Coretan 2
Lepas peristiwa tu mama rasa hilang semangat nak berniaga tepi jalan lagi. Walhal itu sahajalah yang mampu mama lakukan. Nak berniaga tempat lain manalah ada duit modal. Duit nak makan pun tak cukup.
Mama buntu. Apatah lagi daddy. Mujurlah masa tu dengan kuasa Allah, ada juga insan yang mulia dan baik hati, uncle Chris kawan daddy tolong bayarkan sewa rumah kita yang tertunggak. Tolong bagi duit belanja makan.
Sebenarnya mama kesal dengan sikap daddy. . Dia berkeras nak cari kerja yang sesuai dengan dia. Maklumlah dulu dia penyelia kanan sumber manusia di Mas. Dah tu berhenti, menjawat jawatan pengurus sumber manusia di Renong pulak. Tak kan dia nak kerja jawatan rendah sahaja. Daddy kata mana dia nak letak muka. Mama fikir, kalau ada kerja yang macam daddy nak tu, tak apalah.Kalau dah tak ada, tak kan keadaan kita nak berterusan begini.
Mama terus berusaha mencari kerja. Ada sekali tu mama ugut daddy, kalau dia tak nak cari kerja apa-apa pun, mama akan tinggalkan dia balik ke JB. Mama dah tak peduli dah. Apa nak jadi, jadilah.
Tetapi bila mama fikir sedalam-dalamnya, mama tak sanggup nak tinggalkan daddy. Mama tak sanggup kehidupan anak-anak jadi tak tentu arah. Lepas tu mama buat keputusan cari kerja yang berdekatan dengan rumah. Akhirnya mama dapat kerja di Handimart. Dekat dengan rumah. Boleh jalan kaki sahaja. Masa tu kereta pun dah tak da kena tarik.
Lepas kerja dua minggu, kebetulan pengurus di tempat kerja mama, perlukan pekerja stor untuk angkat dan susun barang di belakang gudang. Gaji yang ditawarkan rm5 sejam. Cepat-cepat mama pujuk daddy untuk kerja di tempat tu. Masa tu daddy tak da pilihan. Anak-anak perlu makan. Berapa banyak boleh pinjam dari kawan-kawan. Ada sekali bila daddy kata nak pinjam duit kawan, sebab beras dah habis, kawan daddy bukan bagi pinjam duit tapi bagi beras satu kampit kecil.
Memanglah daddy tak sanggup. Tapi bila mama pujuk daddy yang pekerjaan itu di belakang gudang dan susah orang nak nampak, daddy pun setuju.
Bila mama dan daddy dah bekerja, kakaklah terpaksa jaga adik-adik. Sambil kerja mama buat kuih muih hantar kat makcik kantin NTV7. Pukul tiga pagi mama dah bangun. Kakak pun selalu bangun subuh tolong mama. Kadang-kadang kakak terpaksa ponteng sebab terlambat nak ke sekolah. Lagipun mama tak mampu nak suruh orang lain jaga adik-adik. Siapa lagi yang boleh mama harapkan untuk jaga adik-adik kalau bukan kakak.
Mama rasa sedih dan amat serba salah kerana masa tu kakak darjah enam. Tahun tu kakak ada exam UPSR. Dah lah tak mampu pergi tuisyen, selalu ponteng sekolah pulak.
Mama memang tak da pilihan. Mama tawakal sahaja. Mama hanya mampu berdoa agar kakak dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Namun nasib tak menyebelahi kita. Kakak cuma berjaya dapat 3a dan 2b. Mama kesian sangat dengan kakak. Mama yang menangis sepanjang malam kerana selama ni kakak adalah seorang pelajar yang pandai dan cemerlang. Kakak pulak terpaksa berkorban begitu demi membantu mama dan daddy menjaga adik-adik.
Kakak macam tak sedih bila dapat keputusan tu. Tapi mama faham, jauh di sudut hati kakak, kakak kecewa. Kakak memang pandai sembunyikan kesedihan kakak. Mama tahu selama ini kakak memang teringin sangat nak sekolah asrama. Kalau keputusan tak cemerlang, pasti impian kakak untuk sekolah berasrama tak tercapai.
