Monday, November 24, 2008

Anak mama yang kedua ni

PART 1


Dari dulu mama hairan dengan ego lelaki.Ingatkan daddy sahaja yang bersikap begitu tapi bila tanya rakan rakan sepejabat yang ada isteri sedang mengandung, you, nak anak apa? Rata-rata pasti memberi jawapan yang sama, nak anak lelaki. 'Bagus anak pertama lelaki, boleh jaga keluarga, boleh jaga adik-adik'.

Dan bukan setakat anak pertama lelaki, kalau berderet anak lelakipun mereka cukup bangga. Wah bagusnya anak kau semua lelaki! Pandai kau.

Sebaliknya bila yang pertama anak perempuan mereka tak rasa begitu seronok berbanding dapat anak lelaki. Apatah lagi kalau kedua, ketiga, keempat perempuan. Samada yang bertanya mahupun yang ditanya, terasa sinis dan kecewa menjelaskan yang anak-anak mereka banyak perempuan. Kedengaran macam satu kegagalan dalam hidup mereka pulak bila yang berderet tu anak perempuan.

Kenapa lah tinggi betul ego mereka. Mereka lupa ke, ibu yang menjaga dan menyayangi mereka tu adalah makhluk Allah s.w.t yang bernama perempuan, kakak-kakak mereka yang 'caring' dan pemurah, tak pernah lupa bagi mereka duit poket dulu tu, juga perempuan?

Masa mama mengandung anak kedua, banyak yang menegur, 'you mesti nak anak lelaki kan? sebab anak pertama perempuan!'. Sebab geram dengan 'attitude' begitu mama sering menjawab, 'taklah, i suka kalau anak pertama dan kedua perempuan, nanti mereka boleh berkawan, sama-sama perempuan. Dan pulak kalau boleh biar anak ketiga dan keempat lelaki, so that dia boleh berkawan sama-sama lelaki'.

Itu yang pernah mama tulis, di blog yang lepas, bahawa apa yang kita selalu sebut dan inginkan, merupakan satu DOA yang pasti Allah s.w.t makbulkan.

Sampai waktu, lahirlah anak kedua mama ke dunia. Bayi yang comel, gebu, putih, hidung mancung.Oleh kerana 'masin mulut' mama selalu sebut sebut nak anak kedua pun anak perempuan, maka Allah s.w.t dengan Kuasa dan KebesaranNya mengambil semula bayi mama yang paling comel dan sempurna itu. Muhammad Ezzarul hanya sempat di pangkuan mama selama seminggu. Alfatihah.

Mama sedih dan kecewa. Daddy apatah lagi. Dia dari mula memang beria ia nak anak lelaki. Namun mama sedar kita hanya manusia lemah yang tak berdaya. Siapalah kita di sisi Allah s.w.t. Semuga dengan dugaan dari Allah s.w.t itu mama terus mendapat taufik dan hidayah dari yang Maha Esa. Insyallah.

Setelah peristiwa itu , mama sentiasa berdoa moga-moga Allah akan kurniakan mama anak yang sihat, sempurna dan panjang usianya.

Tiga bulan kemudian mama mengandung lagi. Bila kandungan dah enam bulan mama buat 'scan'. Doktor kata anak perempuan. Mama terima berita itu dengan penuh kesyukuran. Mama tak kisah dah, lelaki atau perempuan yang penting bayi sihat selamat dan sempurna. Bila mama bagi tahu daddy, daddy macam tak boleh terima.Daddy marah-marah kata doktor bukan tuhan. Mungkin kecewa kerana teringin sangat anak lelaki.

Mama jelaskan memang doktor bukan tuhan, tapi doktor cuma guna sains teknologi untuk melihat apa yang ada dalam rahim bukan pakai 'nujum pak belalang'. Tapi daddy tak boleh terima. Dia tetap mengharap yang mama mengandung anak lelaki waktu tu.

Berat sangat mengandung masa tu, sampai nak angkat kaki melangkah longkang kecil pun tak berdaya. Tak sampai 9 bulan mamapun melahirkan bayi comel, putih, gebu. Kus semangat, berat dia 4.10 kg. Mama sediakan dua nama, kalau lelaki mama namakan Muhammad Iqbal. Sebab masa tu nama Iqbal unik dan jarang kedengaran.

Kalau perempuan mama namakan Hanis Zalikha. Masa tu berkenan betul dengan nama Hanis, seorang model Singapura yang terkenal dalam tahun 80an. Bila tengok kat buku nama-nama Islam, Hanis tu sebenarnya nama lelaki kalau perempuan Anis yang membawa maksud, yang bertakwa. Tapi tak palah sebab suka sangat nama Hanis tu, mama pun tak kisahlah nama lelaki atau nama perempuan.

Begitulah Allah s.w.t. memakbulkan kata-kata mama, maka anak mama yang kedua adalah perempuan.




Tengok tu kakak Liana pun tak larat nak angkat betul-betul

Kalau tak silap masa ni umur Hanis 10 hari.



Hijrah rohani:

Firman Allah Ta'ala;


"Dan apabila diberitahukan seseorang dari mereka tentang kelahiran anak perempuan, lantas mukanya menjadi hitam dari sangat marahnya. Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, apakah akan dipeliharanya dengan menanggung malu atau dikuburkannya supaya hancur di dalam tanah. Alangkah buruknya keputusan mereka itu". (An-Nahl:8-59)



Sabda Rasulullah s.a.w pernah bersabda;


"Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan, lalu dipeliharanya dengan baik, dididiknya dan dikasihinya , pastilah ia masuk syorga. Orang ramai bertanya: Kalau dua? Jawab baginda, begitu juga dengan dua".





