Part 2
Ego daddy nak sangat anak lelaki pun cair bila menyambut kelahiran Hanis yang comel ya amat. Hanis pun memang tak bagi ‘chance’ kat daddy. Hanis manja sangat dengan daddy.
Nak tu daddy, nak ni daddy. Semua nak daddy. Nak makan minta daddy ambilkan. Nak mandi minta daddy mandikan. Nak susu minta daddy buatkan. Nak jalan minta daddy yang dukung. Malah semua kawan rapat daddy pun tahu yang Hanis ni anak daddy. Siap diajuk-ajuknya, ‘mana anak hang yang diddy,diddy tu?’
Mama dok ingat yang daddy tu nak sangat anak lelaki, so tak da lah dia sayang sangat dengan Hanis.Apatah lagi anak kedua. Tulah tuhan nak tunjuk kan? Agaknya daddy sendiripun tak sangka yang dia sayangkan Hanis mengalahkan sayang anak lelaki.
Tambahan Hanis ni memang ‘fast learner’. Dulu baru 8 bulan pun dah pandai berjalan. Tak sampai dua tahun dah petah bercakap. Sampai nenek Kedah selalu panggil Hanis budak pot pet pot pet.
Di sekolah rendah sampailah sekolah menengah, Hanis memang terkenal dengan sikap peramah dan ada ‘leadership skill’. Banyak jawatan penting Hanis sandang. Pengawas, Pengerusi, Bendahari dan sebagainya. Seingat mama, mana Hanis pergi pun pasti cikgu cikgu sayang. Kawan, apatah lagi. Dalam semua anak mama, Hanis lah yang paling banyak buat parti harijadi. Apa taknya, ramai sangat kawan.
Lepas tu Hanis jugalah anak mama yang bagus dalam PR. Hanis pandai menulis dan fasih berbahasa inggeris. Hanis juga pandai dalam bahasa melayu.Hanis selalu jadi guru tuisyen pada adik-adik. Sampai sekarang belum seorangpun anak mama pergi tuisyen lain bila exam penting2. Masa sekolah menengah dulu Hanis paksa-paksa daddy hantar Hanis belajar bahasa inggeris di Cambrige. Sekarang bila Hanis pandai bahasa inggeris bertambahlah daddy sayang kat Hanis. Daddy bangga sangat, bila deal pasal kontrak, bayaran untuk sebarang urusan modelling, fashion show atau photoshoot semua Hanis buat sendiri.
Memangpun Hanis ni mesra dan pandai sembang. Bila jumpa kawan-kawan mama atau orang yang lebih tua pun Hanis pandai melayan dan tak malu bersembang. Hanis lebih matang dari usia sebenar. Hanis selalu jadi orang tengah yang pandai meleraikan pergaduhan. Kalau kawan gaduh semua mengadu kat Hanis. Adik-adik pun lebih selesa mengadu kat Hanis dari mengadu kat mama. Pernah satu hari mama terdengar Imran suruh Hafiiz mengadu kat Hanis bila Khairi buli dia. “Hafiiz, jangan mengadu kat mama, nanti mama tak buat apa-apa. Lebih baik cakap kat kakak Hanis”. Hanis tegas dengan adik-adik dan selalu komplen yang mama ni lembut sangat dengan anak. Tak tahu marah anak. Tak palah memang mama begitu. Sekurang-kurangnya Hanis dah ringankan sikit tanggungjawab mama didik adik-adik Hanis.
Mama selalu perasan yang daddy lebih dengar cakap Hanis dari cakap mama. Masa nak exam UPSR, daddy tanya Hanis nak hadiah apa dari daddy. Hanis kata kalau Hanis dapat 5A dalam UPSR Hanis tak nak apa-apa. Hanis cuma nak daddy berhenti rokok.
Lepas tu, daddy pun berhenti merokok. Tapi tak lama. Tak sampai tiga tahun daddy merokok semula. ”Hisskh daddy ni, kalau daddy merokok lagi, lain kali jangan marahlah kalau Hanis merokok” kata-kata Hanis tu walaupun betul dan tegas tapi kurang ajar bagi daddy. Daddy menyinga bila Hanis cakap macam tu. ”Hanis, Hanis jangan nak ugut-ugut ya, nanti daddy tampar muka Hanis!.
”Ala cakap je daddy tuh!! takkan dia nak tampar Hanis kot “.Bisik Liana. Memanglah! Daddy takkan tampar Hanis. Cuit pun tak pernah, inikan pula nak tampar. Sejak kecil memang daddy tak pernah sekalipun cubit atau pukul Hanis.Mama pun tak faham kenapa daddy macam tu. Kakak Liana tu masa kecik puas kena pukul, kena rotan dengan daddy. Khairi pun pernah kena pukul teruk-teruk dengan salur getah dalam bilik air.