55 comments:
Hey, so.. This is what you guys been through huh? Quite sad reading this. *sayang*
pengalaman lalu, sebenarnya mengajar kita erti penghargaan. Sedih baca cerita kak nani. kakak memang seorang yang baik dan anak yang solehah..
aunty,
sedaynya kisah hidup aunty.Syukur semuanya da selamat sekarang..rumah aunty skg pon besar n cantik sangat :)
happy for u aunty..anak2 aunty semua comel2!
ure such a strong person. sgt admire ur courage and strength =) moga2 auntie murah rezeki selalu dan bahagia selalu amin =)
Aunty, kakak tu mesti baik n penyabar sgt2 kan..admire kt Aunty n kakak.
Assalammualaikum wbt,
Aunty Nani, bila saya baca coretan aunty tentang anak sulung aunty saya terasa saya di situasinya satu masa dahulu.
Saya juga ada membaca post2 aunty berkaitan menu2 masakan, sungguh saya teruja. Kerana saya masih kurang ilmu memasak. Saya kagum melihat cara aunty. :)
salam kak, lama x menyinggah blog nih..hiksss
sgt sedih la baca 2 - 3 entry akak yg latest nih...xpe kak, nobody perfect...keep on writing ok!!
salam kak nani, saya menangis baca entry akak ni..Akak mmg isteri n mama yg strong..
Sejuk perut akak mengandungkan liana kan.. moga akak n family di rahmati allah selalu.
sedihnya..hmm
Terpaksa ponteng sekolah tapi still manage dapat 3A 2B. That was cemerlang auntie. Orang lain hari2 g sekolah pun, belum tentu leh dapat 3A 2B :)
sedihnye..alhamdulillah skang aunty dh ok..wat sy teringat crt mak abah ms susah..huhuhu!!
sedihnyaaaa...hmm..kalau saya dalam situasi cam yg akak pernah lalui, tak tau la apa yg nak dibuatkan. :(
Salam....
Insyaallah, allah sure dah sdiakan satu hikmah yang tersembunyi dari semua kejadian ini.......
Kuatkan hati....jangan peduli sangat apa cakap-cakap orang sebab.... mereka bukan membantu dengan wang ringgit....
saya juga pernah melalui saat2 getir seperti akak..memang sedih. tapi saya percaya bahawa Allah hanya berikan dugaan kpd hambanya yang terpilih dan mampu menanganinya sahaja.dan ada hikmah berganda disebaliknya.
sayangkan ma? kakak liana memang pandai selalu dapat pergi hari kecemerlangan. dah lah masa dia jaga kitorang dia selalu buat nasik goreng sedap. padahal takde bahan pun kat rumah tuh. dia suruh hanis ngn khairi pergi beli ajinomoto je kat kedai bawah. pastu goreng ngn bawang ngn nasi tuh. kesedapan dia pergh. sebab tuh lah ayam klg tuh bahan dia ciput je. sebab kakak liana memang pandai gubah dan cipta resipi. yumyum.
nani,
sedih betul citer tu, remind me of my family life dulu2. Kami dulu pun susah, my mum kena buat kerja mcm2 untuk bantu my dad. But now, ketiga2 anaknya dah berjaya. U'r lucky to have liana as ur 1st daughter.
Btw, my son kata u 'jelita' (that his exact words). I agree
xoxo
dalam hidup manusia hanya menempuh dua perkara, senang dan susah.
senang kita syukur kepada Allah dan bila susah kita sabar bersama Allah.
reading ur blog makes me feel kinda guilty. wish i could be as helpful as 'kakak' had, to my mom, who has sacrificed so much for the family.
neway, keep on writing aunty. love reading ur blog. it's filled with heart warming lessons on life.
