5 cloves garlic
2cm galangal (lengkuas)
2cm knob fresh tumeric root (kunyit hidup)
2tbsp belacan

(B)
½ cup tamarind juice (asam jawa)
15 spring polygonum leaves (daun kesum)
5 pieces dried tamarind skin (asam keeping/asam gelugor)
2 stalk lemon grass (serai), lightly smashed

(C)
1kg mackerel fish, cleaned
1tin of sardine (250gm)
1kg fresh laksa noodles

(D) Seasoning
1tsp ajinomoto
½ cup prawn paste (petis udang)
Salt to taste.

(E) Garnishing
Wild ginger bud (bunga kantan) halved and finely shredded
Cucumber shredded
Pineapple slice and shredded
Onion finely shredded
Red chillies seeded and shredded
Mint leaves (daun pudina)
Prawn paste (har koe), diluted with water to a drizzle consistency.

Method:

Boil fish. When cooked remove the fish and strain the stock. Use the stock later for the soup/gravy. Flake the fish and set the fish aside.

Fry the ground spice ingredients (A) without oil until the aroma arise then put water and fish stock in the pot. Then put (B). Bring to a low simmering boil for 10 minutes.

Add flaked fish and sardine then put (D). Continue to simmer for extra 1-2 minutes.

To serve, put a handful of laksa noodles in a metal strainer and immerse in a pot of boiling water to scald the noodles for half a minute.

Drain and put into bowl. Pour a ladleful of laksa soup/gravy over the noodles and garnish with a little of each garnish. Drizzle a little prawn paste over and serve immediately.

Wednesday, December 10, 2008

Ini lah Pergorbanan Kakak

Coretan 2


Lepas peristiwa tu mama rasa hilang semangat nak berniaga tepi jalan lagi. Walhal itu sahajalah yang mampu mama lakukan. Nak berniaga tempat lain manalah ada duit modal. Duit nak makan pun tak cukup.

Mama buntu. Apatah lagi daddy. Mujurlah masa tu dengan kuasa Allah, ada juga insan yang mulia dan baik hati, uncle Chris kawan daddy tolong bayarkan sewa rumah kita yang tertunggak. Tolong bagi duit belanja makan.

Sebenarnya mama kesal dengan sikap daddy. . Dia berkeras nak cari kerja yang sesuai dengan dia. Maklumlah dulu dia penyelia kanan sumber manusia di Mas. Dah tu berhenti, menjawat jawatan pengurus sumber manusia di Renong pulak. Tak kan dia nak kerja jawatan rendah sahaja. Daddy kata mana dia nak letak muka. Mama fikir, kalau ada kerja yang macam daddy nak tu, tak apalah.Kalau dah tak ada, tak kan keadaan kita nak berterusan begini.

Mama terus berusaha mencari kerja. Ada sekali tu mama ugut daddy, kalau dia tak nak cari kerja apa-apa pun, mama akan tinggalkan dia balik ke JB. Mama dah tak peduli dah. Apa nak jadi, jadilah.

Tetapi bila mama fikir sedalam-dalamnya, mama tak sanggup nak tinggalkan daddy. Mama tak sanggup kehidupan anak-anak jadi tak tentu arah. Lepas tu mama buat keputusan cari kerja yang berdekatan dengan rumah. Akhirnya mama dapat kerja di Handimart. Dekat dengan rumah. Boleh jalan kaki sahaja. Masa tu kereta pun dah tak da kena tarik.

Lepas kerja dua minggu, kebetulan pengurus di tempat kerja mama, perlukan pekerja stor untuk angkat dan susun barang di belakang gudang. Gaji yang ditawarkan rm5 sejam. Cepat-cepat mama pujuk daddy untuk kerja di tempat tu. Masa tu daddy tak da pilihan. Anak-anak perlu makan. Berapa banyak boleh pinjam dari kawan-kawan. Ada sekali bila daddy kata nak pinjam duit kawan, sebab beras dah habis, kawan daddy bukan bagi pinjam duit tapi bagi beras satu kampit kecil.

