Kenapa dia orang tak boleh fikir? Dah tu cakap mama ni, macam tak sayang kakak? Pernah dengar ke mak ayah tak sayang anak. Sayanglah! Mana boleh tak sayang. Hati mak ayah, tak mungkin berbelah bahagi sayang kan anak. Mungkin perangai anak tu sendiri kot, buat mak ayah rasa kurang sayang. Tambah anak sulung, jarang dengar mak ayah tak sayang anak sulung.
Tapi mama sayang kakak bukanlah sebab kakak anak sulung. Malah yang lebih penting mama sayang kakak sebab kakak tak pernah lawan cakap mama. Apa mama cakap kakak dengar. Apa mama nasihat kakak ikut. Apa mama suruh kakak buat. Kakak tak pernah bantah cakap mama. Apatah lagi nak tinggi suara dengan mama. Pernah lah kot, sekali dua . Atau mungkin mama dah tak ingat. Tapi mama rasa macam tak pernah. Kalau ada pun mungkin kakak tak sengaja sebab ada kecik hati dengan mama mungkin .Apa yang mama tahu kakak ni selalu jaga hati orang. Takut orang tak suka, tak suka susahkan orang.
Kakak dari kecil memang tak banyak kerenah. Kakak memang budak baik. Kakak lembut orangnya walaupun kadang-kadang kedengaran kasar bila marah adik-adik. Tapi sebenarnya adik-adik tahu kakak tak suka marah-marah. Tak suka menyakiti hati adik-adik. Sebab tu adik-adik hormat sangat kat kakak.
Kakak, anak yang paling rajin. Anak yang boleh diharap. Anak yang tahu buat kerja tanpa disuruh. Semua adik-beradik mama dan adik-beradik daddy berkenan sangat dengan perangai kakak. Bahkan kawan-kawan selalu cakap ’ ehm anak kau baik’. Sampai mamapun tak sangka, satu hari Aunty Melur yang boleh tahan lagak dia tu, cakap, yang rupa dan perangai anak dia macam kakak, sebab dia berkenan sangat tengok perangai kakak. Sebab tu masa mengandung dia berdoa agar dia dapat anak macam kakak.Wah tak sangka. Terharulah mama dengar.
Nenek Johor pun berkenan sangat dengan perangai kakak. Asyik cakap, anak kau Liana tu budak baik. Nenek macam dah tak nampak yang anak-anak mama yang lain pun baik jugak. Bagi dia cuma kakak sahaja yang baik. Kakak sahaja yang rajin. Agaknya setiap kali, bila dia datang dia tengok kakak lah yang buat kerja-kerja di dapur.Dah memang sifat semula jadi kakak, kalau ada tetamu datang kakak rajin duduk dapur. Tolong mama itu, tolong mama ini. Kakak datang tolong kat dapur secara sukarela. Tak payah mama nak panggil-panggil, nak jerit-jerit. Kakak macam dah tahu itu tanggungjawab kakak. Tak payah tunggu mama suruh. Tu yang nenek Johor berkenan sangat perangai kakak.
Bukan sahaja di rumah sendiri, bila balik kampung pun kakak rajin basuh pinggan mangkuk. Selalu sangat kakak jadi orang suruhan sebab kakak tak tahu nak kata tidak. Tak tahu nak berdalih.Tak tahu nak menolak.
Agaknya sebab kakak rajin, tak banyak cakap, adik-beradik mama sayang dan hormat kakak. Sampai sekarang dia orang masih panggil nama kakak dengan panggilan mesra, ’gurl’. Mungkin sebab dia orang selalu dengar mama panggil kakak ’gurl’, masa kakak kecik-kecik dulu.
Masa kakak kecik dulu, hidup mama dan daddy susah sangat. Manalah mampu nak ambil pembantu. Mujurlah kakak ni ringan tulang, boleh di harap jaga adik-adik. Mula dari Hanis sampai lah Alisya kakak banyak berkorban tolong mama jaga dia orang.
Kakak memang anak yang baik. Bila mama sakit atau dalam pantang melahirkan adik baru, kakak buat kerja rumah tanpa perlu di suruh. Masa tu umur kak baru 8 tahun , kakak dah pandai bangun pagi, jerang air, buatkan mama milo, sediakan roti dan hantar ke tepi katil mama supaya mama tak perlu turun naik. Kakak dah pandai bancuh susu untuk adik kakak.
Manalah mama tak sayang kakak, sepanjang melahirkan semua adik-adik kakak, kakaklah yang jaga mama. Masa mama pantangkan Imran lagi, kakak masak untuk mama makan tengahari. Kakak pandai goreng ikan, masak sayur, buat sambal. Kakak tolong mama sediakan air mandi baby. Kakak tolong panaskan besi untuk mama bertungku. Bila mak cik urut datang, kakak tolong hidangkan kopi dan biskut untuk makcik tu.