Dari Abu Hurairah RA: Beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan berkata: Ya Rasulullah, siapakah dikalangan manusia yang paling berhak aku layani dengan baik: Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia berkata lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia bertanya lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Tanya dia lahi: Seterusnya siapa? Jawab baginda SAW: Ayahmu (Muttafaq 'alaih) [al-Bukhari: 5971, Muslim: 2548]
tiada kesusahan yang Allah datangkan melainkan di hujungnya menanti sebuah bahagia.
untuk itu kita kena belajar-belajar untuk yakin.
dan kesusahan inilah yang akan menjadi nilai bagi sebuah kebahagian.
auntie..both u n ur daughter are tough. *hugs*
Auntie, saya rasa para2 ayah memang macam itulah. lagi2 kalau bergelumang dgn bisnes.
Ayah saya bankrup masa 1998. kilang dia tutup. plus plus pulak dia cuma belajar sampai darjah enam aje. nasib baik emak kerja dgn lembaga hasil. ada la duit sikit. tapi selama 2,3 tahun ekonomi macam tu, memang ayah tak mau kerja. dia malu. dia rasa terhina. yela, dulu owner kilang. emak cakap ayah macam nak bunuh diri sebab malu. tapi emak gagah juga kerja. walaupun pegi kerja jalan kaki dari sec 9 smpai plaza perangsang keluar rumah pukul 5am. saya teringat lagi, alasan emak keluar pagi sebab dia kata nak excercise.
Bila baca pasal ni sy teringat balik emak cakap benda tu auntie. sedih sangat. punyela susah emak ayah saya dulu2.
Saya sgt syukur jd org yg tau bersyukur. and dpt tau pulak Hanis pun jenis org yg bgitu. saya rasa bangga sgt.
Entri auntie best. memang genuine dan natural. thank you auntie :)
hi..huhi..malu la kite bace ni..*blush+sebak* =p
anyway apa yg kita lalui mengajar kita jd survivor kan mama...ceyhh..
so touched! sweet entry...
untie,sedihnye kisah nie...tingat mak ayah i ssh nk besarkan kami adik bradik,syukur,smuanya dh besar2 skrg ni,untung untie dikurniakan ank2 mcm kakak,hanis n yg lain2..alhamdulillah..
Very very nice story Aunty, you have been through so much!!! That's why all your children are such good role models! :)
kisah aunty n family mcm kisah mak sy dan kami adik beradik.
Allah itu Maha Mengasihani kan. :)
Syukur semuanya sudah terbalas. anak2 aunty da x susah lagi :)
U r strong MAMA..:)
salam kenal
menarik kan kehidupan ni, suka duka silih berganti, cuma kita jangan tewas. bila jatuh bangun semula. Bertuah akak ni, anak-anak ramai, cantik comel-comel pula.
Saya linkkan blog akak ke saya ye, boleh?. Resepi banyak dan menarik di sini.
aunty, sedih bc blog ni, ada sikit similar mcm crite saya masa sy kecil jugak sikit2 coz sy anak sulung. teringat time sy bersusah dgn parents dulu, alhamdulillah sy blajar dari kesusahan itu
Hello Nanirostam, I was at Mak Su's blog, nak check out nampak your lovely profile, saya slam my brakes buat U turn datang sini.
Nice blog you have.
And your cherita very heart warming...my Bahasa is jurassic 1950's sebelum Merdeka...but boleh faham 31 %, ha ha.
You have a great weekend, keep well. Best regards, Lee.
salam kak nani,,,
tersentuh putriz membaca entri kak nani kali ni dan tergerak untuk meluahkannya..
sblm ni sy selalu bc blog kak nani dan ank2 kak nani..tp x pernah komen apa pun..tp kali ni entah la tiba-tiba je rs tersentuh dan tergerak untuk menaip di bahagian komen ni...
ketabahan dan kesabaran kak nani sekeluarga menghadapi kesukaran membuatkan sy rs benar2 terharu..
ditambah pula dgn ank2 yg memahami dan saling membantu...sungguh bertuah kak nani di kurniakan olehNya ank yg cantik ,comel dan memahami kesusahan kak nani dan daddynya seperti Liana dan Hanis dlm ms yg sama menjd contoh yg baik utk adik2nya..
sungguh teruja saya ...dan terharu yg x dpt di gambarkan lg...huhuhu..