Memanglah daddy tak sanggup. Tapi bila mama pujuk daddy yang pekerjaan itu di belakang gudang dan susah orang nak nampak, daddy pun setuju.

Bila mama dan daddy dah bekerja, kakaklah terpaksa jaga adik-adik. Sambil kerja mama buat kuih muih hantar kat makcik kantin NTV7. Pukul tiga pagi mama dah bangun. Kakak pun selalu bangun subuh tolong mama. Kadang-kadang kakak terpaksa ponteng sebab terlambat nak ke sekolah. Lagipun mama tak mampu nak suruh orang lain jaga adik-adik. Siapa lagi yang boleh mama harapkan untuk jaga adik-adik kalau bukan kakak.

Mama rasa sedih dan amat serba salah kerana masa tu kakak darjah enam. Tahun tu kakak ada exam UPSR. Dah lah tak mampu pergi tuisyen, selalu ponteng sekolah pulak.

Mama memang tak da pilihan. Mama tawakal sahaja. Mama hanya mampu berdoa agar kakak dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Namun nasib tak menyebelahi kita. Kakak cuma berjaya dapat 3a dan 2b. Mama kesian sangat dengan kakak. Mama yang menangis sepanjang malam kerana selama ni kakak adalah seorang pelajar yang pandai dan cemerlang. Kakak pulak terpaksa berkorban begitu demi membantu mama dan daddy menjaga adik-adik.

Kakak macam tak sedih bila dapat keputusan tu. Tapi mama faham, jauh di sudut hati kakak, kakak kecewa. Kakak memang pandai sembunyikan kesedihan kakak. Mama tahu selama ini kakak memang teringin sangat nak sekolah asrama. Kalau keputusan tak cemerlang, pasti impian kakak untuk sekolah berasrama tak tercapai.

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA KORBAN, PERGORBANAN KAKAK SANGAT BESAR BAGI MAMA

CORETAN 1


Kenapa dia orang tak boleh fikir? Dah tu cakap mama ni, macam tak sayang kakak? Pernah dengar ke mak ayah tak sayang anak. Sayanglah! Mana boleh tak sayang. Hati mak ayah, tak mungkin berbelah bahagi sayang kan anak. Mungkin perangai anak tu sendiri kot, buat mak ayah rasa kurang sayang. Tambah anak sulung, jarang dengar mak ayah tak sayang anak sulung.

Tapi mama sayang kakak bukanlah sebab kakak anak sulung. Malah yang lebih penting mama sayang kakak sebab kakak tak pernah lawan cakap mama. Apa mama cakap kakak dengar. Apa mama nasihat kakak ikut. Apa mama suruh kakak buat. Kakak tak pernah bantah cakap mama. Apatah lagi nak tinggi suara dengan mama. Pernah lah kot, sekali dua . Atau mungkin mama dah tak ingat. Tapi mama rasa macam tak pernah. Kalau ada pun mungkin kakak tak sengaja sebab ada kecik hati dengan mama mungkin .Apa yang mama tahu kakak ni selalu jaga hati orang. Takut orang tak suka, tak suka susahkan orang.

Kakak dari kecil memang tak banyak kerenah. Kakak memang budak baik. Kakak lembut orangnya walaupun kadang-kadang kedengaran kasar bila marah adik-adik. Tapi sebenarnya adik-adik tahu kakak tak suka marah-marah. Tak suka menyakiti hati adik-adik. Sebab tu adik-adik hormat sangat kat kakak.

Kakak, anak yang paling rajin. Anak yang boleh diharap. Anak yang tahu buat kerja tanpa disuruh. Semua adik-beradik mama dan adik-beradik daddy berkenan sangat dengan perangai kakak. Bahkan kawan-kawan selalu cakap ’ ehm anak kau baik’. Sampai mamapun tak sangka, satu hari Aunty Melur yang boleh tahan lagak dia tu, cakap, yang rupa dan perangai anak dia macam kakak, sebab dia berkenan sangat tengok perangai kakak. Sebab tu masa mengandung dia berdoa agar dia dapat anak macam kakak.Wah tak sangka. Terharulah mama dengar.