Tahun 1998, memanglah Allah nak duga kita. Masa tu, daddy kena berhenti kerja. Mama pulak memang dah lama berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak yang ramai. Walaupun kecewa, mama tak putus harap begitu. Ada duit sikit-sikit, mama buat modal beli barang berniaga nasi lemak. Mama beli payung, beli meja, beli bekas tong untuk jual nasi lemak tepi jalan . Kakak lah yang banyak tolong mama berniaga. Dari menolong di dapur sampailah tolong berniaga tepi jalan. Semuanya mama harapkan kakak tolong. Kakak tak pernah merungut sebab kena buat semua tu. Semuanya kakak buat dengan rela hati. Kakak memang rajin. Kakak memang kuat semangat. Mama bangga, kakak banyak ikut perangai mama. Kakak buang perasaan malu. Macam mama buangkan perasaan malu mama jugak.
Saat yang paling sedih masa tu ialah ketika kita berniaga dalam bulan puasa. Mama berniaga tepi jalan kawasan USJ 11. Masa itu mama suruh kakak jaga gerai, sementara mama balik ambil kuih-muih yang yang masih ada di rumah.
Bila mama datang balik bawa kuih dari rumah, mama tergamam tengok kawasan kita berniaga tu kosong. Eh mana gerai-gerai yang banyak-banyak tadi?Mama nampak ada Lori Penguatkusa MPSJ. Ya Allah habislah barang-barang aku kena rampas.Kena angkut dengan MPSJ. Hati mama cemas. Hati mama berdebar-debar. Rasa lemah longlai. Mata mama tercari-cari kakak. Ya Allah mana anak aku?. Kalau gerai aku hilang, tapi mana anak aku? Mana Liana? Dari dalam kereta mama menangis-nangis. Cepat-cepat mama turun. Mata mama tertumpu kawasan gerai-gerai tu. Kakak tak da di situ.
Tiba-tiba mama nampak kakak duduk di atas batu hujung jalan seorang diri. Bagai diruntun-runtun hati mama tengok kakak. Mama menangis peluk kakak erat-erat. Mama ingat mana kakak hilang tadi. Biarlah gerai mama hilang. Tapi biar matipun mama tak sanggup anak mama yang hilang. Menangis-nangis mama depan penguatkuasa MPSJ merayu minta balik barang-barang mama. Tapi dia orang tu hati kering betul. Dah lah bulan puasa, nak cari rezeki sikit-sikit pun dia orang sanggup rampas barang-barang mama.. Kalau nak berniaga dibazaar ramadhan yang disediakan tu bukan senang nak dapat.
Mama harap kakak bertemu jodoh yang baik sebaik kakak.
HIJRAH ROHANI;
Rasulullah s.a.w telah bersabda
"Ya Allah! Ya Tuhanku! Barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan umatku lalu ia menyusahkan mereka, maka balaslah ia dengan kesusahan. Dan barangsiapa yang memudahkan, mudahkanlah urusannya."
Tips Tips Seharian
1. Sekiranya anda sedang mencari-cari product mascara yang terbaik. Cubalah mascara Lancome iaitu Hypnose.
2. Untuk wajah selalu segar pupur wajah anda dengan toner sebagai satu daripada rutin harian anda setiap kali lepas mandi atau sebelum losyen pelembab.
3. Untuk wanita yang ingin menjaga keutuhan hubungan kelamin suami isteri, amalkan petua tradisi ini. Sedia kan tujuh biji buah manjakani dan 7 helai daun sireh. Rebus dengan air sehingga air menjadi dua cawan. Satu untuk di minum dan satu lagi gunakan sebagai air cebuk. Air rebusan boleh digunakan sehingga tujuh kali.
4. Petua untuk dapatkan rambut anak yang cantik dan lebat, waktu mengandung, amalkan makan bubur kacang atau apa sahaja makanan daripada kacang hijau.
5.Amalkan tidur menelentang, bukan meniarap atau mengiring agar wajah anda tidak cepat nampak tua.
6.Selalu berwuduk. Wajah tampak berseri bila dalam air wuduk.
7. Untuk menjadikan sayur brokoli, kacang bendir, peria, kacang panjang dsb yang anda celur kelihatan sangat hijau dan segar, campurkan secubit soda bikarbonat ke dalam air yang digunakan untuk mencelur. Selepas itu angkat sayuran tersebut dan siram air sejuk dengan segera.
8. Sekiranya anda mendapati ikan yang anda goreng dalam minyak melekat dikuali, masukkan dua tiga keeping asam gelugor kedalam minyak tersebut ketika sedang menggoreng. Pasti ikan tak melekat lagi.
9. Jangan beli telur saiz lain selain daripada saiz A. Harga gred A dengan gred C/B tidak begitu banyak bezanya tetapi telur saiz A mempunyai saiz dan berat yang dua kali ganda dari gred C/B.
10.Sekiranya anda sedang menunggu kelahiran, pastikan tidak membeli barangan baby yang mempunyai unsur warna kekuningan. Baby akan menarik aura kuning yang ada disekelilingnya dan mungkin akan menghidap sakit kuning.