Kali ini saya paparkan salah satu daripada 10 resepi yang boleh anda dapati di Majalah Rasa keluaran Disember.



THAI LAKSA

800gm mackerel (ikan kembung)

1 packet JiangXi Rice Stick or bee hoon laksa (can be bought from chinese medicine shops)

1 grated coconut

1 packet santan (250ml) harmuni or santan Ayam brand

2 liter water

2tbsp Tamarind Puree.


GROUND SPICE INGREDIENTS (Combine)

10 shallots

5 cloves

2 stalks lemon grass

5 candlenuts

2 cm piece fresh tumeric root

3cm galangal

4tbsp chili paste (from dried chillies)

1tsp belacan stock granules

5tbsp oil

100gm dried shrimps, soaked and pounded

2tbsp preserved salted radish (choy poh) chopped

3 pieces dried tamarind skin

5 kaffir lime leaves, crushed and torn



SEASONING

Salt to taste

sugar to taste

2tbsp fish sauce (nampla)

2tbsp ikan bilis stock granules



CONDIMENTS

Pineapple, sliced into thin strips

Cucumber, sliced into thin strips

Beansprout, tailed

Mint leaves, stalks removed

Wild ginger (bunga kantan), finely sliced

Long bean ,sliced into thin strips

Salted radish sliced into thin strips

Ground small dried chilies

Small limes, cut into halves



METHOD



Gut fish then boil or steam for 15 minutes. Flake the fist meat. Squeeze out coconut milk from the grated coconut. Heat oil in a pot and fry ground spice till fragrant. Add dried prawn and chopped salted radish and fry until well combined and fragrant.

Add coconut milk, boil gently until oil seperates, stirring constantly to prevent the coconut milk from curdling. Add tamarind paste and dried tamarind skin and kaffir lime leaves. Cook over a gentle heat until just about to boil. Add flaked fish and seasoning.



TO SERVE


Arrange required amount of blanched laksa beehoon into each serving bowl. Pour gravy over and top with a little of each condiment ingredient. Serve laksa hot. Drizzle with a little ground dried chillies.


16 comments:

MarlissaMusa said...

seronoknya aunty da update lagi..hehe..aunty bz ke sekarang? jarang update eh..

hehe..apepon, suka tgk anak2 aunty..semua comel2 :)

Hanis Zalikha said...

Woh woh woh bayi itu seperti sesuai bernama Muhd Iqbal. Haha.

Pink Mama said...

Apa-apa pun jantina anak sebenarnya kurniaan Tuhan, lebih baik daripada tak dikurniakan langsung zuriatkan. Kaum Adam ni kadang2 egonya yang terlebih tinggi.

yaya said...

sgt seronok baca blog akak,
mcm2 pengalaman bleh dpt kat cni...

cikhajar said...

auntie baru update erhh.. alahaiii comeinyer dak hanis masa kecik.. tapi da besar kurus lak.. cemana tuh... jelesnyer

siewkwan said...

Wah aunty, rupa-rupanya story di belakang begitu menarik(interesting). Sorry aunty my bm abit cacat, but I still insisted to type my comment out in half BM. :)

dina said...

comelnya liana masa kecik2... tembam pipi si hanis tu...

memang benar kak, lelaki biasanya akan mahu anak lelaki, tapi segala kurniaan Allah itu harus diterima dengan hati yang terbuka... lelaki atau permpuan tiada beza kerana yang membezakan mereka adalah cara didikan kita... betul tak kak? saya juga bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan...

idajer said...

saya selalu percaya, kalau org time baby dia chubby, bila besar mesti kurus.. haa? kan betul nih. hehe

Cik Oren said...

isk aunty..sume lelaki camtu ker? family mentua macam mana pulak yer?

Brenda Ang said...

I want baby boys :D Then again, it's not in our hands to choose. Take care :p

Umie said...

cutenya hanis masa baby..cute mcm mama dia jugak...hiksss..

erk,tetiba wat special entry psl hanis?? sebab hanis nak pi sambung blaja dah ye??..mesti rindu ngan hanis lps nie kan??

Tina said...

salam puan,

saya sampai ke blog puan ni thru blog hopping. bila tengok jer muka puan terus terfikir "di mana aku pernah tengok wajah ayu ni ek?" terjawab la sudah bila ternampak post laksa thai! saya ni penggemar majalah rasa. kalau saya tak sempat beli, suami yg belikan tanpa disuruh. saya dah bookmarked blog puan ni. terima kasih kerana sudi berkongsi tips, nasihat dan tunjuk ajar sesuai untuk ibu yang tak berapa muda dan bekerja ini seperti saya ni haha..

salam perkenalan dari saya, Tina Alor Star.

NaniRostam said...

Tradisi zaman berzaman yang ibubapa lebih menyanjung dan mengutamakan anak lelaki. Syukurlah agama Islam meletak taraf perempuan itu di tempat yang lebih tinggi.


Hanis masa kecil memang comel...sangat.


Keluarga mentua saya tak kisah. Maklumlah cucu dah lebih 50 orang.

Salam perkenalan untuk Tina, Alor Setar dan sesiapa yang sudi singgah ke blog saya. Nanti bila saya sempat saya link tau.

Muhammad Maherilham Alias said...

Hahah, sempat juga letak resepi tiba-tiba kat situ.

NaniRostam said...

Muhammad Maherilham Alias : Buat-buat sempat.....

StanNero said...

gemoknya hanis.. huuh