Nenek Johor pun berkenan sangat dengan perangai kakak. Asyik cakap, anak kau Liana tu budak baik. Nenek macam dah tak nampak yang anak-anak mama yang lain pun baik jugak. Bagi dia cuma kakak sahaja yang baik. Kakak sahaja yang rajin. Agaknya setiap kali, bila dia datang dia tengok kakak lah yang buat kerja-kerja di dapur.Dah memang sifat semula jadi kakak, kalau ada tetamu datang kakak rajin duduk dapur. Tolong mama itu, tolong mama ini. Kakak datang tolong kat dapur secara sukarela. Tak payah mama nak panggil-panggil, nak jerit-jerit. Kakak macam dah tahu itu tanggungjawab kakak. Tak payah tunggu mama suruh. Tu yang nenek Johor berkenan sangat perangai kakak.

Bukan sahaja di rumah sendiri, bila balik kampung pun kakak rajin basuh pinggan mangkuk. Selalu sangat kakak jadi orang suruhan sebab kakak tak tahu nak kata tidak. Tak tahu nak berdalih.Tak tahu nak menolak.

Agaknya sebab kakak rajin, tak banyak cakap, adik-beradik mama sayang dan hormat kakak. Sampai sekarang dia orang masih panggil nama kakak dengan panggilan mesra, ’gurl’. Mungkin sebab dia orang selalu dengar mama panggil kakak ’gurl’, masa kakak kecik-kecik dulu.


Masa kakak kecik dulu, hidup mama dan daddy susah sangat. Manalah mampu nak ambil pembantu. Mujurlah kakak ni ringan tulang, boleh di harap jaga adik-adik. Mula dari Hanis sampai lah Alisya kakak banyak berkorban tolong mama jaga dia orang.

Kakak memang anak yang baik. Bila mama sakit atau dalam pantang melahirkan adik baru, kakak buat kerja rumah tanpa perlu di suruh. Masa tu umur kak baru 8 tahun , kakak dah pandai bangun pagi, jerang air, buatkan mama milo, sediakan roti dan hantar ke tepi katil mama supaya mama tak perlu turun naik. Kakak dah pandai bancuh susu untuk adik kakak.

Manalah mama tak sayang kakak, sepanjang melahirkan semua adik-adik kakak, kakaklah yang jaga mama. Masa mama pantangkan Imran lagi, kakak masak untuk mama makan tengahari. Kakak pandai goreng ikan, masak sayur, buat sambal. Kakak tolong mama sediakan air mandi baby. Kakak tolong panaskan besi untuk mama bertungku. Bila mak cik urut datang, kakak tolong hidangkan kopi dan biskut untuk makcik tu.

Tahun 1998, memanglah Allah nak duga kita. Masa tu, daddy kena berhenti kerja. Mama pulak memang dah lama berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak yang ramai. Walaupun kecewa, mama tak putus harap begitu. Ada duit sikit-sikit, mama buat modal beli barang berniaga nasi lemak. Mama beli payung, beli meja, beli bekas tong untuk jual nasi lemak tepi jalan . Kakak lah yang banyak tolong mama berniaga. Dari menolong di dapur sampailah tolong berniaga tepi jalan. Semuanya mama harapkan kakak tolong. Kakak tak pernah merungut sebab kena buat semua tu. Semuanya kakak buat dengan rela hati. Kakak memang rajin. Kakak memang kuat semangat. Mama bangga, kakak banyak ikut perangai mama. Kakak buang perasaan malu. Macam mama buangkan perasaan malu mama jugak.

Saat yang paling sedih masa tu ialah ketika kita berniaga dalam bulan puasa. Mama berniaga tepi jalan kawasan USJ 11. Masa itu mama suruh kakak jaga gerai, sementara mama balik ambil kuih-muih yang yang masih ada di rumah.