Bertuahnya Kak Nani!!!!!
saya sungguh kagum...bukan saja kagum dengan ketabahan puan sebagai seorang perempuan, isteri...
tetapi juga kagum dengan didikan puan kpd anak perempuan puan yang sulong itu...dia bukan sahaja cantik tetapi juga sanggup berkorban dan bersusah payah...
barangkali juga kerana anak perempuan bersifat tanggungjawabnya lebih..
saya hanya ada 2 org anak lelaki yang hanya tahu bertempur dan berkungfu sesama sendiri ...
selalu saya teringinkan anak perempuan (macam anak puan)..sebab saya tak reti buat kerja rumah satu apa pun..pinggan atas meja selepas makan pun saya tak reti angkat..saya selalu terpikir kalau isteri saya dah tak berapa kuat nanti saya ada anak perempuan yang dapat menjaga saya..mudah-mudahan..
hani,
kita semua tahu tiada sebarang kejayaan datang bergolek macam bola,
insyaallah dengan usaha gigih , doa yang berterusan dan keyakinan kepadaNYA. Suatu hari bernama esok apa yang dicita kan tercapai jua
Nani,
kita semua tahu tiada kejayaan yg diraih tanpa pengorbanan. Insyaallah dengan usaha yg gigih, sokongan keluarga dan doa serta keyakinan yg berterusan kpdNYA, matlamat yg dituju akan dicapai jua akhirnya.
nani,
kitapun tahu tiada satu kejayaanpun yg dtg bergolek. Insyaallah dengan isaha gigih, sokongan keluarga dan kenkawan serta doa berterusan dan keyakinan kpdNYA. Matlamat perjuanganmu akan tercapai juga!
Nani,
Kita semua tahu tiada kejayaan yg dtg bergolek, semuanya menuntut pengorbanan, sokongan dan pengertian yg bukan sedikit. Seringkali rasa kecewa dan sesal menerjah ketika di saat genting. Apapun insyaallah dengan usaha yg gigih dan doa berterusan serta keyakinan kpdNYA, matlamat akan tercapai
sedih plaks baca, moga keluarga akak nani bahagia selamanya :)
touching nya alahai...
cerita aunty ni semua menyentuh perasaan betullah,.
aunty,saya dapat rasa keperitan anak aunty dulu sebab keluarga saya pun dulu melalui penderitaan yang sama. Mak jual nasi lemak, saya kena jaga adik kat rumah. Barang niaga kena tarik dengan majlis perbandaran..saya penah rasa semua tuh.Kadang kadang mak dapat bawa balik rumah rm 10 ringgit jer lepas tolak duit modal.Tapi saya tahu,anak-anak yang dibesarkan dengan keperitan hidup sebegini akan menjadi seorang yang betul-betul menghargai hidup.
kami adik beradik memang selalu rasa emak sayang abang sulung sangat-sangat lebih.huhu~
but its oke.he deserves dat.sapa tak sayang anak kan :D
hello aunty. ini adalah kali pertama saya cmnt dekat page aunty, walaupun aunty tak kenal saya, saya berpendapat bahawa aunty punya blog sangat menarik dan menyentuh hati, post aunty yang ni buat saya sedih dan ingin berusaha untuk menjadi ibu yang baik, walaupun saya baru 17 tahun.haha
sedih nya baca entri aunty ni.. teringat famili sendiri.saat ni pun nak kata senang tak juga.. cukup makan..
berbanding skitar taun 2000.
rasa nk nangis jer baca entri nih..
sya akan study hard n keja sungguh2 demi mama saya.
Makcik,
saya memang tabik pada makcik!
It's a very touching real life story. I'm going through a very rough patch in life now too... but I suppose it's all in God's hands. God has His own plans. Everything that happens, there's a reason for it... Glad that you and your family pulled through the hardship and is stronger and happier than before!