60 comments:
Sedihnya mama cerita. Kakak Liana memang ringan tulang dan patuh. Sangat look up to Kakak Liana. Paling rajin sekali, belajar. Pergh jeles. Cerita ini amat menyayat hati tapi nasib baik gambar yang last itu lawa gila, terubat hati I. Gegege.
kisah gerai kena tarik dengan MPSJ sangat sangat menyentuh hati. Kesian kakak sebab masa tu dia yg kena berdepan dengan orang MPSJ tu.
Yang penting sekarang hidup auntry sekeluarga happy :)
Haniszalikha : Mama sebak masa menaip cerita ini. Tak berhenti air mata mengalir. Terharu dengan sikap anak-anak masa zaman susah dulu.
CHIKA : CHIKA, tulah kesian kan.
Alhamdulillah, bahagia datang dari kesabaran diwaktu susah.
Syukurnya aunty Nani dikurniakan anak2 yang baik budi dan paras..
semoga keluarga aunty sentiasa dilimpahi rahmat..
Kak Nani, Selamat Hari Raya AidilAdha. Beruntung Akak dapat anak-anak yang baik dan patuh. Itulah agaknya bayaran kepada Akak atas semua pengorbanan Akak :)
Oh aunty..
sangat terharu baca kisah ni.
mesti liana pun terharu baca..
kenapa la saya tak memiliki perangai spt liana..
Alhamdulillah.
keberkatan rezeki itu Allah datangkan bukan sekadar harta benda.
malah mendapat anak yang baik juga merupakan keberkatan rezeki yang tak ternilai.
anak sulung memang mcm tu kak. (mostly)
patuh dan rajin.
mungkin hormon dalam badan anak2 sulung dah kena set mcm ni kot "aku anak sulung.ni tanggungjawab ku" secara naluri.
Alhamdulillah.
keberkatan rezeki itu Allah datangkan bukan sekadar harta benda.
malah mendapat anak yang baik juga merupakan keberkatan rezeki yang tak ternilai.
anak sulung memang mcm tu kak. (mostly)
patuh dan rajin.
mungkin hormon dalam badan anak2 sulung dah kena set mcm ni kot "aku anak sulung.ni tanggungjawab ku" secara naluri.
Hihi, why do I always leave comment here, I'm not sure myself :) Hehe, of course aunty love and sayang all your darlings, but sometimes, when you're too focus on one, somehow the other will get jealous, maybe a little bit :) Eh, I thought all parents will have one anak emas, no? Though parent usually denied that they sayang all, but sometimes, I reckon, there must be one that they sayang the most. Haha, ask around, I'm pretty sure there is a lot. Let see, mama I, I think sayang sis a little bit more, though mama and papa sayang all of us equally la :) Doesn't make any sense already. Selamat Hari Raya Korban dear :)) take care and have fun :P
alahmdulillah,untung untie dpt ank2 yg baik2,knl erti ssh,sng sama2,terharu sgt2 baca kisah ni...
Aunty,
Selamat Hari Raya Haji..
semoga aunty sekeluarga happy pada hari ini..
seperti biasa, saya suka sangat baca kisah yang aunty tulis..hehe..
aunty tak nak buat buku ke??best tau gaya penceritaan aunty :)
Una Chenta : Salah satu senarai kesyukuran saya.
Pink Mama : Hari ni berkorban tak?
Chantek Jhelita : Tulah masa aunty kecik-kecik pun aunty pun, perangai aunty tak macam dia.
Tujuh Kaki Dalam : Kamu anak sulung ke?
Brenda Ang :
Dulu sejak saya kecil, saya dapat rasa yang ibubapa saya lebih sayangkan kakak sulung saya. Saya anak nombor dua.
Semakin saya dewasa, dan punya anak yang ramai, saya semakin memahami yang sebagai anak, kita perlu memenangi hati ibubapa kerana ibubapa juga manusia biasa yang tidak dapat menyembunyikan perasaan lebih sayangkan anak yang menyenangkan hatinya.
Saya mula berfikir yang selama ini mereka sayangkan kakak sulung saya kerana kakak saya memang boleh diharap dan bertanggungjawab memikul tugas-tugas dirumah. Saya pula sangat nakal dan agak malas dan sering mengelak bila disuruh.
Bila sudah dewasa, keadaan menjadi sebaliknya. Saya berusaha untuk mengambil berat dan mengambil hati ibu. Sekarang adik-beradik saya pula yang menyindir-nyindir mak saya' nani kan anak kesayangan mak'.
Azila : Aunty lagilah....