Bila mama datang balik bawa kuih dari rumah, mama tergamam tengok kawasan kita berniaga tu kosong. Eh mana gerai-gerai yang banyak-banyak tadi?Mama nampak ada Lori Penguatkusa MPSJ. Ya Allah habislah barang-barang aku kena rampas.Kena angkut dengan MPSJ. Hati mama cemas. Hati mama berdebar-debar. Rasa lemah longlai. Mata mama tercari-cari kakak. Ya Allah mana anak aku?. Kalau gerai aku hilang, tapi mana anak aku? Mana Liana? Dari dalam kereta mama menangis-nangis. Cepat-cepat mama turun. Mata mama tertumpu kawasan gerai-gerai tu. Kakak tak da di situ.

Tiba-tiba mama nampak kakak duduk di atas batu hujung jalan seorang diri. Bagai diruntun-runtun hati mama tengok kakak. Mama menangis peluk kakak erat-erat. Mama ingat mana kakak hilang tadi. Biarlah gerai mama hilang. Tapi biar matipun mama tak sanggup anak mama yang hilang. Menangis-nangis mama depan penguatkuasa MPSJ merayu minta balik barang-barang mama. Tapi dia orang tu hati kering betul. Dah lah bulan puasa, nak cari rezeki sikit-sikit pun dia orang sanggup rampas barang-barang mama.. Kalau nak berniaga dibazaar ramadhan yang disediakan tu bukan senang nak dapat.


Mama harap kakak bertemu jodoh yang baik sebaik kakak.


HIJRAH ROHANI;

Rasulullah s.a.w telah bersabda


"Ya Allah! Ya Tuhanku! Barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan umatku lalu ia menyusahkan mereka, maka balaslah ia dengan kesusahan. Dan barangsiapa yang memudahkan, mudahkanlah urusannya."

Tips Tips Seharian


1. Sekiranya anda sedang mencari-cari product mascara yang terbaik. Cubalah mascara Lancome iaitu Hypnose.

2. Untuk wajah selalu segar pupur wajah anda dengan toner sebagai satu daripada rutin harian anda setiap kali lepas mandi atau sebelum losyen pelembab.

3. Untuk wanita yang ingin menjaga keutuhan hubungan kelamin suami isteri, amalkan petua tradisi ini. Sedia kan tujuh biji buah manjakani dan 7 helai daun sireh. Rebus dengan air sehingga air menjadi dua cawan. Satu untuk di minum dan satu lagi gunakan sebagai air cebuk. Air rebusan boleh digunakan sehingga tujuh kali.

4. Petua untuk dapatkan rambut anak yang cantik dan lebat, waktu mengandung, amalkan makan bubur kacang atau apa sahaja makanan daripada kacang hijau.

5.Amalkan tidur menelentang, bukan meniarap atau mengiring agar wajah anda tidak cepat nampak tua.

6.Selalu berwuduk. Wajah tampak berseri bila dalam air wuduk.

7. Untuk menjadikan sayur brokoli, kacang bendir, peria, kacang panjang dsb yang anda celur kelihatan sangat hijau dan segar, campurkan secubit soda bikarbonat ke dalam air yang digunakan untuk mencelur. Selepas itu angkat sayuran tersebut dan siram air sejuk dengan segera.

8. Sekiranya anda mendapati ikan yang anda goreng dalam minyak melekat dikuali, masukkan dua tiga keeping asam gelugor kedalam minyak tersebut ketika sedang menggoreng. Pasti ikan tak melekat lagi.

9. Jangan beli telur saiz lain selain daripada saiz A. Harga gred A dengan gred C/B tidak begitu banyak bezanya tetapi telur saiz A mempunyai saiz dan berat yang dua kali ganda dari gred C/B.

10.Sekiranya anda sedang menunggu kelahiran, pastikan tidak membeli barangan baby yang mempunyai unsur warna kekuningan. Baby akan menarik aura kuning yang ada disekelilingnya dan mungkin akan menghidap sakit kuning.