Brenda And : Ya..*sayang*.
kamitaken a.k.a Lutfi Lokman : Belajar dari kesilapan dan pengalaman. Insyallah semuga kita semua jadi hamba Allah yang lebih beriman dengan segala dugaan.
MarlissaMusa : Alhamdulillah. Moga-moga Allah terus beri kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan di akhirat untuk kita semua.
lil : Aunty dapat sedikit kekuatan dari Allah Ta'ala kerana yakin setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
NedDy : Kakak tu memang penyabar. Tapi kami berdua pernah satu ketika dulu pernah hilang kesabaran. Nanti aunty ceritakan dalam coretan 3.Insyallah.
dayah : Salam. Aunty rasa kebanyakan anak sulung memang boleh diharap. Dayah cubalah resepi sekarang, kalau ada pertanyaan, email la Aunty.
Umie : Terima kasih kerana sudi singgah.
niza salleh : Terima kasih Niza kerana mendoakan kami. Akak pun doakan niza juga. amin.
Anonymous : hmmm.
Suzz : Tulah aunty rasa pun macam tu.
uetoAya : Sebenarnya dulu tak ramai orang selesa macam sekarang kan.
Iza-Zulkifli : Syukur alhamdulillah moga-moga cik Iza tak melalui apa yang kami lalui.
chekdenoor Betul cakap cehkdenoor, tapi kadang-kadang macam nak peduli jugak bila dah 'cacing naik kemata'.
nino : Tepat kata Nino.
Hanis Zalikha : Masa tu pun Hanis pun ada tolong jaga adik jugak. Kalau dah susah tu, makan nasi dengan tumis bawang, ikan bilis dan chili padi pun selera sangat dah...
Anonymous : Dan sekarang you all mesti dah ok ka...alhamdulillah.
Jelita? Malulah.....
zamrie : Dan senang dan susah itu datang macam roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.
nothin much : Betul tu, sekalipun kita berhadapan dengan macam-macam perangai ibu kita, kita mesti ingat yang kita mesti berbuat baik terhadap mereka. Kalau kita tak puas hati lebih baik diam daripada melawan.
Tujuh Kaki Dalam : Insyallah kita semua yakin apa saja ketentuan Allah, ada hikmah disebaliknya.
I am a mommy to be : *hug hug*
Eireen Camelia : Terima kasih eireen camelia, moga-moga Allah terus merahmati dan memurahkan rezeki kita selepas ini.
Liana : Tahu dah Liana mesti malu baca coretan dari mama ni...
lily lotus : Saya juga rasa begitu.
azila : Kan..
siewkwan : I'm really hope so.
Cik Oren : Asalkan kita tidak berputus asa pasti kejayaan menunggu insyallah. kan.
zany : Memang masa tu, patut tebalkan muka menghadapi org sekeliling dan kita akan jadi lebih kuat dari yang disangka.
Primadona Fuschia d' Lolita : Alhamdulillah, tanpa kegagalan tidak wujud kejayaan sebenar. Kerana orang yang sentiasa selesa dengan keadaan yang serba kekurangan tidak akan jadi seperti orang yang benar-benar berjaya.
Uncle Lee said...
Hai uncle Lee, wah berapa umur you sekarang ya? Dalam blog you banyak betul gambar-gambar yang mengimbau kenangan silam sewaktu i kecil dahulu.
PutRiZ DaMia : Sebenarnya kalau kita suami isteri bersatu, anak-anak akan jadi lebih kuat daripada kita, atas kasih-sayang kekeluargaan yang utuh.
kenshin : Sebenarnya suami saya sendiri atau kebanyakan orang memang begitu, bila mula-mula kahwin dan dapat pula anak lelaki pertama, kedua pun lelaki, mereka rasa cukup seronok dan bertuah.
Tetapi keadaan bertukar bila anak-anak meningkat dewasa dan bila mereka melihat perbezaan kawan2 yang mempunyai anak perempuan yang meningkat remaja yang saling membantu ibu bapa dari tenaga dan kewangan.