MarlissaMusa : Ala gaya tulisan orang lama...
kak, tahniah kerana berjaya mendidik anak2 dengan jayanya. harap2 anak saya pun akan elok perangainya (walaupun la ni mak oiii..leh sakit jantung tetiap hari dibuatnya, hehe..). but really, i salute u. saya pun teringin gak nak beranak ramai, tapi takut2 lak kalu tak terkawal. :)
dah dekat setahun hanis zalikha invite saya jadi friend dia dalam facebook. maybe utk sokong masa MDG dulu kot, hehe..malangnya saya tak pernah amik pot mende2 gitu. amazingly jumpa yours and hanis's blog links through yoga instructor diary. nice to know you have a very closed family. from your writings, i know u r one really dedicated mother who loves your kids very very much. :)
Untie, neddy pernah view blog untie dulu, tp tak tinggal kan comment pun, tp kali ni tergerak hati nk tinggal kan comment..Untie sgt tabah dan kuat, kakak liana pun sama...harap nanti neddy dh ada anak2, neddy akan kuat mcm untie...Untie, anak2 untie cantik, mcm untie...
selamat hari raya aidiladha...
iya kak.
anak sulung.
kalau dalam nak menolong keluarga dah mcm hormon semulajadi dah ada kat dalam badan.
besar atau kecil selagi termampu di buat secara naluri akan di laksanakan dgn senang.
itulah perasaan sebagai seorang anak sulung.
sayalah.
org lain mungkin berbeza.
sebenarnya ibubapa memang mengharapkan kehadiran anak yang baik. tambah2 anak sulung, biasanya anak sulung jadi kesayangan keluarga sebab kelahirannya amat dinanti2kan. tapi saya sangat hormat dengan ketabahan kak nani. bukan senang utk mendidik anak yang ramai. saya juga anak sulung dan seperti liana, setiap kali emak dalam pantang, seluruh kepercayaan untuk menguruskan adik2 yg lain dan urusan dapur emak berikan kepada saya. dan kepercayaan itu membuatkan saya bangga jadi anak sulung.
sejuk hati bila baca. :)
if my mother was still alive, i dont know what she would think of me.
:)
salam hari raya korban buat aunty dan keluarga.
saya lelaki dan saya tersentuh dgn penulisan aunty dan saya setuju sangat dgn MarlissaMusa.
u can touch human heart using yr words..dan 'agak lama' saya tak membaca penulisan sebegini even karya sasterawan negara.
sedihnyela!!!..huhuhu..sy pun nyampah MPSJ ke..DBKL ke..sian org yg kene rampas gerai tuh..dorg dhla wat keje halal..bukan merompak ke ape..dorg x kene, sbb tu sanggup wat org lain cmtu..
sy tertarik dgn kata2 dr Tujuh Kaki Dalam..
maybe ade btolnye..anak sulung seolah2 phm even tak pernah diberitahu..all the responsibilities will be burden on the child..sifat penyayang, sifat concern, sifat leadership seolah2 dah ade dlm diri dia sejak dpt adik..it's like understandable, and agreeable..
n terpulang pd anak sulung tu la mcm mana dia nak menjadi the first-born child gracefully..menggunakan kelebihan yg ada bersesuaian dgn situasi..
n slalunya adelah keberkesanan hasil didikan ibubapa..but sometimes it's not necessary..spt movie yg sy pernah tonton; Gracie's Choice yg slalu tayang di HMK..cerita yg amat sy kagumi hingga hari ini..cnth anak sulung yg patut dicontohi.. (^_^)
aunty...sy nanggis bila baca coretan ini..slalu saya singgah blog aunty...saya baca...tp x pernah kirim komen...sedih nya...
:(
salam aidil adha.. nape yanggg.. jgn sedey sedey ek..
tell u wht.. "org baik, jodoh nya pasti yg baik.. insyAllah"
lets hugs.. HUUGGGGSSSSS..
jgn lupe tag kita tau, sbb kita suka lah singgah sini.. xoxo
Iza-Zulkifli : Terima kasih Iza, mungkin juga sebab kak Nani mengambil sesuatu perkara secara positif kot. Misalnya, dulu masa kecil sampai dewasa kak nani tidak mempunyai ibu yang meyayangi dan prihatin terhadap anak-anak. Jadi kak Nani tidak mahu anak-anak merasa seperti kak nani rasa. Bagi kak nani kalau kita murah dengan kasih sayang satu hari pasti kita pasti dapat kasih sayang.
NedDy ; Terima kasih. Insyallah aunty doakan NedDy perolehi anak-anak yang ramai, cantik2 dan baik semuanya.
Tujuh Kaki Dalam : Tahniah kamu anak sulung. Daripada pengalaman dan pemerhatian aunty hampir semua anak sulung begitu. Rajin dan sama-sama membantu ibubapa melaksanakan urusan rumahtangga.
dina : Saya berdoa moga-moga kamu terus jadi kebanggaan ibubapa.