Tapi kalau dengan Hanis, daddy lemah betul. Daddy pernah janji kalau anak-anak daddy pergi asrama, daddy akan belikan handphone. Masa tu kakak dapat 7A dalam PMR dan masuk sekolah asrama, so daddy pun tunaikan janjinya. Bila daddy beli handphone untuk kakak Liana, daddy belikan sekali untuk Hanis. Padahal Hanis tak mintak dan sedar tak ’entitle’ sebab tak mahu masuk sekolah asrama.
Mama akui Hanis memang tegas dan lantang.Adik-adik paling takut Hanis berbanding dengan kakak Liana yang lembut tu. Dalam segi agama Hanis agak taat juga. Mama menyesal tak dapat hantar Hanis sekolah agama sampai ke peringkat tinggi.Hanis sekolah agama sampai darjah dua sahaja. Masa tu tahun 1998. Masa tengah gawat. Daddy pula hilang pekerjaan (ambil kata-kata Ruminah Sidek dalam filem Pensil). Sampai sekarang mama kesal. Mama kesal kita duduk di negara Islam, majoriti masyarakat Islam, tapi untuk belajar agama kita terpaksa membayar yuran setiap bulan tak macam sekolah kebangsaan, buku teks pun percuma.Bila dah tak mampu, terpaksa berhenti. Pelajaran agama pun terbengkalai.Selepas tu pandai-pandailah sendiri nak mendalami ilmu agama.
Agaknya kalau Hanis belajar agama sampai habis, mungkin Hanis boleh jadi Ustazah. Walau setakat belajar agama setakat darjah dua pun Hanis boleh skor agama A1 dalam SPM. Sekarang ni pun Hanis dah macam ustazah. Pakaian tu belum lagilah!. Mungkin nama Hanis tu kan satu doa yang bermaksud ’yang bertakwa’. Hanis selalu jaga solat lima waktu. Masa Hanis tingkatan dulu, mama bangun solat subuhpun Hanis yang kejutkan. Hanis dah macam jam loceng untuk rumah kita. Malahan kalau masuk je waktu solat, Hanis lah yang paling lantang memantau adik-adik untuk bersolat. Bila tengok mama sibuk sangat buat kerja, cepat-cepat Hanis tegur ”mama dah sembahyang dah?. Selama ni Hanis memang banyak mengambil alih tugas mama mendidik adik-adik Hanis. Hanis marah bila Hafiiz liat sangat nak solat. Hanis nasihat Imran jangan panas baran. Hanis selalu pesan pada Khairi, supaya jaga adik-adik sebab Khairi abang. Hanis bertegas dengan Alisya sampai Alisya menangis bila Alisya buat perangai malas.
Hanis memang jujur dan amanah. Kalau tak takkan banyak kali dilantik jadi bendahari di sekolah. Bila daddy pesan , jangan jujur sangat bila temuduga kerja, nanti orang tak kan ambik bekerja.Misalnya, tak payahlah cakap yang Hanis tak nak kerja lama dan sebagainya. Hanis cepat-cepat memintas cakap daddy.”Daddy, tak baik bohong, tak jujur namanya. Daddy terkedu dengar kata-kata Hanis.

33 comments:
Aunty,
bestnya dapat anak macam hanis kan..saya yang membaca ni pun seronok..sejuk perut aunty mengandungkan hanis :)
nanti kalau free aunty cerita la eh perangai anak2 aunty yang lain :)
bestnya baca luahan hati u pasal hanis ni sis..bleh buat novel..anyway semoga hanis akan sentiasa syg family smpi bila2 ;)
sy mengomentari tentang apa yg anty tulis ni dlm blog sy scr ringkas :)
http://wadahcintasolehah.blogspot.com/2008/11/mereka.html
she does sound like a pot pet kinda person. i mean it in a good way. at least she is using her god given skill to bring cheer into other people's life eh auntie?
just dropping by this blog.. regular reader of hanis punya blog
mak datuk.
HZ ke tu??
"...Hanis yang comel ya amat."
to aunty.
u ada seorang anak yg serba boleh. syukur alhamdulillah .
i rasa malu jgk sebab, i'm 21 but x da pun leadership like hanis. maybe berkat doa u aunty.
amin
Hi, is that Hanis in the picture? Omg, she looks so nice with her tudung and all :) Aunty, I *think* mama and papa sayang sangat kat Hanis, but what about Liyana? I have sisters too. When mama or papa sayang sangat at one person, the other siblings will jealous tau..
Oppps, Liana :) *Liyana*
Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Tetapi tidak semua isteri bahagia, nun di sana ada isteri-isteri yang merana kerana memiliki suami yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Namun nun di luar sana terdapat ramai isteri yang merana kerana memiliki suami yang tidak berperikemanusiaan.
aunty patut mula bercerita pasal liana dahulu. nanti liana jeles, sebab uncle dan aunty manja hanis lebih skit. :)
alaa cemana nak besarkan gambo cara2 pakai tudung tuh... huwaaa kiter kat sini tak leh nak carik magazine camtuh... alaa auntie besaukan laa gambo tuh
salam.anak pertama bile pulak?nk tau gak.huhu
salam.anak pertama bile pulak?nk tau gak.huhu
hanis cantik!!