Tetapi anak lelaki atau anak perempuan bukan ketentuan dari kita. Jadi kita ambil semua perkara negatif jadikannya positif. Siapa tahu Kenshin lagi bertuah sebab akan dapat menantu perempuan yang mungkin jauh lebih baik daripada anak perempuan sendiri.
Noor Lara : Insyallah, setiap ujian pasti dapat diatasi dengan kesabaran.
Mak Su : Mudah-mudahan Mak Su, terimakasih di atas doa Mak Su.
CHIKKA : Memang.....
aniey : Masa tu rasa nak menjerit bagi tahu mereka, kenapalah mereka tak faham kesusahan kita....kan.
pandagumuk. : Sebenarnya kena kesian kat dia sebab teruk semua benda mak bapak harap dia buat.
peanut butter sandwich : Kamu ni macam Hanis ke? Dari dulu berangan nak kahwin cepat.
Nak cepat jadi ibu, sebab nak timang anak cepat...lepas nak anak ramai....
Shiori : Alhamdulillah, bertuah mak ayah kamu...moga-moga harapan kamu dan mak ayah kamu termakbul.
enamdegrees : Tak da lah mak cik pun bukan sabar sangat. Ada sekali sekala tu rasa macam tembak jugak orang-orang yang menyusahkan hidup mak cik tu...Nasib baik cuma rasa saja....
kreazi : I think this is part of our life.
Salam..very touching story hidup akak, syabas akak memang kuat semangat, life must go on..
Salam. alhamdulillah...mempunyai banyaknya mulut anak yang perlu disuap pasti membuat kami terus bangun dan tidak menoleh kebelakang.
hampir menangis bila baca entry ni..
nasib baik kat ofis..
tapi saya sungguh bangga bila aunty and family boleh bangun dari kepayahan tu semua dan jadi macam sekarang..
tahniah..
saya harap saya pun boleh jadi macam aunty nani jugak..
insyaAllah..
by the way.. aunty memang gorgeous lah..
hehee **thumbs up~~ =)
akak menangis saya bc n3 akak nie...huhuhu ada yg terkena pd saya huhuh
waaa.. soo touching la aunty!! i do miss my mum while reading ur post.. directly call my mum tau! really i do.. kene plak tgh dok jauh ni.. keep writing aunt, ur post full with naluri keibuan gitu.. soon or later, reader can learn something from ur post!!
p/s : i put ur blog link in my blog list aunty.. hope i can see ur new post soon.. :)
salam.. jemput add my blog : www.myadha.com
adoi auntie... sy dah mengalirkan air mata ni..huhuu
sumer ni akan jdkan kakak lebih kuat dlm sgala hal kan? everything does happen 4 a reason...
keep on writing, sy suka baca!!!!
salam auntie :)
kisah auntie buat hati saya betul-betul tersentuh..
pengorbanan yg auntie buat tuk family sama dngn mama saya :)
tak pernah kenal erti penat..
bela nasib kami sekeluarga..
kadang-kadang sbgai anak sulung,
saya kesal sbb masih lagi tak mampu utk hilangkn beban mama saya..
pengorbanan seorang ibu utk keluarga mmg tiada tolok bandingannya..
skrng ni saya tak sabar utk habis bljr bln 5 ni..
saya janji dngn diri saya akan work hard utk balas semua jasa mama saya..:)
insyaAllah
bergenang air mata baca entri ni
betul kata pepatah kan
berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
pandai orang-orang tua dahulu mencipta perumpamaan :)
salaam auntie.. can i call u auntie?
he he.. I'm the eldest child in my family. i can say that my sacrifice isn't as great as 'kakak'.
we had a few babysitters cum maid in our house since I'm a baby. yet, this post still lingering in my mind and I'll try harder to improve myself as a 'kak long' in my house. my sister is a very stubborn, rebellious girl, wild in her silence and always do everything she desired without thinking about the consequences. as a 'kak long' i can't control her. maybe and i hope she'll be reading this post and my comments here. at least think of me and my mother before doing anything. anyways, your posts always dear to my heart and inspire me. thanks for your wonderful thoughts and heart spelled in this blog. <3<3
Post a Comment