December girl : Anak yang baik buat sejuk perut ibu mengandung....Mudah-mudahan kamu terus jadi anak yang baik dan terus mendoakan ibu kamu.
sidra kamar aisa : Sama-sama. Selamat aidil adha. Diam itu lebih baik berkata-kata. Bila berkata biarlah kata-kata itu sebagai penyejuk hati yang panas. Pemujuk hati yang merajuk. Melembut hati yang keras.Menurun ilmu pada yang tak tahu. Penyelesai kepada masalah. Menyatu pada yang berpisah. Mudah-mudahan.Apa saja negatif yang datang, kita olah jadi positif....
uetoAya : Entahlah rasa serik jugak nak berniaga tepi jalan. Tapi hairanlah macam mana warga asing di Chow Kit tu boleh berniaga air pasang 5 6 cawangan dan pendapatan bersih rm700 setiap hari.Senang pulak dia orang dapat lesen berniaga tepi jalan. Kita ni bumiputra, naik office MPSJ, nak minta lesen berniaga pun dia orang tak berapa nak layan.Ntah kenapa ya?
whitelilies island : Saya rasa kalau boleh memilih, tak semua anak suka lahir sebagai anak sulung. Sebagai anak yang paling tua, anak sulung seperti tiada pilihan. Bagaikan menjadi lumrah alam, orang lebih senang mengharap yang berpengalaman daripada yang kurang. Begitu halnya ibubapa terhadap anak sulung mereka. Tapi sebagai ibubapa kita tidak boleh terus mengharap anak sulung memikul bebanan tugas. Kita harus seimbangkan kepada anak-anak lain secara berperingkat. Jika tidak, smpai satu tahap, kita akan kecewa kerana anak itu tidak lagi bersikap seperti yang kita kenali.
Jika ibu bapa tersilap langkah atau tersalah hemat, mungkin bila anak sulung dewasa atau berumahtangga, mereka akan mengalihkan kasih sayang dan perhatian mereka kepada pasangan mereka tanpa mengendahkan lagi tanggungjawab atau perhatian mereka kepada ibubapa.
Dan ketika ini kebanyakan anak-anak yang kedua dan anak yang berikutnya atau yang bongsu biasanya lebih mengambil berat tentang ibu bapa mereka.
bie gurl : Sedih. Tapi Liana tu memang tabah dan tak pernah menangis....hati dia jadi kebal.
hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog!
HAHAHAHA.. SOME PEOPLE JUST WANT ONLY GOOD COMMENTS TO BE PUBLISHED HERE! WELL, CAN'T BLAME THEM IN WANTING TO BE POPULAR KAN?
NEVER MIND, SIS, IF YOU IGNORED MY EARLIER COMMENTS BY NOT PUBLISHING IT OR RESPONDING TO IT HERE AT THIS COMMENT BOX!
AT LEAST THIS READER NOW KNOWS THAT NOT EVERYTHING HERE IS AS SINCERE AS IT PORTRAYS!
Maaf kalau terlanggar susila dan terkasar bahasa. I'm just being honest! (I guess this comment will be ignored too, anyway)!
-Zarra (earlier today, left as anonymous)
Assalamualaikum aunty , saya lihat aunty orangnya cekal dan tabah. Aunty penah dengar tak "Jutawan Senyap"? Saya sarankan aunty dapatkan buku ni ye. Dalam buku ni banyak menceritakan kisah-kisah peniaga jalanan yang tak penah berputus asa..saya rasa dah masuk 4 series buku "Jutawan Senyap" ni. Tapi saya baru beli 3..(",) and buat Kakak, moga bertemu jodoh seperti yang aunty harapkan..InsyAllah.
Salam aidiladha tuk kak nani n family..Kagum sekali dgn akak yg menjadi ibu yg amat tabah skali..hope saya akan jadi ibu sebaik akak tuk anak saya nanti(lum ada anak g)insyaallah..
Admire la saya kat akak...n nanti leh belajar masak ni hehhehehe
salam kenal dari saya, saya link akak yer,
auntie,sungguh sedih kisah diatas.dapat saya bayangkan dan hayati perasaan auntie semasa gerai dirobohkan dan anak pula tidak dapat dikesan.
Saya berdoa agar Liana dapat jodoh yang baik,sebaik dirinya.
Thanks juga diatas tips2 auntie.
Wllpapersdeco : Insyallah.
Zarra : Kakak rasa ni kali ke 2 akak minta maaf kalau zarra masih tersinggung isu perempuan bertudung merokok. Minta maaf ya....dan terima kasih kerana sudi singgah di blog akak.
Abdul Malik Yaacob : Wah saya memang suka baca buku-buku pembakar semangat ni...insyallah nanti saya cari.Terima kasih kerana mendoakan. Kakak juga berdoa untuk kamu.
Niza Salleh : Terima kasih. alhamdulillah.
Niza cubalah resepi kat blog akak. Semua ok.
Terima kasih kerana menglink, nanti akak link kamu jugak.
arejae : Memang...sedih giler masa tu. Sampai aunty terpeluk batang pokok kat tempat tu sambil menangis. Masa tu tak perasan pulak terbuat gaya pelakun hindustan.