*terpesona*
a'kum aunty,
sy jeles le dgn hanis... dia muda, cantik but the most important thing is she can be a good role model to her brothers and sisters. sy regular reader kat blog hanis ttp tak pernah send any comment. Hope hanis will be a good daughter forever. :)))))
sy dah agak dah hanis ni mmg lain dr yg lain... hanis ni..isyk..sy pon kagum dengan dia.. bertuah puan dpt anak mcm hanis ni... tentu berat hati puan dan suami nak lepaskan dia..
hehe...auntie ni mesti rindu kan hanis kan...hihi..tapi bertuah sgt auntie dpt ank cam hanis..sy pun nak anak yg mcm die jugak laaa..
pssttt...tapi lom kawen lg ni..hihi
oh macam tu ke?
memang sedih bile baca entry ni. kak hanis memang pandai meleraikan pergaduhan. sama ada One Two Jus atau nasihat seperti jangan berebut barang kerana apa yang adik-beradik kita dpt kita juge yang untung. tu je tapi memang sedih baca entry kali nie.
Love Hafiiz
salam aunty~
nice blog, x banyak mom yang nak spend time blogging like u. anyway, u have God's given to have a wonderdul n kinda perfect family.. alhamdulillah
salam aunt..
love reading the story about hanis.but what about liana?liana mcm dipinggirkan je..in ur blog xde pon gmbar liana.in your "anakku" part xde pon blog liana.seems like u just have hanis in ur life..
dear anon, you sure ke gambar my sis liana takde dalam my mom punya entries? i think gambar dia lagi banyak esp holiday photos. if my mom were to talk about my sis, hmph 6 entri pun tak habis kehkehkeh. tapi tunggu lah, sekarang kan time i, sbb i yg nak leave the house. semua orang ada time masing2, jangan risau. YANG PART ANAKKU TU KAN MY MOM DAH LA BUSY NAK UPDATE BLOG, NAK UPDATE LINKS LAGI LAH. okay tu je haha bye.
hanis nampak cute dlm gambar tu.btw magazine apa ni yer?
terima kasih kak kerana link kan saya punya blog yang banyak cerita melalut tuhh. hahaha.. anyway, semoga hanis akan terus berjaya dan menjadi anak yang solehah kebanggaan ibu bapanya.. amin!~
salam,
macam komen di atas la, kt perasan macam liana dipinggirkan.entah lar, maybe jugak sbb kt ni anak sulong so terase kot? heheh,mgkin takde kaetan.
she really a good girl!
saya rasa seorang mama akan sayang anak-anak mereka sama rata. takde beza cuma cara sahaja yang mungkin berbeza.
sedap dengar cerita pasal hanis ni.
Aunty pun bagus terap kan pendidikan agama terhadap anak2. cuma saya musykil nape auntie benarkan dia masuk modelling. bukan kah berdosa? dan dosa2 itu jugak auntie and uncle tanggung kerana Hanis memperagakan badannya utk khalayak umum.
saya suka tengok hanis pakai tudung. nampak ayu dan manis sekali..
yang bertaqwa.. insyaallah mudah-mudahan.
mesti aunty sedih kan psl hanis nk sambung belajar..
Post kali ni saya memang khas untuk Hanis kerana dia nak belajar jauh dari rumah. First time pulak tu. Hanis memang tak pernah suka duduk tempat lain tapi kali ni tak boleh nak elak.
Siapa kata saya tak sayang Liana. Anak pertama tuh! Sesiapa yang berfikir begitu cuba bayangkan mampu ibu atau anda sendiri rasa begini, 'berjauhan dengan anak ini tak mengapa dibandingkan anak itu'.
Bagi saya berjauhan dengan anak anak adalah mimpi ngeri. Setiap kali teringat, saya rasa terlalu rindu. Waktu itu jugak saya rasa nak bertemu dan memeluk mereka dan tak ingin melepaskan mereka lagi.
Bukan sahaja model, malahan pegawai bank ke, suri rumah ke dan apa sahaja pekerjaan
tetap berdosa kalau ianya mendedahkan aurat dan menunjuk nunjuk kelebihan dan kecantikkan anda kepada bukan muhrim.
Selama ini saya memang mahu anak saya jadi umat islam yang lebih baik.
Tetapi sebagai manusia biasa, ada dosa yang dapat kita hindari dan ada dosa yang belum dapat kita hindari. Asalkan kita tidak melampaui batas, Allah tahu niat dan keadaan kita. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Peyayang.
Siapalah kita di sisi Allah untuk memperkata orang lain. Entah-entah model tu lebih dahulu masuk syurga dari kita.
bila baca kisah u n anak u...terpk kejap my future....camner la anak-anak i....cos...anak i yang pompuan ada sedikit sebanyak bawak identiti anak u hanis...tapi saya akan usaha hantar sek agama jugak....insyaallah....
Post a Comment