Lepas tu uncle datang pujuk, katanya, tak pa nanti pergi 'claim'barang kita yg dirampas tu kat pejabat MPSJ. Lepas calculate2 kos dia lebih kurang macam beli baru...lagipun masa tu kita orang dah tak berduit dah....so kita orang just tak kuasa nak claim balik.
auntie, dalam dunia ni kita tak mungkin dapat puaskan hati semua org.
in life sometimes kita tahu, Allah tahu--itu dah cukup sebagai modal di akhirat kelak. so go to h*ll la dengan apa2 yang orang lain tak tahu. mati esok pun mungkar nangkir tanya kita, bukan tanya mereka.
saya harap kalau saya berkeluarga satu hari nnt saya dapat hidup sebahagia auntie. harap saya juga dapat membesarkan anak2 saya dengan baik, insyaAllah :)
terima kasih sbb selalu berkongsi tips, auntie. saya suka baca :)
btw auntie, saya anak sulung juga :D
agaknya semue kakak sulung hv beautiful heart.. mine is also like you puan nani.. kaklong punyai hati yang baik rajin, banyak berkorban dan taat kepada ibu bapa.. i doa liana and kaklong jumpe jodoh sebaik mereka.. amin...
Puan bukan sahaja seorang ibu yang baik, tetapi juga seorang isteri yang sangat setia...
harap anak-anak puan yang sudah semakin besar,cantik,terkenal dan pandai itu dapat menghargai pengorbanan puan...
tak lupa juga suami puan, harap-harap dia dapat mengenang kesetiaan puan padanya..
saya dahulu pun susah sangat..sekarang saya dah lakukan satu kesilapan kerana terlalu mewahkan anak-anak kerana tak mahu anak2 hidup susah seperti saya dahulu...
Assalamualaikum kak nani...
bersyukur saya dapat baca blog akak. saya rasa tenang... sbenarnya dr awal pg lg saya dlm keadaan t'tekan dgn masalah kehidupan saya. bkanlah maslah yg t'lalu besar.. tp benda tu slalu jer b'ulang2. saya jdi t'beban dgn maslah2 tu. walhal.. maslah tu bkan saya yg ciptakan. tp dr org d skeliling saya. smua mreka tu org2 yg saya syg. saya xtau nak mluah pd siapa... bila d luahkan, mreka kata smuanya saya yg b'salah!
tp dari cerita akak... pgorbanan akak... & usaha gigih akak tu yg buat saya kembali b'semangat. dari cerita2 & comment2 yg akak ajukan... mmg akak org yg b'budi bahasa & cekal.
smg akak akan jdi ibu yg d sanjungi oleh smua anak2 akak...
terharu sangat.
macam nih rupanya perasaan sorang ibu.
errr.. saya pun anak sulung jugak.
tak tahu lah apa yg mak saya akan kata tentang saya kalau dia juga punya blog mcm auntie.
=)
my god, I cried reading this post! touching nya especially the part yg berniaga bulan puasa, i cant imagine cemas tgk anak hilang, being a mother myself..masyaAllah i cant imagine that situation.
sedihnya dengar cerita auntie. sunguh syahdu perngorbanan kakak. mmg patut dicontohi.
thank you for the tips as well. sy suka baca blog auntie. rasa macam tenang skali.
tahun tu mmg ramai yg 'jatuh'..hanya mereka yg punya semangat kental mampu 'bangun' kembali..;)
suka baca blog auntie. and wajah auntie pun ada iras2 my mum. seriously. plus personality pun, saya rasa mcm lebih kurang jer. hehe..
anyway, saya nak letak blog aunty kat blog saya. hope u dont mind.
saya : Betul cakap saya, ada jer yang tak kena di mata mereka. Kita tak usik pun dia orang tapi dia macam hati busuk tak habis-habis.
Tetapi lebih ramai orang dengki kat kita bermakna, hidup kita lebih bahagia dan gembira berbanding dia orang kan...
Alhamdulillah kalau bagi 'saya' hidup keluarga aunty boleh dicontohi. Sebenarnya kebahagiaan sebuah keluarga hasil gabungan kasih sayang dan tanggungjawab seorang suami, isteri dan anak-anak.
Saya : Aunty rasa kebanyakan anak sulung anak yang baik dan menurut kata.
rainz : Sama-sama kita berdoa.
kenshin : Saya amat bersyukur mempunyai suami yang setia. Kalau tidak, mungkin keluarga saya menempuh kehidupan yg mencabar tu dengan tunggang langgang.
Saya rasa sikap suami saya terhadap anak-anak sama macam sikap kenshin.Saya pula bersikap sebaliknya.
Saya berpendapat lebih elok anak-anak kita hidup berdikari. Kita tak sepatutnya terlalu mengikut kehendak atau memewahkan mereka. Malah saya pupuk sikap tanggungjawab dalam diri mereka.
Misalnya, kalau dengan suami saya, saya selalu berpesan jangan lupakan ibunya. Balas jasa ibu.Malah saya yang sering menghulur wang dan menelefon ibu mertua ibu mertua saya sebab suami saya tidak biasa berbuat begitu.
Saya berpesan dengan anak-anak kalau kerja dapat gaji mesti bagi mama dan daddy sebahagian duit gaji. Kalau duduk dengan mama kena bagi lebih. Kalau duduk asing tak perlu bagi lebih.
Saya kena beritahu semua tu, supaya anak-anak tahu tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Supaya mereka jadi insan yang ada tanggungjawab.
Izarzulzilatil : Salam. Cantik nya nama. Saya sentiasa anggap masalah yang kita hadapi itu tak seberapa sebenarnya. Lihat sekeliling kita. Ramai lagi yang tak cukup makan, rumah macam kandang kambing, sengsara sakit yang kritikal dan yang terlantar, dapat anak yang buta, pekak, cacat lumpuh serta terhumban dalam penjara tunggu hukuman mati, kena aids dan sebagainya. Tetapi mereka tabah dan terus menjalani hidup ini. Syukurlah yang Allah bagi kita dugaan yang masih tertanggung oleh kita.Ada hikmah kerana dari situlah kita mendapat taufiq dan hidayah dari Allah, kalau kita menyedari.
Xeea : Saya rasa mak Xeea pasti berbangga dengan xeea. Yang penting xeea jangan suka menyinggung perasaan mak dan sentiasa mengambil hatinya. Insyallah semua ibu akan merestui anak yang tahu mengenang jasa ibu.
Watie : Watie, you tahu tak i pun macam you, kalau i dengar kisah anak hilang, i macam tak mahu dengar. Cepat-cepat i solat berdoa moga-moga anak orang tu ditemui.I tak mahu bayangkan, nanti i susah hati sangat.
The Queen Bee : Syukur saya mempunyai anak-anak yang mahu membantu.
lily lotus : Memang, tapi syukurlah Allah sentiasa membantu pada hamba yang dikehendakiNya.
Adrina Adi : Terima kasih. Kadang-kadang kita dapat agak personaliti seseorang yang mempunyai wajah seiras dengan orang yang kita kenali kan....
pergorbanan seorang kakak, sejuk perut ibu yang mengandung. alhamdullillah.
Akak, bergenang jugak airmata ni bila sampai bab akak ternampak Liana duduk di tepi jalan lepas gerai kena angkut. Suspens saya. Saya dapat rasakan apa yang akak rasa sebab saya adalah anak sulung kepada seorang ibu yang pernah berniaga seperti akak.
say terharunye dengasr citer aunty.kalaula saya dapat jadi anak sebaik liyana,mesti mak saya saya gembira sangat2...
wow!mmg sgt terharu.saya membaca coretan 1 & 2 sekaligus sbb terlewat view update blog auntie.saya slaloo dtg bkunjung,intai2 recipe,tp ini first time sy tergerak untok komen.
i'm one from liana's friends actually.kami seUITM, pernah ddk satu floor selama bersem2 dan merayu nk kolej bersama2.hahaha.budak malas aktif aktiviti tp nk kolej ;p
terkejot jugak sy rupanya liana rajen d rumah.heheh.mula-mula dulu sy ingat dia susah nk ddekati since she's a quiet person with a stranger.tp kami berkongsi rakan yg sama-NAZMIN,sy sedar dia jugak sesengal dan sekepala seperti sy.she's nice,really.dan membaca kisahnya a girl yg rajen membantu ibunya even she's still young;do make her looks more special.saya juga anak sulung.tp saya gagal menjadi seorng anak/kakak yg baek dan patot dicontohi.itu sy sgt kesali-sehingga kini.
owh,dan post auntie ttg kritikan org ckp auntie pura2 alim-ABAIKAN.mulot org.pernah saya dan rakan2 laen memuji liana (semestinya diluaaar pengetahuan beliau.hehehe) ckp lianalah gurl free hair yg x pakai seksi.ada je kwn2 saya yg pakai tdg tp perangai masyaAllah.ada juga yg pakai tudung ikot jam (ON-OFF).dont judge the book by its cover.mmg tepat sekali sebab dulu saya juga sering berfikiran perempuan tidak bertudung berperangai burok (saya seorang yg bertudung-FULLTIMER,alhamdulillah),tp tertanya salah.u have to know the person first!
alamak,ini mayb komen plg pnjg untok post nie.hahahah.malu plak dgn liana.mcm luahan hati sdgkn kami bkn kwn rapat.tolong cover saya ye auntie,dont tell her bout this comment.biar dia terbaca sendiri.ewah. :p
aunty, if somehow my mom can tell her feeling to public lke this about me.
once, I found a letter she wrote, to me, but half written, surat luahan perasaan. But maybe se didn't bare to give it to me. and then, I found it. I cry my heart out. She said how much she loves me and her nasihat.
I know I'm not the best daughter. But I am trying.
and yeah, I sometimes feel that she lovemy sister more then she loves me. You know kan aunty. So, give attentions equally to your children so that they didn't felt left out and berkecil hati. I write based on my own experience.
But somehow, I still love my mom more then the world.
yeah liana disini baru nak memunculkan diri..super sebak baca kisah mpsj..sgt mengimbau kenangan pahit itu..sampai sekarang benci penguatkuasa mpsj..
kepada nadiah norzemi,
cita2 kamu tercapai bila saya disini terbaca komen kamu dgn sendirinya..sgt mengharukan. hang terlupa nak tulis aku ketua floor.
(ok sgt tetiba.bye)
Nk tanya pasal tips tido menelentang tu.Betul?Mana aunty tau:)
sedih sgt cite ni. mengingatkn sy kepada ibu sendiri........
Salam Aunty ;)
ntah macam mana saya boleh drag sampai ke sini.pastu tersangkut hati pulak dgn blog ni.
ntah macam mana terjumpa blog hanis zalikha, dari situ terjumpa blog liana ezzana, dari blog liana ezzana ke blog aunty.
anak beranak ke?
hehe.. pusing2 situ jugak.
gile babas punya bgs Liana tuh. blog dia pun bgs. Same goes to Hanis's.
chaiyokk aunty.
hi aunty,,sy ikut blog aunty sebab mcm best baca perkara2 drpd kaca mata seorang ibu,,
artikel aunty pasal pakai tudung tu,,yeah,,,memang terkesan,
sy free hair,,tp xde la seksi2 meksi,,
tp kawan2 balik2 suh pakai2,,jd pakai la jugak kat kelas,,tp bila da buat mcm tu ckp sy ni on-off plak,,
jd,,sy nak link artikel aunty ke blog sy jugak eh~
salam ziarah.. tersentuh hati baca entry nie..
aunty..sy follower blog hanis.dan saya dah khatam blog dia,blog liyana and blog monster jambu.skang nih nk khatamkan yang aunty nye lak.huhu~
biar la post nih yang lame pon tapi sy nk comment jugak.1st time!
post ni buat saya nangis.sedey.x sngka sy jadi sebak n kuar air mata. T.T
anyway..aunty adalah ibu yang terbaek.seorang yang rajen & x cpt putus asa. =)
kak nani, sepanjang masa baca coretan kak nani tu hati saya sgt trsentuh..air mata mengalir sbb bayangkan betapa tabahnya kak nani dan liana menjalani kehidupan yang sukar pada masa tu,walaupun baru je singgah di blog kak nani saya rasa banyak pengalaman hidup yg boleh diambil iktibar specially utk mengharungi kehidupan sebagai wanita,isteri dan ibu.Saya begitu kagum dan terharu dgn semangat jitu Kak Nani mengharungi suka duka hidup.Tahniah krn Kak Nani sgt tabah dan teguh berdiri walaupun berada dalam pelbagai keadaan yg getir..moga Allah merahmati Kak Nani sekeluarga selalu
huhuhu..masa saya mengandung anak ke2 back in 2002..saya suka betul mkn jagung rebus yg dlm cup tu auntie...pantang nampak..mesti beli..kadang2 tuh baru jek dua jam tadik makan..bila melintas kat gerai lain yg ada jual jagung rebus cup tu mesti saya beli..pendek kata...masa tido jek saya tak kunyah jagung rebus tuh...hahahha...
tapi bila anak lahir..jaundice tu tak lah sangat..tapi dahi serta dada dia tumbuh banyak bintit2 kuning yg akhirnye jadik nanah ...menangis saya...Opah dia lah paling sedih...bukan lah saya nak kata tu semua sbb jagung...merasa la saya usaha gigih semasa pantang anak kedua...berbanding anak pertama...lps tu siapa jek ahli keluarga yg mengandung ...awal2 lagik saya suruh dorang ditch jagung..har har har...apepon..sekarang my Emil dah in primary 2... memang mulut mcm bertih jagung..errkk...!
sebak sgt saya bace entry ni :'(
Saya suka dengan sikap Liyana. Alhmadullilah auntie dpt ank sebaik dia.
sy doakan ibu sy pun terfikir benda yg sama pada saya..
Auntie,
im so touched with this;
"Tiba-tiba mama nampak kakak duduk di atas batu hujung jalan seorang diri. Bagai diruntun-runtun hati mama tengok kakak. Mama menangis peluk kakak erat-erat. Mama ingat mana kakak hilang tadi. Biarlah gerai mama hilang. Tapi biar matipun mama tak sanggup anak mama yang hilang."
auntie oh auntie.
Ya Allah kak Nani..
Air mata ni tak berhenti mengalir bila baca posting akak ni...sedihnya saya kak..saya selalu geram dengan perangai anak2 tapi bila baca posting ni saya rasa insaf sangat...
Walaupun posting ni dah lama tapi baru sekarang saya baca sebab hati ni meronta2 nak mengenali siapa pemilik blog ini..setiap hari saya semakin admire dengan watak yang akak pegang..seorang ibu..isteri..chef..pakar masakan..pakar hiasan dalaman..penyair..pencita puisi..jelitawan..
Tahniah kak..tak sabar nak jumpa akak Jumaat ni masa akak hantar kek nanti..
kak nani ku sayang...saya baru bermula membaca kitab blog mu dari awal,supaya ada citer citun & nasihat dpt diambil sebagai panduan,tiba tiba...bila sampai baca entry ni saya tak tahan hingga mengalir deras airmata ini kerana terbayangkan anak sulung saya ,nur'ainabiha.
Post a Comment